Wednesday, July 27, 2016

Wedding story : nikah

Assalamualaikum

Mommy-to-be ni dah start cuti bersalin untuk 9 bulan. Lama gila tu kalau nak dibandingkan dengan orang bekerja. Hehe. Final semester nanti memang aku akan duduk membunting kat rumah jela. Selama 'busy' buat master ni, macam tak sempat la plak nak update blog. Padahal bukan busy mana pun. Sem 1 yela busy dengan assignment. Tapi tu pun bukan tiap minggu. Sem 2 ni satu assignment pun takda. Busy pergi lab pun tidak. Busy mabuk pregnant jela dekat rumah. Kikiki

Aku tak tau nak start menaip dari mana sebab banyak gila story tak update kat sini. Sebab aku tak tau nak mula dari mana, aku mula dari permulaan journey aku. Yang real journey punya. Jadi isteri orang :D

Kalau sapa-sapa follow instagram aku, memang akan perasan yang aku memang excited gila dengan hal nak kawin ni. Preparation dari sekecil-kecil kuman sampai sebesar-besar gajah mostly aku urus sendiri. Banyak benda aku DIY-kan je. Setahun sebelum majlis lagi aku dah start buat preparation semua and semua tu perlu kalau nak cari barang cantik tapi cukup bajet. Hehe.

************************************************

Hari nikah aku buat pada 27/11/2015 (Jumaat). Kalau ikut tarikh hari ni, dah almost setahun dah. Haha. Dah basi dah. Kalau nak tau, dari aku bertunang sampai la aku nikah and bersanding, semua tu parents aku sponsor. Takda satu sen pun duit aku dari tabung yang keluar. Thats why kalau boleh, apa-apa hal, my parents will come first after my husband. Aku terhutang budi sangat-sangat. Tu belum masuk hal lepas kawin. Nanti aku cerita.



Majlis start pukul 3 petang dekat masjid depan rumah. Masa sampai masjid time ni, first thing yang aku fikir, ramai ke tidak. Nervous gila bila fikir ramainya orang dalam masjid tu. Hehe.


Iklan kejap. Inai tu Shima pakaikan malam nikah. Pukul berapa pagi ntah kitorang tidur. Dah la tidur lambat, pastu tidur ayam-ayam plak tu sebab takut inai lekat kat cadar putih. Cadar tu nak pakai untuk first night oi. Kikiki. Pagi tu memang aku bangun awal la sebab inai mengeras kat tangan. Bangun basuh-basuh lepas tu tak tidur dah. Excited + nervous punya pasal. Habis dah cerita inai. 

Masa proses akad nikah tu, imam tanya banyak gila kat hubby. Hahaha. Kesian plak aku tengok dia time tu. Imam tu pun satu, seboleh-bolehnya nak perkena hubby sampai lunyai. Sampai la soalan last tu hubby tak berapa nak boleh jawab, baru la dia stop. Nasib baik hubby lafaz terima akad sekali je. Kalau kena dia gemuruh time tu, tak ke naya. Lambat laa plak aku nak tunggu kat situ.



Ni tandanya dah lulus. Hehe 

Habis je akad nikah, kami keluar dari situ pergi solat sunat and sujud syukur. Lepas tu terus kitorang balik rumah aku and buat majlis batal air sembahyang and sarung cincin.





Dulu aku anak perempuan tunggal je. Sekarang tetiba aku ada 2 adik perempuan. Bukan sorang, tapi dapat 2 terus. Hehe



Cincin kawin ni mak pergi beli dengan hubby. Ukuran yang sama dengan cincin tunang, tapi tak tau kenapa besar sangat. Sampai sekarang aku pakai cincin tunang tu je. Cincin kawin simpan dalam kotak sebab besar gila. Nak pergi kecilkan tapi sayang sebab takut nanti anak dah 4, badan gemuk, muat plak jari nak sumbat. Kih kih kih


Selesai majlis ja, semua family hubby balik tinggalkan hubby kat sini. Petang tu kitorang pergi bergambar kat Masjid Bukhari Alor Setar. Elok sampai je terus hujan renyai. Bergambar pun nak kena rush bagai. Tapi alhamdulillah la semua settle and pangantin tak demam :p