Assalamualaikum and hi :)
Lama gila tak berblogging. Jadi final year student ni memang busy gila. Tapi dalam busy tu pun, sempat jugak dating, shopping. Hehe. Orang kata tu semua terapi. Sementara muda, masa still banyak, duit pun ada, have fun la ;D
Planning sabtu lepas nak pergi Mid Valley dengan Aimi and Shima, tapi elok nak balik rumah lepas lab ja sehari before tu, kereta kena langgar. Hancur plan T_T
Masa kena langgar memula tu, memang maki la. Bodoh punya driver Wira. Nak masuk simpang pun dah tak reti tengok kiri kanan. Kalau buta, jangan drive la -__-
Memang salah kereta wira tu pun sebab dia dari simpang, aku dari jalan lurus, elok aku dah dekat dengan dia ja, dia terus tekan minyak. Padahal tadi dia dah stop kat simpang. Aku terkejut la bila tetiba dia jalan, padahal aku dah dekat. So aku tekan hon. Ingat dia nak stop, tapi tak stop pun. Bila aku brek, dah terlambattttttttt. Dari aku langgar tiang kat divider, baik aku langgar dia.
Kan dah hancur. Mak dah kata, kalau tak reti drive, buang lombong ja kereta tu -..-
Lepas kereta aku stop ja atas divider tu, aku terus turun pergi kat kereta wira. Bajet memula tu memang nak maki la. Tapi sampai-sampai sana ja terus tak jadi maki. Budak tu semput sambil nangis la plak. Huhu.
Masa accident tu aku naik dengan Tira. Masa tu Tira tengah makan keropok lekor, tapi habis keropok dia terbang bila kena langgar tu. Haha. Kesian Tira :p
Tak sampai 2 minit, jalan kat situ dah full dengan manusia. Masa awal-awal kena tu, aku dah tak peduli dah dengan kereta sendiri sebab masa tu otak fikir nak call mama abah je. Sampaikan pintu kereta terbuka luas and barang-barang aku ada tertinggal dalam tu pun aku tak teringat. Bila waras sikit, baru aku pergi tarik kunci kereta, tutup pintu, lock. Nasib baik takda barang hilang.
Ni orang kata "Allah masih jaga". Sikit ja lagi nak masuk lubang. Aku brek dari jauh lagi, elok nak sampai lubang, baru kereta stop. Brek dah tak makan dah time ni sebab tayar bengkok sebelah. Aku tak tau istilah kereta, tapi tayar tu memang senget la.
Bayangkan, seteruk-teruk kereta wira tu, kereta aku rosak banyak ni ja. Kuasa Allah kan :) And bayangkan, kereta aku pun dah estimate RM5k, kereta wira tu berapa ribu plak.
Ni Adi. Belakang tu Marisha. Kebetulan diorang lalu situ, terus diorang stop sebab nampak kereta aku. Dia tunggu aku dari awal, sampai la aku pergi balai. Thanks adiks :)
Tak sampai 10 minit, trak sampai. Dia nak tarik kereta aku pergi balai, tapi mama tak bagi. Mama ingat Citra tu boleh jalan lagi. Lepas cerita-cerita, baru la mama bagi. Mama takut trak tu menipu ke apa. So, aku pun bagi la trak tu tarik pergi balai. Tira call Affan datang ambik kat tempat accident tu, dia balik ambil kereta, then kitorang follow pergi balai. Aimi pun follow.
Lama jugak la settle kat balai sebab internet sana slow. So diorang tak boleh hantar report. Polis depan aku tu, baik pulak la dia tu. Hehe. Nama dia Ishak. Anak dia nama Nadiah. Umur sebaya aku, lahir sama tempat dengan aku. Haha. Tu yang rapat lain macam ja tu. Siap boleh sangkut dagu atas meja dia lagi sebab bosan. Lepas tu dia kata "sabar naa, internet slow hari ni. Kesian pak cik tengok adik". Hahaha.
Ni first time aku pergi balai buat report. First time jugak masuk bilik sarjan bincang sapa salah, sapa betul. Haha. Masa dia kata budak sebelah aku (driver wira) tu bersalah and kena saman, muka aku bangga gila. Haha. Tapi dari awal lagi aku tau aku tak salah.
Balik balai, terus pergi bengkel. Tapi kereta ni bukan baiki kat sini. Dia hantar ke Selayang sebab sana workshop panel insuran. Malam kejadian tu, abah dengan mama sampai. Malam tu jugak kitorang pergi tengok kereta. Abah dah bawa duit cash siap-siap RM6k sebab takut nak tunggu claim insuran tu lambat. Tapi Sulaiman (owner bengkel) tu kata insuran sekarang ni dah tak macam dulu. Sekarang dah tak payah tunggu lama untuk dapat claim.
Malam tu abah mama tidur kat rumah aku kat Taman Ilmu. Kesian Tira kena turun tidur dengan Aira. Huhu. Pagi esok tu aku ikut mama abah tidur kat KL. Satu hari pusing-pusing. Hari ahad pun pusing lagi. Shopping menghabiskan duit yang tak payah bayar kat kereta. Haha. Tapi tak cukup masa plak nak habiskan semua, sebab kena pergi dekat abang di Shah Alam. Lepas jumpa abang, abah hantar aku balik Taman Ilmu and diorang tidur sana. Tu pun dah habis pujuk dah kata nak balik awal buat slide. Kalau tidak, malam tu tidur Shah Alam la aku. Dengan slide pun tak siap lagi, mampos !
Pagi Isnin tu mama hantar pergi presentation, lepas tu mama balik :) Supposed aku present pukul 9 pagi. Tapi examiner takda, so tunda pergi pukul 2 petang. Tetiba cancel, lepas tu kereta pun takda ni, memang susah la. Tapi Tira kata dia nak datang ambil. Tak sampai 10 minit, dia sampai. Dengan tak mandinya lagi. Haha. Petang tu pun pergi fakulti dengan Tira. Balik tu Tira nak ambil, tapi aku kata nak pergi kelas. Kesian dia nak tunggu sebab dia kena balik Bangi. Tup tup Aimi kata dia nak ambil. Sejam sebelum kelas habis lagi dia dah sampai :'( Terharu gila dapat buddies macam diorang. Sumpah terharu T__T
Ada hikmah lagi... Bab presentation. Disebabkan aku tak cukup masa nak prepare, siap buat slide pun dah last minute sangat. Time aku present tu, Allah bagi hadiah :) Sepanjang present tu aku tak nervous macam sebelum present. Time present tu supervisor siap boleh bersembang lagi dengan aku. Haha. Kitorang siap boleh gelak-gelak lagi. Masuk time Q&A plak, bila examiner bagi soalan, mana yang senang tu laju la aku jawab. Mana yang susah, tak sempat buka mulut lagi, supervisor dah tolong jawabkan. Dia siap terangkan dari A to Z lagi kat examiner. Hehe. Rasa macam disayangi. Hehe. Examiner pun baik sangat. Rasa macam bukan tengah defend proposal. Tapi more pada bersembang kat kedai kopi. Haha ^_^