Assalamualaikum and gooooood morning :)
Hari ni ada 2 kelas cancel and thats why 'good' tu ber-double ganda panjang dia. Hehe. Pagi ni bangun quite early la even takda kelas sebab mama call, abah call, tanya pasai cuti raya haji. Ni la susah kalau ada 2 beradik kat tempat yang sama sebab masing-masing jadual tak sama, lecturer tak sama. So kalau nak balik Kedah, kena tunggu macam tunggul. Bagi dua-dua free, baru la bole balik.
*****************************************
Actually nak cerita pasai expoconvo hari tu. Aku take part dalam jualan coklat under lecturer keusahawanan aku. Aku tak tau macam mana dia kira, tapi dia kata kalau ikut calculation metafizik aku, aku adalah orang yang boleh berjaya dalam perniagaan. Oh yeah ! Itu memang aim aku. Tapi untuk 5 tahun akan datang. Aim aku sekarang, nak grab ijazah+kerja ( grab pengalaman )+kahwin+beli rumah. Semua ni aku akan penuhkan dalam masa 5 tahun. InsyaAllah. Kita just rancang :)
Balik cerita expoconvo tadi -.-" lecturer ajak aku buat jualan ni atas dasar profesional. 50 ringgit per day. Convo ni 2 hari. So RM100 untuk 2 hari dalam masa weekend. Lumayan.. Better dari guling-guling atas katil sambil layan kucing and movie dari hardisk Tira :p
****************************************** First day ( 13/10/12 )
Ini yang kawan baru aku jual. Home made :)
Ni booth kitorang. Tira join aku sekali hari ni. Teman aku :) Yang tengah tu Iman. Hujung blah kanan tu Sara. Nama cookie diorang ni = Sara Cookie :)
Kalau nak ikutkan, cookie Sara dengan Iman ni ada banyak flavour. Yang aku dapat tau, paling favourite sekali rasa oreo la. Tapi hari convo ni diorang just bawa chocolate chip. Ada iras-iras rasa Famous Amos dah kat situ. Serious !
Khemah menunggu
Location booth kitorang ni paling dekat dengan buyers. Diorang siap sandar bontot lagi kat meja jualan kitorang. Ciss ! Kalau aku bawa Jimmy, aku dah suruh dah dia cakar bontot diorang laju-laju. Then baru diorang tau erti penyesalan -..-
Haa.. ni salah satu faktor keuntungan cookie untuk hari ni. Sebab tempat makan jauh, so nak tak nak diorang tetap kena beli cookie untuk sarapan. Muahehe..
Nampak muka tu ada warna pink-pink sikit tak ? Hihi.. Tu bukan pakai blusher eh. Edit guna photoshop ka kedai gambar ka, pun bukan. Tu hasil pakai SF Beauty. Ngeh ngeh ngeh. Tu la tujuan ambil gambar ni. Cam siot je bunyi riak tu -..-
Sepatutnya aku tayang la gambar coklat kan. Tapi tak nak upload gambar coklat untuk first day. Sengaja :p
At the end of the first day, ada la nampak segerombolan manusia yang bakar mercun. Mula-mula tu rasa macam best. Tapi lama-lama rasa seram. Sebab diorang bakar makin dekat. Ciss !!
****************************************** Second day ( 14/10/12 )
Kalau kelmarin satu hari tu hujan+redup+mendung+berangin+sejuk, tapi hari ni satu hari bahang+panas+berpeluh. Ketara gila ! Takpa, demi RM50 and cuci mata. Haha -..-
Ni la booth and chocolate kitorang :)
Hari ni Tira tak jaga booth dengan aku dah sebab dia kena balik rumah. So Erna gantikan dia :)
Facebooking, twittering, googling, bla bla bla. Nah RM50 jugak. Thanks sir :')
Aku bukan curi tulang eh. Time ni time budak-budak konvo terima anugerah kat dalam dewan. So orang-orang yang luar dewan semua pakat tengok skrin. Takda nya nak layan kitorang ni. Huhu.
Konon busy. Padahal kena paksa dengan Erna untuk buat-buat busy. Kesian aku kena buli. Ciss ! Suruh Jimmy gigit bontot kang..
Haa.. Yang ni coklat RM45
Semua coklat ni ada 4 jenis harga. Ada RM50, ada RM45, ada RM40. And paling murah RM25. Yang paling laku coklat RM25 dengan RM50. Perh ! Boleh nampak tak gaya hidup student Unisel ni macam mana ? Universiti swasta. Tapi tak semuanya kaya. Ada kemahuan, ada la jalan. Kalau yang kaya tu, kaya gila. Pergi kelas naik BMW tu normal la. Yang naik Peugeot pun ada. Aku yang naik Citra ni boleh takat cuci mata, cuci hingus jela.
Sebab kitorang gabung dengan korperasi Unisel, last day ni la aku baru nak turun usha-usha pun.
Final sale. Memang habis kedepan dah diorang. Semangat ! Hehe.
Ni la Sir Fairuz, isteri and baby boy diorang :)
Expo hari ni habis awal dari semalam. Kalau semalam pukul 7 malam baru nak berkemas. Tapi hari ni 5 petang lebih dah berkemas :) First experience ever. Best !
No comments:
Post a Comment