Sunday, April 29, 2012

Lepas exam

Semuanya sebab Kak Lita. Dari A sampai Z. Then tamat.

**************************************

Last kitorang exam masa hari Khamis 12/4/12 KOT. Aku lupa -.-' Tapi rasanya betul la tu. Kitorang last paper Microbiology pukul 2.30 sampai 5.30 petang. Tapi selalunya aku akan keluar awal. Bajet macam boleh jawab. Tapi .... wait and see la apa result dia



Ramai dah balik time ni. Padahal ada lagi sejam. Yang ada lagi sejam tu la aku duk tunggu buta-buta kat luar dewan tu. Tunggu kawan punya pasai.


Balik-balik rumah ja, fun nak mampos ! :p MERDEKA kan .. Satu hari tu memang movie la ubat dia. Dah la rumah tu ada 4 orang ja. Aku duduk kat rumah Kak Lita. Saja tumpang situ kenal-kenal housemate baru sebab sem depan aku pindah rumah diorang.

Esok tu, adik aku exam final paper. Paper petang pulak tu. Kesian aku nak kena tunggu dia. Selagi dia tak habis paper, selagi tu la aku tak boleh balik rumah T.T

So Jumaat tu aku keluar dengan Kak Lita and Tira. Pergi tengok Battleship kat One Plaza, Kuala Selangor. Nak tengok wayang, sini je pun yang dekat. Terpaksa.



Ok la cerita dia... Nak tau best ke tak, aku dengan hubby masing-masing tengok 2 kali. Haha.

***********************************

14/4/2012 ( Sabtu )

Hari ni Kak Lita ikut aku balik Kedah. Gempa bumi kat Indon tu tak mampu halang Kak Lita dari ikut aku balik rumah sebab dia nak sangat jalan-jalan kat utara. Tambah-tambah kat Penang la -..- Tu agenda utama dia sebenarnya. Pandai :p

Pagi tu kitorang bertolak pukul 9, 10 macam tu. Sampai rumah dah petang. Sampai time makan tengah hari. Langkah kanan gila. Hehe. Hari ni, satu hari kitorang jadi garfield. Bermalasan kat rumah. Tengok tv sampai pagi.

***********************************

15/4/2012 ( Ahad )

Pagi ni aku bawa Kak Lita pusing Alor Star. Sebetul-betulnya, pusing shopping complex. Tapi sekejap ja. Pukul 3 petang tu kitorang balik rumah. Petang tu abah dengan mama bawa kitorang naik Gunung Jerai, Gurun.





Habis Gunung Jerai, malam tu mama abah bawa Kak Lita dinner kat Pantai Murni, Yan. Sumpah tak sedap ! Kesian Kak Lita. Hahaha.

**************************************
16/4/2012 ( Isnin )

Hari ni mama dengan abah rajin nak bawa Kak Lita pusing Penang. Lepas Zohor kitorang bertolak. Mula-mula pergi Queensbay Mall. Lepas tu pusing Georgetown. Lepas tu pergi Batu Feringgi dengan harapan jangan la tsunami hari ni. Lepas tu pergi Padang Kota Lama. Lepas tu pusing-pusing nak cari port dinner. Malam tu makan banyak gila nak mampos. Aku pun tak tau family aku ni perut apa. Ikan bakar sampai 3. Tambah ikan stim plak 1. Main dishes lagi. Seafood goreng. Untung la Kak Lita. Orang layan macam VIP :p Dalam pukul 11 macam tu baru sampai rumah. Tired.



Queensbay Mall


*************************************
17/4/2012 ( Selasa )

Pagi ni  aku bawa Kak Lita pergi stesyen bas Guar. Beli tiket bas untuk esok.

Petang tu plak mama abah bawa Kak Lita pergi Pekan Rabu. Nasib baik ada jugak jumpa souvenirs kat sini. Susah betul nak cari keychain Kedah bagai. Huhu.

Kat Pekan Rabu ni la Abang Wan TERsuka kat sorang pompuan jual makanan kering ni. Mama kata segak. Aku tak tengok la plak segak tara mana sangat. Tapi dah berpunya. Dah terlambat ... Hihik :p

********************************
18/4/2012 ( Rabu )

Pagi ni Kak Lita naik bas pukul 11 pagi lebih.





TAMAT dah aih ...







Tuesday, April 3, 2012

aku tak study masa study week

22/3/2012 ( Khamis )

Balik kedah dengan adik. Pukul 11 bertolak, lepas tu sampai rumah pukul 4 petang lebih sebab singgah Village Mall, Sungai Petani beli ni ..




Chocolate indulgence from Secret Recipe.
22 March ni birthday abah yang ke 51. Happy birthday abah. MUAH ! :)



Sampai je dekat rumah, macam biasa la tok. Dia akan tunggu kami adik beradik sampai rumah. Sayang tok ! :) Mama lak, dari tidur, terus bangun. Tapi abah tak balik kerja lagi, so no suprise suprise. Tapi malam tu buka kek kat dapur masa semua orang nak dinner, abah excitedly terharu. Happy sangat :)

Kek tu aku dengan adik share duit beli. Adik support RM50, aku RM30. Ok, aku pokai :p

Hari ni jugak, hubby officially dah habis diploma :D

**********************************************

23/3/2012 - 24/3/2012

Hubby pergi picnic dengan member kelas dia kat Port Dickson. Ok, rindu :(

*********************************************

27/3/2012 ( Selasa )

Hubby datang rumah jemput adik. Hubby nak balik KL hari ni sebab nak pick semua barang dari kolej bawa balik rumah. Sambil tu, hubby tolong hantar adik balik Unisel. So sweet :) Thanks hubby :)

Masa kat rumah, abah layan hubby baik gila. Abah suruh hubby sambung degree. And alhamdulillah, hubby nak sambung degree lagi lepas ni sambil kerja. Hubby buat PJJ. InsyaAllah.

********************************************

28/3/2012 ( Rabu )

Aku kat rumah ni tengok tv ja kerja. Sambil lipat kain. Haha. The very very the kesuri-rumahtangga-an -..-

Petang tu aku pergi basuh sangkar hamster sebab abah nak bagi hamster aku tu kat kawan dia. Abah takut penyakit kencing tikus. Petang tu jugak la hubby datang rumah aku nak hantar barang dengan buah tangan. Dengan kain batiknya aku lari masuk bilik salin baju. Salin from top to toe. Haha. Lepas tu keluar jumpa hubby yang tengah bersembang dengan mama abah tok kat depan. Jumpa dalam 5 minit pun tak sampai :(

Hubby bagi buah naga. Mama puji kata hubby pandai ambil hati :p Abah lak, dapat ja, terus makan. Gelojoh aih :p

Masuk rumah, aku terus check henfon sebab henfon letak kat bilik tv. Tengok-tengok ada 4 miss call and 1 mesej. Tok kata dia dah nampak dah hubby call sebab ada keluar gambar, tapi dia tak terangkat and tak terpanggil aku yang kat toilet nuh -.-' *sedih

********************************************

31/3/2012 ( Sabtu )

Mak su aku buat kenduri kesyukuran sebab cousin laki aku dapat 8a 2b dalam SPM. Congrate Akmal :) Aku pun tak sepandai tu. Malu sikit ..


Hubby kata aku tembam. Wekk :p



Aku dengan Shima pakat usung budak ni. Sangat baik :) Anak sapa pun tak tau. Haha. Family depa sampai kat depan rumah ja, terus Shima jemput budak tu lari masuk rumah :p

Gambar ni aku curi dari facebook Shima. Hik hik.


********************************************

1/4/2012 ( Ahad )

Hari ni aku balik Unisel sebab Selasa exam first paper.

Sampai-sampai rumah kat Unisel ni ja terus pengsan. Rumah macam kena masuk perompak. KOTOR GILAAA. Sial la betina sekalian. Kasut berterabur, lantai penuh sampah, lepas tu lantai bergetah plak. Rasa macam nak pakai kasut ja dalam rumah. Atas meja makan penuh cawan pinggan tak basuh + roti berkulat + makanan basi + kurma rosak + botol kosong . Dapur semak gila dengan pinggan tak basuh + sinki berkarat + tong sampah berulat + periuk nasi penuh nasi basi sampai berlendir + tin susu berkulat. Habuk rokok pun ada.

*******************************************

AkuKata : Saya jarang marah sebab saya budak baik >.<