Saturday, October 20, 2012

interview with candylicious :)

Assalamualaikum :)

*********************************************************

Make your life busy, and you will love it :) Lately aku memang busy gila-gila. Previously aku kena join expoconvo. Itu first experince aku 'bekerja' jual beli in public. Memang perasaan malu tu aku simpan dekat rumah and try to be ramah for the whole day. Senyum memang dipaksa untuk berlaku seikhlas mungkin untuk sepanjang hari. And alhamdulillah, i smile beacuse i want to. Bukan atas niat paksaan sebelumnya.

And yesterday, i went to KLCC with 2 of my friends, Erna and Sulo. Sepatutnya kitorang bertolak pukul 9 pagi and i'd reminded them untuk berkumpul pukul 9 pagi TAJAM. Tapi last-last aku yang lambat 10 minit. Damn ! So sorry girls. Dah la Sulo demam. Oh may !

Kitorang sampai dekat KLCC around pukul 10.45 pagi. Parking underground and tunggu bayaran tiket yang super duper mahal. Tapi hadap ja semua tu sebab sekarang musim hujan ribut. Yes, kitorang memang 'kaya' untuk bayar tiket, and tak sanggup langsung nak meredah hujan.

Masa masuk-masuk Suria (i guess) dari tempat parking, terus aku jumpa Candylicious :) *pengsan




Abang red indian. "nak ngorat boleh ? sebab nak candy tu". Muehehe




I love it :D



With Sulo :)



i LOVE candy




See the leg lah ! :p


Keluar dari Candylicious, kitorang jalan-jalan dekat situ dengan tanpa arah. Pusing-pusing setiap kedai. Kedai mahal, kedai murah semua masuk. Then keluar dengan muka tak bersalah.




I love that 'hat'. Bukan hat, tapi tatau nak panggil apa. Tapi memang suka gila-gila :( 
Harga ? RM114. Sapa nak belanja ? I wish my mom+dad was there with me yesterday..


Lepas pusing-pusing, terus rasa lapar and teringat kata belum breakfast lagi. Lepas tu terus pergi food court, terus teringat hubby and terus duduk kat tempat duduk dengan hubby dulu :')





Almost 2, jumpa Elmy and Kesevan dekat Tutti Frutti. Then gerak pergi office ayah cu dekat 2nd tower KLCC. Masa menunggu tu memang nervous gila. Even nak interview ayah sedara sendiri pun, hati still nervous T____T

Around 2.50 petang tu ayah cu turun ambil kitorang naik office. Nak naik office dia pun bukan senang. Nak kena daftar IC bagai. Lepas tu kena scan visitor tag, kena scan barang and badan. Lepas tu baru boleh naik. Lif dia super duper laju.

Kitorang sediakan 12 soalan untuk ditanya, tapi several ques ja yang kitorang tanya sebab ayah cu quite busy.







Bergambar dengan manager Petronas merangkap ayah cu  :)




Looks nervous. Tapi time ni dah done with the interview.


Lepas siap interview, ayah cu biarkan kitorang bergambar, borak-borak dulu sementara dia siapkan kerja dia. Erna and Elmy bergambar memang tak ingat dunia dah. Hehe. Aku plak segan sebab masuk office orang and terfikir yang manners tu kena jaga. 





Ingat nak bergambar dekat luar, tapi masa ni dah hujan renyai-renyai dah. Lepas tu terus masuk dalam balik and masuk Candylicious balik.





Kali ni boleh keluar dengan tangan berisi :)







Mahal gila nak mampos. *facepalms






Around pukul 6 tu kitorang dah bertolak nak balik. Elmy and Kesevan balik rumah masing-masing. Masa nak bayar parking tu, Sulo terpaksa bayar 24 ringgit for 7 hours parking *pengsan.. Then Sulo ajak singgah rumah dia kat Setapak. You can't imagine how much i miss that place. Setapak was my third home after Kedah and Unisel. Masa nak pergi rumah Sulo tu, aku lalu kampus UTM, lalu kolej hubby. Argh :')

10 pm plus-plus baru kitorang sampai Unisel. Relief.. 


*******************************************

Tips : pakaian formal masuk pejabat korperat = no jeans, tak ketat, tak jarang, tak singkat. Yang free hair, please ikat or sanggulkan. No hair dye. Please wear shoes. No sandle. No selipar jamban. Talk slowly with manners. Hormat keadaan sekeliling.





Kbai :)












Thursday, October 18, 2012

expoconvo UNISEL


Assalamualaikum and gooooood morning :)

Hari ni ada 2 kelas cancel and thats why 'good' tu ber-double ganda panjang dia. Hehe. Pagi ni bangun quite early la even takda kelas sebab mama call, abah call, tanya pasai cuti raya haji. Ni la susah kalau ada 2 beradik kat tempat yang sama sebab masing-masing jadual tak sama, lecturer tak sama. So kalau nak balik Kedah, kena tunggu macam tunggul. Bagi dua-dua free, baru la bole balik. 

