Wednesday, December 4, 2013

Terapi jiwa

Assalamualaikum

Shopping ni dah jadi months ago. Tak ingat dah bila, tapi bila buka balik instagram, about 6 weeks ago. Dah lama, tapi cukup malas nak update. Sejak ada instagram ni, rasa macam malas dah nak menaip blog. Orang kata, sekeping gambar pun dah boleh tunjukkan seribu cerita. Gitu.. Haha. Lagi pun, dari blog ni, macam-macam jenis musuh dah aku dapat. Bukan sorang dua je, tapi banyak. Banyak.. Tapi manarik. Hidup ni bukan ada orang baik-baik je. Semua tu perencah. Menyedapkan lagi kehidupan ^_^

Dari kesilapan, aku kenal pembetulan. Dari musuh, aku kenal kawan. Dari jatuh, aku kenal kebangkitan. Bukankah tu semua menarik ? Hehe.

Shopping. I call this - terapi. Tak terapi mana sangat pun sebab aku prefer makan and movie lagi. Aku memang kaki movie. Trust me. Aku pernah bergaduh dengan hubby, sebab dia tengok iron man 3 lagi awal tanpa aku. Aku selalu mengamuk tanpa sebab kalau perut aku minta makanan tapi kedai tutup. Tapi aku takkan mengamuk kalau barang yang aku nak beli tu dah out of stock. Nampak tak mana lagi penting ? Hahaha.



Aku suka try makanan baru. Even bukan taste, tapi tetap nak bagi lalu kat anak tekak. Biar lidah rasa. Ok, makanan korea sangat tak boleh telan. Memandangkan bulan 3 nanti abah mama nak bawa pergi Korea, so aku kena buat precaution. 

Talking about vacation, susah kalau anak-anak semua pakat belajar universiti yang tak sama cuti ni. Nikmat, kelebihan Allah bagi kat setiap manusia tu tak sama. Sihat, tapi tak berduit. Kaya, tapi takda masa. Ada masa, tapi sakit. Dalam kes aku, sihat, ada duit, tapi takda masa. We're planning to go to Vietnam in January, Korea in Mac and Umrah in December. Tapi planning is a planning memandangkan aku cuti bulan 12, abang cuti bulan 1 and adik cuti bulan 2. May Allay ease everything :')

Back to the story, aku keluar kali ni dengan sepupu aku, Shima. Dia ni dah macam diari bergerak aku dah. Segala pot pet kat mulut aku ni, dia layankan je. Hehe.



This picture, khas untuk Aiman. Haha.



Aku tak tau apa nama makanan ni. Lupa. Tapi quite pedas la. Good ! Haha.

Kalau ikut fakta, perempuan yang suka pedas tu maknanya dia garang and laki yang suka pedas plak, maknanya dia kuat seks. Itu fakta. Tapi tak tau betul ke tak. Lecturer aku la cakap :p But seriously, aku memang garang. Try me.



I hate this photo. Tapi tak nak buang. Haha.

Kalau tak silap, aku keluar ni lepas balik dari kedah. Aku cuti seminggu time tu. Bukan cuti apa, Deepavali rasanya. Masa dekat rumah lagi mama datang dekat aku bagitau kata abah bank in duit poket. Lepas tu before balik, abah dah isi minyak full, touch n go pun full. Pagi tu lepas salam abah, abah bagi lagi duit poket. Dah sampai Unisel, abah mesej kata bank in lagi duit. Pelek. Tapi tu lah mama abah. Tau je macam mana nak pujuk anak dia :) 

Dalam family kitorang, family bonding tu kuat sangat. Kalau ada yang tengah bercinta, semua family akan tau. Sampai ke golongan sepupu sepapat pun akan tau. "Orait guys, family kita ada orang baru." Gitu.. Macam aku dengan hubby la, habis semua family dah kenal. Sama la macam bila salah sorang family ada problem, semua akan tau and semua akan sepakat. Couple of months ago, ada 3 ekor beruk ni datang rumah, bawa mulut lancang. As expected, memang kesian. Hehe :p



Simpan breakfast katanya :p

 As a conclusion, apa pun jadi kat aku, aku still ada family, kawan and FOODs. Haha.






