Tuesday, March 28, 2017

Honeymoon 2 : Melaka (day 2)

Assalamualaikum

Berjalan kat Melaka ni banyak yang tak payah keluarkan duit. Kalau kena bayar pun tak mahal. Apa yang tak payah keluarkan duit tu, one of them is parking. Satu lagi ni haa, kota A Famosa.


Kota A Famosa ni last aku pernah datang masa rombongan sekolah rendah dulu. Masa tu tak sure hubby ada ikut rombongan tu skali ke tak. Yelah, sekolah sama, tapi time tu aku jadi crush hubby je. Hehe.


Dari pintu gerbang yang ada meriam tadi tu, kena panjat tangga plak untuk naik atas ni. Kat atas ni ada makam. Makam sapa aku pun tatau. Aku naik sini sebab nak bergambar je, bukan nak hayati sejarah. Sejarah aku dulu tak pernah dapat A. paling tinggi pun D. Padahal aku sekolah asrama penuh. Lepas tu kena masuk kelas tambahan. Nasib baik SPM A.


Bangunan lama serious cantik. Nanti nak buat rumah, aku nak buat ala-ala sekeping retreats. Cenggini haa 👍👍👍

Dari atas sini, kalau turun tangga belakang (bukan dari gerbang tadi) akan tembus kat balai polis. Betul-betul depan kereta aku. Aku pun tak tau kata aku parking kat pintu apa. Noob

Then, kitorang jalan pergi tengok art wall. Sepanjang sungai Melaka tu, ada la lukisan-lukisan cantik kat dinding kedai/hotel. Serious menarik.



Nak jalan kat sini tak boleh jadi puteri lilin ye sebab memang panas gila sebab dekat dengan laut and jalan dia panjang gila. Lagi lama berjalan lagi banyak art yang kitorang jumpa.

Habis dekat sini, kitorang pergi tempat viral. Dekat The Shore ada Sky Tower. Nak cari The Shore ni waze je. Dia dekat je dengan Sungai Melaka dan dia adalah mall. Nak ke Sky Tower, naik je eskelator ke medan selera. Then naik lif tepi medan selera tu direct ke Sky Tower. Nak masuk kena bayar. Harga tiket : RM 25/pax.


Kalau tak gayat, sila datang.


Aku nak ambil gambar ni, ketar lutut tau.


Dah sampai kat atas, menyesal sesangat. First, the view tak la secantik mana. Second, panasnya ya ampun. Azab gila. Third, nak bergambar tak boleh pandang atas sebab silau. Forth, sini tak ada apa pun. Bazir je RM 25. Tapi, at least bucket list aku dah fulfilled.

Rasanya ni je lah apa aku buat kat Melaka. Banyak lagi yang tak pergi. Next time aku datang lagi.

The end

Honeymoon 2 : Melaka (day 1)

Assalamualaikum

Our second honeymoon, kitorang pergi Melaka. Tapi, its not really a honeymoon la sebab my thesis untuk master ni, i have to collect honey in every states along west coast of peninsular Malaysia. Makanya hari-hari honeymoon la. Sebulan honeymoon. Hahaha. 

Kat Melaka ni kitorang tak sempat pun nak pergi semua tempat yang 'famous'. Sempat pergi mana sempat je sebab nama pun honeymoon ambil kesempatan. BTW, thesis aku takda geran. Ni bukan sesi ketedarah duit kerajaan. Thesis aku duit poket sendiri including duit sampling, minyak, tol, hotel, makan, semua lah. Pokai mama aku. Hehe.

Dekat Melaka ni, dalam banyak-banyak tempat, Mini asean ni la aku tak pernah masuk. Tak tau pun apa ada kat dalam. Harga tiket : RM10/pax.



Dalam ni ada contoh rumah untuk setiap negeri termasuk sabah and sarawak. Bagi aku dah masuk sekali, ok la. Kalau orang minat seni, maybe suka la kot tempat macam ni. Tapi, at least aku dah pernah datang.

BTW, kitorang datang sini lepas habis sampling dekat Giant B, Ayer Keroh. One of the top honey company kat Malaysia. Ingatkan bila company besar ni procedure dia susah sikit la. Rupanya seriously tak. Bos dia chinese and sangat baik. I got my madu kelulut a.k.a Trigona honey for free. Sebotol penuh plak tu. Freshly harvest from farm. Memang terbaik lah. Nak berjaya, jangan kedekut sebab orang akan tolong doakan kejayaan korang. Tak macam sesetengah orang tu, nak maduk sikit pun kedekut. I know madu kelulut memang mahal and tak berbaloi pun bagi free kat student macam aku. Fine.

Back to my honeymoon (spoil betul cerita pasal madu), aku tak ingat check in kat mana, hotel tu tak best pun, so tak payah cerita. Lepas check in and refresh balik, petang tu kitorang pergi lepak tepi Sungai Melaka. A must place untuk tourist.


Datang sini sebab sini ada everything. Ada art wall, ada cruise, ada muzium kapal, ada menara taming sari, semua lah. And kalau nak senang parking macam kitorang, kitorang parking depan balai polis. 


Naik cruise ni, better dalam waktu senja. You'll get both views. Ada view siang and malam, plus senja. Harga tiket : RM15/dewasa. Akan dapat tiket and makanan. Wah, foods. Ada air kotak, biskut. Seronok kan. Dulu datang takda pun benda ni.


Honeymoon, kissing depan public pun you rasa halal je. Eh, pipi je boleh kot. Haha.


Supposed kalau datang Melaka kena la naik beca kan. Tapi serik dah naik kat Penang dulu. 1 round kena RM 50


Jonker Walk ni pun a must la kalau datang Melaka. Tak beli apa pun kat sini. Nak beli makanan pun tak boleh sebab yang berniaga semua chinese. Tapi hubby ada beli 1 barang. Kayu urut RM 15. Haha.


Penutup malam, disebabkan hotel kitorang kat area-area sini je, kitorang stop makan kat Pantai Klebang. Uniknya kat sini, boleh makan dalam bas lama. Harga sama macam gerai luar, tak mahal pun.

Bersambung..

Monday, March 27, 2017

Honeymoon 4 : Singapore (day 3)

I need a lot of good mood to write this. Not for public view, sebab tau i'm not famous. But for my reference di hari tua. Bear in mind, we cannot remember everything. We need notes, diaries. Someday we'll gonna die, i hope my family will miss me.

Day 3, hari ni kitorang check out and ready to see Malaysia again. But before that, apa kata kita tengok Singapore dulu dari pandangan tourist. We start our day by going to Clarke Quay. Sini selalunya hidup waktu malam je sebab sini ada banyak sangat pub and bar. So waktu siang dia macam bunyi gagak sikit. 


The person i love the most. I married him. Hehe



Tourist sejati akan tarik beg luggage ke mana-mana. Including pergi toilet.


And if you come here, akan ada pak cik jual ais krim. Baik orangnya, pandai cakap melayu and rasanya from Malaysia. Dia la banyak bagi nasihat about Singapore. Datang sini jangan buang sampah out of bin, nanti kena denda, koyak poket. Hihi. Baik guna duit tu untuk beli ais krim pak cik ni. $2 je.

Next, kitorang pergi Esplanade. Bagi aku sini paling best lepak lepas penat berjalan. Sebab free wifi and wifi dia superb. Laju gila. Bila dah dapat wifi, memasing pun tak nak gerak la. Upload dulu apa yang duk pendam dari tadi.


FYI, wifi sini tak kedekut macam kat Malaysia. Dah la laju, tak payah password plak.


Gloomy day menandakan nak hujan. Selamat pakai jaket and gaun hitam, kuyup pun tak nampak body. Padahal masa nak keluar tadi, hubby duk perli-perli kata panas la apa la. See.. He should praise me sebab jaga aurat. Haha


I can see my world again 😆 (should i say chia chia chia ?) Haha


Remember, spare chocolate for me. In case if i get hungry. Cause hungry wife can turn to gorilla in no time.



Sesaat sebelum hujan


Ada orang tertinggal beg kat belakang. Striking pink gitu.


Bas kitorang pukul 11 malam. So boleh berjalan lagi la selagi kaki masih di badan. Hehe. Next stop kitorang datang Marina Bay Sand. Second last place untuk malam ni. Masa ni hujan renyai-renyai. Aku ada bawa payung, tapi ada diluar gambar. Payung tak cantik untuk duduk sekali.


Last place, Gardens by the Bay. Next time kalau aku datang Singapore, aku nak datang sini siang sebab malam tutup.


Honeymoon kali ni even banyak kali bercanggah pendapat sebab thats what backpackers always do, kitorang tetap love each other. Buktinya, sebulan lepas honeymoon ni i got pregnant. Wakakakk

The end

Honeymoon 4 : Singapore (day 2)

Assalamualaikum

Blogging is very tiring la. It takes about one year to finish up this entry. Adoi ! Hari kedua ni kitorang pergi botanic garden. Memula tu cadangnya nak pergi sana naik open bus city tour, tapi tak jadi sebab kejar masa. Kalau naik bas tu kan nanti nak kena ikut jadual bas and then dia ada banyak pit stop. Rasa macam naik KTM plak, banyak pit stop. Boringnya, nanti perjalanan sejam jadi 4 jam.


Dekat Botanic Garden ni ramai mat salleh lepak-lepak tengok swan, ambil gambar. Yang betul-betul gunakan tempat ni utk beriadah berapa kerat je sebab lagi banyak tourist dari local people.


Like the other typical tourist, setiap ceruk tempat pun kitorang nak bergambar. Even dekat depan car park.

Tak larat nak habiskan garden ni sebab luas sangat, kitorang gerak ke Bugis Street. Kat sini ada banyak cenderahati and peniaga kat sini pandai cakap melayu. Hehe. So kalau nak acah-acah jadi anak melayu sejati, sini boleh la nak cakap melayu. Dulu aku datang sini aku beli baju. Tapi baju tu pakai 3,4 kali je terus sedekah kat orang sebab baju tu terlalu 'teenager' untuk mak anak satu. Wakakakk


Hari ni first time kitorang makan kat Restoren Zam Zam. Sini famous dengan mertabak gedabak dia. Harga tak mahal pun. Kalau convert ke MYR, lebih kurang je nilainya. Aku kat sini aku makan beriani ayam. Hubby makan beriani kambing. Rasa dia memang terbaik. Mertabak dia pun sedap kat anak tekak. Ok la..


Don't forget, nasi dia pun banyak. Kenyang sampai malam. Hehe

Lepas makan, kitorang jalan kaki seberang jalan tu je, sampai la Masjid Sultan. Dalam masjid ni, even semua muka melayu, diorang speaking ok. Cakap melayu pun dia balas speaking. Then, kalau untuk ladies, toilet and tempat wuduk kat luar. Tempat solat kat atas. Dari tempat solat perempuan, boleh nampak terus ke laluan dalam gambar bawah ni 👇


Solat dah jamak, next kitorang pergi Sentosa Island. Kelmarin dah pergi sebab masuk USS. Hari ni pergi lagi sebab nak tengok beach show. Bagi aku Song of the Sea lagi best dari Wings of Time. Serious..


Show ada 2 kali sehari. Pukul 7.40 malam dengan 8.40 malam. Kitorang ambil pukul 8.40 malam. Memang menyesal sangat-sangat sebab kematu kaki dah ni asyik berjalan sana sini. Kitorang sampai sini terlebih awal. Tak tau nak buat apa, bergambar je la dari penjuru sana ke penjuru sini.


Skyline ride. Harga tiket : $11/person one way. Sekejap je naik ni. View dia cantik, nampak laut, tapi bila bergambar, nampak hutan sebab laut di depan. Haha.



Walking by the beach won't cost you.


Aku tak tau aku ada kat bangunan mana, tapi sini memang tak ramai orang. Just like 3 to 4 people je. Tapi scenery kat atas sini memang cantik, plus angin kuat gila and tetiba aku kena acrophobia. Ah, and i can see inai masih merah di kaki plus kasut hubby tu dah lama hilang. Frust betul. Thats a gift from me. Baru pakai brapa kali je. Cilaka pencuri kasut !


