Friday, May 25, 2012

hantar umrah

Semalam mama + abah + abang bertolak dari Guar, Kedah pukul 11 malam lebih. Dari situ, 2 bas bertolak ke KLIA. 

Pukul 5 pagi tadi aku dah bangun bersiap. Awal gila seyh. Alarm aku tak bunyi lagi aku dah siap bangun. Siap tutup alarm lagi. Takut dia bising pepagi buta ni. Bangun-bangun tu mamai kejap. Tak pernah lagi dalam sejarah terdekat aku bangun mandi pukul 5 pagi. Dah bangun mandi, pakai baju bagai, mama hantar mesej pukul 6.22 pagi kata mama dah ada kat r&r Dengkil. 

Pukul 7 pagi lebih family ayah cu + atok + adik + aku bertolak pergi KLIA. Around 20 minutes ja, sampai la. Sampai situ, mama + abah + abang dah tunggu dah kat pintu 7. Betul-betul depan pintu :)

Ya Allah, rindunya kat diorang ..



Masa ni abah tengah sarapan sebab nak makan ubat.



Together



Abang nampak macam budak baik. Hik hik. memang pun ;)



Wait and wait. Masa ni pakat bergilir-gilir pergi toilet. Punya lama.


Last-last, baru la orang yang bawa rombongan tu panggil abah ambil tiket flight bagai. Masa tu baru sedar kata diorang dah nak pergi T_T Nak lagi sedih, aku takda tiket pun. Mean, aku tak ikut T_____T


video

Diorang dah totally masuk untuk berlepas. Elok la, seat masing-masing dekat.

*********************************

AkuKata : Mama, abah, abang, pergi sana elok-elok. Semoga selamat pergi dan selamat balik. Semoga umrah kali ni diterima Allah. Semoga semuanya sihat kat sana. I love you all. Antara harta dengan keluarga, i choose my family the most ! I love you !

AkuKata lagi : suppose flight diorang berlepas pukul 10.30 pagi, tapi pukul 12.46 tengah hari tadi mama mesej dari dalam flight kata flight tak berlepas lagi. Muatan terlebih. Kesian mama, abah, abang. 2 jam lebih berpenat bersempit dalam flight, rugi macam tu ja. Dah la perjalanan nak sampai madinah tu lama. Maybe ni ujian pertama diorang untuk ke rumah Allah. Sabar eh. 


Tuesday, May 15, 2012

Dark Shadow

Kelmarin kan, aku pergi One Plaza ( OP ), KS. Tengok cerita Dark Shadow ni dengan Kak Lita and Erna. Memang dah lama dah aku tunggu cerita ni... Mula-mula tu bajet nak tengok pukul 2.30 petang tapi tak sempat. 




Pukul 2.30 petang tu kitorang baru sampai OP. Situ dah la takda iklan. Masuk-masuk terus cerita. So jangan mimpi la pukul 2.30 sampai, kalau lewat 2 minit pun kira halal. Memang haram lah tak.

Kitorang beli tiket pukul 4.45 pulak. Sementara tu pusing-pusing Tasco dulu. Stop makan, stop beli keropok, mamam shushi murah. Dapat half price shushi tu .. Sakan. Lepas tu pergi OP balik. Pusing atas bawah atas bawah. Then ternampak high heel. CANTIK gila. Sumpah. Aku selalunya akan pakai saiz 37. Tapi saiz tu takda, aku rembat ja saiz 36. Still padan, tapi doesn't look nice. Macam perut ada lebihan isi. Pakai selesa but, nampak so so ja. Paham tak ?

Lepas tu ternampak poster Hijabista punya majalah kat kedai buku. Terus masuk rembat majalah tu plak.




Edisi pertama. Harga RM10. Jenuh nak cari tanda harga kat majalah ni. Kecik kemetot ja dia tulis -..-

Cerita Dark Shadow ni memang best gila bagi aku. Cerita vampire mekap ala-ala goth sikit. Erna sampai sawan la dengan Johnny Depp tu. Haha. Berbaloi la RM11 harga tiket dia tu. Kalau tidak, berjimat habis. Opsss :p




Sunday, May 13, 2012

House like home :)

There are no place like home. House dan home tu lain eh .. 

Ruang tenggek makan




Full gila atas meja. Haha.


Ruang tenggek tengok tv




Kasut lelong :p

Dapur



Confirm tak mati kebuluran punya. Stok satu sem.




Bilik semak tuan tanah


2 hari buat tutorial 2 muka surat. Malas sangat ......





