Monday, June 25, 2012

kisah seram rumah F3 1F U3

Rumah ni aku rasa dah lama dah 'berpenghuni'. Cuma baru semalam kitorang semua nampak 'penghuni' dia. Maybe sebab Allah nak tunjuk kot. Kiranya apa yang aku lalui selama ni dekat rumah aku tu, and dekat bilik aku sendiri adalah benar.

Semalam ex adik aku mesej aku kata nak cerita something. Tapi masa tu line tenet slow and aku sendiri pun tak online masa tu sebab penat sangat balik dating. Then tetiba aku rasa nak online before tidur. Lepas tu ternampak satu gambar blok siswi Unisel kat home. Mula-mula tu aku ingat tu blok F2, so tak la gelabah sangat. Sekali usha betul-betul, tu blok aku weyh ! Nak lagi meremang, tu bilik aku yang aku dah tinggalkan kosong for the whole sem pendek ni. Damn !




Gambar belah kanan tu bilik aku. Kat situ boleh nampak ada pontianak/ langsuir/whatever tengah mencangkung. Gambar kiri tu plak, ada 2 ekor hantu yang tak nampak bila upload kat internet. Just nampak kalau tengok direct dari henset si perakam. Gambar ni dirakam secara tak sengaja oleh kawan ex adik aku masa diorang tengah lepak pagi-pagi buta kat depan blok.


Kalau nak tau, bilik aku tu aku dah kunci before tinggalkan rumah sebab still ada barang aku kat dalam tu. Tapi why nampak cerah. Aku pun tak tau. Romate aku sekarang kata hosmate aku yang buka. Tapi macam mana dia buka pintu bilik aku tu pun tak tau. Maybe panggil Jana Niaga kot. MAYBE.

Bilik aku tu boleh nampak direct dari luar sebab aku memang buka langsir sikit, buka tingkap sikit. Biar udara luar masuk. Biar bilik aku tak hapak. Sebab tu kat tingkap tu nampak gelap separuh, cerah separuh.

And bawah hantu tu, why gelap. Aku rasa tu rak buku kot. Sebab dari luar memang akan nampak rak buku. Tak pun sebab aku angkat tilam sandarkan kat dinding belah tingkap. Aku sendiri pun dah lupa susunan perabut dalam bilik tu sebab dah lama sangat tak masuk.


************************************

Masa aku mula-mula daftar masuk rumah tu dulu, aku dah perasan dah something yang pelik.

First, ada tulisan "oi ! rumah ini ada HANTU" kat dinding beranda. Tulisan tu ditulis dengan pen marker.




Boleh baca kisah tu kat entri "RUMAH KITORANG BERHANTU" Entri tu aku pos 14/7/2011 lepas.


Second benda pelik, ada bawang merah yang still hidup + dicucuk dengan jarum dekat atas sliding door ruang tamu and dekat tingkap tandas. Aku nampak benda tu masa mula-mula kemas rumah and aku dah buang menatang tu. Tolol gila. Haha. Aku rasa benda tu menyemak, so aku buang.

Kebetulan masa aku orentasi, ada budak rumah atas aku kena histeria. Kebetulan kot -..-

************************************

Sepanjang aku duduk rumah tu, takda la benda pelik lagi masa awal-awal tu. Tapi start romate aku keluar Unisel, something happened. 

Satu malam tu aku tidur sorang ja. Bukan sorang takat dalam bilik, tapi dalam rumah jugak. Tengah malam tu, around pukul 3 pagi, aku terdengar bunyi lantunan guli yang dibaling dekat dinding hujung kaki aku. Masa tu katil aku dekat dengan pintu and suis lampu. Aku boleh terjaga dari tidur malam tu pun sebab bunyi tu tetiba muncul secara kuat. Macam kena hempas sekuat hati. Of kos la aku terjaga secara mengejut. Jantung aku laju gila kot time tu. Tapi masa tu tak expect hantu lagi. 

Bila aku buka mata secara mengejut tu, aku tak nampak apa-apa pun. Just dengar lantunan dari hujung kaki tapi aku tak tau lagi tu bunyi guli. Bila aku dengar betul-betul, baru aku dapat tau tu bunyi guli. Bila aku tau tu guli, aku try bangun and buka lampu. Kebetulan lampu pun kat hujung kaki aku. Damn ! Lepas bilik dah cerah, aku try beranikan diri nak tengok bawah katil kat hujung kaki aku. Alhamdulillah la aku tak nampak hantu. Tapi masa tu bunyi guli still kuat. Then aku pun apa lagi, terus baca ayat kursi. 1st bacaan, bunyi dia makin kuat. 2nd bacaan, makin slow. 3rd bacaan, dia terus hilang sampai Subuh. 




Ini apa yang aku cerita kat Erna


Lepas bunyi tu hilang, aku dah tak boleh tidur sampai pagi. Masa tu pukul 4 lebih. Aku sunyi, seram, segala bagai perasaan ada. So aku cuba turun katil nak pergi kat meja study untuk ambil laptop. Lepas buka laptop, aku terus buka facebook and cari sapa yang tak tidur time tu. Aku nampak Erna. So dia la yang teman aku.

Pagi tu takut aku dah hilang sebab aku mampu lagi pergi mandi bagai. Around pukul 9 pagi macam tu aku ajak Erna datang rumah sebab aku dengar ada 'benda' main tombol pintu bilik hosmate aku, Aju. Bukan sekali dia main, tapi 2. Bunyi tombol pintu yang berkunci then dipulas sampai terbidas buka. Macam tu la aku dengar. Bapak seram !

Next night, aku ajak ex adik aku tidur dengan aku. Kes tu sampai situ ja. Sampai la sekarang ni aku dah pindah rumah senior aku secara haram, but still bilik tu bilik aku sebab aku daftar  rumah atas rumah F3 1F U3 tu.

**********************************

AkuKata : sapa yang dapat rumah tu sem depan memang nasib ah. Good luck :D


1 comment:

Starry Aum said...

Pernah baca pasal bunyi guli tu. Ada ustaz cakap kalau ada bunyi tu memang ada something. Sy tinggal U2 dulu, rumah U3 tu kosong, tombol pun dah tercabut.