I can see my world from here. That is YOU. Chia chia chia. Hahaha


At my lips please. Haha



Trust me, hubby masih larat dukung aku even dah beranak satu 😜





Couple hours before the show. Dah sakit kaki. Ah, please.


Finally ! Harga tiket : $18. Even bukan seat premium, tapi masih boleh nampak the whole things and dapat duduk paling depan. Maka balik pun paling awal lah.

Bersambung..


Thursday, January 12, 2017

Anak pertama : posterior placenta previa type 4

Assalamualaikum

Sebelum aku habiskan cerita honeymoon, aku nak cerita tentang pengalaman bersalin aku. Maybe boleh jadi rujukan untuk orang yang senasib dengan aku.

I was diagnosed to have placenta previa type 3. Memula tu boleh detect masa aku pergi scan jantina baby dekat Klinik Ajwa, Shah Alam. Itu masa aku dah 26 minggu mengandung. Masa scan tu, dia nampak uri aku still kat bawah, then dia suruh aku refer klinik yang aku pergi check up selalu tu. Aku scan untuk kali kedua, then memang betul aku placenta previa (pp) type 3. Then dia refer aku ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Dipendekkan cerita, lepas aku scan kali kedua tu, aku balik kampung dekat Kedah untuk berurut. Padahal memang doktor tak bagi sentuh lansung area perut tu, tapi aku pergi jugak. Orang kata try ikhtiar cari air penawar. So aku pun pergi la jumpa sorang bidan ni dekat Gunung Keriang, Kedah. 

Balik dari Kedah, aku pergi appointment kat O&G HTAR. Aku scan 2 kali, selang 2 minggu tiap satu, dedua kali tu doktor detect aku pp type 1. Maknanya uri aku dah naik. So doktor decided nak scan sekali lagi je. Ini last kalau betul uri aku dah naik. BUT, the nightmare started at the last scan appointment. Memula tu 2 orang doktor scan aku. Itu pun scan kat atas perut. Then diorang tak sure samada aku type 2 or type 3, then dia panggil lagi seorang doktor. Doktor ni scan dari bawah, dia kata aku type 3. Sekali lagi diorang nak make sure betul-betul, diorang panggil pakar, Dr. Chan. Aku ingat lagi nama dia. Dr. Chan kata aku pp type 3, then dia terus tahan aku masuk wad hari tu jugak. What ??!! Aku ada lagi sebulan sebelum due date, dia dah tahan aku. Tapi tak sampai sebulan pun aku akan kena ceaser. Dia set date dengan bilik bedah time tu jugak. Perasaan masa tu Allah je yang tau. Dah la aku pergi check up ni pun sorang-sorang sebab hubby kerja.

Aku cakap kat doktor, aku nak balik dulu ambil barang. Masa tu memang menangis dah sampai doktor kena pujuk. Takut and terkejut punya pasai. Aku balik pergi kereta sambil mata berair, sampai kereta terus banjir.



Ini scan dari Dr. Chan. Dia sahkan aku ada pp type 3 and yes betul, tajuk aku cakap aku pp type 4. Itu tunggu hujung nanti punya cerita.

Pagi tu aku balik rumah, aku call mama and bagitau husband suruh balik kerja awal. Malam tu aku masuk wad. Hye new life...

Dipendekkan cerita, life dekat wad memang bosan gila-gila. I did same routine everyday. Aku dah boleh hafal dah bila lampu wad akan padam, bila nurse akan datang check, pukul berapa lunch akan sampai, bila doktor akan datang pusing. Itu cerita boring. Tiap hari aku ada pelawat. Abang, kak ipar and suami aku datang gilir-gilir. Aku beruntung sangat sebab ada family yang baik macam ni. Abang aku busy dengan PHD dia, pun still datang melawat aku. Hubby aku plak lepas balik kerja pukul 5.30 petang, terus datang dekat aku. Wad buka sampai 7 malam.



