Assalamualaikum
Shopping ni dah jadi months ago. Tak ingat dah bila, tapi bila buka balik instagram, about 6 weeks ago. Dah lama, tapi cukup malas nak update. Sejak ada instagram ni, rasa macam malas dah nak menaip blog. Orang kata, sekeping gambar pun dah boleh tunjukkan seribu cerita. Gitu.. Haha. Lagi pun, dari blog ni, macam-macam jenis musuh dah aku dapat. Bukan sorang dua je, tapi banyak. Banyak.. Tapi manarik. Hidup ni bukan ada orang baik-baik je. Semua tu perencah. Menyedapkan lagi kehidupan ^_^
Dari kesilapan, aku kenal pembetulan. Dari musuh, aku kenal kawan. Dari jatuh, aku kenal kebangkitan. Bukankah tu semua menarik ? Hehe.
Shopping. I call this - terapi. Tak terapi mana sangat pun sebab aku prefer makan and movie lagi. Aku memang kaki movie. Trust me. Aku pernah bergaduh dengan hubby, sebab dia tengok iron man 3 lagi awal tanpa aku. Aku selalu mengamuk tanpa sebab kalau perut aku minta makanan tapi kedai tutup. Tapi aku takkan mengamuk kalau barang yang aku nak beli tu dah out of stock. Nampak tak mana lagi penting ? Hahaha.
Aku suka try makanan baru. Even bukan taste, tapi tetap nak bagi lalu kat anak tekak. Biar lidah rasa. Ok, makanan korea sangat tak boleh telan. Memandangkan bulan 3 nanti abah mama nak bawa pergi Korea, so aku kena buat precaution.
Talking about vacation, susah kalau anak-anak semua pakat belajar universiti yang tak sama cuti ni. Nikmat, kelebihan Allah bagi kat setiap manusia tu tak sama. Sihat, tapi tak berduit. Kaya, tapi takda masa. Ada masa, tapi sakit. Dalam kes aku, sihat, ada duit, tapi takda masa. We're planning to go to Vietnam in January, Korea in Mac and Umrah in December. Tapi planning is a planning memandangkan aku cuti bulan 12, abang cuti bulan 1 and adik cuti bulan 2. May Allay ease everything :')
Back to the story, aku keluar kali ni dengan sepupu aku, Shima. Dia ni dah macam diari bergerak aku dah. Segala pot pet kat mulut aku ni, dia layankan je. Hehe.
This picture, khas untuk Aiman. Haha.
Aku tak tau apa nama makanan ni. Lupa. Tapi quite pedas la. Good ! Haha.
Kalau ikut fakta, perempuan yang suka pedas tu maknanya dia garang and laki yang suka pedas plak, maknanya dia kuat seks. Itu fakta. Tapi tak tau betul ke tak. Lecturer aku la cakap :p But seriously, aku memang garang. Try me.
I hate this photo. Tapi tak nak buang. Haha.
Kalau tak silap, aku keluar ni lepas balik dari kedah. Aku cuti seminggu time tu. Bukan cuti apa, Deepavali rasanya. Masa dekat rumah lagi mama datang dekat aku bagitau kata abah bank in duit poket. Lepas tu before balik, abah dah isi minyak full, touch n go pun full. Pagi tu lepas salam abah, abah bagi lagi duit poket. Dah sampai Unisel, abah mesej kata bank in lagi duit. Pelek. Tapi tu lah mama abah. Tau je macam mana nak pujuk anak dia :)
Dalam family kitorang, family bonding tu kuat sangat. Kalau ada yang tengah bercinta, semua family akan tau. Sampai ke golongan sepupu sepapat pun akan tau. "Orait guys, family kita ada orang baru." Gitu.. Macam aku dengan hubby la, habis semua family dah kenal. Sama la macam bila salah sorang family ada problem, semua akan tau and semua akan sepakat. Couple of months ago, ada 3 ekor beruk ni datang rumah, bawa mulut lancang. As expected, memang kesian. Hehe :p
Simpan breakfast katanya :p
No comments:
Post a Comment