Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Tuesday, August 5, 2014

Reunion supermassive XII

Assalamualaikum

Tahun ni kitorang buat reunion kat Pantai Merdeka. Thanks dekat penganjur and orang yang banyak sponsor untuk reunion ni :D

Dari awal pagi lagi aku dah bangun kemas rumah, mama start masak, prepare untuk open house. Kawan abah orang first yang datang. Dia nak jumpa abah untuk bagi barang je, tapi tak pasai-pasai kena paksa makan dulu. Then Mira dengan Itty plak sampai. Tunggu lama lepas tu, Sya dengan Ihah. Then baru 5 buah kereta yang lain sampai. Gila full house.

Lepas asar baru kitorang start konvoi pergi Pantai Merdeka. Ihah, Mira, Sya dengan Itty naik 1 kereta dengan aku. Kereta diorang park dekat rumah aku sebab memasing malas nak drive. But ok je. Naik reramai baru boleh gosip. Haha.

Kitorang naik highway dari tol Gurun sampai ke tol SP utara. Supposed turun SP selatan je, boleh terus naik Pantai Merdeka. Tapi Pak Lan bawa jalan jauh -___- Berpuluh traffic light kitorang kena stop. 


Kitorang sampai Pantai Merdeka pukul 8 malam. Memula kitorang yang gegirl ni dapat dorm. Diorang suruh check in dorm yang ada tempat mandi kolah tu. Lepas tu shower pun yang open punya. Bapak ahh.. Tak kan nak mandi berkemban. Duk fikir, memang tak nak mandi je. Biar busuk. Balik mandi kat rumah je.

Lepas gomol-gomol pipi semua orang, kitorang pergi berkumpul kat surau. Solat maghrib, lepas tu diorang buat tazkirah 5 minit, then solat isyak jemaah. 

Salin baju, terus pergi makan. Lapar gila kot.. Memula diorang plan nak buat bbq. So aku ingat stay tepi pantai and kipas-kipas la. Rupanya semuanya dah hidang -..- Tunggu makan je. Yang aku ingat la, malam tu ada ikan bakar, udang bakar, ayam bakar, sosej bakar, kueteaw goreng, nasi goreng, sup cendawan, jagung, agar-agar, salad, rojak buah, buah, ABC, air oren. Actually ada lagi, tapi tu je yang aku ingat.


Lepas makan tu ada sesi cabutan bertuah. Hadiah tu semua Pak Ku yang sponsor. Then sesi bergambar and bunga api. 


Aku tak faham la dengan geng ni. Jakun gila dengan monopod. Hahaha :p

Malam tu kitorang exchange bilik dengan boys. Supposed diorang stay family chalet yang 2 bilik tu. And ada 2 chalet. Mean 4 bilik la. Tapi diorang sanggup je nak tukar dengan kitorang sebab sayang sangat dengan kitorang. Haha :p

Bayangkan, chalet tu dah la ada tv, bilik sejuk gila, katil best, ada peti ais, cermin bapak besar gila and yang penting, private shower dia bapak best. Kalau compare dengan dorm yang ada kipas je, cermin separuh, shower kena kongsi and open, toilet seram gila, memang nightmare !!!

Malam tu check in chalet, rasa bahagia je hidup ni. Hahaha. Aku sebilik dengan Sya, Ihah and Eyn. Memasing main tarik selimut jela semalam. Tidur awal gila and bangun paling lambat. Haha.


1 katil, 2 orang. Muat je kalau nak sumbat lagi sorang, tapi memang tidur statik jela lepas tu. Hihi.


Pagi tu kitorang TERpaksa bangun sebab boys call suruh bangun breakfast. Kitorang pergi makan kat kedai mak cik mana ntah. Cilaka gila mulut pak cik tu. Dia panggil kitorang anak-anak yatim. Nak je kitorang bakar kedai dia tu. Nasib tua je, kalau muda, dah lama hilang masa depan ! Breakfast kali ni Linda and Mira bayarkan. Meow :D

Then patah balik pergi Resort, and bergambar.









Then dalam pukul 11 pagi lebih tu, semua pakat gomol-gomol pipi, and terus balik rumah. Kbai.


Monday, August 4, 2014

Hari-hari hari raya


A day before raya

After 2 months plus plus not meeting each other, asyik whatsapp, call, tango je, finally boleh jumpa jugak. Hubby balik Kedah sehari before raya. Hubby datang rumah aku untuk ambil baju raya dia. And masa first time jumpa hubby after 2 months, aku rasa macam fall in love for the first time balik. Segan nak jumpa, nak sembang pun mata tengok pokok, tengok semut. Haha. I love that kind of feeling. 


