Thursday, February 3, 2011

kanak-kanak gila di Melaka

Trip hari ni penuh dengan budak-budak sawan kamera. Pantang nampak kamera tu naik sikit, mesti lari-lari pergi dekat depan kamera tu. Tapi aku tak la. Aku kan BUDAK BAIK. Cet ! Ni baru takat kamera biasa ja. Kalau ada DSLR aku tak tau ah.

Kali ni abah bawa kitorang pergi Melaka. Kitorang bertolak pukul 9 pagi lebih. First, abah singgah Zoo Melaka dulu. Orang ramai nak mampus. Kereta jangan cakap la. Tempat parking memang full. Masa kitorang masuk pintu gerbang zoo tu, orang yang jaga parking tu tiba-tiba letak kon oren dekat belakang kereta kitorang. Thats mean, parking dah full la kan. So orang belakang dah tak boleh masuk. Mula-mula tu kitorang gelak-gelak ah sebab kitorang kira terlepas. Pulun gelak. Tengok-tengok orang yang jaga parking tu suruh kitorang parking kat luar sebab parking full. Cilaka. Buang masa je kitorang gelak tadi. Huhu.

Harga tiket dewasa RM7. Children RM3.




Redup ja dekat zoo ni. Hah, kitorang pakat naik kuda dekat sini. RM3 sorang untuk dewasa. Budak-budak RM1 kalau aku tak silap.





Lepas zoo, abah bawa kitorang pergi solat dulu. Nak cari masjid negeri ni pun pulun sesat. Padahal GPS ada je. GPS tu la sesatkan kitorang. Huhu. Masjid negeri Melaka memang luas gila. Yang tu dah bagus dah. Tapi yang tak bagus tu, LELAKI PEREMPUAN solat kat tempat yang SAMA. DAMN !! Aku sedar dari sembahyang ja, tengok-tengok ada laki kat belakang. Cilaka banyak-banyak. Dia bukan sembahyang pun. Landing je lebih. Dah tu, yang aku buka telekung tadi tu, kira dia cuci mata banyak-banyak la. Bagi makan kasut kang !

Lepas buang pahala dengan kutuk orang kat masjid tadi, abah bawa kitorang pergi makan. Then lepak-lepak dekat tengah town tu ja.

Mula-mula kitorang naik River Cruise. Best la jugak. Tapi kalau malam lagi cun kot.







Then kitorang minum-minum kat dataran kapal tu.







Jum naik kapal.

Nak masuk dalam muzium kapal ni kena buang kasut. Dia ada bagi plastik time korang bayar tiket masuk.







Masa kitorang keluar dari muzium tu, hari dah senja dah. Scenery memang cun ah. Tambah-tambah nampak laut.






Then, pergi naik Menara Taming Sari plak. Semuanya dekat-dekat sini ja. Park kereta dekat 1 tempat, then jalan kaki ja untuk pergi semua tempat.





Dari atas ni, korang boleh nampak the whole Melaka. Cantik ! And sebab hari ni Chinese New Year, so kitorang boleh nampak bunga api.


video


Habis enjoy, kitorang patah balik pergi masjid negeri. Solat plus makan + sawan kejap.





Last destination, bangunan majlis bandaran. Patutnya kitorang dah ODW balik dah. Tapi sebab nampak tempat ni cantik sangat untuk ambik gambar, so abah park kereta on the spot. Laju je. Hehe.







Dah habis dah. Ok, jum balik


.

No comments: