Showing posts with label majlis. Show all posts
Showing posts with label majlis. Show all posts

Tuesday, August 2, 2016

Wedding story : Bersanding


Assalamualaikum

Come to hari bersanding, which was the next day, 28/11/2015 (sabtu). Semalam dah la tidur sorang. Husband tak tidur sekatil lagi sebab MIL tak kasi. Hahaha. Disebabkan jarak dengan rumah husband cuma 5 minit driving, lepas je photoshoot tu husband terus balik dengan adik ipar.

Hari ni rumah aku ada 2 pengantin serentak. Aku gabung majlis dengan abang, and of course la dia tumpang majlis aku sebab aku anak perempuan. Kikiki. Supposed bulan ni musim hujan, tapi hari kenduri aku, pagi tu memang cuaca elok sangat-sangat. Alhamdulillah.



Awal pagi lagi orang dah mula datang. Mostly perempuan la sebab mama buat majlis baca yassin. So pukul 9 tu ruang tamu semua dah penuh. Masa ni aku tak join kat bawah. Orang kata hilang seri. So aku stay je kat atas dengan cousins and kawan-kawan mana yang datang awal tu sambil mekap.


Untuk majlis sanding ni aku upah Kak Wani. Dia part timer MUA. Full time dia buat kerja kat hospital jadi nurse. Upah mekap dia murah je compared to orang lain. Kalau tak silap around RM150-RM180 je untuk mekap pengantin. Dia boleh mekapkan dekat rumah and upah tu dia ambil including duit transport sebab dia orang Jitra kalau tak silap. Serious cantik gila dia mekap. So kalau ada yang nak cari MUA area kedah, cari la kak Wani (019-5584022). Facebook dia Wani Shuk. Aku jumpa dia kat instagram, tapi dah tak ingat instagram dia nama apa. Hehe. Sampai sekarang aku simpan je number dia sebab lepas ni kalau nak cari MUA, memang cari dia sorang je. Harap-harap harga dia tak berubah lagi la. Hihi



As for photographer, dari majlis nikah sampai bersanding ni, aku upah Alang. Kenal dia pun sebab dia bf junior SAINA dulu. Masa tengah mencari and pos tanya pendapat kat instagram dulu, junior tu reply and promote bf dia. Instagram bf dia khairulakmal_photography. Harga yang dia offer memang reasonable sangat-sangat. Aku ambil pakej nikah (aku) + sanding (aku) + bertandang (abang). Total semua RM2400 including 2 album (40 pages each), soft copy (CD), 2 printed canvas, 2 photographer, indoor and outdoor. Ada lagi tapi tak ingat, sebab mummy to be ni sekarang hormon fluctuate manjang.

Masa kenduri hari ni, kawan yang paling awal sampai Tira dengan Mira. Tira ni sekarang dah busy dah dengan bisnes dia, Meowkushop. Diorang la yang banyak siapkan aku masa pagi kenduri. 




Bila tengok balik muka aku time ni dengan sekarang, jauh beza gila. Cantik gila Kak Wani mekapkan aku. Sampai ke petang mekap ni kekal kat situ.

Masa aku tengah bersiap dalam bilik, memang aku tak tau lansung apa jadi kat luar. Aku memang tak keluar bilik lansung. Masa ni Shima la yang ulang alik hantar air la apa la.






Kenduri aku ni dapat banyak gak sponsorship. Yelah, sesen pun duit aku tak keluar termasuk la untuk belon ni. Awal-awal tu aku nak beli belon ni. Tak terfikir and termimpi pun nak minta free. Tapi owner bisnes tu kata dia sponsor. Baru ingat nak support bisnes member, dia plak yang belanja. Hehe. Owner tu (Aida) kawan UNISEL aku dulu. Kalau nak cari dia, boleh tengok ig dia kat surpriseplannersp. Owner dia muda lagi. Baik and lembut je.  



Candy booth ni plak supposed bridesmaid la yang kena jaga. Aku siap buat jadual utnuk diorang lagi. Tapi last-last sepupu and anak sedara aku yang jaga SEBAB bridesmaid sibuk bergambar dengan pengantin. Hahaha.




Untuk nak buat 1 majlis ni pun, setahun kitorang prepare, seminggu kitorang buat rehearsal. Haha. Start dari pengantin tiba, susunan, pergerakan, sambutan semua abah dengan pak ngah dah atur. Pak ngah siap buat animation slide show kat laptop lagi. Malam rehearsal tu semua kena hadir included semua ceruk family and hubby. 

Yang pulut kuning tu mak ngah buatkan. Memula tu memang nak order kek. Siap dah cari kedai and design kek apa nak. Tapi seminggu sebelum majlis tu ada something wrong, so last minute tu memang terus mintak mak ngah buatkan pulut kuning je. Senang.


Acara lepas makan mostly tertumpu kt pelamin je. Dalam aturcara tu punya la dah susun, nak bergambar kt bilik, layan tetamu la apa. Tapi trust me, selalunya masa hari kejadian memang akan ada benda yang jadi unplanned. Masa ni memang tak fikir apa dah, fikir orang lain makan kenyang, jumpa tuan rumah and tengok pengantin kat poster depan rumah, dah. Pengantin busy. Haha




Petang tu dalam pukul 4, hujan turun lebat sangat-sangat. Tapi alhamdulillah la masa tu tetamu dah reda and aku pun dah siap masuk bilik salin baju untuk solat zohor + asar terus. Punya maraton. Masa ni aku dah boleh rehat-rehat, mandi. Rasa lega gila bila boleh tanggalkan semua baju and mekap. Hahaha. Elok lepas asar, kitorang gerak pergi photoshoot plak. Awal tu planned nak pergi Gunung Jerai. Kat atas tu lawa gila, tapi cancel sebab dah lewat. Last-last gerak pergi KTM Pendang. 

Kat sini pun satu cerita gak. Elok sampai je, ada pasangan pengantin ni panggil aku. Aku dah la tak pakai spek. Memang tak nampak la kalau jauh-jauh tu. Lepas tu tengok bayang sipi-sipi pun aku still tak kenal. Kesian gila kat sapa yang panggil tu. Dia siap lambai-lambai lagi. Aku try nak ingat, tapi serious tak kenal. Balik tu baru aku tau bila dia tegur kat instagram. Follower rupanya. Haha




Tu la yang namakan buddies tu. Bridesmaid lain awal lagi dah balik. Diorang ni plak stay dengan aku sampai maghrib. Thank you korang ! Tira tu orang Bangi. Dia sampai Kedah sehari sebelum majlis. Lepas majlis ni dia terus balik Bangi. Aimi plak kerja kat Subang. Dia pun sama, sehari lepas kenduri terus balik Subang. Diorang datang kedah semata-mata nak teman pengantin je.  



Kenduri dah habis. Balik photoshoot tu pengantin makan macam bela saka. Lapar gila wei. Malam ni tidur dengan suami dah. Tapi bukan kat rumah sendiri. Kat rumah hubby. Rindunya kat katil sendiri.... 









Wednesday, July 27, 2016

Wedding story : nikah

Assalamualaikum

Mommy-to-be ni dah start cuti bersalin untuk 9 bulan. Lama gila tu kalau nak dibandingkan dengan orang bekerja. Hehe. Final semester nanti memang aku akan duduk membunting kat rumah jela. Selama 'busy' buat master ni, macam tak sempat la plak nak update blog. Padahal bukan busy mana pun. Sem 1 yela busy dengan assignment. Tapi tu pun bukan tiap minggu. Sem 2 ni satu assignment pun takda. Busy pergi lab pun tidak. Busy mabuk pregnant jela dekat rumah. Kikiki

Aku tak tau nak start menaip dari mana sebab banyak gila story tak update kat sini. Sebab aku tak tau nak mula dari mana, aku mula dari permulaan journey aku. Yang real journey punya. Jadi isteri orang :D

Kalau sapa-sapa follow instagram aku, memang akan perasan yang aku memang excited gila dengan hal nak kawin ni. Preparation dari sekecil-kecil kuman sampai sebesar-besar gajah mostly aku urus sendiri. Banyak benda aku DIY-kan je. Setahun sebelum majlis lagi aku dah start buat preparation semua and semua tu perlu kalau nak cari barang cantik tapi cukup bajet. Hehe.

************************************************

Hari nikah aku buat pada 27/11/2015 (Jumaat). Kalau ikut tarikh hari ni, dah almost setahun dah. Haha. Dah basi dah. Kalau nak tau, dari aku bertunang sampai la aku nikah and bersanding, semua tu parents aku sponsor. Takda satu sen pun duit aku dari tabung yang keluar. Thats why kalau boleh, apa-apa hal, my parents will come first after my husband. Aku terhutang budi sangat-sangat. Tu belum masuk hal lepas kawin. Nanti aku cerita.



Majlis start pukul 3 petang dekat masjid depan rumah. Masa sampai masjid time ni, first thing yang aku fikir, ramai ke tidak. Nervous gila bila fikir ramainya orang dalam masjid tu. Hehe.


Iklan kejap. Inai tu Shima pakaikan malam nikah. Pukul berapa pagi ntah kitorang tidur. Dah la tidur lambat, pastu tidur ayam-ayam plak tu sebab takut inai lekat kat cadar putih. Cadar tu nak pakai untuk first night oi. Kikiki. Pagi tu memang aku bangun awal la sebab inai mengeras kat tangan. Bangun basuh-basuh lepas tu tak tidur dah. Excited + nervous punya pasal. Habis dah cerita inai. 

Masa proses akad nikah tu, imam tanya banyak gila kat hubby. Hahaha. Kesian plak aku tengok dia time tu. Imam tu pun satu, seboleh-bolehnya nak perkena hubby sampai lunyai. Sampai la soalan last tu hubby tak berapa nak boleh jawab, baru la dia stop. Nasib baik hubby lafaz terima akad sekali je. Kalau kena dia gemuruh time tu, tak ke naya. Lambat laa plak aku nak tunggu kat situ.



Ni tandanya dah lulus. Hehe 

Habis je akad nikah, kami keluar dari situ pergi solat sunat and sujud syukur. Lepas tu terus kitorang balik rumah aku and buat majlis batal air sembahyang and sarung cincin.





Dulu aku anak perempuan tunggal je. Sekarang tetiba aku ada 2 adik perempuan. Bukan sorang, tapi dapat 2 terus. Hehe



Cincin kawin ni mak pergi beli dengan hubby. Ukuran yang sama dengan cincin tunang, tapi tak tau kenapa besar sangat. Sampai sekarang aku pakai cincin tunang tu je. Cincin kawin simpan dalam kotak sebab besar gila. Nak pergi kecilkan tapi sayang sebab takut nanti anak dah 4, badan gemuk, muat plak jari nak sumbat. Kih kih kih


Selesai majlis ja, semua family hubby balik tinggalkan hubby kat sini. Petang tu kitorang pergi bergambar kat Masjid Bukhari Alor Setar. Elok sampai je terus hujan renyai. Bergambar pun nak kena rush bagai. Tapi alhamdulillah la semua settle and pangantin tak demam :p



Tuesday, May 5, 2015

engagement day Fatin Nadiah

Im waiting for this for years and felt like forever. Pejam celik, dah jadik tunang orang dah. Hehe. So lepas ni focus untuk wedding plak. My preparation untuk e-day ni memang dah lama start. Since setahun before lagi dah prepare. Haha. Renovation rumah dah 4 kali dah bertukar tukang sebab habis semua pakat lari.
 
Seminggu sebelum e-day, sepupu-sepupu aku dah pakat datang gotong royong bersihkan laman rumah. Habis semua daki kudis diorang sental. Alhamdulillah, ramai yang menolong.
 
A day before e-day, family ayah cu, sepupu sepapat semua balik. Gotong royong sekali lagi. And masa hari tu aku dengan Shima pergi siapkan kuku aku, ambil kek and cupcake hantaran and ambil veil. Thanks kawan-kawan sekolah rendah sebab diorang banyak menolong. A lot ! Kek and cupcake cantik tu Wani buat, and veil pinjam dari Shahirah. Dia turun dari KL and bagi veil tu sendiri :')
 
Malam sebelum majlis tu aku tak boleh lena. Shima kat sebelah aku dah lama tidur. Pagi tu pun aku bangun awal. Kemas-kemas rumah sebab nak hilangkan nervous. Nervous gila. Aku rasa masa aku present fyp dulu pun tak segetar ni. Pukul 9 aku start bersiap and photographer mula sampai masa aku tengah mekap. Thanks Shima sebab tolong mekap and kenalkan photographer. Jimat duit aku. Hihi. 
 

Pelamin ni aku yang siapkan. Bayar harga sewa barang kat butik Gurun :)

Hantaran prepared by me. 3 dulang berbalas 5. 1 dulang dari pihak aku tu, tunang abang yang sponsor.
Majlis mula dengan bacaan tahlil. Lepas tahlil baru aku menyorok dalam bilik. Time ni nervous gila. Haha. Macam nak menikah dah aih.
 
 
11.30 tengah hari rombongan sampai. Aku curi-curi tengok dari tingkap bilik aku. Tetiba nampak kereta banyak masuk. Hampir 7 buah beratur masuk. Masa ni sepupu-sepupu and anak-anak buah aku dah mula keluar bilik. Tinggal la aku berdua dengan Syafika. Dia asyik suruh aku duduk, tapi aku tak boleh. Aku asyik pusing bilik pastu cakap merapu sebab nervous sangat-sangat. Aku nampak hubby turun kereta. Masa tu aku rasa macam bahagia gila. Tak tau nak express macam mana :)
 

Hampir 40 orang wakil pihak hubby yang datang :)
Tengah menggelabah dalam bilik, tetiba Shima ketuk pintu and masuk. And cakap 'dah boleh turun'. Masa ni jantung pam ditahap maksima. Haha.
  

 
Alhamdulillah. Selesai dah semua !! Syukur sangat :)
 
 
Family hubby, sooner to be my in law :)

 
Cousin yang banyak bersusah payah tolong itu ini. Terima kasih daun keladi, kawin nanti tolong lagi. Hiks ;D
 
Family ayah cu yang bersusah payah balik dari Bangi and terpaksa tempuh jem. Thank you ! :)
 



Sepupu perempuan hubby yang super ramai and super baik ! :)

 
Semua pakat pandai layan diri. Takda yang kekok. Nervous aku pun dah hilang. Rasa tak sabar nak join family ni :)


 
Pukul 4, kitorang keluar untuk sesi outdoor dekat Kota Kuala Kedah. Hubby fetch dekat rumah. Shima, Abang Wan, tunang abang, Kak An and Hanis pun ikut tapi naik kereta asing. Muehehe. 
 

 
Belon ni aku order dekat ig : withlove_surpriseplanner


 
Cameramen ni suka kitorang buka gaya spontan :p

 
Fresh flower bought by my cousin. Bersusah payah dia keluar cari tiap kedai. Sejam sebelum majlis dia keluar cari, sejam lepas majlis baru dia balik. Still thanks Kak Azi and Abang Fendi :)

 
Finally, 50 % of you is MINE ! :))