Sunday, January 30, 2011

video yepai

Meet my yepai :) Asal bukan kucing aku pun. Cousin aku yang punya. Tapi dah dia selalu datang rumah aku, so aku buat macam hak sendiri la. Hehe.



video


video


Nakal !!

Sebab tu yang sayang lebih tu. Haha. Tapi dia lari rumah. Kucing bermasalah betul la. Huhu. Cousin aku ambik dia dulu pun dari pasar pagi. Dah sebab dia ni jenis bulu agak kembang, tu yang cousin aku in love tu. Huhu. Tapi masa dia lari tu pun cousin aku tak heran. Sebab kesian jugak la kat kucing ni. Cousin aku duduk rumah flat je. Mana sangat la dia nak bergerak. Nak buang, kesian. Anyway, ni video lama okeh. Tahun 2009 punya. Sekarang dah 2011. Orait.

.

Saturday, January 29, 2011

birthday celebration

Semalam birthday aku. And sekarang aku ada dekat Bangi. So, nak celebrate dengan parents memang tak mungkin ah. Boleh takat berangan je la. Berangan pun tak layak kot. Buang masa kan. Better jangan. - -"

Hari birthday aku, aku tak cakap dekat sesiapa pun dekat sini. Cuma cakap dekat nobody je. Huhu. Sampai la Kak An online.

Pagi tu aku stay dekat dapur macam biasa la. Breakfast, masak tengah hari, sidai baju, lipat baju apa semua. Cea ! Rajin weyh. Lepas tu, aku naik bilik online facebook. Nak tengok komen. Haha. Then gaduh-gaduh dengan Annuar. Normal ke ? Ke tak normal ? Hmm. Then, tidur. Geram punya pasai. Kalau ada ayam, dah lama aku sembeleh. Grr !!

Dalam pukul 4 petang tu aku bangun. Then turun pergi makan tengah hari. Gila ah makan tengah hari pukul 4. Habis-habis makan, masuk bilik balik. Geram tak habis lagi. Huh. Petang tu, dalam pukul 6 kot baru aku turun balik. Tengok-tengok cu ada buat kek coklat.

Tadaa !




Terharu.. Terharu.. Sob sob sob. Ada kain tak nak lap hingus ? Haha.

Malam tu plak ayah cu blanja makan dekat luar. Area-area Bangi je. But nice. Jumpa anak baru. Haha. Serious comei weyh kucing kat kedai makan tu. Mata bulat gila. Haha



.

Tuesday, January 18, 2011

5 filem 3 hari


Dalam masa 3 hari, aku dengan incik tunang dah tengok 5 cerita. Plan asal tu nak tambah lagi satu cerita, tapi tak sempat la plak.

Cerita first yang kitorang tengok, cerita Faster ni




Masa tengok cerita ni, dua-dua celik je. Layan. Haha

Then, masuk la cerita second. Dalam hari yang sama jugak.




Part cerita ni, aku rasa macam beli tiket sorang-sorang. Sebab incik tunang tidur. Orang duk pulun jerit pun, dia still nyenyak sampai la panggung dah kosong. Haha. Padahal kitorang duduk seat couple. Masuk ja part seram, bahu dia la aku tumpang. Tu pun dia tak sedar lagi =)

Esok tu, kitorang tengok cerita ketiga = Death Bell 2. Yang ni seronok. Kitorang tengok cerita ni berdua ja dalam panggung tu. Hahaha. Takda orang pun weyh. Kitorang ambil tiket paling awal. Pukul berapa pagi ntah. Part cerita ni pun abang tidur jugak. Hehe.





Malam tu, kitorang layan Gulliver's Travel. Time aku untuk tidur plak. Zzz.......




Esok pagi tu, discuss nak tengok cerita apa. Antara Khurafat dengan Shock Labyrinth. Last-last, follow incik tunang jela sebab cerita Shock Labyrinth tu just ada 3D. Kitorang tak suka 3D ni sebab kena pakai spek dia tu. Leceh ah.




Habis ja semua cerita ni, tunggu la lagi sebulan ka. Baru la rasa nak tengok wayang balik. PUAS weyh. Puas segalanya. Hehe. Thanks incik tunang ( Annuar ). Sayang love you banyak-banyak !!

Friday, January 14, 2011

trip to UMP [part 2]

Hari ni, hari last kat UMP. Awal gila kot aku bangun. Tadi tak sempat breakfast pun sebab janji dengan Ain and Fika, nak pergi Kuantan pukul 11 pagi. Tapi before pergi tu, ada la bertengkar sikit dengan Annuar. Hmm. Takpa, tutup buku lama.

Kitorang pergi bertiga ja mula-mula tu. Then, bila dah sampai kuantan dah, Ecah call. Tanya kitorang ada dekat mana sebab dia dengan Nina baru habis kelas. Kitorang pun patah balik la lepas tu. Kitorang memang suka buang-buang minyak kereta ni - -"

Lepas ambil Nina dengan Ecah, kitorang terus pergi terminal. Cari tiket bas nak pergi KL. Then, pergi makan dekat Terminal Tomyam belakang tu.





Yang ni Ain. Dulu muka dia gebu sangat weyh. Tapi sekarang macam dah terbakar sikit. Ni semua salah engineering surveying tu la. 4 jam weyh berjemur bawah panas. Kejam kau !


 Lepas lepak-lepak kejap, pukul 2 petang aku bertolak pergi Pekeliling. Diorang tunggu aku, sampai la bas aku bergerak.





Dalam bas memang tak senang duduk dah time tu. Macam-macam aku fikir ='(

Cerita dekat KL, ada dalam blog kedua.

Tu je..

**********************************

akukata : Dini ada bagi hadiah tadi. Hadiah untuk becoming birthday. Huhu. Thanks dear.


Thursday, January 13, 2011

trip to UMP [part 1]

Tadi aku sampai dekat UMP dalam pukul 5.15 pagi. Rasanya la. Aku dah lupa plak. Huhu. Biasa la, orang makin muda. Lepas aku turun je dari bas tu and bas tu pun dah gerak, aku rasa lengang gila weyh. Sumpah sunyi. Then, jalan la aku sorang-sorang start dari pintu gerbang sampai la ke kolej. Pak guard ? Sekor pun aku tak jumpa. Dekat pondok guard pun takda. Hampeh. Makan gaji buta ke apa..

Masa aku jalan sengsorang tu, ada la aku dengar bunyi anjing. UMP kan zoo Pahang. Huhu. Time tu aku tak takut kena sergah dengan hantu ke apa. Aku cuma takut jumpa anjing je. Orang kata kalau jumpa anjing jangan lari, nanti dia ligan balik. Nak tau ligan tu apa ? Tanya budak Kedah.

Sampai je dekat bilik member aku, terus aku tidur sampai pukul 9 pagi. Nyenyak oh.

Then dalam pukul 11 pagi tu, member aku yang sekelas dengan aku sem lepas habis kelas. Diorang ajak lunch sama. So, kitorang pun lunch la bertiga. Borak-borak kejap, then aku masuk bilik balik. Online sampai pukul 6 petang.

Malam tu..

Yang ni la yang aku tunggu




Kue teaw tomyam. The best la bagi aku. Yang ni kira macam kue teaw tomyam paling sedap la yang pernah aku makan. Tengok saiz dia. Dah kembang kan. Memang sengaja aku bagi kembang. Heaven oh.

