Tuesday, March 28, 2017

Honeymoon 2 : Melaka (day 2)

Assalamualaikum

Berjalan kat Melaka ni banyak yang tak payah keluarkan duit. Kalau kena bayar pun tak mahal. Apa yang tak payah keluarkan duit tu, one of them is parking. Satu lagi ni haa, kota A Famosa.


Kota A Famosa ni last aku pernah datang masa rombongan sekolah rendah dulu. Masa tu tak sure hubby ada ikut rombongan tu skali ke tak. Yelah, sekolah sama, tapi time tu aku jadi crush hubby je. Hehe.


Dari pintu gerbang yang ada meriam tadi tu, kena panjat tangga plak untuk naik atas ni. Kat atas ni ada makam. Makam sapa aku pun tatau. Aku naik sini sebab nak bergambar je, bukan nak hayati sejarah. Sejarah aku dulu tak pernah dapat A. paling tinggi pun D. Padahal aku sekolah asrama penuh. Lepas tu kena masuk kelas tambahan. Nasib baik SPM A.


Bangunan lama serious cantik. Nanti nak buat rumah, aku nak buat ala-ala sekeping retreats. Cenggini haa 👍👍👍

Dari atas sini, kalau turun tangga belakang (bukan dari gerbang tadi) akan tembus kat balai polis. Betul-betul depan kereta aku. Aku pun tak tau kata aku parking kat pintu apa. Noob

Then, kitorang jalan pergi tengok art wall. Sepanjang sungai Melaka tu, ada la lukisan-lukisan cantik kat dinding kedai/hotel. Serious menarik.



Nak jalan kat sini tak boleh jadi puteri lilin ye sebab memang panas gila sebab dekat dengan laut and jalan dia panjang gila. Lagi lama berjalan lagi banyak art yang kitorang jumpa.

Habis dekat sini, kitorang pergi tempat viral. Dekat The Shore ada Sky Tower. Nak cari The Shore ni waze je. Dia dekat je dengan Sungai Melaka dan dia adalah mall. Nak ke Sky Tower, naik je eskelator ke medan selera. Then naik lif tepi medan selera tu direct ke Sky Tower. Nak masuk kena bayar. Harga tiket : RM 25/pax.


Kalau tak gayat, sila datang.


Aku nak ambil gambar ni, ketar lutut tau.


Dah sampai kat atas, menyesal sesangat. First, the view tak la secantik mana. Second, panasnya ya ampun. Azab gila. Third, nak bergambar tak boleh pandang atas sebab silau. Forth, sini tak ada apa pun. Bazir je RM 25. Tapi, at least bucket list aku dah fulfilled.

Rasanya ni je lah apa aku buat kat Melaka. Banyak lagi yang tak pergi. Next time aku datang lagi.

The end

No comments: