Assalamualaikum :) Halu halu ...
Malam ni nak cerita macam mana seekor kucing gemuk obesiti yang nama Jimmy Jimbo ni muncul kat hidup aku. Sepatutnya aku update entri ni 10/9 lepas. Tapi MALAS. Paham paham la.. Aku ni memang selalu malas !
Hari tu kan aku nak kawinkan Cumi aku dengan kucing Boy (kawan Tira), tapi hubby tak kasi. Booo hubby :p
Last last dia bank in duit masuk maybank aku. Lepas tu suruh aku search cari kucing parsi sebab dia ni demand sikit. Booo lagi. Hehe :p *jangan marah eh hubby :D
So, jadi la aku pergi Kelana Jaya hari ni. I mean 10/9 tu. Hari Isnin kot wei hari tu. Petang tu aku ada kuliah Principle of Management. Macam siot je aku ponteng -..- Aku dengan 2 orang lagi housemate aku (Asma + Tira) ni sekelas dalam kelas ni. Tiga-tiga orang ponteng kelas hari ni. Booooo diri sendiri -..- Tapi takpa, ada kawan sainkan kedatangan... -__-" *anak sapa la nih...
Kitorang bertiga DOREMI *konon ni bergerak pergi Kelana Jaya lepas habis buat kerja lab. Kerja lab sem ni banyak gila.... ! MasyaAllah -__-" Pukul 1 petang tu kitorang dah atas jalan raya dah. Bajet nak sampai sana before pukul 3 sebab dah janji dengan mamat tu nak ambil Jimmy pukul 3.
Before tu ..
Kitorang pergi makan dulu dekat Cooking Mamaz Cafe. Cafe dia dekat ja dengan Sri Kelana Condominium pju1a/46.
Makanan kat sini oversize wei.. Obesiti macam Jimmy gak. LOL
Lepas makan sampai obes, kitorang pergi ambil Jimmy. Kitorang janji dengan mamat tu nak jumpa kat swimming pool. Sementara tunggu tu, snap snap la sikit kan. Lepas tu baru boleh rembat kucing orang. Tapi lepas bayar, jadi kucing aku la..
Nah gambar Tira vs Jimmy
Kat sini la kitorang tunggu. kolam dia kena kepung hoi.. Tak boleh nak berenang. Air dia warna hijau. Dassat benoo -___-" Masa lepaking lepaking tu, tetiba nampak sorang mamat pendek ni tengah dukung kucing. Aku terus jalan pergi kat mamat tu. Nasib ah tak silap mamat. Fuh, lengan dia penuh tatu hoi. Tapi PEMALU..... Apakah -..- Luar gangster, tapi hati ada taman.. LOL
Lepas ambil Jimmy, kitorang heading balik la. Before tu kitorang singgah pet shop dulu. Nak beli makanan kucing, tapi takda yang pilihan. Then singgah Jusco. Dekat Jusco ni memasing buat kerja cepat-cepat sebab kitorang tinggalkan Jimmy dalam kereta. Huhu.. Im sorry darling.. Tapi sekejap ja pun.
Ni masa kat Jusco. Aku duduk dalam kereta dengan Jimmy sementara tunggu Tira sampai. Habis baju aku berbulu hoi. Huhu. Bulu kucing memang akan luruh banyak kalau diorang tengah takut :) Takpa la berbulu pun. Janji sayang..
Ni masa mula-mula masuk rumah. Jimmy memang tak nak keluar dapi pet carrier ni lansung. Takut sebab Cumi sembur dia. Huhu. Bad Cumi..
Lama-lama baru dia keluar. Haha. Duduk kangkang wei.. Super duper cute ^__^
No comments:
Post a Comment