Malam ni kalau tidak nak ajak Nina, Ecah dengan Fika ja makan. Tapi kebetulan terjumpa semua classmate aku sem lepas. Lepas tu apa lagi, riuh weyh cafe tu. Jerit-jerit segala. Haih. Nama pun PEREMPUAN. Main peluk-peluk dekat situ. Wah, dah rasa artis time tu. Ada nak minta autograph tak ? =.="






Yang ni Fika. Dia rapat dengan aku. Result exam aku pun, dia la yang tengokkan. Aku sekali pun tak tengok lagi. Detail dia cerita kat aku. Huhu. Bila aku kata aku nak keluar, dia nangis weyh. First time orang call aku nangis-nangis sebab aku. Terharu neyh.





Bumbung cafe dah maju. Mana aci..........





Lepas makan je, kitorang borak-borak. Marshila buat silap mata bangang malam tu. Hak hak. Dengan Fika plak loyar buruk tak habis-habis. Memang rindu korang la. Haha.

Dalam pukul 10 lebih macam tu, aku ingat dah nak naik bilik. Tapi member yang aku tumpang tidur ni ( Dini ) lepak kat padang plak. So, kena jalan lagi. Alang-alang baru lepas makan. Huhu.






Yang main fon ni Dini

Diorang ni tiga-tiga budak matrik aku dulu. Tapi budak yang duduk sebelah Dini tu kitorang baru je kenal sem lepas. Kesian dia. Welcome to the club. Budak yang tengah gayut kat atas tu dulu jiran depan bilik aku dekat matrik. Sampai sekarang la dia jadi jiran bilik depan aku. Huhu. Eh, bukan sekarang. Sampai sem lepas. Hmm

Malam tu, balik je dari bilik aku terus tidur.

Nite nite..

.

Wednesday, January 12, 2011

11/1/11

Nice date kan. Sapa yang ada buat lamaran hari ni memang bertuah la. Happy halloween ! *tetiba plak*

Pagi tadi bla bla bla 2 jam dekat klinik kesihatan. Kenapa pilih klinik kesihatan ? Sebab kena bayar seringgit ja. Jum jimat ! Habis bla bla blah dekat situ, aku dengan adik aku pergi AS Mall plak. Cuci mata dekat situ. Mula-mula tu aku ingat cerita apa la yang adik aku nak tengok ni. Rupanya nak tengok Paranormal Activity 2. Adui. Gelabah dah. Nasib takdak. Haha. Last-last tengok cerita ni






Boleh tahan jugak la. Cerita dia ada part part kejam. Aku yang tak takut cerita hantu ni pun boleh pejam mata. Lepas tu kalau dia gempar sikit ja, dah tersedak-sedak aku. Terkejut ! Yang adik aku plak pulun gelak. Apa yang lawak tak tau la. Lempang baru tau. Huhu. Aku garang oh =.= "

Mula-mula tu terfikir gak la, napa cerita ni 18PL. Ke 18SG ntah. 18SX memang tak mungkin lah. Rupanya cerita ni agak kejam la. KOT ! Hehe.. Sakit jantung aku tengok tadi. Masa part dia tolak kereta kuda penjara atas jambatan reput tu pun aku dah boleh feel. Rasa macam aku yang tolong tolak. Hampeh punya cerita. Nak kata 3D, tak pun.

Tapi best ah. Pi la tengok. Huhu

Sekian

**********************************

aku kata : apa kena mengena cerita dengan tarikh ni pun tak tau.

.

Wednesday, January 5, 2011

puding trifle

Ni puding mangkuk tingkat nama dia. Nak cari dia punya kek gulung, dah habis satu bumi dah aku tawaf. Last-last tadi jumpa dekat Tesco. Nasib baik jumpa jugak. Kalau tak, hangus la Tesco tu malam ni - -"





**********************************

Cerita part Tesco, malang betul bawa bodyguard tu sorang. Huh. Dah habis dah kena kikis ni. Bajet-bajet kalau tak cukup duit jugak tadi, nak je aku gadai dia dekat Tesco tu. Tapi laku ke ??

*********************************

Sampai-sampai rumah ja tadi, terus serang dapur. Lapar doe. Ni kes dinding rahim dah tebal la ni. Tunggu masa nak luruh ja. Hehe. Sapa belajar BIOL, tau la. Then, terus buat-buat busy dekat daput tu. Buat puding ni la... Ingatkan senang. Rupanya, memang senang pun.

