Sunday, March 17, 2013

salah baju takpa. boleh beli lain

Assalamualaikum and super morning


After a long sleep since last night and now alhamdulillah, im still alive. Semua orang kalau boleh nak still bernafas bila bangun tidur. Nak sempat bertaubat sebelum mati. Right. Speak of it, kelmarin aku pergi dating. I know dating adalah salah satu dosa, but I cannot get rid of it. Hmm. But i tried to reduce my sins. How ?

When i speak about marriage, semua orang kata aku gatai, nanti nak makan apa, dah sedia betul ka, tak nak enjoy dulu ka, bla bla bla. I love him and I love myself. Biar kami kahwin. Rezeki dari Allah, not manusia. Ada duit ke belum, itu hal kami. We still have families. Pandai pandai kami. Betul :)

Back to yesterday, kitorang pergi 1 Utama. Again ! 



Fitting area, Brand Outlet


Masa aku ambil hubby dekat KTM, tetiba nampak baju dia warna purple. Bila tengok diri sendiri, betul la aku pakai hijau. Terus aku merajuk. Sebab tu la masuk fitting room ni. Hubby beli baju hijau. Hehe. Sayang dia 3 juta kali :p




Tadaa ... Terus bertukar jadi sesumpah. Muahaha.


So, boleh la pergi ke next agenda dengan aman. Boleh senyum senyum dah. Dah tak payah tarik muka umpama ayam turki :D



Half bintang untuk ini. Damn it.


Lepas tengok wayang tak best sambil makan Royal Popcorn yang super best, kitorang pergi makan bajet lagi. Harus la bajet kalau nak kaya. Muehee -.-"



Si comot saya. Pandai buat orang sakit hati, tapi pandai pujuk balik. Cinta dia 3 juta kali :)


Lepas makan, solat. Jahat, jahat jugak. Solat JANGAN tinggal. Orang kata solat yang diterima adalah solat yang dapat menghindarkan diri dari buat maksiat. Tapi kalau solat, tapi still buat maksiat, tu aku tak sure. Aku bukan alim ulama. Tapi apa yang mama pesan, solat JANGAN tinggal even jahat mana sekalipun. Dan jangan lupa bertaubat tiap kali lepas buat dosa. No one can judge me. But He can. Apa dalam hati, takda yang tahu melainkan Dia.

So, lepas solat, sambung tengok wayang with another half popcorn yang tinggal. Hehe.




Habis wayang, buat wayang. Drama I lari you kejar. I merajuk you pujuk. Drama drama drama. Best tau drama tu. Kalah drama Setia Hujung Nyawa 2 :p

Monday, March 4, 2013

vaucher 250 habis one shot

Assalamualaikum and hi.



Minggu ni aku dengan hubby pergi OU lagi. Tak payah nak gelabah. Situ jela paling dekat, paling center and paling best pun. Best sebab ada 2 jenis panggung and seat couple panggung TGV dia syok gila ! ;)

Like always la, tiap minggu mesti akan ada theme. And tema minggu ni, merah. Macam biasa, master mind nak kena pilih theme baju, mesti la aku. Tiap minggu nak kena selongkar almari cari baju. Orang kata kalau perempuan nak keluar dating ni, mesti akan usha lama kat almari baju tu. And yes.. I admit it. Padahal semua baju boleh pakai kot.. Dasar perempuan.

Movie hari ni pukul 12.45 tengah hari. So boleh menerewang dulu. Setakat 4,5 kali datang sini, tak mungkin boleh hafal lagi lot-lot kedai kat sini. Serious tak mungkin..




Chubby..... O.o



Hubby nampak tinggi and taff and besar and .. :)




Hubby suruh pak cik Cina tu ambilkan gambar.. 1 Malaysia kan -.-"


Main aim untuk hari ni nak habiskan RM250 vaucher buku tu. Hari Khamis lepas kot aku pergi Popular dengan housemate. Lepas tu tak boleh nak habiskan sesen pun kat situ sebab memang bajet nak beli barang laptop je. Then tetiba datang sorang worker tu cakap pasai rules. Dia kata 80% buku and 20% ja barang-barang lain. Means nak kena beli buku. Tapi situ buku tak banyak. So keluar dengan tangan kosong, singgah Daiso kat kedai sebelah, then baru boleh keluar dengan tangan berisi :p

Kat OU ni ada MPH, ada Popular. So aku prefer MPH sebab boleh pakai kad siswa. See... Diskaun lagi :)

MPH kat OU ni besar gila. Rambang mata aku nak pilih yang mana satu. The best part, part buku pets. Aww ! ;)



Those cost me RM250. 1 scrapbook + 1 travel's book + 2 cats book + 1 al-Quran with meaning + 1 ghost comic + 1 set of colorful marker + 2 pens RM5.30


FYI, I love ghost story damn much !! Aku akan jadi over excited kalau dengan cerita seram ni. Dulu aku hantu novel seram. Selalunya kalau aku beli novel seram, aku akan balut cover dia dengan plain A4 paper. Biar tak seram sangat. Hihi. And now aku still suka cerita seram. Dari movie, novel, sampai la ke komik :)

So, today kita tengok cerita seram. Dark skies.




The story is about alien. Not ghost.



Aku tengok movie ni kat TGV. Seat situ boleh muat 3 orang kot. Aku boleh buat banyak gaya dengan banyak posisi. Hubby duduk menyempit kat hujung. Aku ambil part yang muat untuk 2 orang. Ok, bahagia :p

Habis wayang, terus serang makan. Mula-mula cari Nandos. Lepas tu give up sebab malas tengok peta, then sesat and lapar, so patah balik pergi food republic a.k.a food court.



Nasi campur, Little Wok, pulut mempelam. Macam sebulan tak makan T_T



Akibat over kenyang -.-"


Lepas makan, singgah kedai Converse depan tu. Lepas tu hubby berkenan kat satu kasut yang new arrived ni. Kotor gila kau. Design pelek. Huhu. Lepas tu hubby berkenan kat satu topi ni plak. Pastu dia try pakai. Then aku suruh dia buang. Aku kata nampak macam budak up. Dia gelak, then tetiba ada sorang mamat ni pakai topi. Hubby tunjuk kat dia and tanya pasai budak tu. Then aku kata la tu contoh budak up. Then dia ugut aku nak bagitau budak tu.

-.-"

( krik krik ) ...












Penutup dating hari ni, kitorang borong 4 seluar kat Brand Outlet. Nah, ambik kau...

Memula tu aku try seluar perempuan. Fit -.-

Then aku nak keluar dah. Give up. Tetiba nampak seluar laki. Try. Jack pot !!! :D Terus ambil 2 helai. Hubby pun sama.. 

.....

Mama, duit habis T___T