Tuesday, November 19, 2013

Hikmah accident :)

Assalamualaikum and hi :)


Lama gila tak berblogging. Jadi final year student ni memang busy gila. Tapi dalam busy tu pun, sempat jugak dating, shopping. Hehe. Orang kata tu semua terapi. Sementara muda, masa still banyak, duit pun ada, have fun la ;D

Planning sabtu lepas nak pergi Mid Valley dengan Aimi and Shima, tapi elok nak balik rumah lepas lab ja sehari before tu, kereta kena langgar. Hancur plan T_T

Masa kena langgar memula tu, memang maki la. Bodoh punya driver Wira. Nak masuk simpang pun dah tak reti tengok kiri kanan. Kalau buta, jangan drive la -__-

Memang salah kereta wira tu pun sebab dia dari simpang, aku dari jalan lurus, elok aku dah dekat dengan dia ja, dia terus tekan minyak. Padahal tadi dia dah stop kat simpang. Aku terkejut la bila tetiba dia jalan, padahal aku dah dekat. So aku tekan hon. Ingat dia nak stop, tapi tak stop pun. Bila aku brek, dah terlambattttttttt. Dari aku langgar tiang kat divider, baik aku langgar dia. 



Kan dah hancur. Mak dah kata, kalau tak reti drive, buang lombong ja kereta tu -..-


Lepas kereta aku stop ja atas divider tu, aku terus turun pergi kat kereta wira. Bajet memula tu memang nak maki la. Tapi sampai-sampai sana ja terus tak jadi maki. Budak tu semput sambil nangis la plak. Huhu.

Masa accident tu aku naik dengan Tira. Masa tu Tira tengah makan keropok lekor, tapi habis keropok dia terbang bila kena langgar tu. Haha. Kesian Tira :p





Tak sampai 2 minit, jalan kat situ dah full dengan manusia. Masa awal-awal kena tu, aku dah tak peduli dah dengan kereta sendiri sebab masa tu otak fikir nak call mama abah je. Sampaikan pintu kereta terbuka luas and barang-barang aku ada tertinggal dalam tu pun aku tak teringat. Bila waras sikit, baru aku pergi tarik kunci kereta, tutup pintu, lock. Nasib baik takda barang hilang.


Ni orang kata "Allah masih jaga". Sikit ja lagi nak masuk lubang. Aku brek dari jauh lagi, elok nak sampai lubang, baru kereta stop. Brek dah tak makan dah time ni sebab tayar bengkok sebelah. Aku tak tau istilah kereta, tapi tayar tu memang senget la.



Bayangkan, seteruk-teruk kereta wira tu, kereta aku rosak banyak ni ja. Kuasa Allah kan :) And bayangkan, kereta aku pun dah estimate RM5k, kereta wira tu berapa ribu plak. 



Ni Adi. Belakang tu Marisha. Kebetulan diorang lalu situ, terus diorang stop sebab nampak kereta aku. Dia tunggu aku dari awal, sampai la aku pergi balai. Thanks adiks :) 

Tak sampai 10 minit, trak sampai. Dia nak tarik kereta aku pergi balai, tapi mama tak bagi. Mama ingat Citra tu boleh jalan lagi. Lepas cerita-cerita, baru la mama bagi. Mama takut trak tu menipu ke apa. So, aku pun bagi la trak tu tarik pergi balai. Tira call Affan datang ambik kat tempat accident tu, dia balik ambil kereta, then kitorang follow pergi balai. Aimi pun follow.


Lama jugak la settle kat balai sebab internet sana slow. So diorang tak boleh hantar report. Polis depan aku tu, baik pulak la dia tu. Hehe. Nama dia Ishak. Anak dia nama Nadiah. Umur sebaya aku, lahir sama tempat dengan aku. Haha. Tu yang rapat lain macam ja tu. Siap boleh sangkut dagu atas meja dia lagi sebab bosan. Lepas tu dia kata "sabar naa, internet slow hari ni. Kesian pak cik tengok adik". Hahaha.

Ni first time aku pergi balai buat report. First time jugak masuk bilik sarjan bincang sapa salah, sapa betul. Haha. Masa dia kata budak sebelah aku (driver wira) tu bersalah and kena saman, muka aku bangga gila. Haha. Tapi dari awal lagi aku tau aku tak salah.



Balik balai, terus pergi bengkel. Tapi kereta ni bukan baiki kat sini. Dia hantar ke Selayang sebab sana workshop panel insuran. Malam kejadian tu, abah dengan mama sampai. Malam tu jugak kitorang pergi tengok kereta. Abah dah bawa duit cash siap-siap RM6k sebab takut nak tunggu claim insuran tu lambat. Tapi Sulaiman (owner bengkel) tu kata insuran sekarang ni dah tak macam dulu. Sekarang dah tak payah tunggu lama untuk dapat claim. 

Malam tu abah mama tidur kat rumah aku kat Taman Ilmu. Kesian Tira kena turun tidur dengan Aira. Huhu. Pagi esok tu aku ikut mama abah tidur kat KL. Satu hari pusing-pusing. Hari ahad pun pusing lagi. Shopping menghabiskan duit yang tak payah bayar kat kereta. Haha. Tapi tak cukup masa plak nak habiskan semua, sebab kena pergi dekat abang di Shah Alam. Lepas jumpa abang, abah hantar aku balik Taman Ilmu and diorang tidur sana. Tu pun dah habis pujuk dah kata nak balik awal buat slide. Kalau tidak, malam tu tidur Shah Alam la aku. Dengan slide pun tak siap lagi, mampos !

Pagi Isnin tu mama hantar pergi presentation, lepas tu mama balik :) Supposed aku present pukul 9 pagi. Tapi examiner takda, so tunda pergi pukul 2 petang. Tetiba cancel, lepas tu kereta pun takda ni, memang susah la. Tapi Tira kata dia nak datang ambil. Tak sampai 10 minit, dia sampai. Dengan tak mandinya lagi. Haha. Petang tu pun pergi fakulti dengan Tira. Balik tu Tira nak ambil, tapi aku kata nak pergi kelas. Kesian dia nak tunggu sebab dia kena balik Bangi. Tup tup Aimi kata dia nak ambil. Sejam sebelum kelas habis lagi dia dah sampai :'( Terharu gila dapat buddies macam diorang. Sumpah terharu T__T

Ada hikmah lagi... Bab presentation. Disebabkan aku tak cukup masa nak prepare, siap buat slide pun dah last minute sangat. Time aku present tu, Allah bagi hadiah :) Sepanjang present tu aku tak nervous macam sebelum present. Time present tu supervisor siap boleh bersembang lagi dengan aku. Haha. Kitorang siap boleh gelak-gelak lagi. Masuk time Q&A plak, bila examiner bagi soalan, mana yang senang tu laju la aku jawab. Mana yang susah, tak sempat buka mulut lagi, supervisor dah tolong jawabkan. Dia siap terangkan dari A to Z lagi kat examiner. Hehe. Rasa macam disayangi. Hehe. Examiner pun baik sangat. Rasa macam bukan tengah defend proposal. Tapi more pada bersembang kat kedai kopi. Haha ^_^





Saturday, October 19, 2013

kenduri korban

Assalamualaikum and hai.

Lama jugak la sebenarnya tak buat kenduri korban kat rumah. Alhamdulillah tahun ni tumbang sekor lembu :)

Lepas sembahyang raya ja, terus abah, abang dengan cousin pergi ambil lembu yang dah siap sembelih kat Sik. Lepas tu balik lapah. Dah rutin dah benda ni. Pergi tengok lembu kena sembelih, tengok dia cincang-cincang, balik lapah. 



