Tuesday, October 23, 2018

Backpacker ke Hatyai 2018 (day 2)

Assalamualaikum and hi ✋

Semalam tidur tak nyenyak. Perut asyik memulas-mulas sebab makan banyak sangat. Dari pukul 4 pagi terjaga, sampai ke subuh la tak lena. Tapi lepas tu lapar balik la. Hehe. So pagi ni kitorang pergi Chabura Dim Sum yang famous tu. Nak pergi sana, of course cari grab lagi sebab tuk-tuk mahal. Kitorang keluar breakfast pukul 7 pagi sebab dia buka jam 6 pagi sampai 2 petang ja.


Sampai ja kat kedai ni, sila la terus beratur. Kalau mai dengan kawan, sila la bergilir. Suruh kawan cari meja dulu, korang pilih makanan dulu sebab ramai gila. Nak makan kat sini ada 2 harga ja : 15 baht (RM 1.90) atau 20 baht (RM 2.50) semangkuk. Macam yang dalam gambar atas ni, ni semua yang 15 baht punya. Yang 20 baht, dia prepare dalam bakul kukus siap-siap.


Lepas pilih, bagi je kat kakak kukus dalam tu, nanti dia kukus dulu then baru hantar kat meja korang. Simple je cara nak order. Alah, kacang pool 👐 Makan kat kedai ni nanti dia akan bagi sebakul salad+timun (aku tak makan pun) dan seteko teh hijau panas (hubby sorang je minum). Dedua ni free, tak payah bayar.

Habis makan, kitorang call grab, pergi Lee Garden lagi sebab nak pulut mangga dia. Sedap sampai masuk mimpi. Kali ni aku beli pulut tu 40 baht (RM5) je. Siap ada pakej beli 3 dengan harga 100 baht (RM 12.60). Kalau semalam satu 60 baht (RM 7.50). Mahal gila.


Habis makan, kitorang balik hotel and check out. Dah tak tau nak pergi mana dah kat Hatyai ni sebab semua tempat dah pernah pergi. Tapi sebab awal lagi, kitorang singgah Central Festival. Dekat sebelah stesyen bas Hatyai.


Tapi kami singgah Central Festival tak lama. Sama macam mall lain, macam tu la. Kami laki bini jenis tak suka melawat mall ni kalau takda barang nak beli. 

Dari mall nak ke bus station, kitorang naik tuk-tuk even tempat tu sebelah-sebelah je. Yes, sebab anak. Hahaha. Sampai kat stesyen bas, beli tiket mini van kat kaunter Padang Besar. Lepas tu tunggu je orang panggil number tiket kau.


Yang ni acah-acah tanya kot nak pergi Krabi-Phuket plak 😜

Kitorang naik van dari Hatyai-border Padang Besar : sejam. Sampai ja Padang Besar, terus beratur untuk cop passport kat imigresen Thailand. Dah siap cop, sila decide samada nak jalan kaki tengah panas pergi imigresen Malaysia, atau nak naik moto untuk 50 baht (RM6.30)/pax, atau nak naik kereta untuk RM10/pax. Kitorang naik kereta. Yes, sebab anak lagi. Ada air-cond. Fuh fuh fuh..

Sampai imigresen Malaysia, turun kereta, cop passport and scan barang, then naik balik kereta tadi and dia akan bawa pergi KTM Padang Besar. Sampai ktm, beli lah tiket mana pun korang nak beli. Dah selamat pun.

So, itinerary day 2 :-

Grab hotel-Chabura Dim Sum : 4.9 km : 82 baht (RM 10.40)/grab
Grab Chabura Dim Sum-Lee Garden : 3.3 km : 79 baht (RM 10)/grab
Tuk-tuk Lee Garden-hotel : 950 m : 20 baht (RM 2.50)/pax
Tuk-tuk hotel-Central Festival : 2.4 km : 30 baht (RM 3.80)/pax
Tuk-tuk Central Festival-bus station : 20 baht (RM2.50)/pax
Mini van Hatyai-Padang Besar : 50 baht (RM 6.30)/pax
KTM Padang Besar-KTM Kobah : RM 7/pax

Total RM 64.60 untuk sepasang suami isteri and 1 baby.

So untuk 2 hari, kitorang habiskan RM 236.60 tak termasuk makanan and shopping 😀

No comments: