Tuesday, October 23, 2018

Backpacker ke Hatyai 2018 (day 2)

Assalamualaikum and hi ✋

Semalam tidur tak nyenyak. Perut asyik memulas-mulas sebab makan banyak sangat. Dari pukul 4 pagi terjaga, sampai ke subuh la tak lena. Tapi lepas tu lapar balik la. Hehe. So pagi ni kitorang pergi Chabura Dim Sum yang famous tu. Nak pergi sana, of course cari grab lagi sebab tuk-tuk mahal. Kitorang keluar breakfast pukul 7 pagi sebab dia buka jam 6 pagi sampai 2 petang ja.


Sampai ja kat kedai ni, sila la terus beratur. Kalau mai dengan kawan, sila la bergilir. Suruh kawan cari meja dulu, korang pilih makanan dulu sebab ramai gila. Nak makan kat sini ada 2 harga ja : 15 baht (RM 1.90) atau 20 baht (RM 2.50) semangkuk. Macam yang dalam gambar atas ni, ni semua yang 15 baht punya. Yang 20 baht, dia prepare dalam bakul kukus siap-siap.


Lepas pilih, bagi je kat kakak kukus dalam tu, nanti dia kukus dulu then baru hantar kat meja korang. Simple je cara nak order. Alah, kacang pool πŸ‘ Makan kat kedai ni nanti dia akan bagi sebakul salad+timun (aku tak makan pun) dan seteko teh hijau panas (hubby sorang je minum). Dedua ni free, tak payah bayar.

Habis makan, kitorang call grab, pergi Lee Garden lagi sebab nak pulut mangga dia. Sedap sampai masuk mimpi. Kali ni aku beli pulut tu 40 baht (RM5) je. Siap ada pakej beli 3 dengan harga 100 baht (RM 12.60). Kalau semalam satu 60 baht (RM 7.50). Mahal gila.


Habis makan, kitorang balik hotel and check out. Dah tak tau nak pergi mana dah kat Hatyai ni sebab semua tempat dah pernah pergi. Tapi sebab awal lagi, kitorang singgah Central Festival. Dekat sebelah stesyen bas Hatyai.


Tapi kami singgah Central Festival tak lama. Sama macam mall lain, macam tu la. Kami laki bini jenis tak suka melawat mall ni kalau takda barang nak beli. 

Dari mall nak ke bus station, kitorang naik tuk-tuk even tempat tu sebelah-sebelah je. Yes, sebab anak. Hahaha. Sampai kat stesyen bas, beli tiket mini van kat kaunter Padang Besar. Lepas tu tunggu je orang panggil number tiket kau.


Yang ni acah-acah tanya kot nak pergi Krabi-Phuket plak 😜

Kitorang naik van dari Hatyai-border Padang Besar : sejam. Sampai ja Padang Besar, terus beratur untuk cop passport kat imigresen Thailand. Dah siap cop, sila decide samada nak jalan kaki tengah panas pergi imigresen Malaysia, atau nak naik moto untuk 50 baht (RM6.30)/pax, atau nak naik kereta untuk RM10/pax. Kitorang naik kereta. Yes, sebab anak lagi. Ada air-cond. Fuh fuh fuh..

Sampai imigresen Malaysia, turun kereta, cop passport and scan barang, then naik balik kereta tadi and dia akan bawa pergi KTM Padang Besar. Sampai ktm, beli lah tiket mana pun korang nak beli. Dah selamat pun.

So, itinerary day 2 :-

Grab hotel-Chabura Dim Sum : 4.9 km : 82 baht (RM 10.40)/grab
Grab Chabura Dim Sum-Lee Garden : 3.3 km : 79 baht (RM 10)/grab
Tuk-tuk Lee Garden-hotel : 950 m : 20 baht (RM 2.50)/pax
Tuk-tuk hotel-Central Festival : 2.4 km : 30 baht (RM 3.80)/pax
Tuk-tuk Central Festival-bus station : 20 baht (RM2.50)/pax
Mini van Hatyai-Padang Besar : 50 baht (RM 6.30)/pax
KTM Padang Besar-KTM Kobah : RM 7/pax

Total RM 64.60 untuk sepasang suami isteri and 1 baby.

