Monday, June 25, 2012

kisah seram rumah F3 1F U3

Rumah ni aku rasa dah lama dah 'berpenghuni'. Cuma baru semalam kitorang semua nampak 'penghuni' dia. Maybe sebab Allah nak tunjuk kot. Kiranya apa yang aku lalui selama ni dekat rumah aku tu, and dekat bilik aku sendiri adalah benar.

Semalam ex adik aku mesej aku kata nak cerita something. Tapi masa tu line tenet slow and aku sendiri pun tak online masa tu sebab penat sangat balik dating. Then tetiba aku rasa nak online before tidur. Lepas tu ternampak satu gambar blok siswi Unisel kat home. Mula-mula tu aku ingat tu blok F2, so tak la gelabah sangat. Sekali usha betul-betul, tu blok aku weyh ! Nak lagi meremang, tu bilik aku yang aku dah tinggalkan kosong for the whole sem pendek ni. Damn !




Gambar belah kanan tu bilik aku. Kat situ boleh nampak ada pontianak/ langsuir/whatever tengah mencangkung. Gambar kiri tu plak, ada 2 ekor hantu yang tak nampak bila upload kat internet. Just nampak kalau tengok direct dari henset si perakam. Gambar ni dirakam secara tak sengaja oleh kawan ex adik aku masa diorang tengah lepak pagi-pagi buta kat depan blok.


Kalau nak tau, bilik aku tu aku dah kunci before tinggalkan rumah sebab still ada barang aku kat dalam tu. Tapi why nampak cerah. Aku pun tak tau. Romate aku sekarang kata hosmate aku yang buka. Tapi macam mana dia buka pintu bilik aku tu pun tak tau. Maybe panggil Jana Niaga kot. MAYBE.

Bilik aku tu boleh nampak direct dari luar sebab aku memang buka langsir sikit, buka tingkap sikit. Biar udara luar masuk. Biar bilik aku tak hapak. Sebab tu kat tingkap tu nampak gelap separuh, cerah separuh.

And bawah hantu tu, why gelap. Aku rasa tu rak buku kot. Sebab dari luar memang akan nampak rak buku. Tak pun sebab aku angkat tilam sandarkan kat dinding belah tingkap. Aku sendiri pun dah lupa susunan perabut dalam bilik tu sebab dah lama sangat tak masuk.


************************************

Masa aku mula-mula daftar masuk rumah tu dulu, aku dah perasan dah something yang pelik.

First, ada tulisan "oi ! rumah ini ada HANTU" kat dinding beranda. Tulisan tu ditulis dengan pen marker.




Boleh baca kisah tu kat entri "RUMAH KITORANG BERHANTU" Entri tu aku pos 14/7/2011 lepas.


Second benda pelik, ada bawang merah yang still hidup + dicucuk dengan jarum dekat atas sliding door ruang tamu and dekat tingkap tandas. Aku nampak benda tu masa mula-mula kemas rumah and aku dah buang menatang tu. Tolol gila. Haha. Aku rasa benda tu menyemak, so aku buang.

Kebetulan masa aku orentasi, ada budak rumah atas aku kena histeria. Kebetulan kot -..-

************************************

Sepanjang aku duduk rumah tu, takda la benda pelik lagi masa awal-awal tu. Tapi start romate aku keluar Unisel, something happened. 

Satu malam tu aku tidur sorang ja. Bukan sorang takat dalam bilik, tapi dalam rumah jugak. Tengah malam tu, around pukul 3 pagi, aku terdengar bunyi lantunan guli yang dibaling dekat dinding hujung kaki aku. Masa tu katil aku dekat dengan pintu and suis lampu. Aku boleh terjaga dari tidur malam tu pun sebab bunyi tu tetiba muncul secara kuat. Macam kena hempas sekuat hati. Of kos la aku terjaga secara mengejut. Jantung aku laju gila kot time tu. Tapi masa tu tak expect hantu lagi. 

Bila aku buka mata secara mengejut tu, aku tak nampak apa-apa pun. Just dengar lantunan dari hujung kaki tapi aku tak tau lagi tu bunyi guli. Bila aku dengar betul-betul, baru aku dapat tau tu bunyi guli. Bila aku tau tu guli, aku try bangun and buka lampu. Kebetulan lampu pun kat hujung kaki aku. Damn ! Lepas bilik dah cerah, aku try beranikan diri nak tengok bawah katil kat hujung kaki aku. Alhamdulillah la aku tak nampak hantu. Tapi masa tu bunyi guli still kuat. Then aku pun apa lagi, terus baca ayat kursi. 1st bacaan, bunyi dia makin kuat. 2nd bacaan, makin slow. 3rd bacaan, dia terus hilang sampai Subuh. 




Ini apa yang aku cerita kat Erna


Lepas bunyi tu hilang, aku dah tak boleh tidur sampai pagi. Masa tu pukul 4 lebih. Aku sunyi, seram, segala bagai perasaan ada. So aku cuba turun katil nak pergi kat meja study untuk ambil laptop. Lepas buka laptop, aku terus buka facebook and cari sapa yang tak tidur time tu. Aku nampak Erna. So dia la yang teman aku.

Pagi tu takut aku dah hilang sebab aku mampu lagi pergi mandi bagai. Around pukul 9 pagi macam tu aku ajak Erna datang rumah sebab aku dengar ada 'benda' main tombol pintu bilik hosmate aku, Aju. Bukan sekali dia main, tapi 2. Bunyi tombol pintu yang berkunci then dipulas sampai terbidas buka. Macam tu la aku dengar. Bapak seram !

Next night, aku ajak ex adik aku tidur dengan aku. Kes tu sampai situ ja. Sampai la sekarang ni aku dah pindah rumah senior aku secara haram, but still bilik tu bilik aku sebab aku daftar  rumah atas rumah F3 1F U3 tu.

**********************************

AkuKata : sapa yang dapat rumah tu sem depan memang nasib ah. Good luck :D


Sunday, June 24, 2012

Dating lewat

Tadi masa nak pergi ambil hubby kat hotel, boleh plak aku sesat. Lepas tu bebel marah kat hubby sorang-sorang dalam kereta masa on the way nak pergi jemput tu :p

Hubby stay kat hotel for the whole 2 weeks ni. Syarikat tempat kerja hubby yang sponsor. Sakan la dia malam-malam tidur sorang dalam hotel tu. Nasib baik kawalan hotel tu ketat. Nasib baik sangat ! Haha. Tambah-tambah hotel tu depan ibu pejabat polis yang gedabak besar tu. Lagi la nasib baik ! Hewhew. Perjalanan nak jemput hubby suppose to be 1 hour ja kalau ikut GPS Papago mama come -.-' tetiba jadi sejam setengah. 

Aku bertolak tadi pukul 8.30 sampai kat hubby around 10 pagi macam tu. Serious cakap, aku panas dalam kereta tadi sebab sesat. Tapi lepas nampak hubby, cair weyh :p Hubby potong rambut semalam. So hari ni nampak rumbut baru. Bau kedai pun ada lagi. Haha. Nak lagi tepat, bau mamak kedai gunting rambut. Hik hik.

Sampai 1 Utama (OU) tadi terus cari panggung. Mula-mula tu hubby nak tengok Man In Black, tapi aku bangkang. Dasar pembangkang :p Sebab cerita ni dah lama sangat kat panggung. Tak best dah. Tak boleh nak belagak ngan Kak Lita. Haha. Masa nak beli tiket tu, tetiba sis tu kata movie tu takda seat couple. Dan-dan hubby tukar Vampire Hunter. Fuhh ! :D



2 tikets, 1 seat couple, 11.30 am 


Masa tengok cerita ni kan, hubby merungut sebab dia pening kepala. Dia kata dia pening tengok cerita ni. Sebab dia nampak rupa watak dalam cerita ni semua sama ja. Dia tak reti beza. Hehe. Nak buat macam mana, dah awek dia suka tengok cerita seram old school cetu :p

And masa tengok wayang tu kan, hubby dengar perut aku bunyi. Hahaha. kantoi la aku tak makan dari tengah hari kemarin. Semuanya sebab Seoul Garden ni. Hubby dah janji nak belanja makan hari ni. So harus la kikis sampai tulang. Ngee ~




Hubby bayar RM 72 ++ termasuk bayar service RM 6.00. Daa -..-"




Ini baru 1/20 kot anggaran yang kitorang makan hari ni.


