Thursday, July 19, 2012

Puding karamel

Assalamualaikum ;) 

Boleh tak kalau nak berubah jadi baik plak sekarang ? Hek hek. Nak start bagi salam plak pasni :) Bagi salam tu sunat. Jawab salam tu wajib. Hihi.

Nak cerita resepi next plak. Tetiba mood rajin nak masak tu datang laju-laju. Lepas buat pavlova hari tu, aku buat puding karamel plak. Sesetengah orang panggil ni puding gula hangus. Yelah tu. Betul jugak pun ..

Nak buat puding ni senang ja. Aku main campak-campak ja. Buat sambil pejam mata pun boleh siap. Tapi sedap ke tak tu belakang kira. Haha. Tapi sedap je aku buat -..-


******************************************




Bahan-bahan :-

  1. 400 ml susu segar / susu cair.
  2. 5 sudu besar gula kastor.
  3. 5 sudu besar gula.
  4. 5 biji telur.
  5. 1 sudu teh esen vanila.

Cara buat :-

  1. Sediakan loyang.
  2. Masukkan 5 sudu besar gula ke dalam loyang and layangkan loyang tu atas api sederhana sampai gula cair. Ni proses nak buat gula hangus. Kalau gula tu jadi warna koko/hitam, jangan panik. TQ.
  3. Ratakan gula hangus tu atas loyang.
  4. Next, sediakan bahan untuk karamel.
  5. Masukkan 5 biji telur dalam bekas and putar telur-telur tu dengan mixer. Atau bahasa melayu dia, pemutar :)
  6. Bila telur dah sebati, campakkan 1 sudu teh esen vanila + 5 sudu besar gula kastor + 400 ml susu segar/susu cair.
  7. Then putar lagi sampai sebati sehati sejiwa.
  8. Lepas sebati, campur ja adunan ni ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi. Time masukkan adunan ni, gula hangus tu akan kedengaran macam cermin pecah. Aku paling suka part ni. Hewhewhew ;)
  9. Then, kukus ja dia atas api.
  10. Tunggu and tunggu.
  11. Kalau nak tau dia masak ke tak, cucuk dia dengan lidi/garpu. Kalau adunan tu tak melekat kat lidi/garpu, maknanya dah masak la tu :)








Sunday, July 15, 2012

Pavlova

Menu hari ni, pavlova buatan tangan. Frust sangat 2 kali pergi Delicious, 2 kali tu la dia nak habis. Sapa nak buat pavlova, mai nak ajar. Senang sangat ja ni. Hewhewhew.

**************************************

Memula, sediakan bahan.




Untuk base dia :-
  1. 4 biji telur. (Make sure telur tu bersuhu normal. Bukan baru bawa keluar dari peti sejuk)
  2. Secawan gula kastor.
  3. 2 sudu besar tepung jagung.
  4. 1/2 sudu teh cuka masakan.
  5. 1/2 sudu teh esen vanila.
Untuk topping dia :-

  1. Secawan whipping cream. (Make sure whipping cream ni bukan jenis tenusu. Kalau tak, habis ah topping korang. Disaster macam aku punya. Haha)
  2. Secawan gula ising. (kalau tak nak letak pun boleh. Tak dosa pun. Hehe)
  3. 1/2 sudu teh esen vanila.

Dah habis. Simple kan. Hihi.

***************************************


Next ! Cara nak buat dia ..


Base :-

  1. Asingkan putih telur dengan kuning telur sebab kita nak guna yang putih telur ja. Kuning telur tu boleh buat makan dengan megi. Huehue :p
  2. Pukul putih telur tu dengan kelajuan yang super dahsyat sampai dia gebu. Nak tau macam mana dia gebu ? Sentuh dengan jari, dia akan rasa soft macam buih sabun :D Aww ! Best ! And warna dia time ni adalah berkilat.
  3. Then, campurkan gula kastor tadi ke dalam bekas sikit demi sikit sambil pukul dengan maha laju. Tapi jangan la sampai terbang semua bahan tu. 
  4. Putar campuran tu sampai kenyal. Make sure kalau korang sentuh mixture tu, kat tangan tak terasa gula yang tak hancur. Kalau tak nak sentuh pun boleh, tengok ja mixture tu. Kalau korang angkat mixer dia and kat mixture tu jadi bertanduk, tu maknanya mixture korang dah ready la tu.
  5. Then, masukkan tepung jagung dalam mixture sambil putar dia. Putar joyah, jangan tak putar.
  6. Next, kita abaikan ja mixer tu. Kita letak bahan terakhir, esen vanila + cuka masakan. Kita kacau semua bahan tu guna spatula plak. Kacau sampai sebati sehati sejiwa.
  7. Lepas tu tempekkan dia atas kertas aluminium. Sebab aku tempek dia atas tu. Hehe.
  8. Last but not final lagi, bakar depa dengan suhu 120 selama sejam. Make sure bahan tu diletakkan betul-betul kat tengah oven. Before bakar base tu dalam oven, make sure panaskan oven tu dengan suhu 150 selama 15 minit.
  9. Masa oven tu tengah membakar segala isi kat dalam, jangan gatal tangan nak buka pintu oven plak. Lempang kang -.-'
  10. Cara nak make sure yang base tu dah masak, dia akan bewarna perang. Kat luar rapuh, kat dalam lembut.
  11. Bila base dah masak, jangan keluarkan dia dari oven lagi. Buka pintu oven, and biar dia sejuk dulu kat dalam tu. 