So untuk 2 hari, kitorang habiskan RM 236.60 tak termasuk makanan and shopping πŸ˜€

Backpacker ke Hatyai 2018 (day 1)

Assalamualaikum and hi 😊

Backpacker ke Hatyai dengan bawa baby, bukan senang. Tambah-tambah kalau dia jenis nak dukung je. Fuh ! Dari pakai kasut, baik pakai slipar jepun je. Sakit kaki.

Sini ada beberapa tips kalau nak ikut cara kitorang.

1) Sebelum pergi, make sure study waktu perjalanan and mana tempat nak pergi.
2) Jangan bawa pakaian banyak sangat. Patah bahu karang.
3) Bawa duit cash Thai Baht secukupnya.
4) Bawa duit cash RM sebagai backup.
5) Bawa baju nipis untuk baby sebab sana panas and backpacker selalu akan naik public transport yang paling murah. So don't expect air-cond for the whole time. Nan-hado..
6) Prepare baju hujan instead of payung. Jimat space and boleh cover sampai kaki. Kena ingat, korang backpacker, so baju sangat limit.
7) Install apps money converter and grab. Aku rasa benda tu sangat perlu. Kalau ada apps yang boleh convert bahasa korang cakap ke bahasa asing, lagi bagus. Tak semua orang faham bahasa inggeris.

Sebelum pergi, aku dah booked hotel guna agoda. Nak book hotel, make sure jarak hotel dengan public transport adalah sangat dekat. Kalau aku, 4 benda penting ni mesti ada kalau nak book hotel. Jarak dengan public transport, air-cond, attach shower dan wifi.



Kitorang bertolak dari ktm Kobah pukul 7.22 pagi. Sampai di ktm Padang Besar around 8.20 pagi. Turun ktm terus kena beratur. Memula tak tau kenapa orang yang sesak-sesak berjalan tadi stop berjalan. Rupanya dah start kena line up even kaunter tiket tak buka lagi. Kaunter tiket buka 2 kali je sehari : 9 am dan 2.30 pm. Jangan lambat.


Harga tiket train klasik 50 baht (RM 6) je. Waktu beratur beli tiket + beratur cop passport imigresen Thai + beratur cop passport imigresen Malaysia + tunggu train gerak adalah selama 4 jam. Train takkan gerak selagi ada orang tak settle cop passport.


Dah masuk train, make sure gerabak and number seat korang betul. Kalau kat tiket tak tulis number seat, maknanya kena berdiri la tu 😁


Dalam ni takda air-cond ye. And kalau hujan, pandai-pandai la bawa diri sebab tingkap tak boleh tutup. Ketat gila.



Perjalanan dari Padang Besar - Hatyai : 1 jam. So kalau bawa baby, bawa la poket doremon sekali ye. Make sure ada susu/air, makanan, mainan and tab/fon/ipad or whatever. Bagi dia tengok katun favorite dia. Dalam ni dah la panas, bosan plak, im sure mak-mak pak-pak taknak mood anak berubah.


Bila dah sampai, sabar. Tak payah gelojoh. Turun paling lambat pun no hal. Train tak kan jalan tinggalkan korang. So bergambarlah sepuasnya dalam dan di luar train.



Tak bawa photographer ? No hal. Ramai lagi manusia lalu lalang yang boleh jadi photographer free. Sometime jumpa yang bertauliah, sometime tak. Ikut nasib.

Bila dah keluar dari Haadyai station tu, korang akan ditarik dan disorong bak papan oleh pemandu tuk-tuk. Jangan gelabah, kalau tak nak, just say no je. Lepas keluat je dari station, kitorang masuk Robinson Mall. Just jalan kaki je nak pergi sana. Kitorang beli susu Meiji 4 botol for 40 baht (RM 5). Murah. Hehe.

Keluar mall, terus naik tuk-tuk untuk ke hotel. Diorang tak pandai inggeris, so make sure bekalkan gambar hotel dalam fon.


Supposed to check in at 2 pm. Tapi kitorang sampai awal, so nak try nasib la. At 12 pm, sepatutnya awal lagi la. Tapi dia bagi check in. Make sure prepare duit lebih untuk deposit-kan kat diorang. Macam aku, kena RM 50.


(gambar google)

Aku stay kat V-Ocean Palace, RM 76/night included taxes. Hotel ni muslim friendly and wifi dia laju gila. Best gila. Hahaha.



(gambar google)

Sampai hotel pukul 12, kitorang mandi, tidur, solat dulu, pukul 3 petang plak baru keluar sebab floating market buka pukul 3 petang. Itinerary sebenar nanti hujung entry baru aku tulis.

Nak pergi floating market ni ada 2 options : tuk-tuk/grab. Memula tu kitorang nak naik tuk-tuk je tapi bila tanya, mahal gila. 300 baht (RM38) one way. So kitorang tak jadi lah. Call grab, dia minta 150 baht (RM19) je. Terus sapu la.






Kat sini kitorang makan banyak gila.

  1. Telur + tiram : 30 baht
  2. Sayur + isi ikan dalam buluh : 25 baht
  3. Pancake : 20 baht
  4. Pisang + ubi bakar : 20 baht
  5. Kanom look (puding inti soya) : 20 baht
  6. Telur puyuh goreng : 20 baht
  7. Air laici dalam buluh : 20 baht
  8. Jelly kelapa : 20 baht
  9. Kerabu megi : 30 baht
Total 205 baht (RM 26). Kenyang gila !



Nak balik tu, kitorang naik tuk-tuk, terus pergi Greenway Market. Kat sana ada food court yang boleh tahan best. Nak beli makanan kat situ kena ada kad. Tak boleh pakai cash. Untuk dapat kad dia, kena tukar 100 baht cash untuk 120 baht nilai kad. Tapi kena tunjuk passport, and nilai kad tu tak boleh re-cash. So, kena habiskan la 120 baht tu. 

Satu benda yang aku tak suka dengan food court kat sini, babi dengan ayam jual sebelah-sebelah. Hahaha. Orang pakai tudung dengan orang free hair meniaga sebelah-sebelah je. Asap bercampur. Aku sensetif dengan benda gini. So kalau nak beli, beli la yang jauhhhhhh dari asap babi πŸ˜† Dahtu, aku tak sure pinggan mangkuk diorang kongsi tak, tapi sudu garfu tak kongsi. Yang sure, meja kongsi. Kalau yang makan babi tu makan tumpah, then korang plak pergi duduk situ, selamat dah la. Haha.


(gambar google)



Lepas Greenway Market, kitorang pergi Asean Night Market. Tempat dia sebelah-sebelah je tapi still jauh sikit. So kitorang yang ada anak nak berdukung sedia ni tak rela la nak jalan. So, naik la tuk-tuk. Tapi Asean Night Market takda apa pun. Bagi aku lah. Sebab aku aim makanan je. Bab barang, aku tak pandang. So jangan tanya aku bab barang-barang ni.

Singgah Asean Night Market tanpa beli apa-apa, kitorang terus pergi Lee Garden untuk cari pulut mangga, pulut ayam and nutella banana pancake. Tapi perut still kenyang, so yang dapatnya just pulut mangga : 60 baht (RM 7.50) and pad thai goreng : 60 baht (RM 7.50) je.


Nak beli udang ni ? Mampu telan air liur je. Yang paling besar tu sekor 300 baht (RM 38). Paling murah sekor 100 baht (RM 12.60). Kalau nak yang sepinggan tu 300 baht. Ambil bau dengan gambar dah la. Balik kita mimpi sama-sama. Hehe.

Settle day 1. So nah itinerary day 1 :-

KTM Kobah-KTM Padang Besar : 1 jam : RM 6/pax
Train Padang Besar-Hatyai : 1 jam : 50 baht (RM 6)/pax
Hotel : 1 malam : RM 76
Tuk-tuk Haadyai Station-hotel : 1.5 km : 30 baht (RM 3.80)/pax
Grab hotel-Khlong Hae Floating Market : 7.2 km : 150 baht (RM 19)/grab
Tuk-tuk Khlong Hae Floating Market-Greenway Market : 7.8 km : 100 baht (RM 12.60)/pax
Tuk-tuk Greenway Market-Asean Night Market : 600 m : 20 baht (RM 2.50)/pax
Tuk-tuk Asean Night Market-Lee Garden : 2.7 km : 30 baht (RM 3.80)/pax
Tuk-tuk Lee Garden-hotel : 950 m : 30 baht (RM 3.80)/pax

Total day 1 : RM 172 untuk sepasang suami isteri termasuk 1 baby. Harga makan and shopping tak termasuk ✌

One more, kalau korang pergi time weekend, you might need this. Open hours :-

Khlong Hae Floating Market : 3 pm - 9 pm
Greenway Market : 4 pm - 10 pm
Asean Night Market : 3 pm - 10.30 pm




Wednesday, August 1, 2018

Farm in the City

Assalamualaikum and hi !

Since kitorang akan berpindah Kedah, aku try untuk buat semua benda yang aku nak buat masa tinggal di Shah Alam. One of them, bawa iman tengok animals kat Farm in the City, Seri Kembangan. At first, i thought tempat ni dekat dalam KL, tapi bukan. Dia kat Seri Kembangan/Puchong. Betul-betul belakang Pasar Borong Puchong.

Entrance fee : RM 37 (dewasa)
                      RM 30 (kanak-kanak bawah 11 tahun and warga emas atas 60 tahun)
                      Free (Baby bawah 90 cm)

And Iman adalah dalam kategori baby lagi. Hehe.



Masa kitorang sampai tempat ni, parking lot dia lengang. Ada dalam 3,4 buah kereta je. So selesa gila kitorang nak melawat sebab tak ramai orang since tu hari weekday. Hubby dah berhenti kerja dah time tu, so boleh la keluar hari kerja. Hee..

So far tempat ni memang cantik, suitable for kids and staf dia memang peramah. 



Kat sini banyak section yang kitorang pergi, staf dia akan bagi makanan binatang. Free je. And haiwan kat sini semua jinak. Especially kambing 😏 Sampai ke stroller anak aku pun dia nak naik. Amboi sangat..



Iman pun masa kat sini behave sangat. Dia paling suka main air. Hahaha. Lepas ni kena bawa dia pergi waterpark plak. Tapi after wabak HFMD habis la. Takut ! πŸ˜– Sekarang ni kalau bawa Iman pergi beli barang ke apa ke, mesti tak bagi dia touch anything. Takut sangat.




Dari benda-benda simple macam ni actually dia belajar kindness, sharing is good and its good to love animal. Tapi bila balik rumah, dia cekau habis perut kak bella dia. Hahaha.



Budak kampung tahu tangkap ayam and tak takut ayam hidup itu normal. So i'm not normal. Wayyyyy tooo far... Hahaha



And he is normal either πŸ’


Nak habiskan pusing tempat ni agak lama. Makan masa 2 jam. Nampak je kecil dari luar. But once dah masuk, banyak benda boleh tengok. Tempat dia banyak haiwan, cantik and bersih gila. Lepastu sinki and sabun antiseptik pun banyak. Tapi dalam semua benda yang bagus tu, satu je aku paling tak boleh blah, toilet dia. Hahahaha. Bayangkan toilet dia macam suram macam tu. Alah, dalam zoo kan banyak pokok, memang redup la. Tapi tu ok lagi. Bayangkan dalam tu diorang bela katak. Hahahaha i cannot πŸ˜‚ Bayangkan masa aku pergi toilet tu aku memang nak terberak gila. Tengok katak je terus sakit hilang. Haha. Tolong la jangan kejam sangat. Sis takut gila kat katak 😭

Keluar dari mini zoo tu, kitorang nak solat. Tempat ni ada sediakan tempat solat kat pintu masuk zoo. Tapi hujung-hujung sikit. Surau dia ok gak, luas dia boleh muat 5 orang sekali masuk. Tapi macam sunyi sikit la tempat dia sebab orang tak lalu kat sini kecuali kalau nak pergi toilet/solat. So kalau takut kena rompak ke rogol ke cabul ke, ajak la teman. Memang sunyi gila.

The end

Thursday, July 26, 2018

Genting Highland

Assalamualaikum. Hai...

Lamanya rasa tak update. Rindu gila. Serious.. Since ada anak ni, rasa macam tak sempat pun nak buat hobi sendiri. Even nak keluar hang out dengan kawan pun nak kena usung si kecik tu. 

Hari tu aku pergi Genting. Saja ajak parents pergi since kitorang pun dah lama tak pergi mana. Kesian kan. Naik Genting tu ingatkan indoor dia ada lagi, tapi sama je, renovate sekali. Tak sure Genting start renovate tahun bila, tapi sekarang tahun 2018 pun masih padang jarak padang terkukur lagi. Pernah tanya workers kat sana, diorang kata end of 2018 siap la. Tapi sekarang dah bulan 7 pun masih banyak lagi nak siap.

Haritu kitorang bawa Ayu, awek adik bin. Sekarang dah jadi ex pun. Haha. Abah punya la suka kat dia sampai nak pergi mana pun mesti nak ajak. Even now pun abah still tanya tak nak get back ke. Eh, please lah abah. 



Taman kat luar ni dulu pernah jadi tempat dating ibu ayah Iman. Hahaha. Time tu datang Genting tak tidur. Kat indoor tu ada KFC, McD 24 jam. Kitorang lepak situ je. Sejuk gila wei. Hahaha. Nak tidur kat surau, surau tutup. Pukul 5 pagi macam tu baru surau buka. Memang tertidur sampai siang la. Esok siang tu keluar datang taman ni. Time tu mesti berkabus punya. Boleh feeling oversea. Haha.

Buat maksiat ? Rasanya tak berani kot sebab opposite dengan taman ni penuh office and selalu je polis bantuan ronda.



Ada jodoh, tak kemana. Takda jodoh, move on jela πŸ˜‚



First cucu, and Iman masih ringan. Sekarang dah 10kg lebih dah. Rasanya abah tak boleh dah timang macam ni, patah pinggang. Hehe.



Debabnya awak sayang. Hahaha.



Isteri masih ringan walaupun berat 64 kg time ni. Hahaha. Paling berat dalam sejarah hidup, 72 kg masa pregnant.




Tapi masa pregnant dulu, tak kisah pun berat berapa, as long as baby debab. Haha.



Since indoor and outdoor kena tutup, ada banyak je lagi tempat yang buka macam Awana Horse Ranch (24 jam), Awana SkyWay (7am-12am), Butterfly Wonderland Genting (9am-9pm), Chin Swee Caves Temples, The Arena of Stars, World of Phalaenopsis, Genting SkyWay (7am-12am), Genting Strawberry Leisure Farm (10am-10pm), Happy Bee Farm Genting (9am-9pm), Lim Goh Tong Memorial Hall (8am-10pm), Picture House Cinema Genting (10am-3pm), Senikome Peng Heng East Coast Art and Cultural Centr (8.30am-5.30pm), Vision City of Video Games Park (10am-12am), Sky Casino Genting (24 jam) and Genting Casino (24 jam) tapi dua ni tak boleh la, haram.

Tapi dalam banyak-banyak yang buka ni, satu pun kitorang tak singgah dah.

Thursday, September 14, 2017

Kenduri akikah Iman

Assalamualaikum

Tepat umur Iman masuk 10 bulan which was on last 2nd September 2017, kitorang lansungkan majlis akikah Iman. Majlis ni gabung dengan majlis akad nikah anak Lang, Diana, akikah cucu Mak Long, Rizqin and majlis korban. Tumbang seekor lembu jugak lah kiranya. Untuk Iman kitorang ambil 2 tompok ada la dalam RM 1400. Lepas tu untuk goodie bag pun kitorang kongsi dengan Dena sorang RM 200. Tapi dalam goodie bag ada apa pun ntah, kitorang tak tengok. Haha. Niat dulu nak buat kenduri akikah Iman ni special la sikit sebab anak first. Siap berangan nak pakai serba putih, ada mini pelamin untuk baby and ada goodie bag comel-comel. Tapi takda rezeki lagi. InshaAllah nanti Ibu ganti buat majlis lain untuk iman.



Kalau tak silap lembu Iman yang warna hitam tu. Number 3 dari kanan. Nampak hitam, tapi isi lembut gila.



Majlis akad nikah mula pukul 10 pagi kat rumah Lang. Lepas tu terus makan kat situ. Majlis nikah Dena simple gila. Masa akad tu pun mudah sangat-sangat. Imam tak tanya soalan pun, terus akad. Lain sangat dengan zaman kami dulu. Soalan kat hubby macam kena tembak. Macam-macam dia nak tanya, hubby pun terketar-ketar nak jawab. Hahahaha.



Dapat chance bergambar macam ni cuma kalau ada 2 conditions ja. Samada anak tidur or orang tolong dukungkan. Tapi mimpi la anak tak meronta kalau orang dukung.



Nah, pakai singlet ko masa majlis akikah dia. Orang lain punya la dengan baju melayu bagai. Haha. 

Ibu nak buat baju melayu kat Iman, Iman bukan pakai sangat. Lagi pun highlight harini majlis akad nikah, kena ikut tema pengantin. Pengantin nak purple. Kalau ni majlis ibu, dah lama ibu buat tema bunian. Hahaha. Ibu minat sungguh la dengan bunian-bunian ni. Nak leave crown kt kepala macam zaman rome dulu. Lepas tu background photobooth nak simple je. Kain putih and ada gelung rotan lilit-lilit daun tu. Berangan.


Sebab takda background buluh lilit daun, so ibu bergambar je depan daun betul. Nampak bumbung pun bumbung lah. Next plan, ibu ingat birthday Iman nanti ibu nak buat something. Harap jadi la. Kesian Iman kan ?!

Thursday, March 30, 2017

Honeymoon 3 : Ipoh (day 2)

Assalamualaikum

Hari ni nak check out dah. Tapi sebelum check out tu kitorang pusing hotel dulu.



Ni kat dobi tingkat atas. Aku ada ambil gambar mesin basuh rasanya. Tak ingat dah sebab benda ni dah setahun lebih dah. Hehe. Mesin basuh dia jenis pintu didepan. Kena masukkan syiling, abru dia pusing. Rasanya sama je macam dobi lain. Lepas tu ada mesin pengering. Apa yang aku nampak, serbuk pencuci dengan pelembut kain diorang sediakan. 


Wallpaper diaπŸ’“



Dah check out, on the way nak balik Shah Alam tu kitorang singgah Kellie's Castle kat Batu Gajah. Kellie's Castle ni dari jauh pun tengok dah seram dah. Bila masuk lagi lah seram. Tambah dengan tak ramai orang kat dalam tu. Tiket masuk : RM 5/pax.


Kisahnya istana ni dibina kat atas bukit sebab nak elak dari pemberontakan orang Melayu satu hari nanti. Jauh betul dia fikir. Rumah ni ada laluan rahsia dalam toilet di setiap bilik tidur diorang. Laluan tu akan tembus kat sebuah kuil. Yang misterinya istana ni sebab orang kata pernah jumpa Kellie dengan anak perempuan dia kat koridor istana ni.


Atas ni panas gila. Rasa macam kena panggang.


Koridor ni la diorang jumpa hantu tu.


Aku sebenarnya takut nak bergambar dalam istana ni. Taku kalau aku view balik gambar-gambar tu tetiba nampak hantu tersenyu dari penjuru mana-mana. Haish πŸ˜“

Kitorang melawat semua tempat dalam istana ni kecuali bilik bawah tanah je tak pergi sebab gelap gila. Kitorang ada perasan sorang girl ni dia datang sini sorang-sorang bawa kamera. Dia masuk bilik wain kat bawah tu sorang-sorang. Dia tu takda perasaan ke ?


Keluar je dari pagar istana tu aku rasa lega gila. Sumpah lega. Tak nak pergi dah. Sampai sekarang bila aku view je gambar datang sini, meremang bulu roma aku. Including sekarang. Kbai