Saturday, February 5, 2011

fitness shopping

Hari ni cek nak promote lagi. Bukan nak promote wayang, tapi fitness stuff. Tetiba macam terlebih semangat plak. Hmm

Keluar kali ni Ashraf yang drive. Memang selalunya Ashraf yang drive pun. Huhu. Dah sebab 7 orang nak eskot kali ni, so dia bawa Estima. Nak jual dah pun Estima tu.

Fisrt, kitorang mesti belasah wayang dulu. Mula-mula diorang kata nak tengok Green Hornet. Tapi cerita ni boleh download dekat Syok.Org. So pas bincang cincai-cincai, semua pakat green light nak tengok Yogi Bear.





Cerita ni quite funny la. Tapi ada part, dia macam buat lawak bodoh macam tu. Tapi dah sebab aku baik, aku pun tolong ah gelak kesian. At least, berbunyi jugak la panggung tu.

Lepas habis cerita ni, kitorang pun mula ah fitness hunter. Cari cd + yoga mat and dumbell.

Tada !!







Semua gambar ni aku captured sendiri eh. Bukan gambar ehsan pak cik Google. Please la paham - -"

.

Friday, February 4, 2011

famosa d' red indian

Trip kitorang start pukul 11 pagi lebih dah. Kitorang bertolak lambat sebab semua pakat penat. Tambah-tambah Afiq. Orang dah siap mencekik, dia baru nak bangun. Nasib siap laju. Mandi ke tak, tu aku tak nak ambik tau.

Kitorang sampai dekat pagar A Famosa dalam pukul 1.25 petang macam tu. Tapi kitorang tak masuk lagi. Kitorang lajak pergi cari masjid dulu. Kitorang memang baik =.=" nak lagi baik, dah sebab perjalanan kitorang tak cukup 90 km, so kitorang tak boleh jamak and qasar. Tapi dah sebab aku, mama, kak an and hanis memang manusia spesis baik, so bila geng laki dah balik dari solat jumaat ja, kitorang terus ajak abah ronda bagi cukup 90km. Best. Best. Perempuan jela yang jamak. Laki nanti solat asar lain eh.

Dah. Dah. Introduction tak best lansung.

***************************

Sampai ja dekat A Famosa part safari tu, benda first yang abah buat >> bawa keluar duit. Abang Izul plak, beratur. Perkara biasa dah. Tiket for dewasa RM48, children RM38.

Then, kitorang laju je pergi dia punya cafeteria. Makanan dekat sini FREE sebab termasuk harga tiket tadi. Makanan boleh dibungkus. Menu, korang nak hot plate pun ada.

Sambung balik yang pasai baik tadi. Dah sebab kitorang baik, so abah push aku adik beradik and cousin-cousin aku [ excluding Abang Izul. Sebab dia jahat. Haha ] pergi tengok multi animal show dulu. Takut terlepas la konon.





Lepas animal show tu, penonton boleh turun bawah, pergi dekat pentas and sentuh semua binatang yang ada. Yang paling menarik

.
.
.





Muka macam minta lempang. Haha. Tapi seronok weyh dukung meow tu. Lembek nak mampus. Bulu dia jangan cerita la. Macam pakai Rejoice.

Lepas animal show ni, kitorang pergi bird show plak. Stage depan-depan ja. Bird show ni kitorang tengok tak habis sebab nak beratur untuk naik trak plak. Semua aktiviti dekat dalam ni stop pukul 5 petang. So memang kena rush gila. GILA.






Konsep safari ni, haiwan bebas. Manusia kena kurung. Dah sebab kami manusia BAIK. Biasa la.





Ini video untuk binatang awal-awal. Dekat belakang sana ada lagi harimau, singa, beruang, buaya, rubah etc etc. Penat dah aih nak upload semua. Dah la aku cakap merapu...

Lepas habis tu, kitorang pergi chicken farm. Dalam tu ada rabbit ! :)




Then, jalan-jalan lagi sampai cafe. Tapi cafe dah tutup la. Time ni pun dah pukul 5 lebih dah. Kitorang makan-makan dulu dekat situ. Semua makanan pagi tadi dah habis hadam dah. Biasa la, manusia baik la katakan. Masa kitorang tengah makan, tetiba fon mama bunyi. Oh, rupanya abang wan call. Dia cakap, dia dah naik bot pergi monkey island. Last trip punya bot. Cet ! Biasa la, abang memang jahat. Kami ja baik. So, kami sambung la makan balik - -'


 


Boleh sentuh ja. Nak bawa balik, tak muat beg. Baik la katakan. Bawa pun, beg 'kecik' ja.





Habis bergedik dekat safari, kitorang naik kereta and turun kereta balik dekat part cowboy. Harga tiket dewasa RM45, children RM35. Yang ni tak termasuk makanan.

Masuk-masuk dekat pagar kawasan cowboy ni ja, semua orang kena pakai topi koboi. Then, take picture. Lepas tu dia ambik balik la topi koboi tu. Kedekut ! Huh. Nasib kami spesis baik. Haha. Tak habis-habis duk ulang.





Masa ni baru pukul 6 lebih kalau tak silap. Red Indian show pukul 8.30 malam. So, untuk tambah kebaikan, abah bawa kitorang masuk tempat ni.




Benda first yang kitorang main, boling. Malas cerita banyak dah sebab cek kalah. Aku kan budak baik. Memang tak suka bagi orang lain bersedih-bersedih ni. Hehe. Lepas tu main apa ntah yang macam futbol tu. Abah + Kak An + aku vs Abang Izul. Kami kan geng baik. Biasa la. Result = 3-0. Biasa la, budak baik selalu memang. Haha.





Then, abah rembat snooker plak. Afiq yang ajar.


 


Ops ! Gambar di bawah sensetif okay. Budak jahat gelak dekat budak baik. Aipp ! Puk kang !!




 DAH 8.30 DAH. Red Indian time.


*****************************

Video yang aku ambik dekat sini memang banyak. Tapi aku malas nak upload semua. Tengok jela yang mana ada.





P/S : kedudukan 2 video ni senget la. Sori sori.

************************************

Lepas red indian show tu, diorang bawa masuk ular and gajah. Ular ni tuan dia lilit dekat leher kitorang. Lepas tu ada la sorang mamat datang ambil gambar. Tapi nak kutip gambar tu nanti kena bayar. Malas aih nak pi kutip.




Patutnya seat aku kat line num.2. Tapi dah sebab yang duduk depan ni semua pakat lari pi belakang, so budak baik ni ambik kesempatan kejap la. Baik la katakan. Huhu.

Part gajah plak, kitorang beli tebu. 1 peket RM10. Kitorang beli 2 peket. Lepas tu, boleh sumbat mulut gajah. Gajah tu pandai, lepas dia ambil tebu, dia tunduk sambul buat bunyi. Macam kata 'thanks' la lebih kurang. Tetiba rasa macam nak bela sekor.


 



Lepas-lepas ni ada banyak lagi show. Ada cowboy dancing, then bla bla bla. Last show, bunga api. Yang ni yang paling best malam ni. Bagi aku la. Sebab boleh jerit-jerit macam zaman belas-belas dulu. Sekarang dah 20 dah. Huhu. Gelak pun dah kena cover dah.




End of show. Tata


.

Thursday, February 3, 2011

kanak-kanak gila di Melaka

Trip hari ni penuh dengan budak-budak sawan kamera. Pantang nampak kamera tu naik sikit, mesti lari-lari pergi dekat depan kamera tu. Tapi aku tak la. Aku kan BUDAK BAIK. Cet ! Ni baru takat kamera biasa ja. Kalau ada DSLR aku tak tau ah.

Kali ni abah bawa kitorang pergi Melaka. Kitorang bertolak pukul 9 pagi lebih. First, abah singgah Zoo Melaka dulu. Orang ramai nak mampus. Kereta jangan cakap la. Tempat parking memang full. Masa kitorang masuk pintu gerbang zoo tu, orang yang jaga parking tu tiba-tiba letak kon oren dekat belakang kereta kitorang. Thats mean, parking dah full la kan. So orang belakang dah tak boleh masuk. Mula-mula tu kitorang gelak-gelak ah sebab kitorang kira terlepas. Pulun gelak. Tengok-tengok orang yang jaga parking tu suruh kitorang parking kat luar sebab parking full. Cilaka. Buang masa je kitorang gelak tadi. Huhu.

Harga tiket dewasa RM7. Children RM3.




Redup ja dekat zoo ni. Hah, kitorang pakat naik kuda dekat sini. RM3 sorang untuk dewasa. Budak-budak RM1 kalau aku tak silap.





Lepas zoo, abah bawa kitorang pergi solat dulu. Nak cari masjid negeri ni pun pulun sesat. Padahal GPS ada je. GPS tu la sesatkan kitorang. Huhu. Masjid negeri Melaka memang luas gila. Yang tu dah bagus dah. Tapi yang tak bagus tu, LELAKI PEREMPUAN solat kat tempat yang SAMA. DAMN !! Aku sedar dari sembahyang ja, tengok-tengok ada laki kat belakang. Cilaka banyak-banyak. Dia bukan sembahyang pun. Landing je lebih. Dah tu, yang aku buka telekung tadi tu, kira dia cuci mata banyak-banyak la. Bagi makan kasut kang !

Lepas buang pahala dengan kutuk orang kat masjid tadi, abah bawa kitorang pergi makan. Then lepak-lepak dekat tengah town tu ja.

Mula-mula kitorang naik River Cruise. Best la jugak. Tapi kalau malam lagi cun kot.







Then kitorang minum-minum kat dataran kapal tu.







Jum naik kapal.

Nak masuk dalam muzium kapal ni kena buang kasut. Dia ada bagi plastik time korang bayar tiket masuk.







Masa kitorang keluar dari muzium tu, hari dah senja dah. Scenery memang cun ah. Tambah-tambah nampak laut.






Then, pergi naik Menara Taming Sari plak. Semuanya dekat-dekat sini ja. Park kereta dekat 1 tempat, then jalan kaki ja untuk pergi semua tempat.





Dari atas ni, korang boleh nampak the whole Melaka. Cantik ! And sebab hari ni Chinese New Year, so kitorang boleh nampak bunga api.




Habis enjoy, kitorang patah balik pergi masjid negeri. Solat plus makan + sawan kejap.





Last destination, bangunan majlis bandaran. Patutnya kitorang dah ODW balik dah. Tapi sebab nampak tempat ni cantik sangat untuk ambik gambar, so abah park kereta on the spot. Laju je. Hehe.







Dah habis dah. Ok, jum balik


.

Wednesday, February 2, 2011

kajang punya satey

Hari ni meh nak dukung korang pergi Kajang. Kita habiskan semua satey.. eh ? tak tak. Perut cek tak muat.

Family aku and ayah cu je yang involve hari ni. Tak ramai pun. Ni bukan hari keluarga okay ! Huhu. Masa mula-mula sampai tu muka semua orang macam ni

.


.


.




Semua muka lapar. Aumm ! Hak hak.


 
Sementara nak tunggu satey tu, kitorang borak cincai-cincai je. Sebut pasai esok. MELAKA, we're coming. Yeah !

Then, satey pun sampai.





Kitorang order satay lembu, rusa, kambing and ayam. Tapi paling sikit, satey ayam la. Semua pakat elergik. Huhu. Konsep kat sini, pay on time. Haha. Aku punya suka suki ja nak kata. Order dan bayar. Hari ni punya makan, kredit to ayah cu la. Dia bayar semua. Wewitt ! RM200 lebih weyh kitorang telan malam ni. Lahap pe ntah. Perut tong semua.

Okeh, don't cakap banyak la. Jum makan




Lepas makan-makan, ni je hasil aku

.
.
.




6 + 1 batang lidi. Bravo.. Bravo ! Buncit sudah.

Then before balik rumah tu, ayah cu bawa kitorang pusing Putrajaya. Walaupun atok dengan tak relanya nak ikut. Huhu. Tak boleh nak kata apa la walaupun atok macam halang kitorang nak have fun kejap. Atok dah tua. Dah tak larat nak makan angin dah.


 


Nak tau apa yang ayah cu captured ?

.
.
.

Yang ni..




Okeh, silakan golongan big big bos plak. Huhu. Abah kata boleh letak dekat facebook. Apakah ?? =.="





Okay. Sudah-sudah la tu. Nak balik dah ni.

Masuk-masuk bilik ja, terus sawan kamera. Mind map utama dia, kepala Hanis.