Assalamualaikum :)
Kalau aku kata aset paling penting and berharga adalah keluarga, mesti semua orang setuju. Kalau dah mati, kita tak boleh bawa duit, kereta or rumah setengah juta pun untuk masuk kubur. Kan. Orang kata, amalan akan terputus selepas mati, tapi si mati akan dapat pahala yang berterusan kalau dia ada aset-aset ni. Contoh, anak soleh, pahala sedekah. Family, tu la antara amalan yang penting. Sapa lagi nak doakan kita lepas mati kalau bukan family :)
Bagi aku sendiri pun, family aku terlampau ramai. Adik beradik abah saja dah 5 orang and mama 4 orang. Tu tak termasuk yang sepupu-sepupu yang dah kawin, dah beranak pinak. Anak saudara saja pun dah berpuluh. Tu la aset penting :)
Kalau kita susah, orang luar takda la baik sangat nak tolong kita. Kalau tolong pun, kutuk belakang. Tak pun, mengungkit. Tapi family, we stick together. Memang la manusia ni perangai macam-macam, tapi alhamdulillah, dengan agama, semuanya baik ja :)
Kami cousin, even dalam rumah pun still pakai tudung sebab bukan muhrim. Ni Hanis, anak ayah cu. Ayah cu tu adik bongsu mama. Dari kecik lagi, semua family mama akan berkumpul dekat rumah aku. Sepupu sepapat yang dah kawin pun still akan balik tidur dekat rumah aku. Kadang-kadang sampai penuh ruang tamu tu diorang tidur.
Bila aku pergi Unisel, macam-macam jenis orang aku jumpa. And kebanyakannya akan kata yang diorang tak akan tidur rumah adik beradik. Diorang lagi rela sewa hotel dari tidur rumah sedara mara. Macam mana nak rapat kalau macam tu. Cuba la berkumpul 1 bumbung and masak sama-sama. Meriah kan :)
Aku tengok adab orang yang tinggal dekat bandar ni lagi kuno dari yang tinggal dekat kampung. Semuanya macam anti sosial. Aku tak kata aku ketinggalan sebab semua gadgets aku ada. Tapi tengok dari segi bahasa, cara pemikiran. Orang bandar lagi kasar and kurang ajar. Kalau tak puas hati, terus serang rumah. Bukan sorang je aku jumpa. Tapi banyak. Jibam la, kakak sayang la, adik sayang la. Memalukan.
Dari kecik lagi, kalau ayah cu balik, tiap kali lepas subuh akan ada usrah and bacaan yasin. Kami adik beradik semua dididik untuk kenal agama. Tapi sejak pergi belajar jauh-jauh, macam-macam manusia aku jumpa. Yang pakai tudung tapi bertindik hidung pun ada. Tu apa ?
Bukan nak kutuk sesiapa, tapi tu realiti yang aku tak pernah jumpa. Culture shock. Kesian aku.
Ada orang kata aku tinggal dekat rumah pusaka. And hello, rumah ni dibina dari tiang satu sampai la jadi sebesar alam. Kalah 500 ribu rumah angan-angan kakak sayang tu.
Aku tak faham kenapa masih ada manusia yang suka sembang kencang tapi isi kosong. Kebenarannya hanya dia dan Allah je tahu yang dia tu sebenarnya menipu untuk sedapkan hati sendiri. Kenapa orang suka mengungkit yang DULU dia kaya sedangkan kenyataannya SEKARANG ni hutang keliling pinggang 7 keturunan pun tak habis bayar. Aku tak faham..
And sebenarnya, aku nak cerita ni..
Masa aku mula cuti sem hari tu, ayah cu balik Kedah. Pakat-pakat cuti kan. Cuma Afiq sorang je tak balik sebab ada kelas. Hehe. Cu rancang balik Kedah tu nak ajak holiday, tapi kitorang tak cukup quota. Mana boleh pergi mana-mana kalau abang takda. Abang dah warning awal-awal dah. Cit !
So ada satu petang tu Cu ajak jalan. So abah bawa pergi jambatan ni sebab dekat ja dengan rumah. You know what ? Bagi aku, tak tinggal dekat bandar tu bukan la satu kesalahan or ketinggalan zaman. Sebab bandar tu serabut dan penuh tekanan. Tapi dekat sini, semua yang ada adalah ketenangan :D
Dekat sini ada pantai, gunung, sungai, air terjun, sawah, bandar and everything. Aku tinggal dekat kawasan yang ada semuanya. Dekat sini takda jem, takda pencemaran udara, pencemaran bunyi, pencemaran mata. Semuanya sejuk-sejuk ja mata memandang. Tenang sangat ! :)
Tengok laut dapat tambah pahala. Tengok wajah parents dapat tambah pahala. Tengok kaabah dapat tambah pahala. Senang kan :)
Ni Hanis. Adik sepupu. Umur baru 15 tahun, tapi tinggi gila. Aku selalu teringat Hanis Zalikha kalau tengok dia. Serupa.
Cousins yang tak semua orang ada :)