Kbai.


Wednesday, May 9, 2012

Marvel The Avengers

6/5/2012 ( Ahad )




Hari ni keluar date last dengan hubby before balik Unisel. Jujur aku cakap, aku malas gila nak balik Unisel ni even barang-barang semua aku dah siap pack awal-awal lagi. Aku malas nak tinggalkan family. Malas nak tinggalkan hubby. Ayoyo .. Semuanya ada kat Kedah. Kalau dulu, excited gila nak balik Unisel ni sebab boleh dating dengan hubby every week. Boleh overnight. Boleh bebas pergi sana sini. Sekarang hubby dah takda sini ..

Cerita pasai movie ni, aku pilih 3D sebab 3D ni ja yang ada pagi-pagi ni. Leceh gila bila pakai spek dia tu. Dengan tak malunya aku mengaku, ni la first time aku tengok 3D. Hee :p Jakun right. I come from kampung. Nonsense nak bagitau tu pun. Kampung sekarang pun moden ok. Cuma kabel fon je takda. Hahaha. Orang curi !

Masa tengok cerita ni, sepanjang 2 jam setengah tu, berapa kali eh ayah hubby call. Baru ingat nak ajak hubby temankan pergi Mydin. Last-last terpaksa pergi sorang sebab mak suruh hubby balik. Mak nak guna kereta. Hmm. 

*********************************

AkuKata : I love the way you say you love me, hubby.. And i love you too :)


Dating story mory

Hari rabu lepas ( 18/4/2012 ), lepas Kak Lita balik rumah, esok tu terus aku keluar dating. Dating kat Kedah mana boleh lawan KL. Kalau nak tengok movie, satu cinema boleh takat 5,6 cerita ja. Tu pun banyak yang bosan. Movie sekarang sama banyak yang bosan. Huhu. So kitorang tengok je Battleship untuk kali kedua. Haha. Tiket sorang RM14. Harga standard la kan. Tapi aku tengok kat Kuala Selangor, RM7 ja sorang. Untung tengok kat ulu :p




Pagi tu kitorang keluar awal sebab hubby curi-curi keluar. Dia tak bagitau parents pun. Hehe. Aku plak just cakap dekat mama. Like always :) Keluar pukul 10 pagi lebih. Beli tiket pukul 11.45 tengah hari. Pukul 2 petang lebih tu baru cerita habis, lepas tu terus balik. Tapi sebelum tu singgah pejabat pos. Pos barang Irine Nadia. Aku order VCO gel, tapi dia hantar kat aku detoxifying facial soap. Ish3. Dia busy kot :)






*******************************
24/4/2012 ( Selasa )

Lepas pada ni, hari apa pulak ntah, aku keluar dengan hubby. Kitorang pergi Village Mall, Sungai Petani sebab nak baiki iphone aku rosak. Huhu. Sampai sekarang pun fon tu tak ok lagi :( 

Hari ni punya dating, abah sendiri yang approve-kan. Hehe. Damn happy yo ! :p Abah siap bagi duit belanja woi. Hihik ;D Maybe bagi setengah orang, tak heran lah kan. Takat abah approve pergi date je pun. Tapi bagi aku, benda ni bagi impact besar ouh. Sebab last aku minta kebenaran abah nak keluar date adalah tahun lepas. Tu pun muka abah garang gila. Cuak aku T_T Lepas pada tu, aku terus tak cakap kat abah dah kalau nak keluar dengan hubby.

Bila pergi kedai iphone tu rini, cina tu kata tak boleh siapkan fon tu on the spot. So aku terpaksa tinggalkan fon tu kat situ. Kena la charge RM80 even fon tu tak baik pun. Hmm. 

*******************************

25/4/2012 ( Rabu )

Pagi tu cina kedai fon tu call, so petang tu aku pergi ambil fon tu dengan hubby. Cina tu kata fon tu memang tak boleh buat apa dah. Diorang takda board spare nak tukar board lama. Aku pun tak faham sangat benda alah ni. But i'm learning ok. Nanti dah kerja, dah kawin, semua benda pun nak kena buat sendiri. Tak nak harapkan mama abah lagi dah. Nak bergantung kat hubby plak. Hee :p 

Lepas ambil fon, kitorang pergi tengok Wrath of the Titans :) Hari ni kan rabu, so tiket pun half price la :) 




Ok, jam pertama tu memang tak paham apa dengan cerita ni. Sebab wayang tayang kat depan berlakon kat belakang. Kbai :p