Wednesday, December 24, 2014

Short escape - Taiping

Assalamualaikum
 
 
This entry should be written 21/11 lepas. Benda dah lama, tapi aku akan try recall balik. Bukan lama sangat pun, tapi boleh la. Menyesal tak update time tu juga. Huhu.
 
2015 akan jadi satu tahun yang pack gila-gila for us satu family. Kenapa ? Will see :D
 
So, ke Zoo Taiping lah kita. Hehe. Since mama and abah takda cucu lagi ni, selalu la jugak diorang bawa cucu saudara diorang ni pergi holiday. For this time, pergi zoo. Tu pun aku yang ajak sebab bosan duduk rumah tanam anggur. Kitorang bertolak dari rumah sebelum subuh. Around 5.30 kot. Tu pun sebab aku lambat bersiap. Haha. Sorry !
 
 
Zoo Taiping buka pukul 8 pagi. And we were among the earliest visitor of the day. Best jugak bila masuk zoo lengang. Aku boleh bayang kalau zoo tu sarat dengan orang, mesti semua akan tengok family aku. 3 arnab ni asyik melompat. Excited gila.
 
Entrance fee dewasa RM12, kanak-kanak RM 8. Bawah 3 tahun free. So Qaseh masuk free. Boleh tinggal sini terus sebab free je. Hehe :p
 

 
Terpaksa bawa stroller sebab ada 2 budak yang asal jalan jauh je, lembik lutut. Malas nak layan. Daripada kena dukung budak 14 kg, better tolak stroller. Jimat tenaga batin. Eh :p
 
 

 
 
I wonder why 'Rawang girl' was staying in there. Haha. Ok, kidding :p
 

 
Bawa dslr, tapi tak pakai pun. Menyesalnya mak..... Huhu. Untuk instagram aku selalu snap pakai fon ja. Tu pun dah cantik. Cantik la, sebab ada orang tanya aku pasai dslr then baru transfer ke instagram ke. Haha. Takda nya. Im not that rajin. Pakai note 1 je you.. Kualiti gambar note 1 lagi lawa dari note 2 ke kak Lotak ? Haha.
 
Lepas zoo, hujan turun dengan lebatnya mencurah-curah ke ladang gandum. Tula orang kata rezeki. Tadi panas terik. Elok 10 minit dalam kereta je, terus hujan. Lepas tu pergi makan kat Kuala Sepetang. Kedai tu masuk tv, saja la nak pegi try. Sedap kau !
 

 

Kbai.





Tuesday, December 23, 2014

Pulau Pinang - Part 2 (cat cafe)

Sambung entry lepas sebab tak larat baca panjang-panjang. Lagipun entry ni banyak gambar. Hoho..
 
Cat café ni nama dia Purrfect Cat café. Located sebelah Camera Museum. Kalau nak tau info, buka ja facebook diorang = penangcatcafe or #purrfectcatcafe kat instagram. Ceywah ! Haha. Rupanya ramai yang tak tau Malaysia ni ada cat café. Thanks kat hubby sebab tolong googling cari. Tak payah ke Korea ke kita dah. Haha.
 
Entrance fee RM 18 sekepala. But included makanan. Tapi feel free kalau tak nak makan pun, but still kena bayar RM 18. Tapi kalau makan, harga setiap makanan tu lain-lain. Korang boleh ambil makanan sampai cukup total RM 18, and kalau harga terlebih, bayar la tambah. Gitu :p
 
 
 
Cat café ni adalah kedai 2 tingkat. Dekat bawah tu ada jual barang-barang bermotif kucing, macam bantal bentuk kucing, beg, baju, barang hiasan. Semuanya bentuk kucing. Comel gila. Hehe. Dekat tingkat atas plak, ada cat café. Once dah naik tangga, korang akan terus masuk café dia. Kucing dia plak dalam bilik asing yang diorang divide dengan dinding kaca.

 
 
Boleh main, boleh belai, boleh snap gambar, tapi kena cuci tangan, tak boleh angkat kucing, tak boleh kacau kucing tidur, tak boleh flash kamera.
 



 
Dekat sini ada 5 ekor kucing and semua meow ni jenis baka yang mahal punya. Bulu gila soft. Lepas tu manja nak meninggal.


 
Ni macam Luna, kucing Awal and Scha. Hehe.





 
Warna meow ni sama macam Jimmy and Bungbung kucing si peniru. Haha.



 
Hubby over excited kat sini. Haha.



Masa aku datang tadi, takda orang pun kat café. Bila keluar dari bilik meow ja, tempat ni dah penuh.






 
Duduk dekat sini, tak sedar dah sejam lebih. Dekat 7 malam baru nak balik. Serious rasa tak nak balik. Tapi kat rumah pun ada gak 2 ekor kucing fluffy. Tapi tak mandi dah sebulan sebab hujan tiap hari. Haha.




 
Tu je. Kbai :)
 
 

Pulau Pinang - Part 1

Assalamualaikum ! :D 
 
 
Ada bau bangkai tak ? Hihi. Lama gilaaaa tak update kau, blog oi. Malas gila. Malas nak taip, malas nak buka blog, malas nak membaca. Biasa la, duduk rumah tanam anggur, banyak kerja nak dibuatnya. Anak ada dua ekor. Dua ekor tu pun penat nak jaga. Duduk rumah lagi busy dari pergi belajar. Tv macam-macam siaran. Wifi 24 jam. Instagram je kerjanya. Hahaha.
 
Ok, takda mood nak tulis blog pun sebenarnya. Sense of humour dengan perasan syok sendiri tu dah takda dah macam dulu. But still nak menaip sebab every moment yang jadi tu aku nak ingat sampai mati. Dah lama aku private blog ni tak bagi orang baca sebab aku malas terima komen dari entry tips-tips yang pernah aku bagi. Pasai hamster la, pasai Unisel la. Im not a pro. Apa aku bagi, aku search internet ja. Bukan duduk lab buat kajian. So tak payah la tanya macam-macam.
 
Habis dah mukhodimah. Haha.
 
**************************************************
 
Sekarang hubby tengah study week. Biasa la, time ni jela cuti panjang sikit pun. Aku dulu lagi teruk. Lagi study week, lagi perasaan nak pergi holiday tu membuak. Bukan nak baca buku. Bukan nak short escape keluar pagi balik malam dah. 3 hari 2 malam terus aku melantak. Lepas ni sambung master, hopefully tak macam tu dah.
 
So, 21/12 haritu aku dengan hubby pergi Georgetown, Penang. Even tau dah cuaca dia macam mana, kitorang redah je. Mana la tau bila sampai sana, tetiba tak hujan. Masa kitorang sampai sana around 11 am tu, cuaca mendung je, tak hujan pun. First sekali, kitorang pergi art street. Taip waze, jumpa la. Kitorang park kereta, then pergi naik beca. Untuk pusing-pusing kat art street ni, ada 2 options. Sama ada naik basikal atau naik beca. Sewa basikal RM 10 per day. Beca plak RM 30 per hour. Aku ajak hubby naik beca sebab beca ada bumbung, lepas tu tak payah tercari-cari art tu, then tak penat kayuh, selamat and dapat la jugak tolong apek beca.
 
 
 
 
Busy Bodhi ni hentian pertama kitorang. Kalau apek beca tu tak stop, memang tak tau dah sebab dia dalam kedai. Luar tu dia jual baju, postcard. Dalam tu baru ada café. Dekat depan café ni ada 1 art. Tak perasan pun sebenarnya. Nasib baik nampak orang ambil gambar.
 
 
Ada art ni. Betul-betul kat dinding café.
 
Then jalan kaki sikit, ada lagi 1 art.
 


Semua art ni ada lukis kat dinding bangunan vintage area sini. Semua lukisan tu berterabur. So korang boleh tengok kat map. Map tu boleh ambil ja dari mana-mana kedai. Free.







 
Nak ambil semua gambar ni, korang kena beratur. Jangan ingat bila jumpa ja boleh terus snap. Ramai gila kot yang beratur. Don't be rude. Beratur and snap laju-laju. Orang lain pun nak ambil gambar juga.
 
Kitorang habiskan masa untuk pusing-pusing ni for 1.5 hours. Tu pun tak sempat nak melawat semua pun. Kitorang kalau boleh nak cukupkan sejam je. Tapi apek tu pergi bawa jalan jauh. Lepas tu singgah rumah baba nyonya lah. Padahal kitorang dah mentioned dah kata nak terus balik. Sengaja. Last-last dia minta RM 50. Kalau ikutkan RM 45 je. Tapi malas nak berkira sebab tengok apek tu pun dah bongkok. Kayuh pun slow je. Kesian plak. Tapi kan apek, I tak suka you merokok. Bakar duit !
 

 
 
Next, Penang Trick Art Museum. Tempat ni pun kitorang jumpa dalam map. Tak tau pun benda ni wujud kat Penang. Aku bajet dating Penang ni nak pergi Bukit Bendera, Batu Feringgi and Art Street ja. Dekat luar hujan, so why not masuk sini. Ada bumbung. Hehe.
 
Untuk entrance fee, Dewasa RM 15, student RM 10. Aku claimed aku student even dah grad. Haha. Hubby plak lupa bawa student card, so dia bayar harga dewasa. Padahal amoi tu tak minta student card pun. Haha. Nak masuk sini kena beratur panjang. Museum ni dia under bumbung rumah kedai. Taip ja waze.
 


















 
Bosan dah ke blom ? Haha. Lepas ni kitorang pergi makan. Aku nak pergi Batu Feringgi tu sebab nak snap gambar pantai. Lepas tu teringin nak makan laksa tepi air laut. Tapi hujan :(

 
Sini anjing banyak. Orang yang bawa anjing datang tu memang tak belajar moral ! Dah nama pun public place. Ni Negara Islam. So respect la. Kalau tak suka, pergi balik ! Masuk sini kena bayar parking RM 3. Tapi park 5 minit je. Kedai penuh dengan arak, shisha, anjing. Damn !!
 
Terus kitorang turun pergi pantai lain. Kali ni boleh layan laksa. Tapi hujan..


 
Beli laksa kat luar, pastu bawa makan kat gerai. Sedap laksa dia. Semangkuk RM 4. Aku memang suka mention harga pun. Haha.

 
Yang ni plak skewer sebatang RM 3. Tak boleh tak beli.


Ini hubby beli. 3 keping RM 10. Sotong bakar. Aku ada baca fakta kat mana ntah kata tikus paling suka sotong bakar. Haha. Hubby, you're my hamster. Eh :p

Balik dari sini, kitorang pergi kedai yang paling aku suka. Cat café !!!!!!!! ^_________^ Dekat next entry ok. Kbai.