Tuesday, September 25, 2012

bila cumi demam ..

Assalamualaikum :)

Kalau nak ikutkan, hari ni dah masuk hari ketiga dah Cumi muntah-muntah. Memula tu aku tak ambil port sangat bila tengok dia macam tu sebab aku ingat dia pregnant. Pregnant kan, normal la loya-loya bagai tu. Kucing pun macam manusia gak. Cuma diorang tak mengidam la. Kang kalau dia mengidam nangka istana, mampos plak aku nak cari. Sebelum cari tu pengsan dulu -.-"

So hari aku ajak Tira dengan Asma pergi vet dekat Country Homes. 




Ni la vet dia. Dari jalan besar pun dah boleh nampak vet ni sebab signboard dia besar gile kau ! Vet ni depan Jusco je pun. Aku kan kaki Jusco. So tipu la kalau aku tatau vet ni kat mana.

Masa memula sampai vet ni, ada sorang amoi cantik ni yang jaga kaunter. Aku ingat dia just penjaga kaunter, rupanya dia la doktor. Omak kau. Patut la comei.. :p



Ni masa nak test suhu dia. Kalau manusia pun ambil suhu ikut bontot, memang nak kena lempang laa alamatnya.



Cumi baik sangat. Tak mengiau, tak lari, tak papa. Onyoo :)


Lepas check suhu, daktor tu kata Cumi demam. Ok, fine. Anak mami demam. Patut la lain macam je. Huhu. 




Lepas ambil suhu, doktor tu nak buat blood test plak. Takut kalau Cumi kurang darah merah/putih. Dia cucuk telinga cumi pakai jarum oh. Nasib Cumi tak lari. Cakar pun tak. Baik kan Cumi ^______^ Sejuk perut mami mengandungkan dia. Erk -..-



Ni tukang teman. Hehe. Ponteng lab sama-sama ye :p



Ni ha ubat yang Cumi dapat :)




RM55.00 lepas diskaun 5 hingget. Nah, amek kau.. Makan pasir la lepas ni -.-" nasib baik sayang kucing. Pasir pun pasir laa ..


****************************

AkuKata : benci betula aku dengan rupa blogger baru nih. Haih..




Friday, September 14, 2012

welcome to my life, Jimmy :)

Assalamualaikum :) Halu halu ...

Malam ni nak cerita macam mana seekor kucing gemuk obesiti yang nama Jimmy Jimbo ni muncul kat hidup aku. Sepatutnya aku update entri ni 10/9 lepas. Tapi MALAS. Paham paham la.. Aku ni memang selalu malas !

Hari tu kan aku nak kawinkan Cumi aku dengan kucing Boy (kawan Tira), tapi hubby tak kasi. Booo hubby :p

Last last dia bank in duit masuk maybank aku. Lepas tu suruh aku search cari kucing parsi sebab dia ni demand sikit. Booo lagi. Hehe :p *jangan marah eh hubby :D

So, jadi la aku pergi Kelana Jaya hari ni. I mean 10/9 tu. Hari Isnin kot wei hari tu. Petang tu aku ada kuliah Principle of Management. Macam siot je aku ponteng -..- Aku dengan 2 orang lagi housemate aku (Asma + Tira) ni sekelas dalam kelas ni. Tiga-tiga orang ponteng kelas hari ni. Booooo diri sendiri -..- Tapi takpa, ada kawan sainkan kedatangan... -__-" *anak sapa la nih...

Kitorang bertiga DOREMI *konon ni bergerak pergi Kelana Jaya lepas habis buat kerja lab. Kerja lab sem ni banyak gila.... ! MasyaAllah -__-" Pukul 1 petang tu kitorang dah atas jalan raya dah. Bajet nak sampai sana before pukul 3 sebab dah janji dengan mamat tu nak ambil Jimmy pukul 3.

Before tu ..




Kitorang pergi makan dulu dekat Cooking Mamaz Cafe. Cafe dia dekat ja dengan Sri Kelana Condominium pju1a/46.





Makanan kat sini oversize wei.. Obesiti macam Jimmy gak. LOL

Lepas makan sampai obes, kitorang pergi ambil Jimmy. Kitorang janji dengan mamat tu nak jumpa kat swimming pool. Sementara tunggu tu, snap snap la sikit kan. Lepas tu baru boleh rembat kucing orang. Tapi lepas bayar, jadi kucing aku la..




Nah gambar Tira vs Jimmy




Kat sini la kitorang tunggu. kolam dia kena kepung hoi.. Tak boleh nak berenang. Air dia warna hijau. Dassat benoo -___-" Masa lepaking lepaking tu, tetiba nampak sorang mamat pendek ni tengah dukung kucing. Aku terus jalan pergi kat mamat tu. Nasib ah tak silap mamat. Fuh, lengan dia penuh tatu hoi. Tapi PEMALU..... Apakah -..- Luar gangster, tapi hati ada taman.. LOL

Lepas ambil Jimmy, kitorang heading balik la. Before tu kitorang singgah pet shop dulu. Nak beli makanan kucing, tapi takda yang pilihan. Then singgah Jusco. Dekat Jusco ni memasing buat kerja cepat-cepat sebab kitorang tinggalkan Jimmy dalam kereta. Huhu.. Im sorry darling.. Tapi sekejap ja pun.




Ni masa kat Jusco. Aku duduk dalam kereta dengan Jimmy sementara tunggu Tira sampai. Habis baju aku berbulu hoi. Huhu. Bulu kucing memang akan luruh banyak kalau diorang tengah takut :) Takpa la berbulu pun. Janji sayang..




Ni masa mula-mula masuk rumah. Jimmy memang tak nak keluar dapi pet carrier ni lansung. Takut sebab Cumi sembur dia. Huhu. Bad Cumi..




Lama-lama baru dia keluar. Haha. Duduk kangkang wei.. Super duper cute ^__^

Wednesday, September 12, 2012

cumi on heat

Assalamualaikum.. tak jawab, dosa -.-"

Malam ni tak nak bebel banyak pun sebab bebai dengan blogspot ni. Dekat sejam buka tutup buka tutup laman dia, ni baru la bole upload gambar. Tadi dia duk bohong kata picture aku dah sampai limit berat bagai -..-

Ingat tak lagi dulu aku kata aku bela Cumi. Macam mana aku ambil Cumi tu and bela. Sampai la sekarang ni Cumi dah besar pun.. Dah gatai nak kawin dah. Risau mak ni nak oii.. Duk meow meow dengan kucing jantan ekor tirus kat balkoni tiap hari. Adoi ! Nak bagi tak kawin, kesian la plak sebab dia pun ada nafsu weyh.. Siap sangap gila dah ni..




See... Tadah bontot kat aku. Siap angkat tinggi-tinggi lagi.. Haish budak ni !


Aku dengan romate aku memang hantu kucing sangat-sangat. Sembang pasai kucing sehari suntuk pun boleh kalau dengan kitorang ni. Kalau malas main FB, buka mudah.my/pets or buka petfinder, lepas tu hadap sampai subuh pun kitorang mampu..

So bila tengok Cumi stim sampai kritikal sangat, aku suruh Tira (romate) aku carikan male. Kalau boleh tu nak la persian. Biar boleh buat baka. Biar gebu-gebu macam gula-gula kapas. Hehe. Then Tira cakap member boyfie dia ada persian jantan yg memang tengah on heat jugak. So aku set masa bagai nak pergi hantar Cumi kat Boy (nickname), tapi bila hubby dapat tau, hubby tak bagi. Hohoi -.-"

Tup tup hubby suruh beli persian sendiri, buat baka sendiri, tak payah kawinkan dengan kucing orang.. Oh, mudahnya. Huhu. Tup tup lagi duit dah masuk ke akaun maybank aku dengan lajunya. Zappp.. balance meningkat.

So terpaksa la aku beli si Awang Koceh ni dekat petfinder. Nama dia kat petfinder tu Jeremy. Dah macam nama watak pelakon dalam You Are Beautiful dah aku dengar..



Ini gambar yang kat petfinder tu


Masa first time aku tengok gambar ni, aku dah excited dah. Wahhhhhhhh hh hhhh !! Over sangat.. =..= *pengsan.

Cute sesangat hohoi. Harga pun murah ja. Malam tu jugak aku contact owner dia, and masa tu jugak owner dia reply. Padahal dah pukul 1 pagi lebih dah. Dalam masa yang sama, aku suka kat sekor lagi kucing. Aku bajet ni untuk buat backup la kalau-kalau Jeremy ni dah dijual. 


Ini Jojo. Aku jumpa kat mudah.my.


Jojo dengan Jeremy ni sama ja harga dia. Sama-sama oren. Sama-sama tua. Why aku beli yang dah tua ? Sebab nak kawinkan dengan Cumi la. LOL -.- Tapi tak tua mana la. Setahun lebih sikit ja. Age just a number right..

Lepas contact sana sini sana sini, bila aku dah start kereta, dah turun pergi cucuk duit, baru aku buat keputusan. Ok, aku pilih Jeremy :) So, aku pergi Kelana Jaya.. Ok, esok sambung. Zzz