Masa memula bela si kentoi ni, mama tak bagi aku bawa dia balik rumah. Konon mama tak suka bulu dia bersepah dalam rumah, tak suka kalau nanti dia kencing berak berterabur, tak suka bau pet yang busuk. 3 kali aku call mama sembang pasai ni. Alhamdulillah, kali ketiga aku pujuk tu, mama izinkan :) Tapi dengan syarat. Berak aku basuh. Fine mama ..
Masa aku bawa balik rumah dari Unisel, Cumi just tidur ja sepanjang 4 jam setengah perjalanan tu. Dia sikit pun tak kacau aku. Aku pun tak payah susah-susah beli pet carrier sebab dia tidur senyap-senyap bawah seat aku.
Pagi Rabu tu aku balik Kedah, petang Khamis tu aku pergi Bangi plak. Boleh bayang tak penat kat situ. Tapi seronok :)
Kitorang bawa Cumi pergi holiday sama. Tak nak tinggalkan dia sampai seminggu. Tak nak ok !
Dia behave gila sepanjang perjalanan ni. Boleh nampak tak kegedikkan dia kat situ. Hehe. Padahal tempat asal dia kat seat tengah. Bila adik aku keluar kereta ja, terus dia ambil alih seat tu. Siap guling-guling lagi.
Gambar gegar sebab kereta tak reti duk diam. Aku memang bawa bekas makanan dia ni. Aku letak kat tempat kaki aku. Kalau dia tetiba bernafsu nak makan, dia boleh makan. *Abaikan kasut merah yang kotor tahap moksya tu.
Kitorang stay Bangi dari khamis sampai isnin. Petang isnin tu kitorang check in kat Firefly Resort. Dekat dengan Unisel. Hari ni ada kelainan sikit kat Cumi.
Sebab Cumi pakai baju. Anyonyo :D
Abah suka gila tengok dia pakai baju :) Abah kata nak belikan baju lagi untuk dia. Baju raya kenkononnya -.-'
Esok tu abah hantar adik pergi Unisel untuk ambil exam. Abah pergi dengan mama ja. Aku, tok dengan abang terbongkang lagi tidur kat resort. Abah mama balik gerak panggil sarapan, baru la aku bangun. Hehe. Aku tau, aku memang layak untuk kawin dah pun. Sangat -..-
Petang tu kitorang check out pukul 12. Ambil adik, then terus balik Kedah. Tengok Cumi behave ..
Nice kitty :)
*****************************************
AkuKata : sepanjang perjalanan tu, Cumi sanggup tahan kencing berak dia sampai la dia sampai destinasi and masuk toilet. Onomnom ... Baiknya dia :)
No comments:
Post a Comment