* fatin nadiah ishak * 23 years old * kedah * Unisel BJ * bachelor in biotech industry * annuar bin mohammad * unavailable * cat lover * hamster lover * travel maniac * food hunter *

Sunday, July 15, 2012

Pavlova

Menu hari ni, pavlova buatan tangan. Frust sangat 2 kali pergi Delicious, 2 kali tu la dia nak habis. Sapa nak buat pavlova, mai nak ajar. Senang sangat ja ni. Hewhewhew.

**************************************

Memula, sediakan bahan.




Untuk base dia :-
  1. 4 biji telur. (Make sure telur tu bersuhu normal. Bukan baru bawa keluar dari peti sejuk)
  2. Secawan gula kastor.
  3. 2 sudu besar tepung jagung.
  4. 1/2 sudu teh cuka masakan.
  5. 1/2 sudu teh esen vanila.
Untuk topping dia :-

  1. Secawan whipping cream. (Make sure whipping cream ni bukan jenis tenusu. Kalau tak, habis ah topping korang. Disaster macam aku punya. Haha)
  2. Secawan gula ising. (kalau tak nak letak pun boleh. Tak dosa pun. Hehe)
  3. 1/2 sudu teh esen vanila.

Dah habis. Simple kan. Hihi.

***************************************


Next ! Cara nak buat dia ..


Base :-

  1. Asingkan putih telur dengan kuning telur sebab kita nak guna yang putih telur ja. Kuning telur tu boleh buat makan dengan megi. Huehue :p
  2. Pukul putih telur tu dengan kelajuan yang super dahsyat sampai dia gebu. Nak tau macam mana dia gebu ? Sentuh dengan jari, dia akan rasa soft macam buih sabun :D Aww ! Best ! And warna dia time ni adalah berkilat.
  3. Then, campurkan gula kastor tadi ke dalam bekas sikit demi sikit sambil pukul dengan maha laju. Tapi jangan la sampai terbang semua bahan tu. 
  4. Putar campuran tu sampai kenyal. Make sure kalau korang sentuh mixture tu, kat tangan tak terasa gula yang tak hancur. Kalau tak nak sentuh pun boleh, tengok ja mixture tu. Kalau korang angkat mixer dia and kat mixture tu jadi bertanduk, tu maknanya mixture korang dah ready la tu.
  5. Then, masukkan tepung jagung dalam mixture sambil putar dia. Putar joyah, jangan tak putar.
  6. Next, kita abaikan ja mixer tu. Kita letak bahan terakhir, esen vanila + cuka masakan. Kita kacau semua bahan tu guna spatula plak. Kacau sampai sebati sehati sejiwa.
  7. Lepas tu tempekkan dia atas kertas aluminium. Sebab aku tempek dia atas tu. Hehe.
  8. Last but not final lagi, bakar depa dengan suhu 120 selama sejam. Make sure bahan tu diletakkan betul-betul kat tengah oven. Before bakar base tu dalam oven, make sure panaskan oven tu dengan suhu 150 selama 15 minit.
  9. Masa oven tu tengah membakar segala isi kat dalam, jangan gatal tangan nak buka pintu oven plak. Lempang kang -.-'
  10. Cara nak make sure yang base tu dah masak, dia akan bewarna perang. Kat luar rapuh, kat dalam lembut.
  11. Bila base dah masak, jangan keluarkan dia dari oven lagi. Buka pintu oven, and biar dia sejuk dulu kat dalam tu. 

Topping :-

  1. Masukkan whipping cream dalam bekas and putar sampai kental. Nak putar ni pun lenguh jugak. Tadi aku putar sampai 10 minit. Cis ! Tapi nasihat aku, please jangan guna whipping cream jenis TENUSU. Sebab nanti whipping cream korang akan jadi berketul setengah and berair setengah. So, beli la yang jenis untuk buat topping kek. Ni aku baru belajar dari mak cik resepi. Learn from mistake kan :D
  2. Then masukkan gula ising and esen vanila sambil kacau-kacau dengan spatula.

Siap :D






Nak bagi lagi meliur, hias dia dengan buah-buah segar. Tu bukan buah dari tin or buah plastik ok. Ikut suka hati korang la nak hias guna buah apa. Tapi most people guna buah kiwi/blueberry/raspberry/strawberry. Tapi nasihat aku, jangan la guna raspberry yang pink tu. MASAM nak mampos. Choi !!





Hasilnya :)


Even topping tu berketul and berair, tapi aku dah asingkan yang ketul and yang air. Aku ambil yang ketul tu ja and sapu dia atas base macam sapu jem. Then aku cover dengan buah. Rasa dia, still super sedap :D Yummy !!


*************************************

Sambil membakar pavlova tadi, kan kena bakar sampai sejam. Aku curi-curi masa tu untuk buat songtam :) Dia macam kerabu mangga, tapi more sedap sebab basah :)




Rasanya dah boleh kawin kot :p

No comments: