Wednesday, August 3, 2016

Honeymoon 1 : Sekeping Tenggiri

Assalamualaikum

Sebelum tidur, nak update satu lagi. Rasa tak puas hati plak sebab banyak gila entry yang tak update.

Untuk first honeymoon ni aku pilih sekeping tenggiri. Kalau dari Kota Kemuning, Shah Alam, dekat je. Tempat ni dekat Bangsar je. Kalau nak diikutkan, luaran tempat ni tak sama dengan dalaman dia. Macam tak caya ja masa memula sampai dulu. Luar bandar, masuk je dalam pagar terus rasa macam masuk hutan. Haha.

Kalau nak cari lokasi tempat ni, taip je kat waze. Dia akan bawa pergi taman perumahan. Jangan pelik plak. Memang tempat ni rumah perumahan pun. Lot tepi. Nak booking dia senang je. Just booking dari laman web dia, Sekeping Retreat. Sekeping place ni ada banyak cawangan. Total ada 9.

Untuk honeymoon aku, aku pilih right garden room. Rate dia cuma RM 220/night. Aku pergi hari sabtu. So aku duduk semalam jela. Masa memula sampai tu, aku tak tau mana entrance dia. Rupanya kena ring the bell. Dia ada macam loceng kecil kat pintu kayu. Bila dah bunyikan loceng tu, akan ada penjaga datang and tanya nama. Then terus dia check kat fon and kasi kunci. Senang je.




Bilik kitorang depan swimming pool. Memang kawasan dalam ni cantik sangat. Relek gila. Rasa macam duduk dalam hutan. Tak dengar lansung bunyi bising kat luar. Toilet dia, katil dia, barang dia semua unik gila kat sini. And i realized yang mostly barang sini diorang beli kat Ikea. Hehe


Dinding dia memang hipster habis la. Katil plak dia buat lapik dari rangka besi je. And kelambu tu i believed dari Ikea punya.



Suka gila konsep dia. Simple. TAPI, 2 benda aku tak berapa suka. Bab privacy and hygiene. Depan mangkuk tandas tu ada dinding. Kat bahagian atas dinding tu ada lubang and that lubang nampak langit. And guess what, orang dari pintu pagar tu boleh tengok direct terus masuk lubang tu. Boleh say hello, boleh rakam, boleh terjun jugak. Second, we as muslim mesti la nak air basuh lepas kencing/berak. Tapi dia sediakan tisu je. Nak tak nak kena la tadah air shower or pancur air. Sapa yang period masa datang sini, pandai-pandai la nak basuh macam mana. Memang kena mandi terus la.


Other than that, yang lain-lain tu semua puas hati sebab tempat cantik. Orang pun tak ramai. Ada 2 couple je kalau tak silap. Satu malay, satu lagi orang putih. And 1 lagi geng chinese girl. 

Kitorang check in ni pukul 2 petang. Lepas check in terus masuk tidur je. Tidur sampai nak maghrib.



Malam tu kitorang makan kedai tomyam depan ni je. Kedai tomyam tu ada sebelah speedmart. Sedap jugak situ pun. Memang recommended.

Dekat dalam bilik ada tv. Diorang siap sediakan VCD player dengan VCD lagi. Mostly cerita yang ada cerita action la. Sapa minat boleh la.


Bangun pagi kitorang tak keluar mana-mana dah. Breakfast tak disediakan kat sini, tapi dia ada pantry. Setakat nak milo/kopi/teh tu ada ja kat situ. Kalau bawa megi, boleh guna alatan diorang untuk makan. Situ ada mug, sudu, garfu semua. TAPI, not to forget situ jugak ada anjing. Tapi anjing ni diorang kurung kt 2nd level. Ada je duk melalak, melilau kt koridor atas. As for us, kitorang makan megi cup dengan roti je. Kitorang cuma guna air panas dia je kat situ. Milo, garfu semua kitorang tak pakai yang situ punya.


Memang tenang gila kat dalam tu. Even time weekend, memang sunyi. Rasa macam nak buat apa pun boleh. Hehe. Air kolam tu hubby sorang je mandi sebab aku tak boleh join. Dia kata air tu rasa garam.

So, itu je kitorang punya honeymoon. Tapi ada lagi. Kitorang ada total 5 semuanya. Hehe. Kbai.

No comments: