Friday, February 4, 2011

famosa d' red indian

Trip kitorang start pukul 11 pagi lebih dah. Kitorang bertolak lambat sebab semua pakat penat. Tambah-tambah Afiq. Orang dah siap mencekik, dia baru nak bangun. Nasib siap laju. Mandi ke tak, tu aku tak nak ambik tau.

Kitorang sampai dekat pagar A Famosa dalam pukul 1.25 petang macam tu. Tapi kitorang tak masuk lagi. Kitorang lajak pergi cari masjid dulu. Kitorang memang baik =.=" nak lagi baik, dah sebab perjalanan kitorang tak cukup 90 km, so kitorang tak boleh jamak and qasar. Tapi dah sebab aku, mama, kak an and hanis memang manusia spesis baik, so bila geng laki dah balik dari solat jumaat ja, kitorang terus ajak abah ronda bagi cukup 90km. Best. Best. Perempuan jela yang jamak. Laki nanti solat asar lain eh.

Dah. Dah. Introduction tak best lansung.

***************************

Sampai ja dekat A Famosa part safari tu, benda first yang abah buat >> bawa keluar duit. Abang Izul plak, beratur. Perkara biasa dah. Tiket for dewasa RM48, children RM38.

Then, kitorang laju je pergi dia punya cafeteria. Makanan dekat sini FREE sebab termasuk harga tiket tadi. Makanan boleh dibungkus. Menu, korang nak hot plate pun ada.

Sambung balik yang pasai baik tadi. Dah sebab kitorang baik, so abah push aku adik beradik and cousin-cousin aku [ excluding Abang Izul. Sebab dia jahat. Haha ] pergi tengok multi animal show dulu. Takut terlepas la konon.





Lepas animal show tu, penonton boleh turun bawah, pergi dekat pentas and sentuh semua binatang yang ada. Yang paling menarik

.
.
.





Muka macam minta lempang. Haha. Tapi seronok weyh dukung meow tu. Lembek nak mampus. Bulu dia jangan cerita la. Macam pakai Rejoice.

Lepas animal show ni, kitorang pergi bird show plak. Stage depan-depan ja. Bird show ni kitorang tengok tak habis sebab nak beratur untuk naik trak plak. Semua aktiviti dekat dalam ni stop pukul 5 petang. So memang kena rush gila. GILA.






Konsep safari ni, haiwan bebas. Manusia kena kurung. Dah sebab kami manusia BAIK. Biasa la.





Ini video untuk binatang awal-awal. Dekat belakang sana ada lagi harimau, singa, beruang, buaya, rubah etc etc. Penat dah aih nak upload semua. Dah la aku cakap merapu...

Lepas habis tu, kitorang pergi chicken farm. Dalam tu ada rabbit ! :)




Then, jalan-jalan lagi sampai cafe. Tapi cafe dah tutup la. Time ni pun dah pukul 5 lebih dah. Kitorang makan-makan dulu dekat situ. Semua makanan pagi tadi dah habis hadam dah. Biasa la, manusia baik la katakan. Masa kitorang tengah makan, tetiba fon mama bunyi. Oh, rupanya abang wan call. Dia cakap, dia dah naik bot pergi monkey island. Last trip punya bot. Cet ! Biasa la, abang memang jahat. Kami ja baik. So, kami sambung la makan balik - -'


 


Boleh sentuh ja. Nak bawa balik, tak muat beg. Baik la katakan. Bawa pun, beg 'kecik' ja.





Habis bergedik dekat safari, kitorang naik kereta and turun kereta balik dekat part cowboy. Harga tiket dewasa RM45, children RM35. Yang ni tak termasuk makanan.

Masuk-masuk dekat pagar kawasan cowboy ni ja, semua orang kena pakai topi koboi. Then, take picture. Lepas tu dia ambik balik la topi koboi tu. Kedekut ! Huh. Nasib kami spesis baik. Haha. Tak habis-habis duk ulang.





Masa ni baru pukul 6 lebih kalau tak silap. Red Indian show pukul 8.30 malam. So, untuk tambah kebaikan, abah bawa kitorang masuk tempat ni.




Benda first yang kitorang main, boling. Malas cerita banyak dah sebab cek kalah. Aku kan budak baik. Memang tak suka bagi orang lain bersedih-bersedih ni. Hehe. Lepas tu main apa ntah yang macam futbol tu. Abah + Kak An + aku vs Abang Izul. Kami kan geng baik. Biasa la. Result = 3-0. Biasa la, budak baik selalu memang. Haha.





Then, abah rembat snooker plak. Afiq yang ajar.


 


Ops ! Gambar di bawah sensetif okay. Budak jahat gelak dekat budak baik. Aipp ! Puk kang !!




 DAH 8.30 DAH. Red Indian time.


*****************************

Video yang aku ambik dekat sini memang banyak. Tapi aku malas nak upload semua. Tengok jela yang mana ada.





P/S : kedudukan 2 video ni senget la. Sori sori.

************************************

Lepas red indian show tu, diorang bawa masuk ular and gajah. Ular ni tuan dia lilit dekat leher kitorang. Lepas tu ada la sorang mamat datang ambil gambar. Tapi nak kutip gambar tu nanti kena bayar. Malas aih nak pi kutip.




Patutnya seat aku kat line num.2. Tapi dah sebab yang duduk depan ni semua pakat lari pi belakang, so budak baik ni ambik kesempatan kejap la. Baik la katakan. Huhu.

Part gajah plak, kitorang beli tebu. 1 peket RM10. Kitorang beli 2 peket. Lepas tu, boleh sumbat mulut gajah. Gajah tu pandai, lepas dia ambil tebu, dia tunduk sambul buat bunyi. Macam kata 'thanks' la lebih kurang. Tetiba rasa macam nak bela sekor.


 



Lepas-lepas ni ada banyak lagi show. Ada cowboy dancing, then bla bla bla. Last show, bunga api. Yang ni yang paling best malam ni. Bagi aku la. Sebab boleh jerit-jerit macam zaman belas-belas dulu. Sekarang dah 20 dah. Huhu. Gelak pun dah kena cover dah.




End of show. Tata


.

No comments: