Wednesday, July 23, 2014

ATV Adventure

Kualiti gambar tak cantik. Sebab tu malas nak update. Time ni rasa macam GoPro tu penting gila. Tak kan nak usung dslr yang gedabak besar tu pergi extreme game. Dah lama dah planning nak pergi main ATV ni. Dah nak hujung sem, baru gerak pergi booking bagai. Nak booking, klik www.atvadventurepark.com ni.

Memula, boleh pilih pakej mana yang nak.


Macam kitorang, kitorang ambil pakej C. So macam berbaloi sikit. Dia cakap 2 jam kan. Kitorang 2 jam lebih sikit.

Lepas pilih pakej, isi booking form. Menatang ni aku yang urus. Aku la booked online, aku la reply emel, tapi hubby yang call.


First time booking, kitorang terpaksa tunda sebab masa tu musim hujan. Tiap petang hujan. Even hari kitorang nak pergi tu pun still hujan petang. Nasib baik kitorang booked pukul 9 pagi. Elok pukul 1 petang ja, terus lebat.

First session, pelatih kat sana akan ajar function every benda yang ada kat ATV tu. lepas ajar amali, dia akan suruh pergi praktikal. So round jela kat tempat tu 3 kali. Then baru dia bawa naik bukit. Setiap rombongan akan ada 1 leader.

Leader cakap, yang RM150 ni tak extreme sangat. Dia nak drive sebelah mata pun takda hal. Tapi kalau yang RM300 tu, dia sendiri pun takut. So boleh la masuk dalam to do list.




Aimi cakap nak ajak 'kawan' dia ikut sama, tapi mamat tu outstation plak. So lonely. Tapi takda hal pun bagi dia, sebab dia jenis boleh bawa diri punya. 



Leader bagi kitorang masa 15 minit untuk pergi selfie dengan air terjun kat sini. Selfie sangat.. Masa kitorang sampai sini, ada lagi 1 group yang dah sampai. Then before balik pun ada lagi 1 group yang baru sampai. So kitorang kena tunggu. Thats why pakej kitorang jadi 2 jam lebih. Lebihan masa untuk selfie.






Laluan balik sama ja dengan laluan datang tadi. So kalau ada selisih dengan group lain, kena panjat tebing a maksudnya. First time nak parking atas tebing, memang tak reti. So leader tu kena pulas minyak tiap orang. Tolong park. Tapi lama-lama pro la. Kalau tak reti jugak tak tau la.

Balik camp, ada shower kat sana. So boleh mandi pakai bedak elok-elok. Kalau ada yang nak solat, ada surau. 


Kbai.






No comments: