Thursday, July 14, 2011

apartment UNISEL BJ

Dekat Unisel Bestari Jaya ni takda hostel, takda kolej. Yang ada = apartment. Bukan milik Unisel pun even apartment tu ada dalam kawasan Unisel. Tapi milik syarikat Jana Niaga. Tapi after 20 years, apartment ni akan jadi milik Unisel.




Ok, ni kawasan dalam Unisel. Memang luas, memang besar. Aku dah rasa dah jalan kaki keliling Unisel ni time orentasi hari tu. Habis melecet kaki aku. And sekarang ni pun aku tak boleh pakai kasut lagi. Kaki sumpah sakit habaq hang.




Ni kawasan apartment. Yang putih tu ada cafe, office Jana Niaga, kedai-kedai runcit, dobi, toilet, surau semua ada. Belakang bangunan putih ni, ada court badminton and court futsal untuk laki. Court untuk perempuan, semua ada dalam kawasan apartment. Ok, starting dari bangunan putih tu, apartment yang blah kanan tu semua girls yang punya. Boys punya, yang blah kiri. 




Ni peta yang aku dapat time daftar hari tu. Setiap apartment, akan ada 4 tingkat. Setiap tingkat ada 4 rumah. Setiap rumah ada ...
  1. 3 bilik tidur
  2. 2 bilik air
  3. 1 dapur
  4. 1 ruang tamu
  5. 1 balkoni
  6. 1 bilik basuh + stor + ampaian. Semua sumbat sini
  7. 2 kerusi panjang (sofa)
  8. 1 meja makan



Aku duduk tingkat 1. So, nak panjat tangga ni kira no hal lah.



Ruang tamu ni aku sengaja gelapkan sebab semak :p




Dari balkoni boleh nampak ...




Dua bilik dekat depan tu, bilik air. Yang tepi-tepi tu semua bilik tidur.




Dapur semak kitorang. So aku gelapkan gambar ni. Hehe.




Dari dapur, kitorang bole keluar pergi ampaian + stor + bagai bagai tu.




Dekat tepi tu ada ampaian. Tapi tak muat baju untuk 1 rumah pun. Untuk sorang pun tak cukup. Tu yang ada yang sangkut kat ruang tamu la, kat balkoni la. Oh .. butterfly pink dengan baldi merah tu aku punya :D




Ni bilik air. Super duper semak bagi penginap anak dara.

*************************************

Untuk penginap apartment ni, setiap pukul 12 tengah malam, akan ada siren yang suruh korang duduk dalam kawasan apartment ni ja and tak boleh keluar-keluar dah sampai esok pagi. Tapi Unisel ni best .. Freshie 1st sem pun dah dibenarkan bawa kenderaan. Suka tak ? Suka tak ? Hehe.


1 comment:

Syed Mohamad Sofa said...

apartment nie kire ny asrama bg unisel la eh? (student akan dtg)