Monday, October 31, 2011

terkilan tak pergi konvo abang



Ni abang kandung aku. Izzul Syazwan Ishak, 23, ex-mahasiswa Universiti Teknologi Petronas ( UTP ), pemegang ijazah sarjana muda and single. Hehe. Ntah bila la aku nak tengok bakal kakak ipar aku kan ..

16/10/2011 hari tu abang aku konvo. Mula-mula aku memang dah planning cun-cun dah dengan mama sebab nak pergi tengok abang aku konvo. Siap plan nak ambil gambar abang lompat-lompat, baling-baling topi konvo tu lagi. Tapi semua tu boleh takat planning jela. Terkilan kot sebab abang sendiri nak konvo, adik-adik dia semua tak boleh pergi. 

Abang konvo 16hb, aku ada test pagi 17hb tu. 18hb dengan 19hb aku ada presentation. 20hb ada test lagi. Damn ! 

Dah la masa nak konvo tu abah ada hantar mesej. Tny DSLR ada kat sapa. Confirm la ada kat aku. Shit betul. Kesian abang aku weyh. Nak nangis ='(

Lepas tu chat plak dengan best friend abang, abang Idzwan. Abang Idzwan tanya why aku tak pergi. Dia kata abang aku perlukan adik-adik dia. Lagi sedih kot dengar dia kata macam tu. Cuba kalau time aku konvo, abang aku takda kat konvo aku tu. Mau nangis jugak ah. Dulu aku suka nangis sebab abang aku ni. Aku ni kuat menangis gila. Sumpah tak tipu. Sekarang pun still kuat menangis lagi. Tapi bukan sebab abang wan dah, tapi sebab hubby :p

Dulu, kami dua beradik ni memang kuat gaduh ah. Pantang jumpa mesti nak gaduh. Tu kami jarang cakap. Kalau buka mulut pun, wajib la yang keluar tu mesti ayat-ayat pedas yang tahap boleh buat kitorang angkat kaki, angkat tangan. Lepas tu perang meletus. Hahaha. Tu yang aku masuk taekwando tu. Sebab kat rumah pun rajin duk perang. Haha. Abang aku plak masuk silat, memang buku dengan ruas ah. Tapi abang tetap abang. Laki tetap laki. Dah la dia tinggi. Mana aci !

Tapi start dia masuk UTP, start tu la kami makin baik. Maybe sebab masing-masing dah matured kot. Masa abang masuk UTP tu pun, aku dah f4 kalau tak silap. Aku masuk 1 sekolah menengah dengan abang sebab aku nak dekat dengan abang. Lebih kurang macam nak bermanja la. Tapi tak dimanjakan pun. Sedih kan. Tu yang kuat nangis bawah selimut tu. Bhahaha. Last-last, hubby yang manjakan aku. Tu yang over manja plak dah tu. Hehe.

Lepas tu, dulu pun aku pernah gak nangis bila terfikir, yang nanti bila abang aku kawin, kitorang 1 family takkan keluar melancong, jalan-jalan sekali dah. Mesti la abang aku nak keluar dengan family dia, bini, anak-anak dia. Dia dah tak join aku mama abah adik dah. Tapi tengok-tengok, aku yang laju dulu. Hahahaha. Sebab aku dah ada hubby :) Tapi family tetap utama la. Lepas kawin, hubby la plak yang top first. Tanggungjawab abah akan habis bila anak perempuan dia ni dah kawin. And tanggungjawab anak perempuan adalah 100% dekat suami bila dia dah kawin nanti. Sedih kan. Tapi aku percaya hubby mampu jaga aku macam abah jaga aku. I love you abah :)

And I love you abang wan. Sorry tak dapat pergi time konvo hari tu. Sorry ..



semuanya tentang hubby

Meluat sangat tak baca entry aku pasai hubby ? Bukan nak menunjuk. Bukan nak show off kata aku sorang ja ada hubby, aku sorang ja ada boyfie. No. Tak tak tak. Tapi blog ni as a medium untuk meluahkan kan. Macam diari. Tapi ni more up to date. Kalau suka boleh baca. Kalau tak, boleh klik menatang pangkah tu. Feel free to do so :)

Baru-baru ni aku ada keluar dengan hubby. Tapi yang tu nanti-nanti la aku update. Tengah busy nak exam ni. Tapi still free untuk update benda ni. Sebab.. Sebab aku pun tak tau. Tiba-tiba rindu hubby macam dah setahun tak jumpa kan. Tiba-tiba rasa nak puji hubby ja melangit.

Tadi ada dengar housemate duk kecoh pasai boyfie apa semua. Feel free untuk couple clash, pasang skandal, apa semua. Ok, tu zaman remaja diorang. Semua orang pun pernah rasa. MAYBE. Sebab aku pun pernah anti-jantan satu ketika dulu. Sampai la aku jumpa hubby balik and perasaan suka tu bertukar jadi cinta :)

Bagi aku, hubby ni sangat special. Apa yang special :::

  • Dia laki pertama yang menangis sebab aku. Sebab dia rasa bersyukur sangat dapat miliki aku sebagai calon isteri dia. Tak ramai laki yang mampu buat ini. Bilamana air mata dia menitis sebab aku, air mata tu bukan menitis satu satu. Tapi bertali.. Perempuan mesti faham kan. Air mata yang keluar laju tu tanda hati dia memang tengah pendam sesuatu and dia bukan sedang berlakon drama.
  • Bila muka aku berpeluh and berminyak, hubby akan face to face dengan aku and lekap dua-dua tapak tangan dia kat pipi aku. Then ibu jari dia akan usap semua minyak tu pergi dari muka aku. Even depan orang ramai, dia tak pernah segan. Dia masih nak bersihkan muka aku.
  • Bila aku baru bangun tidur, dia akan bersihkan muka aku guna tangan dia macam selalu.  Tapi kali ni, bukan takat minyak di muka, mata aku pun dia akan bersihkan. Kali pertama dia buat macam tu, sumpah aku terkejut. Sebab takda laki yang sanggup cuci taik mata awek dia. Kat luar sana berapa ramai pakwe yang buat macam ni ? So, hubby aku paling special kan.
  • Kami kongsi keluarga bersama. Mak hubby dengan mama aku, rakan sekerja dalam 1 bilik guru yang sama. Abah aku dengan ayah hubby, rakan dari dulu sebab ada anak-anak yang sebaya. Adik hubby ( Habib ) dengan adik aku, best friend sekolah rendah dan sebaya. Adik-adik perempuan hubby, anak murid mama sekarang. Arwah tok wan hubby, cikgu mama dulu. Hubby ramai sepupu perempuan. Aku ramai sepupu lelaki. Sangat fair !
  • Bila aku nak beli kasut and minta tolong hubby, hubby tak pernah segan nak duduk mencangkung and tengok-tengokkan kasut kat kaki aku. Sangat terharu kat situ. Sedangkan masa tu, peniaga kedai kasut tu ada ja kat sebelah. And masa hubby duduk tu, aku sedang berdiri.
  • Kalau masa kitorang keluar and aku merajuk, hubby sangat pandai pujuk. You will love it kalau boyfie korang buat macam tu. Trust me :)
  • Marah dia sangat detail. Rasa macam nak marah balik ja. Tapi bila dia dah sejuk lepas marah tu, hubby akan jadi sangat loving :) Time ni la kami akan slow talk. Time gaduh, masing-masing akan diam. I know mulut hubby i macam mana. Hehe.
  • Hubby sangat 'menjaga'. Kalau dalam 1 majlis, tetiba kerusi kosong kat sebelah aku ada laki duduk, hubby akan tarik aku serapat yang boleh dengan dia. Biar jarak antara aku dengan laki sebelah tu tahap ada orang lagi boleh menyelit kat celah kami.
  • Tiap kali keluar, dia akan pastikan yang warna baju kami sama. Tapi dia tak suka kami pakai baju couple yang corak sama tu. Dia kata tak matured :p
  • Bila muka aku comot dengan bedak, dia akan bersihkan bedak yang tebal macam tepung sagu tu. Feel free to do so. Aku pun dah tak segan dengan hubby kalau muka aku mekap tebal macam opera cina sekalipun. Tapi tak pernah buat lagi la. Hehe.
  • Bila aku rasa nak kentut, aku kentut ja. Bhahaha. Ini sangat kotor sikit. Tapi, fact still a fact. Hubby pun kentut bunyi lagi kuat dari aku. Hahaha. We all sangat tak kisah benda ni. Mungkin betul la orang kata, time bercinta bau kentut pun bau perfume. Tapi hope la lepas kawin nanti, kami bau syurga plak. Amin.
  • Even depan member, kami still tak segan nak makan bersuap. Macam tak boleh makan sendiri kan. Macam masa aku still belajar dekat UMP dulu, aku pernah pergi KL jumpa hubby. Time nak balik tu, kat stesyen bas Pudu kot, kitorang singgah makan. Hubby sorang ja order makanan. Tapi sepanjang dia makan tu, rajin ja dia suapkan aku. Aku tengah tengok-tengok orang, tiba-tiba sesudu nasi pataya masuk mulut. Aku tengah tengok burung ja, tetiba nasi pataya masuk mulut. Hahaha.

Nak list lagi tak ? Macam ada lagi ni. Tapi cukup la kot. Nanti sambung lagi. Psst .. hubby, I love you >_<

Sunday, October 30, 2011

mandikan hamster hubby

Ni anak-anak hubby. Semuanya garang nak mampos, kecuali yang hitam tu. Yang tu aku dah jinakkan sikit-sikit. Tu pun still duk nak gigit aku lagi kalau aku kacau dia tidur. Hehe. 22/10/2011 hari tu aku keluar dengan hubby, Shahirah, Anis apa semua. Kitorang ada 'kerja' sikit kat luar. Malam tu jugak aku tumpang tidur kat rumah kakak Shahirah ni. Sumpah nyenyak weyh sebab penat gila. Sampai subuh pun aku kantoi. Astaghfirullahhalazim - -"

Back to story. Lepas aku adopt anak hubby ni, aku pergi pet shop kat Rawang dengan adik aku. Aku beli serbuk kayu RM7.90 dengan pasir mandi perisa epal RM6.90 kat si kecil. Mula-mula tu hubby kata membazir. Sebab diorang ni garang kot. Sangat tak mesra alam. So buat apa nak layan elok-elok ye dak. Tapi, as long as diorang ni dalam belaan kita, kita wajib layan diorang baik-baik. Tak baik aniaya si kecil tau hubby :)

So, memang kerja aku la kan nak kasi 'spa treatment' kejap kat budak-budak ni.





Bukan main jakun lagi diorang bila aku letak diorang dalam tepawe gedabak ni. Mengodek ngodek diorang lari. Bhahaha.




Maybe ni first time kot diorang mandi. Sampai tergolek-golek terkangkang-kangkang dah aku tengok. Sangat takda kemaluan. Haha.

Masa aku mula-mula dapat si kecil ni, macam ni la rupa diorang
.
.






Kesian bebeno. Macam dah takda tuan dah rupa diorang. Bhahaha. Mai la ibu nak cuci ye. Alolo :p

Lepas-lepas cuci guna sabun apa semua, terus aku lap ja rumah diorang ni dengan kain. Lap guna kain dapur plak tu. Hahahaha. Tak sempat dah nak tunggu rumah diorang ni kering sendiri. Bebudak ni kacau sangat. Diorang lastik aku guna kulit kuaci. Erk - -" *tipu !*






See ... Kan dah nyenyak. Lepas ni boleh la diorang doakan aku jadi jutawan cepat-cepat sebab aku dah cuci rumah diorang. Tak payah ucap terima kasih pun takpa. Haha.




Siap ada swimming pool pasir lagi. Mana tahan .. Haha.




Ni yang paling baik. Panjat tangan aku sampai ke bahu. Untung la pakai baju hubby. Biar dia sayang hubby plak pasni. Hubby kan tak reti layan si kecil. Asyik harap tunang dia ni ja :pp


Sunday, October 16, 2011

The Making of TV Production ( part 2 )

11/10/2011 ( Selasa )

Kelas hari ni ada 1 ja. So lepas pukul 2 petang kitorang pergi Tesco Kuala Selangor. Ingat tu nak buat commercial break kat sini, tapi bila kitorang minta izin kat department diorang, diorang tak bagi. Hampeh gila. Belagak ! Huhu. Kitorang nak buat iklan Colgate je pun ...




Bukan kakak ni yang tak bagi izin, tapi guard kat dalam office tu yang bagi. Kitorang terjah sampai office weyh. Erna takut nanti kitorang kena saman kalau langgar policy diorang.

Then kitorang singgah Watson kat situ, minta izin jugak. Diorang pun tak bagi. Fine.




Senang-senang kitorang singgah ja Nenek Moden ni. Boleh buat kerja sambil makan kan. Hehehe.




Time ni kitorang tengah buat commercial break. Iklan Colgate. Elmy yang jadi mangsa sakit gigi tu :p




Hehehe. Sakit gigi ye Elmy ye .. :p





Habis makan, habis shoot, kitorang shoot kat luar plak. Kat tempat parking depan kedai kek. Sampai melekat lekat dah pekerja kedai tu tengok kitorang. Bhahaha. Aku yang pagang skrip kat luar. Untung laaa kan Elmy kan. Ravi kan :)





Diorang ni memang macam ni. Si kura-kura dua kaki ni. Haha. Ravi dengan K7 tak tahan gelak dah tengok kitorang.




Pakai kain ye kakak ye. Hehe.




Time ni kalau jalan tat tu rumput, aku rasa dah guling-guling dah Erna ni :p



 
Habis. 