Nampak hubby macam makin mengecik ja. Aku ja yang makin mengembang sebesen. Hubby pergi kerja. Sebab tu dia tak balik. Dia kena kumpul duit kawin sebab dah nak kawin. Wee ^__^

Raya pertama

Raya pertama ni macam biasa la. Lepas salam raya, keluar depan rumah bergambar. Tapi raya kali ni lain sikit sebab kitorang pergi kubur. Almost 15 tahun tak melawat kubur tok wan. Bila kitorang sampai kubur tok wan je, memasing tak jumpa kubur tu dah. Dah tak ingat dah kubur tu kat mana sebab batu nisan takda, pokok yang buat tanda pun dah kena tebang.


My small family. In sha Allah, tahun depan tambah lagi 2 orang :D


Setiap kali raya, semua ahli family akan balik and stay dekat rumah mama. Dalam ni ada 4 family. Kurang lagi 1 family. So setiap kali raya, bilik tidur mesti tak cukup. Aku memang sah-sah dah kena nomad kat bilik abah. Adik plak kena tidur kat ruang tamu. Haha. Next year might be the final year aku kena halau keluar bilik kot. Lepas tu takda sapa dah boleh tidur dalam bilik aku and hubby. Hihi..

Raya kedua

Mama tak larat sangat hari ni. Dia demam. So pagi tu stay je. Tak pergi mana pun. Petang tu kitorang pergi rumah tok su. Tu pun tak rasa pergi beraya sebab stay luar je. Rumah tok su takda orang. 

 

Yang best masa raya kedua ni, malam tu future family in law abang datang. Memang havoc la malam tu sebab anak-anak sedara semua ada. Lepas tu semua kuat mengusik. Memasing excited tengok awek abang sebab ni first time diorang jumpa. 

Raya ketiga

Hari ni pergi rumah Aimi dekat Jitra. Before that hubby datang beraya dekat rumah dulu. Then terus pergi rumah Aimi. Abah pesan kat hubby suruh hantar aku balik before maghrib. Haha.


Raya keempat aku ada reunion kat Pantai Merdeka sampai raya kelima. So, skip..

Raya keenam

Hari ni keluar dating dengan hubby. Memula pergi Amanjaya Mall. Nak tengok 2 wayang, tapi tak jadi, so pergi Village Mall. Nasib 2 mall ni dekat-dekat. Kitorang tengok Guardian of the Galaxy dengan Ju-on 3. Marathon habis.. Keluar panggung masuk panggung. Dah la sejuk gila.


Habis wayang, ajak hubby pergi Amanjaya Mall balik. Memula ingat nak beli barang, tapi lepas tu tak beli apa pun. Balik gitu je.. Tapi selfie dalam kereta banyak gila. Sampai 100 lebih. Haha.


Balik tu, singgah R&R Gurun. Selfie lagi. Kbai.




Wednesday, July 23, 2014

ATV Adventure

Kualiti gambar tak cantik. Sebab tu malas nak update. Time ni rasa macam GoPro tu penting gila. Tak kan nak usung dslr yang gedabak besar tu pergi extreme game. Dah lama dah planning nak pergi main ATV ni. Dah nak hujung sem, baru gerak pergi booking bagai. Nak booking, klik www.atvadventurepark.com ni.

Memula, boleh pilih pakej mana yang nak.


Macam kitorang, kitorang ambil pakej C. So macam berbaloi sikit. Dia cakap 2 jam kan. Kitorang 2 jam lebih sikit.

Lepas pilih pakej, isi booking form. Menatang ni aku yang urus. Aku la booked online, aku la reply emel, tapi hubby yang call.


First time booking, kitorang terpaksa tunda sebab masa tu musim hujan. Tiap petang hujan. Even hari kitorang nak pergi tu pun still hujan petang. Nasib baik kitorang booked pukul 9 pagi. Elok pukul 1 petang ja, terus lebat.

First session, pelatih kat sana akan ajar function every benda yang ada kat ATV tu. lepas ajar amali, dia akan suruh pergi praktikal. So round jela kat tempat tu 3 kali. Then baru dia bawa naik bukit. Setiap rombongan akan ada 1 leader.

Leader cakap, yang RM150 ni tak extreme sangat. Dia nak drive sebelah mata pun takda hal. Tapi kalau yang RM300 tu, dia sendiri pun takut. So boleh la masuk dalam to do list.




Aimi cakap nak ajak 'kawan' dia ikut sama, tapi mamat tu outstation plak. So lonely. Tapi takda hal pun bagi dia, sebab dia jenis boleh bawa diri punya. 



Leader bagi kitorang masa 15 minit untuk pergi selfie dengan air terjun kat sini. Selfie sangat.. Masa kitorang sampai sini, ada lagi 1 group yang dah sampai. Then before balik pun ada lagi 1 group yang baru sampai. So kitorang kena tunggu. Thats why pakej kitorang jadi 2 jam lebih. Lebihan masa untuk selfie.






Laluan balik sama ja dengan laluan datang tadi. So kalau ada selisih dengan group lain, kena panjat tebing a maksudnya. First time nak parking atas tebing, memang tak reti. So leader tu kena pulas minyak tiap orang. Tolong park. Tapi lama-lama pro la. Kalau tak reti jugak tak tau la.

Balik camp, ada shower kat sana. So boleh mandi pakai bedak elok-elok. Kalau ada yang nak solat, ada surau. 


Kbai.






Tuesday, February 18, 2014

Wedding kawan baik

Final day of weekend. Majlis makan-makan la plak. Iolss memang suka bab makan ni. Pepagi lagi bangun awal nak mampos. Tapi dengan baju kurung tu la aku terpacak depan tv sambil tunggu hubby and Syidi.

Sampai kat tempat kenduri pun dah pukul 2 petang dah. 



Suka tema warna depa. Nak tiru lah :p


Habis makan, tak dak kerja lain dah.


Ni lagi la tak dak kerja. Haha. Aku tengok mamat ni, teringat pulak ke pakwe Erna. Haha. Ke betul ni pakwe dia ? Haha.


Baju, please jangan nak mengecil sangat -____-"


2 orang kat tepi tu, dah la mengintai orang tulis, lepas tu gelak-gelak plak. Huhu. Aku cuma tulis doakan aku dengan hubby je. Haha :p


Shahirah excited. Haha.


Pendek. Fine !


Happy tummy and happy couple here. Kbai ^__^





Majlis nikah

Such a happy weekend for this new year. Akhirnya best friend aku dah bernikah dengan pasangan gaduh putus gaduh putus gaduh putus dia. Haha. Pasangan wifey hubby ni dua-dua kawan aku. Yang wifey tu best friend aku since darjah 2. Believe it or not, sepanjang hidup aku, sekali ja aku pernah bertengkar ngan dia. SEKALI ja. Tu pun, sekali gaduh seminggu tak bertegur, seminggu tak bercakap. Lepas tu hebah 1 sekolah kami bergaduh sebab selama ni macam belangkas.

They met each other masa kitorang kat SMKAY. Itu sekolah menengah first kitorang sebelum aku keluar ke SAINA and Shahirah keluar ke MRSM. Yang si husband ni plak kekal je kat SMKAY tu. 

Banyak la kisah laki bini ni yang aku tak payah cerita kot. Tutup buku lama, buka je buku baru.

As a friend, Shahirah minta tolong aku snap gambar nikah dia. Nikah lepas asar. Tapi sebelum zohor lagi aku dengan hubby dah terpacak kat Masjid Tungku Kelana Jaya Petra. Bagus tak iolss -____-"



Disebabkan hari tu, hari Jumaat... so hubby pergi sembahyang jumaat dulu kat masjid tu. Aku ? Tunngu dalam kereta yang dah macam sauna dah. Lepas tu selfie sengsorang. Weirdo ... Yang hubby plak, orang tengah bagi khutbah, dia boleh plak whatsapp aku tanya tengah buat apa. Haha. Of cos la tengah sell fish :p

Lepas tu kitorang pergi makan nasi padang kat area situ. Im craving you know. Cari ayam penyet tak dapat, nasi padang pun kira aci la. Hehe. Dah la makan tu pakai tunjuk lauk macam tak makan seminggu -___-". Fatin, please belajar berjimat even mama kata bab makan jangan kedekut. Huhu.



Semua lauk tu aku punya. KECUALI ayam penyet. Haha ^__^ I have a happy tummy.

Lepas makan, patah balik pergi masjid sebab aku tak solat zohor lagi. Tak kan aku nak solat jumaat sekali dalam masjid tadi. Ye dak..

Lepas tu, masuk la asar. Nikah la sudah :)



Hantaran dia ada kek Wondermilk. Nyum nyum. Happy tummy aku berdendang lagi. Haha.


Ni Faiz. Kawan SMKAY. Dulu time sekolah, berlagak nak mampos. Tak tegur pompuan lansung KECUALI Shahirah sorang ja -__-. Tapi sekarang dah ok dah. Haha.


Ni Shahirah. My best friend, my partner in crime. Time sekolah sampai ke tua, bersaing tak habis-habis. No 1 dengan 2 tu memang tak kan pass kat orang lain dah. Sekolah menengah pun pilih sekolah sapa bagus lagi. Tapi sejak masuk universiti ni, dah habis dah persaingan sebab kadang-kadang peluang ada, tapi rezeki bukan di situ. Paham kan :) Rezeki aku sebab masih ada parents sedangkan dia dah takda. Tapi rezeki dia sebab dah bersuami sedangkan aku kira hari lagi :( At least Allah bagi rezeki tu dah betul dah.



Sekali lafaz ja, yang haram terus jadi halal :')


Habis majlis, ramai-ramai pakat bergambar kat bawah. Sebak plak time dengar Faiz lafaz akad terima nikah tu. Serious.



Tahniah korang :')


Habis kat sini, aku dengan hubby terus balik. Aku bermalam kat rumah Shima malam ni. As upah, aku bawa dia pergi Ampang Lookpoint. Nak sangat pergi kan ..





That all. Kbai.