Secara overall-nya, kitorang menginap kat Seoul Garden ni selama 3 jam lebih ye kanak-kanak :) Ni baru la puas and berbaloi orang kata. Makan sampai cirit la. Hahaha. Bukan buat lawak. Memang aku cirit betul-betul lepas keluar kedai tu. Damn ! Hubby lagi best. Masa tengah makan tu, dia pergi toilet. Dekat setengah jam dia kat toilet. Lepas dia balik dari toilet tu, dia makan lagi. Haha. Lepas tu keluar kedai sambil jalan tonggek-tonggek sebab sengkak. Dia kata cekang perut. Haha. Rugi tak rakam :p



Mana la hubby tak sengkak. Aku goreng ayam aku, tengok-tengok dah hilang. Hahaha :p


Benda ni sampai dah malas nak hidup la. Jam terakhir tu kitorang dah tak layan dah benda alah ni. Malas. Too oily. *Muntah T.T


Lepas makan ni, kalau ikutkan hati hubby, nak aku balik ja. Tapi aku nak sangat tengok cerita Brave ni. Kalau nak tunggu cerita yang takda D keluar, memang lambat la. So better aku tengok hari ni. Boleh gak aku tengok dengan hubby :)




Lepas pujuk-pujuk, hubby sanggup gak nak bagi aku balik malam. Tu pun sebab separuh jalan nanti Erna akan teman aku balik :)

Pukul 5.50 petang tu kitorang layan second movie. The Brave 3D :)

Habis cerita ni, sempat lagi pusing OU cari pavlova. Tapi result dia sama ja macam masa aku datang cari dengan Kak Lita and Tira dulu. Dah habis T.T 

Sebagai ganti, hubby beli Famous Amos :D 

Lepas hantar hubby balik hotel tanpa singgah meneman secara rela dan gatai merenyam, aku pun balik Unisel dengan berat hatinya. Haha :p


Sunday, June 17, 2012

Cumi, a kitten

15 JUN 2012 ( Jumaat )

Tira ajar aku, nak toilet trained Cumi, kena kurung dia dalam toilet sepanjang malam for a week. So semalam aku kurung dia dalam toilet tapi dia  kacau aku tidur. Dia punya jerit tu boleh lanjut sepanjang malam. Kesian aku tak khusyuk tidur. Start lepas Subuh sampai la pagi esok aku tak tidur. Mengantuk gila hoi.

Tengah hari tu aku keluar dengan Kak Lita and Tira. Pergi The Curve. Masa aku nak keluar tu aku kurung Cumi dalam toilet siap-siap sebab takut dia berak kencing bersepah. 

Sampai The Curve, kitorang tengok cerita Madagascar 3 pukul 3.15 petang. Penat gelak kot. Hehe. Tira lagi la kuat gelak. Tak boleh blah btol cerita ni. Hehe.




Aku suka klimaks dia. Rasa happy semacam. Gila.. Haha. Aku suka happy ending :) Masa dia menari-nari dalam sarkas tu best.


Lepas tengok wayang, kitorang pergi IKEA makan meatball. Kak Lita yang kempunan sangat. Dari sem 1 lagi dia ajak. Kesian T.T Kitorang order meatball 20, chicken wings 10 and pasta. Gila kebulur -.-'




Habis makan, kitorang pergi 1 Utama. Masa tu pun dah pukul 8 malam. Aku dah craving gila nak makan pavlova. Bila sampai sana aku cari kedai Delicious. Masuk-masuk situ, bro tu kata pavlova dah habis. Damn T.T

Hari ni balik pukul 10 malam. Gila lewat. Hehe. Ingat tu nak pergi makan burger bakar je kat Wangsa Maju, tapi sebab dah penat sangat and risau Cumi terkurung lama dalam toilet tu, so aku dengan Kak Lita balik lepas tinggalkan Tira kat RapidKL Kelana Jaya.

Sampai kat Unisel dah pukul 11 lebih. Masuk ja rumah, terus aku buka pintu toilet. Kesian gila kat Cumi. Tapi malam ni aku nampak something :) Cumi dah pandai masuk toilet sendiri bila rasa nak kencing/berak sebab masa dia main-main kat ruang tamu, dia sendiri yang lari masuk toilet and kencing :) Start malam tu, terus aku tak kurung Cumi dalam toilet dah. Dah tak payah toilet train dah :) Aku perlukan 2 malam ja untuk toilet train Cumi. Hebak nyah ..

****************************************

Hari ni aku beli barang Cumi ja semua :)




Ni rantai leher Cumi. Rantai ni aku beli last week kat expo kat Dewan Biru. Harga dia RM10.00 termasuk loceng beli asing kat pet shop.




Ni ubat sapu. Ni Tira punya. Hehe. Saja nak semakkan kat sini jugak ^.^ Harga dia RM14.00




Ni perfume. Wangi gila :D Beli kat petshop. Harga dia RM11.90 :)




Ni mainan Cumi :D Boleh main tendang-tendang. Harga dia RM5.00


video


Cumi nak ajar tutorial jap :)




Sebab Cumi suka tangkap ekor sendiri, so mainan ni memang sesuai sangat ! :) Harga dia RM5.50




Ni mangkuk makan Cumi yang aku beli tadi. Harga dia RM5.00 ja :) Yang lembik-lembik tu Whiskas wet food for kitten. Aku beli sebab Cumi jarang makan. Aku tengok dia tak makan, aku stress. Stress gila. So aku beli satu pek wet food ni nak try. Tengok-tengok dia makan. Boleh bayang tak rasa bahagia tu macam mana ?? :)




Ni mangkuk Tira. Dia bagi aku pinjam sebelum aku beli mangkuk sendiri :) 




Ni bola loceng. Aku pinjam ni dari Tira. Tira beli kat pet shop Rawang harga RM3.00.


************************************

Sekarang ni aku tak kurung Cumi dalam toilet dah. So malam-malam dia bebas nak main ikut suka hati mak bapak dia. Hari ni Kak Lita kata Cumi patahkan kipas laptop Nana T.T Lepas tu dia buat muka tak bersalah. Hohoi.. Mampus aku nak kena ganti :(

Dah la tikar Piku pun habis berbulu sebab Cumi test tajamkan kuku. Homaigad T.T



Thursday, June 14, 2012

new cat :)

Plan asal keluar hari ni nak ambil parcel dekat pejabat pos Rawang. Tu plan asal sebelum plan bertukar jadi makin agresif and teruk. Betul tak tipu. Tipu dosa. Hihik.

Kelas hari ni habis awal. Pagi tadi ada test Malaysian Study. Rasanya semua student university ambil kot subjek ni. Ni subjek wajib lulus. Tapi bagi UNISEL 'aku', ni subjek wajib A ! -..-" Tapi untung la dapat lecturer macam lecturer aku. Aku panggil dia BAPAK sebab nama dia Ishak. Sebijik macam nama abah aku. Bapak bagi tiru dalam test tadi. Worrrr .... Dasat ... Dasat ... Dah la boleh tiru, boleh keluar kelas awal sejam setengah plak tu. Double dasat :D

Lepas kelas, balik lepak dalam bilik dulu. Pukul 2 Erna mesej kata parcel dah sampai pos laju Rawang. Lepas tu terus pergi sana. Sampai ja kat sana, singgah Tesco dulu sebab Tira nak beli kasut. Tapi dia tak beli pun sebab kasut tu takda. Tapi aku plak yang terbeli TUT. Macam tu pun boleh -..-

Masa singgah Pejabat pos laju tu tadi, abang dalam tu cakap barang aku tu baru sampai hari ni tapi still ada dekat posmen. So dia suruh aku datang pejabat tu balik pukul 6 lebih karang. Masa tu pukul 4.30 lebih. Memang kerja aku hari ni pusing-pusing tengok pet shop la. Haishhhhhhh ...

Berjuta pet shop dah aku singgah, tapi aku jumpa semua kucing tua. Masa Asar tadi singgah solat kat Tesco Latar. Memang hari ni hari melawat Tesco pun -..- Tesco second ni aku beli TUT lain plak. Haha. Excited weyh nak kumpul TUT ;p

Dalam pukul 6 lebih baru aku pergi balik pejabat pos laju tu ambil parcel. Tu pun masa tu tinggal pekerja yang buat OT je ada. Lepas tu ingat nak balik Unisel terus ja, tapi Erna ajak buka puasa kat

.





Erna kata makanan sini sedap.