************************************

AkuKata : Nantikan movie kitorang di pawagam yang berhampiran. Tiket RM15 ja. *wink* :p

The Making of TV Production ( part 1 )

10/10/2011 ( Isnin )

Bayangkan malam tu aku tidur lambat sebab nak packing barang. Lepas tu pukul 5.30 pagi tu aku dah bangun bersiap siap dah. 6.30 pagi semua orang pakat terpacak dekat kereta macam musang tanah. Kereta aku, Ravi yang drive sebab dia tak muat nak duduk belakang dengan Kesevan (K7). Hahaha. Kaki diorang tu dah la panjang, badan diorang pun besar plak tu. Memang tak muat ah. So, Ravi drive sebab K7 takda lesen. And takda girl pun yang nak duduk dengan dua laki kan. Elmy dah kawin, memang sah-sah la dia tak nak. Erna plak pakwe dia sebijik copy paste macam perangai hubby. So memang best ah kawan dengan dua girlfriends ni :)

Kitorang bertolak pergi Genting Highland lalu ikut Bukit Tagar, tembus kat Bukit Beruntung. Kat Bukit Beruntung ni kitorang stop sarapan jap kat gerai depan Tesco Bukit Beruntung.




Aku ingatkan hubby sorang ja ada habit lap dulu sudu + garpu before makan. Rupanya Erna dengan Elmy pun macam tu. Sekali dengan aku pun dah terikut ni.

Aku tak ingat kitorang sampai dekat Skyway Station pukul berapa. Tapi dekat sejam jugak la kitorang habiskan masa kat tempat parking tu buat shooting. 




Masuk kat bangunan kabel ni pun ada 2 shoot lagi. Depan-depan kaunter tu kitorang berlakon. Malu seyh. Kat situ dah la orang lalu lalang, ada kedai-kedai, ada penjaga kaunter, ada 2 brothers guard ni. Adoi ... Lecturer patut bagi ja kitorang 30 marks tu sebab sanggup buang malu. Huhu. Dah la kat sini part aku bertengkar dengan Ravi. Memang riuh ah. Kalau orang tak nampak videocam, ntah ntah orang kata kami ni gaduh pasai perkauman plak - -"






Erna memang muka kering. Bhaha. Aku kawan dengan dia, aku rasa macam dah lama kenal tau. Selesa sangat. Sebab perangai dia sama macam Shahirah Mahmud, best friend sekolah rendah aku dulu.





Dah naik kabel :)




Dalam toilet pun jadi kerja weyh. Aku sayang gila kot kat diorang :)





Topup topup. Erna habis RM30 dalam 1 hari. Fon dia telan duit. Samsung touch baru weyh. Baru seminggu beli guna duit PT. Hehe. Dia masuk banyak boleh la. Aku masuk sikit. Isk isk isk :(




Erna ah ni. Hahaha. Pantang jumpa cermin, semua dia nak suruh snap. K7 plak jenis tak boleh follow kitorang. Dia rasa kitorang ni terlalu happening. Tak sesuai kot :p




Ramai je orang senyum-senyum bila nampak video tu. Konon boleh masuk TV la kot. Hahahak.

Bayar RM46 sorang, then dah boleh masuk outdoor theme park ni. K7 dengan Ravi tak nak masuk. K7 tu sebenarnya tak nak follow kitorang pun datang Genting ni. Tapi lepas Erna ugut dia, terus dia ikut ja. Hehe. Kalau tak cukup sorang, macam mana kerja nak selesai. Adoi !




Simpan beg dulu. 1 loker RM3. Sapa bayar ntah. Yang penting bukan aku. Hehe.







Minah ni pantang jumpa ikan. Laju ja dia pergi. Tambah-tambah ikan keli. Hahaha. Ikan keli hidup kat makmal tu pun, kalau boleh tiap-tiap hari dia nak pergi tengok :p

Kitorang stay kat atas tu sampai pukul 1 petang. Lepas tu kitorang turun pergi kat Skyway Station balik and singgah kat tempah makanan longgok ni.




Aku makan semua benda yang dia bagi test tu. Haha. Lapar siot. Belinya tak pun :p K7 yang baik gila tu pun sampai segenggam dia ambik. Hahaha.

Balik tu kitorang singgah Bukit Beruntung balik. Singgah makan. Then kitorang pergi rumah Erna. Tapi tak jadi masuk sebab mak dia takda. Adik dia plak buang kunci rumah tu kat mana ntah. Sampai marah-marah dah Erna ni. Lepas tu kitorang singgah ja tasik kat kawasan perumahan. Shoot kat situ sampai Maghrib. Lepas siap kat situ, kitorang pergi rumah papa Erna kat kawasan situ-situ jugak. Kitorang makan apa semua kat situ. Papa Erna ni tinggal sorang ja. Dia la masak. Parents Erna ni dah bercerai dah sebenarnya. Mak Erna kawin lain, tapi papa dia stay lonely. Pukul 10.30 malam kitorang sampai kat Unisel dah. Zzz