Dia kena ada tiga layer ja patutnya. Kalau nak buat lebih, up to you ah. Tak larang pun.

Jum masak... ! ^ ^

***************************************
Bahan

1 kek gulung
1 kotak jelly NANO ( ke NONA ntah ) + 2 gelas air
2 sudu besar gula
1 sudu esen vanila
1 tin susu cair
2 cawan air
4-5 sudu besar tepung kastad
1 tin koktail buah-buahan ( asingkan sirap koktail buah-buahan dengan buah dia )

Cara-cara

Layer first
1) Letak potongan kek gulung dekat dasar bekas.
2) Basahkan kek gulung dengan sirap koktail
3) Letak buah koktail atas kek gulung

Layer second
1) Masak jelly dengan 2 gelas air atas api
2) Bila dah masak, tutup api.
3) Sejukkan jelly
4) Tuang dalam bekas tadi sebagai layer kedua

Layer ketiga
1) Bancuh tepung kastad dengan 2 cawan air
2) Masak susu cair atas api perlahan
3) Masukkan bancuhan tepung kastad + gula + esen vanila + sirap koktail dalam susu tadi
4) Masak campuran tu sambil kacau perlahan
5) Bila campuran dah pekat, tutup api
6) Bila dah sejuk, tuang dalam bekas sebagai layer ketiga

Siap !

**********************************

Then, jadi la macam ni



Sunday, January 2, 2011

terlewat tahun baru

Ouh... Sempat lagi tak nak buat azam tahun baru ?

Ni bukan kes terlewat, or koma sehari time new year ka. Tapi ni kes malas nak update. Dah takda story nak gebang-gebang dah. Cik awek ni dah jadi suri rumah dah. Kerja duduk rumah, buat kerja-kerja rumah. Gaji tak dapat pun. Huhu. Tengok la lepas ni. Sekarang pun dah start busy cari universiti lain untuk daftar masuk. Hope hope la dapat kos yang aku minat and aku boleh bawa kali ni. Dah tak nak move out lagi dah. Penat doe !

So, even hari ni dah 2/1/2011 aku still sempat buat azam tahun baru kan.. Tak nak la azam teruk-teruk. Yang last year punya pun tak tertunai semua lagi.

************************************

Alang-alang dah free sekarang ni, hope universiti yang aku akan masuk lepas ni, dekat sikit la dengan Annuar. Biar dia kawal sikit hidup aku. Bukan nak suruh dia kongkong or lepas ni aku jadi queen control ke apa, tapi Annuar tahu aku ni macam mana. Tunang sendiri.. mesti ah tau.

So, azam first. Aku ingat nak tutup terus akaun facebook aku tu KALAU aku dapat universiti yang dekat dengan Annuar. Hehe. Highlight sikit kat KALAU tu eh. Weyh, dekat-dekat pun kena tau jarak jugak. KALAU perjalanan dari u aku ke UTM Annuar tu tak sampai sejam. Hehe.. Dekat tak ? Tak dekat ?

Azam second. Dah tak nak hang out buang masa lama-lama dah dengan member dekat luar. Kalau nak hang out dating-dating, takpa. Sebab tempoh ni kan tempoh kenal hati budi masing-masing. Wewitt ! Jum save money untuk honeymoon =)

Third, dah tak boleh fikir dah azam apa yang nak bagi. Kalau buat banyak-banyak, nanti bukan boleh tunai semua pun. Aku ada dua kaki, dua tangan ja. Mana sempat nak buat banyak-banyak kerja. Ye dak ?

So, dua azam ja cukup tak ? Tak cukup ? Hmm, yang tak cukup tu lantak korang la. Pandai-pandai la nak hidup kan. Tu je.

Dah, jum makan. Lapar doe..

.