Saturday, July 27, 2013

Iftar di padang Shah Alam

Assalamualaikum :)


Hari ni hari takda kerja sedunia. Even nak exam lagi 4 hari pun, still tak sedar diri lagi. Aura nak raya tu pengaruh 90 % mood. Gila.

Kelmarin plan nak pergi Jalan TAR hari ni. Tapi Tira dengan Aimi plak bangun lambat. Yang sorang tu aerobik sampai pagi. Yang sorang lagi tak reti lena. Tu yang pakat bangun pukul 1 petang tu -.-"

So hari ni merempit pergi berbuka dekat Shah Alam. Sebelum tu singgah survey Samsung Galaxy Mega Aimi. Bapak gedabak besar. Ni kalau tengah drive, kompom tabole angkat call kalau tak pakai handsfree. Nak sms ? Mimpi pun tabole. Tapi lawa la. Bole tengok movie sampai muntah. Skrin best.




Nak berbuka kat padang ni, makanan tu kena beli kat bazar dekat bangunan PKNS. Kalau tak nak beli, bawa dari rumah. Jimat. Bulan puasa ni tak boleh membazir. Satu, sebab tak baik. Dua, sebab duit bazir tu boleh beli baju raya. Cantik-cantik baju kat bazaar sini T_T



Just nasi sorang sebungkus dengan air sorang satu. Then air basuh tangan.




Padang ni aku tak tau nama apa. Tapi senangnya lah nak cari. Cari masjid, jumpa la padang. Dekat ja dengan masjid Shah Alam. Dari tempat yang aku duduk, apa yang imam cakap, semua boleh dengar.



See the crowd





Untung la ada orang ambil gambar aku :p





Lepas berbuka, patah balik bazaar tadi. Usha kasut raya Aimi. Kbai.





Sunday, July 7, 2013

Waffle World, One Utama

 Assalamualaikum


Bila tak bawa dslr, dia jadi macam ni la. Gambar tak bagi kepuasan, lepas tu benci tengok gambar sendiri. Nak upload pun malas. Huhu :(

Tapi tetap ada story nak tulis. Hehe.

************************************

Kelmarin keluar dating dengan Aimi. Minah ni bukan betul sangat. Dia ada kelas hari Sabtu. Dalam kelas pun dia boleh main sms dengan aku, ajak pergi OU. Bila dia habis kelas pukul 3 petang tu, terus kitorang keluar.

Hubby ? Hang out dengan ex-UTM dia kat waterpark Tambun :)

Planning nak keluar hari ni, just nak window shopping plus makan ja. Memula tu ajak pergi Delicious Cafe. Main dish dia tak hebat. Lepas tu pergi Chillis Grill and Bar. Ok, ada arak. Lepas tu pergi Waffle World. Duduk dan order :)



Muka excited gila. Haha.



Aimi's.



Mine. Thousand pancakes.



Mine. Grilled fish with pasta.



Ok, lapar sampai nak bunuh orang. Haha. Pukul 5 petang baru boleh breakfast + lunch + dinner. Gile..



Ni baru nama window shopping. Tumbok kang -_-


Mall tutup, baru reti nak balik. Tapi singgah uptown Damansara kejap. Pusing-pusing sampai pening, lepas tu balik. Ok, lemau. Sampai-sampai rumah pukul 12 tengah malam lebih, solat, terus tidur dengan busuk. Tak mandi dah. Kbai.


Unexpected

Assalamualaikum :)


Dah lama sebenarnya tak hang out dengan kawan-kawan ni. Selalunya dating berdua dengan hubby ja. Tapi start sem ni, hubby jadi baik sangat-sangat. Sangat la comel. Hehe. Hubby bagi hang out dengan member, bagi keluar anytime :) Should be extremely love him sebab jadi sangat open and sangat memahami. Mama abah ? Bagi ja. Janji jaga batas.

Date of event, 4/7/2013. Khamis malam jumaat. Jumaat tu aku ada kelas pagi and ada assignment yang nak kena submit. Tengah buat assignment, tetiba Aimi ajak dinner KFC. So kitorang pergi, Tira drive. Hehe. Kitorang take away ja KFC tu sebab Tira on diet. Kesian plak dia tengok je. On the way balik rumah, Tira u-turn kereta, kidnap kitorang pergi Setia Alam. Stress gaduh dengan Atong katanya :p



Setia City Convention Center



Setia City Mall


Ni second time aku datang sini. Before this datang dengan ex-sainarian. Kali ni datang dengan Uniselian :)



Sulo. She helps me a lot dekat Unisel ni :)



Tira. Driver of the day. Kucing dia banyak aku jagakan. Cuci berak, etc. Tapi tak pernah kisah pun, sebab pasir dia yang beli. Kucing aku pun tumpang berak free. Haha. Give and take la.



Aimi. Kaki jalan, kaki shopping. Mangsa dia = aku -_-". Dia usung ja aku pergi mana-mana. Dia la driver. Minyak dengan tol pun dia bayar. Haha. Jimat duit nyah :p




Kitorang lepak kat taman depan Setia City Mall tu. Baru ja duduk, baru ja buka KFC, tetiba hujan. Lepas tu terus lari pergi kereta. Makan dinner dalam kereta ja. Memang kena makan habis sopan la sebab kereta baru sebulan keluar kilang. Haha.