*****************************************

Actually nak cerita pasai expoconvo hari tu. Aku take part dalam jualan coklat under lecturer keusahawanan aku. Aku tak tau macam mana dia kira, tapi dia kata kalau ikut calculation metafizik aku, aku adalah orang yang boleh berjaya dalam perniagaan. Oh yeah ! Itu memang aim aku. Tapi untuk 5 tahun akan datang. Aim aku sekarang, nak grab ijazah+kerja ( grab pengalaman )+kahwin+beli rumah. Semua ni aku akan penuhkan dalam masa 5 tahun. InsyaAllah. Kita just rancang :)

Balik cerita expoconvo tadi -.-" lecturer ajak aku buat jualan ni atas dasar profesional. 50 ringgit per day. Convo ni 2 hari. So RM100 untuk 2 hari dalam masa weekend. Lumayan.. Better dari guling-guling atas katil sambil layan kucing and  movie dari hardisk Tira :p


****************************************** First day ( 13/10/12 )


Ini yang kawan baru aku jual. Home made :)




Ni booth kitorang. Tira join aku sekali hari ni. Teman aku :) Yang tengah tu Iman. Hujung blah kanan tu Sara. Nama cookie diorang ni = Sara Cookie :)


Kalau nak ikutkan, cookie Sara dengan Iman ni ada banyak flavour. Yang aku dapat tau, paling favourite sekali rasa oreo la. Tapi hari convo ni diorang just bawa chocolate chip. Ada iras-iras rasa Famous Amos dah kat situ. Serious !



Khemah menunggu


Location booth kitorang ni paling dekat dengan buyers. Diorang siap sandar bontot lagi kat meja jualan kitorang. Ciss ! Kalau aku bawa Jimmy, aku dah suruh dah dia cakar bontot diorang laju-laju. Then baru diorang tau erti penyesalan -..-




Haa.. ni salah satu faktor keuntungan cookie untuk hari ni. Sebab tempat makan jauh, so nak tak nak diorang tetap kena beli cookie untuk sarapan. Muahehe..





Nampak muka tu ada warna pink-pink sikit tak ? Hihi.. Tu bukan pakai blusher eh. Edit guna photoshop ka kedai gambar ka, pun bukan. Tu hasil pakai SF Beauty. Ngeh ngeh ngeh. Tu la tujuan ambil gambar ni. Cam siot je bunyi riak tu -..-


Sepatutnya aku tayang la gambar coklat kan. Tapi tak nak upload gambar coklat untuk first day. Sengaja :p

At the end of the first day, ada la nampak segerombolan manusia yang bakar mercun. Mula-mula tu rasa macam best. Tapi lama-lama rasa seram. Sebab diorang bakar makin dekat. Ciss !!






****************************************** Second day ( 14/10/12 )


Kalau kelmarin satu hari tu hujan+redup+mendung+berangin+sejuk, tapi hari ni satu hari bahang+panas+berpeluh. Ketara gila ! Takpa, demi RM50 and cuci mata. Haha -..-






Ni la booth and chocolate kitorang :)


Hari ni Tira tak jaga booth dengan aku dah sebab dia kena balik rumah. So Erna gantikan dia :)




Facebooking, twittering, googling, bla bla bla. Nah RM50 jugak. Thanks sir :')


Aku bukan curi tulang eh. Time ni time budak-budak konvo terima anugerah kat dalam dewan. So orang-orang yang luar dewan semua pakat tengok skrin. Takda nya nak layan kitorang ni. Huhu.





Konon busy. Padahal kena paksa dengan Erna untuk buat-buat busy. Kesian aku kena buli. Ciss ! Suruh Jimmy gigit bontot kang..



Haa.. Yang ni coklat RM45

Semua coklat ni ada 4 jenis harga. Ada RM50, ada RM45, ada RM40. And paling murah RM25. Yang paling laku coklat RM25 dengan RM50. Perh ! Boleh nampak tak gaya hidup student Unisel ni macam mana ? Universiti swasta. Tapi tak semuanya kaya. Ada kemahuan, ada la jalan. Kalau yang kaya tu, kaya gila. Pergi kelas naik BMW tu normal la. Yang naik Peugeot pun ada. Aku yang naik Citra ni boleh takat cuci mata, cuci hingus jela. 



Sebab kitorang gabung dengan korperasi Unisel, last day ni la aku baru nak turun usha-usha pun.



Final sale. Memang habis kedepan dah diorang. Semangat ! Hehe.



Ni la Sir Fairuz, isteri and baby boy diorang :)


Expo hari ni habis awal dari semalam. Kalau semalam pukul 7 malam baru nak berkemas. Tapi hari ni 5 petang lebih dah berkemas :) First experience ever. Best !