Kalau dulu masa tak masuk wad, takda plak nak sakit-sakit. Tapi bila dah masuk wad, asyik rasa contraction je. Yang geramnya, bila nurse datang nak count je, terus tak sakit pulak. Perut tetiba tak nak mengeras. Padahal tadi mengeras sakan. Tapi ada la 3,4 kali jugak nurse dapat detect aku contraction, bila test CTG pun ada reading, terus diorang cucuk tangan aku dengan branula.


First time diorang detect aku ada contraction tapi tak tetap, diorang tidurkan aku dengan pain killer. Ubat tu dia cucuk kat bontot. Sakit dia memang mengetit. Sampai sekarang aku ingat lagi rasa bisa ubat tu. Lepas kena cucuk tu terus mata jadi blank, kepala jadi berat, rasa nak muntah, nak pengsan semua ada, then zzz. 24 hours kesan dia. Qodo la kau sembahyang kau untuk sepanjang hari tu. Jangan harap la boleh bangun.

Kali kedua aku detected ada contraction, diorang nak cucuk ubat yang sama. Semua orang takut aku terberanak tengah malam sebab tak ada doktor pakar malam-malam. Sebab bagi kes aku, doktor biasa tak boleh handle. Tapi kali kedua ni aku cakap kat diorang, aku tak nak ambil ubat tu. Puas diorang pujuk pun aku kata aku tak nak. Kali ketiga pun sama. Tiap kali aku ada contraction, aku kena pindah katil and cucuk branula. Masuk air, pastu kena puasa. Letih la 😭 Tangan aku ni sampai dah takda tempat dah nak cucuk branula. Habis urat aku lebam-lebam.



Kalau pasang ni, aku akan request tangan kiri sebab tangan kanan nak main fon 😝 Tapi hari bersalin tu, diorang pasangkan dedua belah tangan. Sebelah untuk air, sebelah lagi antibiotik (dalam dewan bedah)

Aku sepatutnya bersalin 4/11/16. Itu tarikh yang doktor pakar bagi. Tapi beberapa hari sebelum aku nak bersalin, aku bleeding. Dulu semua kecoh sebab aku contraction, padahal itu braxtons hicks ja. Kali ni semua kecoh sebab aku bleeding. Aku pun nervous gila time bleeding tu. Aku perasan darah keluar masa aku nak pergi toilet pukul 3 pagi. Masa tu tumpah darah almost 1 penti liner. Tapi darah stop by noon. So kes aku tak serious sebab darah tak banyak and berkurang time to time, and stop terus.

Tapi on 2/11/16, aku bleeding sekali lagi pukul 3 pagi and this time darah penuh 1 pad, and keep bleeding sampai pukul 7. Kali ni memang kecoh dah wad sebab aku. Haha. Semua orang dah standby nak bedah aku haritu jugak. Memula tu aku tak percaya tapi aku start percaya bila nurse suruh salin baju and tak bagi aku turun katil, even nak pergi toilet. 



Sebelum sempat diorang nak masukkan tiub beg kencing kat pundi kencing aku, aku dah tak tahan sangat-sangat nak kencing. So nurse la tolong tadah kencing aku atas katil and basuh kencing aku dengan darah-darah tu sekali. Memang segan and terharu sangat la dengan orang yang nama nurse ni. Aku duduk wad 2 minggu, macam-macam aku nampak. Diorang tak pernah rehat, even makan pun aku tak tau bila diorang makan. FYI, katil aku betul-betul tepi kaunter.  

Lepas pasang tiub beg kencing, baju pun dah salin, diorang bawa aku pergi scan. Bukan pergi dengan jalan kaki, tapi duduk atas kerusi roda. Aku dah tumpah darah, so memang aku diharamkan terus untuk bergerak. Scan kali ni dibuat sendiri oleh doktor pakar yang nak lapah aku japgi. Dia scan sambil cerita risiko apa aku dapat, lepas tu dia tengok aku pelik. Dia kata aku pp type 4, kenapa diorang tulis aku type 3. Dia kata dia kena make sure betul-betul sebab takut silap belah 😅 Aku rasa uri aku ni kalau biar lama lagi, dia sendiri yang keluar dulu. Sebab makin menurun.

Lepas scan, aku just tunggu masa jela. Memula janji pukul 8 pagi nak tolak masuk labour room, tapi dewan bedah penuh. aku tunggu sampai pukul 10. Hubby sampai masa aku hampir kena tolak. Bila dewan bedah call je, terus diorang tolak aku. Perasaan masa tu Allah je yang tau. Disebabkan risiko aku besar, orang lain diorang prepare 2 packs darah je. Aku diorang sediakan 4 packs.



Aku masuk labour room pukul 10 pagi. Sebelum hantar ke bilik bedah, ramai orang yang nak lapah aku datang dengan bawa borang, ada datang untuk check jantung baby. Aku rasa aku keluar lambat dari bilik ni pun sebab masa nak dengar jantung baby tu dah makan dekat 20 minit. Dah merata perut dah diorang letak alat tu, tapi jantung baby tak dengar. Masa sekali dua tu cari tak dengar tu aku ok lagi. Tapi kalau sampai tukar 2,3 orang tu aku panik gila la. Padahal masa sebelum lintas pintu bilik bedah ni aku punya takut sampai rasa tak nak beranak. Nak biar je Iman duduk dalam perut sampai bila-bila. Tapi once jantung baby tak dengar, aku nak je diorang lapah aku cepat-cepat. Nak tengok baby. Tapi alhamdullah la, last-last dengar jugak bunyi jantung Iman.

Dalam bilik bedah, paling aku tak boleh lupa masa kena cucuk epidural. 7 kali jarum keluar masuk dari tulang belakang aku. Rasa sengal, lenguh, sakit semua ada. Before cucuk epidural, kulit belakang ni dah kena bius dah untuk kebas. So yang sakit tu bukan sakit kulit, tapi sakit kat tulang. Once ruang tulang tu dah jumpa, diorang masukkan macam dawai halus tu kat dalam jarum tadi, then ubat yang melumpuhkan separuh badan pun masuk.

Masa bedah memang atku tak rasa sakit papa, tapi rasa pressure sebab diorang tekan-tekan perut aku, koyak-koyak. Aduh. Pastu masa diorang pasangkan oksigen kat aku, aku terus rasa pening. Aku minta tanggalkan, nasib baik aku tak lemas sebab kurang oksigen ke apa. 


Alhamdulillah, jam 11.10 pagi, lahir la putera kesayangan aku. Perasaan masa doktor umumkan anak aku dah selamat keluar tu sampai sekarang aku tak lupa. Bunyi nangis pertama dia tu buat air mata aku terus jatuh. Nikmat tu tak boleh nak gambarkan macam mana. Masa diorang bagi iman kat aku suruh aku cium tu, aku rasa syukur sangat. Rasa macam nak terjun dari katil bedah tu, nak pergi dukung anak. Tapi diorang jahit punya la lama. Pukul 1 petang baru aku keluar dewan.

Cerita pasai pp type 3/4 ni, risiko untuk tumpah darah sangat la besar. Kalau doktor dapat detect kau ada pp type 3/4 ni masa kau 6 bulan bersalin, masa tu jugak la kau akan kena tahan wad sampai la hari bersalin. Kau akan kena bed rest. Aku bernasib baik sebab masa 2 kali appoinment awal tu aku just pp type 1. Lagi, orang yang ada pp type 3/4 ni, tak boleh bersalin lebih dari 40 minggu 2 hari. Aku bersalin masa tepat-tepat 40 minggu mengandung. Alhamdulillah. Banyak risiko placenta previa ni. Boleh la google kalau nak tau. Tapi trust me, aku memang takut tahap nak mati dah sepanjang kat wad tu, tapi rancangan Allah sebaik-baik perancangan. Allah know best.

So, ini pengalaman aku lahirkan Muhammad Yusuf Iman bin Annuar, dengan berat 2.68 kg. My baby boy, my bodyguard, my nyawa, I love you 💋