Wednesday, August 3, 2016

Honeymoon 1 : Sekeping Tenggiri

Assalamualaikum

Sebelum tidur, nak update satu lagi. Rasa tak puas hati plak sebab banyak gila entry yang tak update.

Untuk first honeymoon ni aku pilih sekeping tenggiri. Kalau dari Kota Kemuning, Shah Alam, dekat je. Tempat ni dekat Bangsar je. Kalau nak diikutkan, luaran tempat ni tak sama dengan dalaman dia. Macam tak caya ja masa memula sampai dulu. Luar bandar, masuk je dalam pagar terus rasa macam masuk hutan. Haha.

Kalau nak cari lokasi tempat ni, taip je kat waze. Dia akan bawa pergi taman perumahan. Jangan pelik plak. Memang tempat ni rumah perumahan pun. Lot tepi. Nak booking dia senang je. Just booking dari laman web dia, Sekeping Retreat. Sekeping place ni ada banyak cawangan. Total ada 9.

Untuk honeymoon aku, aku pilih right garden room. Rate dia cuma RM 220/night. Aku pergi hari sabtu. So aku duduk semalam jela. Masa memula sampai tu, aku tak tau mana entrance dia. Rupanya kena ring the bell. Dia ada macam loceng kecil kat pintu kayu. Bila dah bunyikan loceng tu, akan ada penjaga datang and tanya nama. Then terus dia check kat fon and kasi kunci. Senang je.




Bilik kitorang depan swimming pool. Memang kawasan dalam ni cantik sangat. Relek gila. Rasa macam duduk dalam hutan. Tak dengar lansung bunyi bising kat luar. Toilet dia, katil dia, barang dia semua unik gila kat sini. And i realized yang mostly barang sini diorang beli kat Ikea. Hehe


Dinding dia memang hipster habis la. Katil plak dia buat lapik dari rangka besi je. And kelambu tu i believed dari Ikea punya.



Suka gila konsep dia. Simple. TAPI, 2 benda aku tak berapa suka. Bab privacy and hygiene. Depan mangkuk tandas tu ada dinding. Kat bahagian atas dinding tu ada lubang and that lubang nampak langit. And guess what, orang dari pintu pagar tu boleh tengok direct terus masuk lubang tu. Boleh say hello, boleh rakam, boleh terjun jugak. Second, we as muslim mesti la nak air basuh lepas kencing/berak. Tapi dia sediakan tisu je. Nak tak nak kena la tadah air shower or pancur air. Sapa yang period masa datang sini, pandai-pandai la nak basuh macam mana. Memang kena mandi terus la.


Other than that, yang lain-lain tu semua puas hati sebab tempat cantik. Orang pun tak ramai. Ada 2 couple je kalau tak silap. Satu malay, satu lagi orang putih. And 1 lagi geng chinese girl. 

Kitorang check in ni pukul 2 petang. Lepas check in terus masuk tidur je. Tidur sampai nak maghrib.



Malam tu kitorang makan kedai tomyam depan ni je. Kedai tomyam tu ada sebelah speedmart. Sedap jugak situ pun. Memang recommended.

Dekat dalam bilik ada tv. Diorang siap sediakan VCD player dengan VCD lagi. Mostly cerita yang ada cerita action la. Sapa minat boleh la.


Bangun pagi kitorang tak keluar mana-mana dah. Breakfast tak disediakan kat sini, tapi dia ada pantry. Setakat nak milo/kopi/teh tu ada ja kat situ. Kalau bawa megi, boleh guna alatan diorang untuk makan. Situ ada mug, sudu, garfu semua. TAPI, not to forget situ jugak ada anjing. Tapi anjing ni diorang kurung kt 2nd level. Ada je duk melalak, melilau kt koridor atas. As for us, kitorang makan megi cup dengan roti je. Kitorang cuma guna air panas dia je kat situ. Milo, garfu semua kitorang tak pakai yang situ punya.


Memang tenang gila kat dalam tu. Even time weekend, memang sunyi. Rasa macam nak buat apa pun boleh. Hehe. Air kolam tu hubby sorang je mandi sebab aku tak boleh join. Dia kata air tu rasa garam.

So, itu je kitorang punya honeymoon. Tapi ada lagi. Kitorang ada total 5 semuanya. Hehe. Kbai.

Tuesday, August 2, 2016

Wedding story : Bersanding


Assalamualaikum

Come to hari bersanding, which was the next day, 28/11/2015 (sabtu). Semalam dah la tidur sorang. Husband tak tidur sekatil lagi sebab MIL tak kasi. Hahaha. Disebabkan jarak dengan rumah husband cuma 5 minit driving, lepas je photoshoot tu husband terus balik dengan adik ipar.

Hari ni rumah aku ada 2 pengantin serentak. Aku gabung majlis dengan abang, and of course la dia tumpang majlis aku sebab aku anak perempuan. Kikiki. Supposed bulan ni musim hujan, tapi hari kenduri aku, pagi tu memang cuaca elok sangat-sangat. Alhamdulillah.



Awal pagi lagi orang dah mula datang. Mostly perempuan la sebab mama buat majlis baca yassin. So pukul 9 tu ruang tamu semua dah penuh. Masa ni aku tak join kat bawah. Orang kata hilang seri. So aku stay je kat atas dengan cousins and kawan-kawan mana yang datang awal tu sambil mekap.


Untuk majlis sanding ni aku upah Kak Wani. Dia part timer MUA. Full time dia buat kerja kat hospital jadi nurse. Upah mekap dia murah je compared to orang lain. Kalau tak silap around RM150-RM180 je untuk mekap pengantin. Dia boleh mekapkan dekat rumah and upah tu dia ambil including duit transport sebab dia orang Jitra kalau tak silap. Serious cantik gila dia mekap. So kalau ada yang nak cari MUA area kedah, cari la kak Wani (019-5584022). Facebook dia Wani Shuk. Aku jumpa dia kat instagram, tapi dah tak ingat instagram dia nama apa. Hehe. Sampai sekarang aku simpan je number dia sebab lepas ni kalau nak cari MUA, memang cari dia sorang je. Harap-harap harga dia tak berubah lagi la. Hihi



As for photographer, dari majlis nikah sampai bersanding ni, aku upah Alang. Kenal dia pun sebab dia bf junior SAINA dulu. Masa tengah mencari and pos tanya pendapat kat instagram dulu, junior tu reply and promote bf dia. Instagram bf dia khairulakmal_photography. Harga yang dia offer memang reasonable sangat-sangat. Aku ambil pakej nikah (aku) + sanding (aku) + bertandang (abang). Total semua RM2400 including 2 album (40 pages each), soft copy (CD), 2 printed canvas, 2 photographer, indoor and outdoor. Ada lagi tapi tak ingat, sebab mummy to be ni sekarang hormon fluctuate manjang.

Masa kenduri hari ni, kawan yang paling awal sampai Tira dengan Mira. Tira ni sekarang dah busy dah dengan bisnes dia, Meowkushop. Diorang la yang banyak siapkan aku masa pagi kenduri. 




Bila tengok balik muka aku time ni dengan sekarang, jauh beza gila. Cantik gila Kak Wani mekapkan aku. Sampai ke petang mekap ni kekal kat situ.

Masa aku tengah bersiap dalam bilik, memang aku tak tau lansung apa jadi kat luar. Aku memang tak keluar bilik lansung. Masa ni Shima la yang ulang alik hantar air la apa la.






Kenduri aku ni dapat banyak gak sponsorship. Yelah, sesen pun duit aku tak keluar termasuk la untuk belon ni. Awal-awal tu aku nak beli belon ni. Tak terfikir and termimpi pun nak minta free. Tapi owner bisnes tu kata dia sponsor. Baru ingat nak support bisnes member, dia plak yang belanja. Hehe. Owner tu (Aida) kawan UNISEL aku dulu. Kalau nak cari dia, boleh tengok ig dia kat surpriseplannersp. Owner dia muda lagi. Baik and lembut je.  



Candy booth ni plak supposed bridesmaid la yang kena jaga. Aku siap buat jadual utnuk diorang lagi. Tapi last-last sepupu and anak sedara aku yang jaga SEBAB bridesmaid sibuk bergambar dengan pengantin. Hahaha.




Untuk nak buat 1 majlis ni pun, setahun kitorang prepare, seminggu kitorang buat rehearsal. Haha. Start dari pengantin tiba, susunan, pergerakan, sambutan semua abah dengan pak ngah dah atur. Pak ngah siap buat animation slide show kat laptop lagi. Malam rehearsal tu semua kena hadir included semua ceruk family and hubby. 

Yang pulut kuning tu mak ngah buatkan. Memula tu memang nak order kek. Siap dah cari kedai and design kek apa nak. Tapi seminggu sebelum majlis tu ada something wrong, so last minute tu memang terus mintak mak ngah buatkan pulut kuning je. Senang.


Acara lepas makan mostly tertumpu kt pelamin je. Dalam aturcara tu punya la dah susun, nak bergambar kt bilik, layan tetamu la apa. Tapi trust me, selalunya masa hari kejadian memang akan ada benda yang jadi unplanned. Masa ni memang tak fikir apa dah, fikir orang lain makan kenyang, jumpa tuan rumah and tengok pengantin kat poster depan rumah, dah. Pengantin busy. Haha




Petang tu dalam pukul 4, hujan turun lebat sangat-sangat. Tapi alhamdulillah la masa tu tetamu dah reda and aku pun dah siap masuk bilik salin baju untuk solat zohor + asar terus. Punya maraton. Masa ni aku dah boleh rehat-rehat, mandi. Rasa lega gila bila boleh tanggalkan semua baju and mekap. Hahaha. Elok lepas asar, kitorang gerak pergi photoshoot plak. Awal tu planned nak pergi Gunung Jerai. Kat atas tu lawa gila, tapi cancel sebab dah lewat. Last-last gerak pergi KTM Pendang. 

Kat sini pun satu cerita gak. Elok sampai je, ada pasangan pengantin ni panggil aku. Aku dah la tak pakai spek. Memang tak nampak la kalau jauh-jauh tu. Lepas tu tengok bayang sipi-sipi pun aku still tak kenal. Kesian gila kat sapa yang panggil tu. Dia siap lambai-lambai lagi. Aku try nak ingat, tapi serious tak kenal. Balik tu baru aku tau bila dia tegur kat instagram. Follower rupanya. Haha




Tu la yang namakan buddies tu. Bridesmaid lain awal lagi dah balik. Diorang ni plak stay dengan aku sampai maghrib. Thank you korang ! Tira tu orang Bangi. Dia sampai Kedah sehari sebelum majlis. Lepas majlis ni dia terus balik Bangi. Aimi plak kerja kat Subang. Dia pun sama, sehari lepas kenduri terus balik Subang. Diorang datang kedah semata-mata nak teman pengantin je.  



Kenduri dah habis. Balik photoshoot tu pengantin makan macam bela saka. Lapar gila wei. Malam ni tidur dengan suami dah. Tapi bukan kat rumah sendiri. Kat rumah hubby. Rindunya kat katil sendiri....