My Photo
* fatin nadiah ishak * 21 years old * kedah * Unisel BJ * bachelor in biotech industry * annuar bin mohammad * unavailable * cat lover * hamster lover *

Monday, February 27, 2012

sepetang di Bukit Tinggi

Sampai kolej hubby tadi, terus mesej b, tapi b tak balas. Lepas tu call pulak. B angkat, tapi dia baru bangun tidur T.T

Ni rupa orang yang terpaksa tunggu dalam kereta

.

.




Nasib baik masa b buka pintu kereta tadi, b puji-puji aku. Kalau tak .. :pp

Ni first time kot aku pakai selendang macam ni. Kalau tak, semua selendang aku jenis macam singa punya. Kembang setalam. Lepas tu terbang-terbang kat muka. Tapi style kembang tu pun aku suka. Lepas ni nak pakai selendang cover dada plak. Bakal suami suruh. Padahal mama suruh lama dah, tapi tak pernah ikut. I don't know why. Sorry mama :(

Pukul berapa eh .. 10 pagi kot, kitorang pergi Jalan pasar. Hubby nak beli barang dia. Kat Jalan Pasar ni la ada satu story. 1st experience. Ada la 2 mamat bertopi and berbeg galas ni nak selup beg aku. Mula-mula tu aku memang tak perasan sebab tengah fokus dekat hubby. Tetiba aku rasa macam ada orang duk merapat dengan aku. Mula-mula tu aku biar ja, tapi bila salah sorang start nak buka zip beg galas aku, terus aku tengok diaorang. Dan-dan diorang senyum macam kerang busuk doe. Perh ! Nak ja time tu, aku tak tengok kat diorang masa diorang nak buka zip beg aku tu, tapi aku nak angkat FCUK. Bajet orang tak sedar kot. Bodoh !

Dalam pukul 11 lebih baru hubby siap shopping. Lepas tu memang rush la pergi Tasik Titiwangsa sebab nak tengok pameran pet. Tapi result dia ..



Pameran dah habis ! :(

Ok. moody. Nasib baik kena pujuk :p Then singgah makan ja dekat situ. Nasib ada function gak datang Titiwangsa.

Dalam pukul 1 petang lebih, kitorang sampai dekat Bukit Tinggi. Nak datang sini pun sesat ohh. Tu tara tengok GPS. Kalau tak tengok, tak tau la -.-"

Ok, entry sorang dewasa = RM12. Ni just untuk masuk Taman eropah dengan jepun ja. Lain-lain bayar lagi -..-



Parking kat tingkat 2 hotel. Ok, jakun kejap. Tak tau nak jakun pasai pa .. Ok, biar gambar bercerita. Aku mengantuk. Zzz ..





Dua-dua pakat first time jejak sini. Tu yang masing-masing takmau kalah menunjukkan kejakunan. Tapi macam biasa, hubby is the winner. *bunga api keluar kiri kanan :p




Yang ambil gambar kitorang ni, minah Korea, Mati-mati aku ingat dia Cina. Tapi bukan Cina. Korea ! *semangat terlampau



Tempat macam ni, malam baru hidup aku rasa. Tak tau la, aku pun tak pernah mai. Ni first time merasa kejakunan.



Menara apa tak tau ni. Ada 3 tingkat. Duk tingkat ketiga baru la rasa sejuk macam 1 per 2 Genting. Kalau duduk kat ground floor, rasa macam kat Genting Sempah ja.



Ni kat hotel. Jangan salah faham. Aku dengan hubby mai sini tumpang kencing ja. Pundi kencing sarat sangat dah. Nak berjalan pun rasa tak seronok bila pundi kencing cekang ni. Huhu.





Ni bukan sebab aku nak nangis eh. Gimik semata-mata. Takda kena mengena dengan hubby. Dia sweet sangat ja hari ni. Hehe.




See .. sweet kan. Haha. Lagi sweet bila hubby pakai baju kemeja yang abah belikan untuk dia. Bakal ayah mertua hubby pun SO SWEET :D





Ok, nak balik dah. Nak pergi Taman Jepun plak.




Ni hotel. Bukan rumah aku. Tolong la jangan buat fitnah :p




Ok, dah sampai Japanese Park. Betul kot tu nama dia. Aku pun tak berapa nak betul dah ni. Mengantuk -..-




Ni kedai cenderahati dia. Air mineral botol kecik dia sebotol RM3. Sekian, terima kasih. Datang lagi !




Pondok menunggu. Dalam ni sejuk.




Kekasih selamanya :) Amin amin ..




See .. sehati sejiwa. Ni gaya sepontan tanpa tengok kiri kanan. Sama ja dua-dua :D

Ok, dalam pukul 5 lebih tu kami dah balik KL dah. Pukul 7.30, elok-elok orang azan maghrib ja, aku sampai dah kat Unisel. Zzz ..




Saturday, February 25, 2012

esok

Thursday, February 23, 2012

bawa diri ke Pahang

Malam ni macam susah plak mata nak lelap. Tadi dah buat lab report Chemistry Two sampai pukul 2 pagi. Then mata ternganga macam ni ja sampai sekarang -..-

Orang lain dah tidur ? Untung laa ...

Ni story weekend minggu lepas punya. Tapi semalam baru dapat gambar-gambar ni dari kawan, so malam ni la kot baru rasa nak taip.

18/2 hari tu, lepas subuh ja aku terus masak sarapan untuk bawa dekat hubby. Bajet pagi-pagi ni kompom hubby tak sarapan lagi punya. Dah kenal sangat hubby tu :) Alang-alang pagi tu ex-awek adik aku datang teman aku tidur, dapat la kat dia 2 sandwich cheese. Krim tu sedap :D

Pas makan dengan hubby, terus bertolak pergi Kuantan. 3 jam drive dari KL. Hubby yang drive. Hehe. Kesian dia sakit urat habis. Alolo :p

Sampai kat sana ja, terus singgah UMP dulu. Rindu oh kat universiti lama aku :) Rindu kat kawan-kawan sana yang kepoh gila. Roomate yang super duper best. Sekarang ? -..- *hidung kempis kuncup.

Petang tu lepak merata la dengan member-member kelas aku dulu. Ya Allah, sumpah rindu dengar depa sembang. Kelakar :)

Malam tu last jumpa diorang. Kitorang lepak kat Padi. Restoren makan-makan. Diorang kata makanan situ sedap. Tomyam dia kaw punya pedas.




Aku dengan hubby tak makan pun. Just hubby la, mainum nescafe + fun fries. Marshila yang bayar. Thanks Mar :) Nanti boleh belanja lagi kot. Hee .. Try tengok aku. Chubby kau ! Pandai hubby aku bela. Kui kui kui :p




Ini style apa pun aku tak tau. Nama ja ada dslr, tapi aku tak explore pun :p Janji tau snap, setting sikit-sikit, sudah ..

Malam tu lepak Teluk Chempedak la. Jumpa Fika dengan bf dia kat sana jugak. Diorang pun overnite. Tapi malam ni penat sangat nak overnite sebab datang jauh-jauh. So hubby sorang ja lepak mcD. Aku tidur dalam kereta. Hubby siap selimutkan aku dengan kain pelekat lagi. So sweet :)

Esok tu hujan lebat gila. Ingat dalam pukul 10 pagi macam tu baru nak balik KL sebab nak jalan-jalan tepi pantai. Tapi, pukul 8 lebih kitorang dah gerak balik. And the driver for this time, me lah. Hubby tak sihat sebab semalam tak boleh tidur. Aku plak nyenyak ja tidur dalam kereta sebab selesa sangat. Kesian hubby :(

Lepas sampai KL, singgah beli tiket wayang terus. Cerita ..





Best. Tak rugi tiket dah kali ni :)

Lepas beli tiket, kitorang pergi masjid tentera dekat kolej hubby. Mandi manda kat situ. Lepas tu pergi tengok wayang. Lepas wayang, makan dekat food court Wangsa Walk tu. Dah la makan sepinggan licin. Lepas tu tapau lagi bakso. Perh ! Pandai hubby jaga sayang :D

Dating untuk minggu ni, akan diupdate nanti. Terima kasih !

Tuesday, February 21, 2012

one step closer





Credit to : Annuar Mohammad :) *peluk cium.