Ni semalam la punya cerita ni. Hubby tetiba ( takda la tetiba sangat kan ) suruh aku memutihkan diri. Mula-mula dia hantar link cara-cara nak jaga keremajaan kulit muka. Ada 6 cara kat situ.
- Minum air kosong 8 -10 gelas sehari untuk jaga kelembapan kulit. Yang ni aku tak gaduh nak peduli dah sebab aku telan air 2800ml kot sehari. Botol air tu jadi bantai peluk aku dah bila aku duk kat meja study. Botol yang 3 liter warna pink tu. Beli kat Tesco. Hehe.
- Sebelum tidur, basuh muka dengan air bersih. Yang ni pun no need to worry la. Aku siap ambil wuduk lagi before tidur. Pakej lengkap. Bukan apa, duduk ramai-ramai ni kadang-kadang ada makhluk lain ikut balik. Kalau ambil wuduk, tidur nyenyak kot ..
- Cuci muka lepas beriadah or bersenam. Betul dia kata. Tapi jangan la cuci muka time peluh-peluh, muka panas-panas tu. Karang tak pasai pasai naik jeragat, naik panau. Lagi syok.
- Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Cuci muka, pakai toner, sapu pelembab. Ok, yang ni done :)
- Pakai sunblock. Aku pakai jenama Irise SPF 50 punya.
- Kalau ada masalah kulit, jumpa dengan doktor kulit.
Semua info ni boleh dapat dekat link 'tekan sini' :)
Lepas tu b bagi link lagi. Link pasai limau nipis. Tapi dalam bahasa indon. Hehe. Dalam link tu dia cakap limau nipis ni baik untuk kesihatan segala. Lepas tu boleh memutihkan kulit, boleh bagi ramping, bagi suara sedap la apa la. Aku malas taip banyak sebab dia panjang. Hehe.
Tak habis dekat situ, tetiba hubby post kat wall fb aku plak suruh aku minum soya. Rupanya dia duk tanya orang habis macam mana nak bagi kulit putih. Hehe. Aku buka fb hubby, buka inbox dia, aku tengok .. tudiaa ... Haha. Merata orang dia tanya :p
Tapi yang Fatim ( awek kawan kitorang ) bagi tu la dia duk suruh aku ikut. Fatim suruh aku
- Minum air soya banyak-banyak. Tadi hubby mesej aku kata lepas ni aku boleh minum air suam dengan air soya ja. Haha. Mak, anak mak ni pandai sita air orang :D
- Pakai sunblock. Yang ni, macam aku kata la. Aku pakai dah.
- Guna air basuhan beras. Yang ni masa aku cuti panjang lepas get out dari UMP, tiap-tiap hari aku buat. Tapi time tu jadi suri rumah. Mampu la kan. Sekarang, masak nasi time weekend ja. Tu pun kalau time weekend aku duduk rumah. Kalau time weekend tu aku keluar date, mandi pun dak. Hahaha.
- Pakai bedak sejuk. Haa, masa aku tengah taip benda alah ni, muka aku penuh dengan bedak sejuk. Aku beli kat koop tadi. Sebalang tu RM2.50. Berbaloi-baloi. Hahak.
- Kisar beras dengan kunyit hidup campur air sikit, sapu kat seluruh badan. Yang ni untuk bagi kulit halus. " Tapi hubby, sayang takda blender. So kita skip yang ni. Sayang pakai losyen Johnson Baby ok :) "
Lepas hubby suruh semalam, lepas kelas pagi tadi aku terus pergi koop. Habis satu koop tu aku selongkar. Haha. Aku siap berleter lagi dekat bangla tu sebab dia tak jual sawi. *tetiba
Actually aku nak beli barang masak sama. Date Sabtu nanti. Remember :) Aku cari fun fries. Ada jual, tapi rumah takda peti ais. So memang tak boleh beli lagi la. Aku jumpa ayam tadi, aku tanya bangla tu halal ke tak. Dia kata halal. Tak tau la betul ke tak. Tapi bangla tu Islam. Aku nampak dia pergi sembahyang Jumaat sebab hari tu dia nak pergi sembahyang, aku sibuk membeli lagi. Hehe. Aku cari sawi sama, tapi tak jumpa. Ok, abaikan sawi. Aku nampak kobis. Kira ok la. Tapi nak masak tu guna kobis ? Memang tak ah. So aku beli kentang. Nanti boleh buat tu ikut resepi mama :)
******************************
Habis dah aku berleter. Sekian. Harap putih :p