Makanan orang buka puasa haruslah OVER penuh. Tu nasi USA ja. Takda selera nak rasa Wastern dia. 




Tira khusyuk bercerita. Kalah mak-mak yang bergosip sambil cicah buah mangga petang-petang nuh .. :p




Yang ni plak khusyuk dengar. Tetiba lak henset kacau daun. Buang dalam longkang ah henset tuh :p

Lepas makan, pergi masjid solat. Lepas tu masa ODW balik, singgah jap kedai pet. Beli kitten :D Cina tu kerek gila tak nak bagi murah. Aku beli half parsi ni RM250.00. Tapi Tira la bayar dulu. Aku tengah nazak kot. Haha. Tapi kitten tetap nak. Tu cerita dia :p




Nama dia Yami. macam tak sedap plak aku rasa. Tapi aku dah terbeli rantai leher dia tu dengan nama yami. Aduyai ..




Malam ni Yami tinggal dalam toilet sebab aku nak biasakan dia jadi penghuni toilet.


Eh, bukan. Aku nak toilet train dia. Ok, habis.

Tuesday, June 12, 2012

Hubby and kerjaya

Entry dating takda gambar T.T

Aku dengan adik balik Kedah hari Khamis lepas. Lepas habis kelas ja, terus aku drive balik Kedah 4 jam setengah. Pukul 3 petang bertolak, 7.30 tu terpacak depan pagar rumah dah. Lepas-lepas turun kereta tu berderu anak-anak buah kemetot sambut. Boleh bayang tak perasaan kat situ ? Tak sabar nak jadi ibu weyh !! Tapi sentap sikit kat situ. Sebab diorang tanya (sambil tengok dalam kereta) "pak long wan mana ?" *Sedih dengan diri sendiri T.T

Hari Jumaat tu aku keluar dengan hubby. Siang tu hubby kerja. Petang tu pukul 6 kan hubby dah habis kerja. Kami jumpa minum-minum. Jadi macam orang baru bercinta plak. Segan gila kot masa aku face to face dengan hubby kali ni. Padahal dah dekat 14 tahun kot kitorang kenal -.-' 

Aku mamun kot. Haha :p

****************************************

Esok tu kitorang pergi Karnival Kerjaya, Seberang jaya. Pukul 8.45 pagi lagi aku dah keluar rumah. Abang sepupu aku masa tu nak pergi kerja. Dia siap tanya lagi aku melawa pepagi buta ni nak merayap mana. Hik hik hik ........ -..-

Sepanjang jalan ni aku kira alert ja dengan ring tone sebab takut mama, abah, abang dah sampai Malaysia. Tapi tak T.T Ayah cu pun selang berapa minit ja kol. Mesti diorang kat sana dah bersiap nak pergi airport jumpa mama. Huhu.

Kat karnival ni hubby apply kerja. Dalam banyak-banyak yang hubby apply, satu company ja yang ajak b interview on the spot. Lain-lain semua guna ayat "nanti kalau kami rasa awak sesuai, kami call interview". Tak pun "nanti kalau ada kosong, kami call". Ciss... APTB.

Habis kat situ, kitorang singgah Sunway Seberang Jaya. Ni first time aku jejak sana. Hubby dah ber'time time' la :p

Hari ni merasa makan gaji first hubby. Hihi :D




Kitorang nak tengok cerita Madagaskar memula tu. Aku kan hantu katun. Tapi cancel sebab full. Nak tengok Bohsia, full. Nak tengok Snow White, full. Last-last tengok Prometheus. Masa beli tiket ni kitorang pakai tawakal je. Tak tau ni cerita apa, tak tau sinopsis apa, tak tau best ke tak. Lepas beli tiket, pergi makan. Cup cap cup cap kat food court tu, terus cari surau. Tapi manakah surau dia ??? Arrow ke kedai baju kott -..-"

Habis wayang terus balik. Elok sampai rumah ja, mama mesej kata dah sampai KLIA. Alhamdulillah :) And mama kata dah jumpa Ayah Cu kat airport tadi. Tu yang tak mesej Ayah Cu kata mama dah sampai tu. Ayah Cu lagi expert :p

************************************

AkuKata : Sepatutnya balik Kedah hari tu bawa balik atuk sama. Kesian atuk T.T