Aku tak join pun. Sebab mabuk lembu sikit :p


Hari raya kedua tu, baru la kitorang buat kenduri. Malam kenduri tu aku tidur dengan mama. Esok pagi tu, lepas subuh ja terus kena panggil pergi tolong masak. Adoi -.-"

Kenduri kali ni kitorang masak sendiri ja. Tak panggil orang tolong masakkan sebab adik beradik semua pakat balik. Meriah sangat :) Tapi aku tak tolong masak pun. Tak nak menyempitkan dapur. Nanti mama bising dapur dia sempit, abah jugak yang jadi mangsa kena besarkan dapur. Mak ngah plak mangsa kemaskan dapur -____-"



Bangun-bangun tidur ja terus cekik Bella. Haha. Kesian bella. Bulat je mata :p



Tok plak tiap-tiap pagi asyik layan ikan koi dia ja. Dah gemuk dah memasing asyik kena bagi makan.



Meja and kerusi tu pinjam dari pejabat abah. Bila dapat tau je kata boleh pinjam, terus berangan yang kenduri kahwin nanti amat la save bajet. Haha >.<



Before kenduri, memang la kemas. Tengok masa kenduri nanti... Punggah ! Haha.



Kenduri kahwin oh.. kenduri kahwin :)


Kenduri akan start pukul 11.30 pagi. So sepanjang pagi tu memang semua pakat busy kat dapur. Bab kekemasan rumah jangan pertikai la. Rakyat ramai kot. Jangan bajet ada maids sangat eh. Sebab mama dah pernah pecat 2 orang maids dah sebelum ni. Kesian.



Atok tu tukang kata yes and no ja. Haha.



Sup tulang. Not really my fav dish. Lemak dia OMGeek ! 



We had daging bakar here :) Daging dia soft gila. Nangis makan ni T_T



Adik cousin. Rajin gila kau... Boleh la buat menantu. Hikhik.



Gulai daging with rebung. Ni baru la my fav. Tapi makan sekali je. Sebab mabuk lembu. Again -_-"



See.. kan dah kata boleh buat menantu. Hihi :p



Ni pulut kacau. Homemade jugak :)

Pukul 11.30 tu kitorang start majlis dengan baca tahlil dulu. Then baru la makan.



3 orang ni mengada. Suruh ambil gambar, tapi tutup muka. Gedik ! -_-"



Sofa kena tendang keluar. Haha. Umur baru 22 dah ada anak sedara bersepah dah.



Family :)



Abah tu kuat makan. Mentang-mentang sihat, semua dia telan -_-" Tapi alhamdulillah la, at least i know that my dad is ok :) Kang kalau sakit kang, susah plak. Takpa abah, abah makan je. Hehe. Tapi at least, duduk la dulu -__-"

1 thing yang kelakar masa kenduri ni, boleh plak jiran sebelah rumah kata aku bertunang. Dia kata ni majlis tunang. Hahaha. Ok, kata-kata yang terkeluar dari mulut orang alim, tu satu doa yang mudah termakbul, kan ? Hehe :D

1 full day of joy. Thanks Allah for everything ;)





Thursday, October 17, 2013

Learn how to forgive and forget :)

Assalamualaikum :)


Lately banyak benda yang berlaku. Semua orang akan rasa benda yang sama. Akan rasa macam mana kena kutuk belakang, kena mengumpat, kena tikam belakang, kena fitnah. So on. Tapi macam mana cara nak handle, itu terpulang. 

Sebelum ni aku jenis melawan. For me im right, ur wrong, im smart enough and ur stupid. MasyaAllah. Sombong nya. Dah perangai macam ni pun masih mampu nak pijak Bumi Allah. Tak malu.