Topping :-

  1. Masukkan whipping cream dalam bekas and putar sampai kental. Nak putar ni pun lenguh jugak. Tadi aku putar sampai 10 minit. Cis ! Tapi nasihat aku, please jangan guna whipping cream jenis TENUSU. Sebab nanti whipping cream korang akan jadi berketul setengah and berair setengah. So, beli la yang jenis untuk buat topping kek. Ni aku baru belajar dari mak cik resepi. Learn from mistake kan :D
  2. Then masukkan gula ising and esen vanila sambil kacau-kacau dengan spatula.

Siap :D






Nak bagi lagi meliur, hias dia dengan buah-buah segar. Tu bukan buah dari tin or buah plastik ok. Ikut suka hati korang la nak hias guna buah apa. Tapi most people guna buah kiwi/blueberry/raspberry/strawberry. Tapi nasihat aku, jangan la guna raspberry yang pink tu. MASAM nak mampos. Choi !!





Hasilnya :)


Even topping tu berketul and berair, tapi aku dah asingkan yang ketul and yang air. Aku ambil yang ketul tu ja and sapu dia atas base macam sapu jem. Then aku cover dengan buah. Rasa dia, still super sedap :D Yummy !!


*************************************

Sambil membakar pavlova tadi, kan kena bakar sampai sejam. Aku curi-curi masa tu untuk buat songtam :) Dia macam kerabu mangga, tapi more sedap sebab basah :)




Rasanya dah boleh kawin kot :p

Si Cumi pergi holiday :)

Masa memula bela si kentoi ni, mama tak bagi aku bawa dia balik rumah. Konon mama tak suka bulu dia bersepah dalam rumah, tak suka kalau nanti dia kencing berak berterabur, tak suka bau pet yang busuk. 3 kali aku call mama sembang pasai ni. Alhamdulillah, kali ketiga aku pujuk tu, mama izinkan :) Tapi dengan syarat. Berak aku basuh. Fine mama ..

Masa aku bawa balik rumah dari Unisel, Cumi just tidur ja sepanjang 4 jam setengah perjalanan tu. Dia sikit pun tak kacau aku. Aku pun tak payah susah-susah beli pet carrier sebab dia tidur senyap-senyap bawah seat aku.

Pagi Rabu tu aku balik Kedah, petang Khamis tu aku pergi Bangi plak. Boleh bayang tak penat kat situ. Tapi seronok :)

Kitorang bawa Cumi pergi holiday sama. Tak nak tinggalkan dia sampai seminggu. Tak nak ok ! 




Dia behave gila sepanjang perjalanan ni. Boleh nampak tak kegedikkan dia kat situ. Hehe. Padahal tempat asal dia kat seat tengah. Bila adik aku keluar kereta ja, terus dia ambil alih seat tu. Siap guling-guling lagi. 





Gambar gegar sebab kereta tak reti duk diam. Aku memang bawa bekas makanan dia ni. Aku letak kat tempat kaki aku. Kalau dia tetiba bernafsu nak makan, dia boleh makan. *Abaikan kasut merah yang kotor tahap moksya tu.


Kitorang stay Bangi dari khamis sampai isnin. Petang isnin tu kitorang check in kat Firefly Resort. Dekat dengan Unisel. Hari ni ada kelainan sikit kat Cumi.




Sebab Cumi pakai baju. Anyonyo :D


Abah suka gila tengok dia pakai baju :) Abah kata nak belikan baju lagi untuk dia. Baju raya kenkononnya -.-'

Esok tu abah hantar adik pergi Unisel untuk ambil exam. Abah pergi dengan mama ja. Aku, tok dengan abang terbongkang lagi tidur kat resort. Abah mama balik gerak panggil sarapan, baru la aku bangun. Hehe. Aku tau, aku memang layak untuk kawin dah pun. Sangat -..-

Petang tu kitorang check out pukul 12. Ambil adik, then terus balik Kedah. Tengok Cumi behave ..




Nice kitty :)




*****************************************


AkuKata : sepanjang perjalanan tu, Cumi sanggup tahan kencing berak dia sampai la dia sampai destinasi and masuk toilet. Onomnom ... Baiknya dia :)