* fatin nadiah ishak * 23 years old * kedah * Unisel BJ * bachelor in biotech industry * annuar bin mohammad * unavailable * cat lover * hamster lover * travel maniac * food hunter *

Tuesday, March 1, 2011

nikah gantung untuk student

Sekarang ni ramai je budak-budak yang still belajar tapi dah tak sabar-sabar nak kawin. Kan kan.. Bohong la kalau kata tak.


****************************


Nikah gantung or khitbah ni sesuai sangat la untuk student yang rasa macam dah sayang sangat dekat pasangan korang tapi takut nak buat dosa. Nikah gantung ni sah sebab diorang dinikahkan ikut semua syarat nikah dalam Islam. CUMA yang gantungnya tu, diorang tak boleh tinggal sekali sampai la diorang bersanding. Tapi kalau diorang nak tidur sebilik bila ada free-free time tu, boleh la. Dah halal pun.
*****************************
Aku mula kenal nikah gantung ni dekat UMP la. Senior aku ramai yang nikah gantung. Yang nikah tak tergantung pun ada. Yang kawin tak nikah pun ada jugak :D

Ada la satu blog tu aku baca. Dia ni student 2nd year tapi dah nikah dah dengan suami dia. Tapi tiap kali diorang pergi bercuti and bermalam kat hotel, pintu hotel diorang mesti kena ketuk. Fedap tu ! Hak hak. Tapi tak jadi pape pun sebab diorang dah nikah. Haish !

*******************************

Kalau ikut adat melayu, nikah gantung ni memang wujud. Nikah gantung ni juga dikenali sebagai nikah khitbah. Bermaksud, nikah tapi tak tinggal bersama untuk satu-satu masa yang dipersetujui. Tanggungan si isteri masih dibahu ayah dia selepas majlis akad nikah selesai. Tak wajib lagi bagi si suami untuk menanggung nafkah isteri. Dosa si isteri juga tetap di bawah tanggungangan ayah si isteri.
 
Selepas urusan nikah, majlis perkahwinan boleh ditangguhkan dulu atas sebab tak cukup duit lagi. Padan la kan, nikah ni pun sebab alasan masih study, suami tak cukup duit untuk sara keluarga lagi, dan macam-macam la alasan.
 
Tujuan utama nikah gantung ni, sebab nak elak berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Lepas nikah ja, kedua-dua pasangan ni dah halal untuk bertemu, berdating, dan bermesra. Malah, kalau diorang buat seks sekalipun hingga melahirkan anak, anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
Islam ni agama yang cukup mudah. Bila pasangan kekasih tu dah cukup syarat untuk berumahtangga, so dia layak untuk berumahtangga. Kalau tak mampu buat majlis kahwin lagi, diorang boleh nikah dulu. Nikah yang penting. Majlis tu sekadar untuk menghebahkan berita. Sebab setiap perkahwinan wajib dihebahkan.
Tapi, nikah gantung ni akan terbatal bila si isteri dihantar kepada suami di rumah si suami. Bila si isteri ni jejak kaki di rumah si suami, automatik si suami wajib tanggung nafkah isteri and segala dosa isteri dah ada kat bahu suami. Boleh rujuk dengan Ustaz Azhar Idrus kat laman youtube ( lupa nak ambil link ).



Sebab apa students tak digalakkan kawin lagi ? Sebab ni


.

.

.


Soalan cepu mas : Korang ada duit ?

 
*********************************
 
Original post : 1/3/2011.
  Updated : 27/3/2012.  
Thanks pada yang menegur kesalah aku.
 

.

26 comments:

adam said...

ada dalil tak yg menghalalkan nikah gantung ni..

Fatin Nadiah said...

nak kena cari dl la

ahmad said...

ape pulak tak halal nye???cuba cerita sikit...

ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Fatin Nadiah said...

mn ada tak halal..
halal kan dari segi islam
ramai ja yg buat
nikah still ikut islam
yg bezanya, tak tinggal sebumbung
sbb msg2 still belajar
tp kalau nk tinggal sebumbung pun, still bole sbb dah halal

ahmad said...

tau takpe, dah sememangnya sah2 halal...so, yang si adam nak cari dalil yang menghalalkan nikah gantung ni watpe?huhuhu...

Fatin Nadiah said...

ahmad : i think awk slh faham kot. actually adam tu nk tny, ada dalil x yg menghalalkan nikah gantung ni. Dia lupa nk letak tanda '?'. Dia bkn menegaskan yg nikah gantung ni tak halal. But dia nk tny sy sama ada nikah gantung ni ada dalil or not :)

ahmad said...

owh i see, tapi rasanya nikah gantung or khitbah ini sememangnya halal, so i think there is no `ada dalil tak yg menhalalkan nikah gantung ini?`...konsep nikah gantung dan prosedur dia adalah sama dengan nikah yang seperti biasa..so, tak perlula dicari dalil yang menhalalkan ia...don`t make it complicated jika benda itu so simple to understand...

Fatin Nadiah said...

sememangnya halal. sebab kwn sy sendiri, mn yg parents diorg alim, parents diorg kawinkan diorg dulu. even msg2 tgh blajar n xda duit nak sara family lg. sbb baik kawin, dr buat dosa rite :)

Muhammad Khairi Adnan said...

lau nikah gantung...tpi bajet macm nikah x gantung je..ke bajet tuh boleh tarik mase bersanding?

Muhammad Khairi Adnan said...

bajet nikah gantung tuh same ke ngan bajet nikah x gantung??ke bajet tuh ley tarik mase bersandig....???

Fatin Nadiah said...

kalau ikut fahaman sy la, nikah gantung ni just istilah kita ja. so kalau nak nikah, still sama mcm biasa. cuma yg bezanya, lps nikah ni, pasangan tak nak duduk serumah pun takpa atas alasan nak belajar ke..

bajet, mahar apa semua tu still sama

run aziluz said...

salam.

saya tengah buat assignment pasal nikah khitbah ni. dan apa yg saya dapati sebenarnya kos2 yg saudari letak tu tak payah pun kalau nikah khitbah ni. apa yg wajib je perlu. saya rasa, time nikah khitbah ni, nikah je & bukan majlis kahwin mcm tu.

dan bila sampai masa ditetapkan contoh macam dah habis belajar, baru diorang buat majlis, then lepas tu baru tinggal serumah.

betulkan saya if saya salah :) sebab saya kena buat assignment ni, dan saya taknaklah ada orang yg keliru apa sebenarnya nikah khitbah ni.

terima kasih.

FATIN NADIAH dan ANNUAR said...

run aziluz,

actually yg tu la yg sy nak ckp. nikah gantung ni tak perlu pown kos2 tu semua. nikah gantung ni, just nikah. tp lps tu, pasangan ni tak tinggal sekali. tak manis org kata sbb diorg tak bersanding lg. majlis kawin tak buat lagi. tu la yg dikatakan nikah gantung :)

generasi_boneka_neo said...

emm ni mklumat lngkap untuk nikah gantung saya baca dari i luv islam.com...
sila baca ye untuk dimanfaatkan
http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1164.html

mie-chan (: said...

assalam. sebenarnya ada dalil yg menunjukkan wujudnya nikah gantung ni drpd zaman rasulullah saw lg.

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

sekadar berkongsi, wassalam.

Haryesta Mistyra said...

salam, nak tnye,
bagaimana nak jelas kan dkt teman lelaki saya bhw saya betul2 serious nak nikah gantung dgn dia?
sbb die slalu mnolaka alasan tanggungjwab lah nk study lah nak bgi makan apa lah..
n cmne nk jelas kan kat mak ayah bhw kita nk nikah gantung?
takut lah.. dah la ayah tu garang..
kalau nikah kat siam boleh x? hmm..

FATIN NADIAH dan ANNUAR said...

salam haryesta :)

sy bkn la pakar sgt dlm hal ni. tp bg pendapat sy la, kalau nak kawin, bnd ni x perlu tergesa-gesa pun. mayb yg si lelaki tu msh ada tanggungjawab pnting yg dia nak selesaikan dl, macam nak beljr ka. so better bg dia hbs bljar dl. si lelaki tu menolak sbb dia fikirkan ms dpn dia. btl la kalau dia tny lps kawin nnt nak bg makan apa kan. sbb dia tak bekerja lg. n ttg parents tu, better settle kan yg hal si lelaki ni dl. br la jumpa parents. sbb parents mst x bg kalau cuma satu pihak ja yg bersungguh nak kawin. sbb hal kawin ni bkn main2. kawin utk sepanjang hayat kan :) n kalau awk fikir nak kawin kat siam apa tu, better jgn la. sbb anak perempuan, selagi ada ayah, ada datuk belah ayah, ada adik beradik laki, diorg la yg kena jd wali. tak boleh pakai wali hakim. ni berdasarkan apa yg sy igt ms belajar dulu la :)

Dye Kronniesar said...

kawen, kalau da cukup syarat sah kawin, sah dah tu, halal da. dalil ape lagi?

erm. islam tak menyusahkan umat nya. umat islam sendiri yg menyusahkan diri sendiri.

so sesape nak kawen tu, nk cegah dosa, nk halalkan hubungan, nk eratkan silaturrahim, nk lebih tanggungjawab, insyaAllah rezeki Allah akan tlg. jgn terlalu materialistik sgt tentang duit semua tu. Allah dah tetapkan jodoh dan rezeki kita. :)

atiqah(syat!E) said...

nikh ygsbnrnye ialh nikh yg akad..ble jtoh akad..that means dh jd somi is3 psngn 2...yg b'sndingnye 2 adat...xwt pon xpe...sllu org kte slh tngpn...

PrOuD tO Be "MUSLIM" said...

Bila baca entry fatin nadiah kali ini.
Saya teringat ustaz yg mengajar bab kahwin kitbah..
Macam nie, kahwin kitbah akan terbatal bilamana pasangan tersebut duduk serumah. Mcm duk dalam hotel tu,jika x silap ana, kahwin kitbah dah terbatal dan si suami perlu memberi nafkah. bukan terletak paa parent masing2.
wallhualam.. D harapkan saudari fatin dapat memberi info yang betul agar di hari akhirat kita xkan di seksa dek kerana memberi ilmu yg salah menyebabkan orang lain beramal dengan ilmu yg fatin sajikan.. Boleh rujuk ustaz x.. JIka salaah tlng inform balik..
caro_kann91z@yahoo.com

FATIN NADIAH dan ANNUAR said...

Proud to be muslim :

thanks sebab tegur ttg tu :) saya pun ada tgk ceramah ustaz azhar idrus dlm youtube. mmg nafkah tu akan jd tanggungjawab suami bila si isteri tu masuk rumah suami. nanti sy ubah mana yang perlu dalam blog sy

pokJeck said...

nk tanya,,maksud si perempuan x boleh duduk rumah lelaki jika siperempuan ni pergi d jatuhkn gantung tersebut dh tiada??mksudnya siperempuan xboleh kerumah parents or family lelaki kew???

FATIN NADIAH dan ANNUAR said...

pokjeck : a ah. mcm tu maksud dia. diorg x bole tinggal dan mlakukan aktiviti sebumbung. kalau diorg buat jugak, gantung tu dah x nm gantung dh. sbb si suami la plak kena tanggung istri, bkn si bapa lg dah.

PUBLIC SPEAKING said...

assalamualaikum....
boleh sy tya 1 soalan....
sy bcdang utk berkahwin.. ttp mjlis kndri kahwin akn dlangsungkan sethun lg... apkh itu dkata kn sbg nikah gntung?????

FATIN NADIAH dan ANNUAR said...

public speaking :

nikah gantung = nikah, tapi tak duduk sekali and si istri blom bwh tanggungan suami sbb suami xmampu lg.

kalau awk nak nikah, tp x kenduri lg, kena tgk jugak yg si isteri tu nk tinggal ngan sapa lps nikah n sapa yg tanggung. kalau tinggal skali ngan awk, so tu bkn nikah gantung n awk wajib tanggung dia.