Kalau dulu rasa nak lawan, tapi sekarang aku pilih untuk diam. Betul la kata kawan, kalau dia loser, aku pun loser, kalau dia gampang, aku pun gampang. Sapa suruh layan. Layan orang bodoh, tak ke terlekat badi bodoh sama. Aku cari motivasi. Alhamdulillah, orang-orang yang dekat dengan aku semuanya jenis ingat tuhan. Bila bercakap, ingat tuhan, bila buat perkerjaan, ingat tuhan. Kita manusia bertuhan. Kiri kanan ada malaikat. Mereka catat. Di padang masyar nanti kita dihakimi, diadili. Kita tak nak kerja kita bertambah. Malu nak jawab depan Allah.



Sebaik-baik tempat mengadu adalah Allah. Tapi manusia ni tak kuat. Sebab itu Allah berikan penjaga. Sebaik-baik penjaga adalah ibu bapa. Aku bersyukur ada mama abah yang memahami, kenal anak-anak, tau agama. Apa-apa jenis nasihat sekalipun, mama abah mesti selitkan agama. Memang manusia buat jahat. Tapi hukuman manusia ikut peringkat. Niat saja tapi tak buat, buat tapi tak berniat, niat dan buat. 3 benda berbeza. Dalam badan ada syaitan. Macam mana nak kawal syaitan tu, itu berbalik pada iman. Syukur la, selama ni niat ja nak buat jahat, tapi masih tak buat-buat.

Bila teringat balik, mesti malu dengan Allah. Jadi pilih untuk mengalah. Bukan sebab salah, tapi untuk kebaikan dua-dua pihak. Macam Tira, Aimi and Sulo kata, mengalah bukan erti kalah, tapi erti kita kuat. Kita serah pada Allah untuk menilai, untuk menghukum. Kalau kita sibuk solat tiap hari, mintak ampun dari Allah, tapi diri sendiri tak boleh ampunkan makhluk lain, malu. Kita manusia bertuhan. Jangan fikir untuk diri sendiri.





**************************************

Aku terbaca blog kakak Fatin Suhana. 


 How can we learn to mend our scars and continue being good to people, even when they are not good to us?

"Those who show no mercy to others will have no mercy shown to them by Allah" [Muslim]

Forgiveness. who are we compared to Allah. if we are keen to seek for Allah forgiveness, how can we not forgive others?

Astarafirullah.

to all readers, let us forgive each other and stop backbiting each other. 

"Major Sins are indeed the cause for all misery, evil and torment in this world and the hereafter."

and among the destructive major sins are backbiting and slandering. they can decrease in good deeds and increase in evil ones and lead to dishonor and ignominy. how bad is that :(

Allah forbids these acts, He says in Qur'an :

"backbiting and gossiping are from the most vilest and despicable of things, yet the most widely spread among mankind, such that no one is free from it except for a few people."

Backbiting (gheebah) means mentioning something about a person (in his absence), that he hates, whether it is about his body, religious, characteristics, his worldly affairs, his self, his physical appearance, his wealth, his family.. etc.

It could also means gheebah when you make fun of how someone looks, mentioning any bad quality in him. such as,"pendeknya lah dia ni", "kurusnya dia.. macam papan". also in religious qualities, "dia tu banyak dosa tu", " orang tu dahlah tak bayar zakat, sembahyang pun tak.."

Sejujurnya, tak perlulah kita fitnah orang lain demi kepuasan sendiri. atau mengutuk/ mengumpat orang lain kerana kebiasaan kita begitu. seeking flaws in every people you see.

Abu Hurayrah (May Allah be pleased with him) narrated that Prophet Mohammad (PBUH) said:

"Do you know what backbiting is?” They said, “Allah and His Messenger know best.” He then said, “It is to say something about your brother that he would dislike.” Someone asked him, “But what if what I say is true?” The Messenger of Allah said, “If what you say about him is true, you are backbiting him, but if it is not true then you have slandered him."

I really want to tell that someone that i don't really like something about her. then what can i do?

There are a lot of things that we can do apart from kutuk-mengutuk/ fitnah/ perli depan/ anonymous harsh words comments/ harsh e-mails.. etc. have you ever heard about giving advise? if you don't, then this is the right way to tell someone about things you don't like about him/her. there a lot of ways on giving advise. some people love to do it in formal way, some may not. you can just hangout and after lunch, you have some small talks about life.. and that's the moment when you talk and express how you love him/her as a friend and didn't want them to take the wrong path, for example.

I still remember when i was still freehair,my schoolmate saw me at town. i was in my high school and took arabic language, so you know how the environment may see me. sigh. but what i love about my dear friends is that, a day after they saw me at town, they gather around and have a talk about sins. the way they talked were very polite and i know.. Allah loves me that He gave a bunch of good friends that i should follow. they did not use any harsh words, they even smiled and give a lot of motivation to makes me feel they're with me. and yes, after that i started to wear my hijab permanently :) so you see, giving advise is never an old school way. 

but i already give advise. n he didn't took my advise. so that's why i just give him harsh words.biar dia rasa.

to me, a lot of good advise will never harm anyone. and by giving harsh words, do u think the person will take your advise? take the good way to educate and advise people, and pray that the person will change. semoga Allah bukakan hati mereka. if you still don't believe this, it seems that you don't believe that Allah is the ONLY one who opens someones hearts. it will never be you. it will never be me. we are only the channel to it, but forever, it is in Allah's will.

*************************************************





Dan bila tanya kenapa hubby tak nak involve, hubby kata "hubby dah suruh sayang jangan layan. Sabar banyak-banyak. Ingat tuhan". Bila kita panas, kita mesti kena ada penyejuk. Bila buat jahat, kita bukan perlukan pengikut, tapi perlukan penarik yang boleh tarik kita ke landasan betul.




Bab cari salah orang, semuanya jumpa. Tapi bila cari salah sendiri, ramai manusia yang ego. Kalau jumpa salah sendiri, mesti akan buat-buat takda, atau nasihatkan diri sendiri "ur always right". Tapi sedar tak sedar, sebenarnya tu semua kerja syaitan. Dia bisikkan kat hati, kita terima ja.

Bila terima sesuatu rezeki, jangan kufur.




Kalau diberi rezeki anak, aku nak dia baca ni. Jangan kufur. Ada sebab kenapa Allah wujudkan zakat dalam rukun islam. Harta bukan untuk makan sendiri, tapi untuk dikongsi melalui orang yang mampu.  Kenapa Allah wujudkan puasa dalam rukun islam. Untuk ingat orang yang tak mampu. Biar kita tau apa rasanya lapar dahaga. Ni semua Allah sentuh bab harta. Tapi aku berlagak. Malunya dengan Allah. 

Jadi biarlah apa orang nak kata. Kita jaga diri dengan Allah sudah. Mama kata, kalau kita tak mampu ubah orang, kita ubah diri sendiri. Mesti ada silapnya. Hidayah bukan manusia yang bagi, tapi Allah yang beri. Semoga kita semua berubah. InsyaAllah.



AkuKata : mama kata "manusia berubah bila dicela, tapi sabar boleh jinakkan semuanya. Anak dididik baik-baik, tapi bila dia berubah, mesti ada silap kat mana-mana."








Monday, September 23, 2013

sayang kawan, kucing sendiri dibagikan :')

It was like... "isk isk.. sayang ko lebih la Tira :')"


The entry is all about Tira and her cats. Mana ada tuan yang sanggup bagi-bagi kucing dia pada orang lain just untuk keselesaan kawan-kawan kan. Kalau ada pun tak ramai. One of them, Tira :')

The story began awal sem hari tu. Tira bawa kucing dia yang dah 10 ekor tu balik rumah Taman Ilmu, and Bella start meragam tak nak makan, tak nak minum and tidur 24/7. Kucing tira ada Oreo, Mok, Vanilla, Tabby, Mocca and the newly kitten 5 ekor semuanya. So total 12 ekor in my house. Damn banyak ! And more worst, Vanilla pun pregnant time tu. Tunggu nak meletup je T_T

So bila banyak sangat, and Bella pun macam berubah gila, balik Bangi tu aku dengan abah hantar pergi vet. Then doktor kata Bella sihat and her attitude buruk macam tu sebab dia merajuk. So, aku megadu la dekat Tira, and then she decided untuk let go je kucing-kucing dia tu semua kecuali Mok, Tabby and Mocca T_T Suddently... i was CRYING ! :(

Bukan sebab Bella tak sihat je aku mengadu, tapi sebab susah nak jaga, banyak sangat, kotor and so so on. Memula takut nak luahkan. Tapi sebenarnya dia faham. Sometimes kita tak nampak pun apa yang someone tu cuba korbankan untuk kita, tapi sebab kita demand lebih, so kita anggap orang lain tu useless, kita je bagus. No no.



It was me. The one who created the OLX account.

Lepas je pos iklan Vanilla, berpuluh call and mesej masuk. Included whatsapp. Ramai sangat. Bila ada yang booked, cakap kat orang lain yang Vanilla dah adopted. Tapi once orang yang booked tu cancel, ada ja lagi orang lain yang masuk nak booked. So today, Vanilla dah selamat kat tangan owner baru. Hope tuan baru ni boleh jaga Vanilla better :(

And for Oreo, dia ada 5 kitten. 2 tu ada orang ambil. Then 1 tu Elmy ambil. Another 2 tu orang lain pulak ambil sekali dengan Oreo. Oreo pun dah selamat dah kat tangan owner baru. 



Masa bagi Vanilla kat owner baru tu, Vanilla baru je beranak 4 ekor kitten. Comel gila kot !!! T_T



Tira macam berat jugak nak let go. Tapi member punya pasai, i feel sorry for her. Damnly sorry !



Sunday, September 22, 2013

dating : enjoy the nature :)

Assalamualaikum :)

Tengah busy buat thesis pun sempat dating. Lepas tu mampos koyak mata sampai rabak. Nak buat cane, dah rasa macam nak dating, dating la kite :p

Kitorang pergi jalan-jalan ja dating kali ni. Tak tengok wayang ke tak shopping ke. Habis duit ke tiket, minyak dengan makan sampai meletup perut tu. Memula aku dengan hubby pergi KLCC. Masuk Aquaria :)

Sampai KLCC pun dah pukul 12 lebih, so kitorang lunch terus sebab breakfast tadi pun tak makan apa.



Memula duduk tepi tingkap sebab bajet pemandangan lawa la. Lepas tu bahang dia... masyaAllah. Berpeluh kau. Terus tukar tempat paling dalam.

Lepas makan, solat, baru la boleh masuk aquaria. Yang wajib dah settle, baru hati tenang. Ye dak :)





Entrance fee RM 38 untuk dewasa, RM 28 untuk kanak-kanak. Price untuk Malaysian only :)




Masuk aquaria ni tak sampai pun sejam. Tapi excited la. Boleh release tensyen mana-mana yang patut. Haha.

Keluar tu, pergi solat dulu, then pergi Taman Layang-layang. Masa nak masuk cari parking tu jem gila. Beratur panjang sampai tengah highway. Tapi at last dapat jugak parking. Betul-betul kat pagar masuk taman. Syukran ! ;D



First time tengok ni. Hehe. Kalau kat Kedah, orang main layang-layang masa musim menuai je. Main tengah sawah. Tapi tu pun zaman dah lepas. Kedah sekarang dah tak katak dibawah tempurung dah :p



Hubby kata next time kita datang, kita jogging. Aku tak nak. Then dia kata "jom makan". Ok, jalan laju-laju pergi gerai depan sana -.-" 




Kamera pun tak nak focus kitorang. Haha.

Maghrib tu kitorang solat kat petronas. Hubby first time tau petronas ada surau. Hehe. Lepas ni boleh kerap-kerap singgah petronas je solat. Bersih pun bersih :)