Tuesday, August 5, 2014

Reunion supermassive XII

Assalamualaikum

Tahun ni kitorang buat reunion kat Pantai Merdeka. Thanks dekat penganjur and orang yang banyak sponsor untuk reunion ni :D

Dari awal pagi lagi aku dah bangun kemas rumah, mama start masak, prepare untuk open house. Kawan abah orang first yang datang. Dia nak jumpa abah untuk bagi barang je, tapi tak pasai-pasai kena paksa makan dulu. Then Mira dengan Itty plak sampai. Tunggu lama lepas tu, Sya dengan Ihah. Then baru 5 buah kereta yang lain sampai. Gila full house.

Lepas asar baru kitorang start konvoi pergi Pantai Merdeka. Ihah, Mira, Sya dengan Itty naik 1 kereta dengan aku. Kereta diorang park dekat rumah aku sebab memasing malas nak drive. But ok je. Naik reramai baru boleh gosip. Haha.

Kitorang naik highway dari tol Gurun sampai ke tol SP utara. Supposed turun SP selatan je, boleh terus naik Pantai Merdeka. Tapi Pak Lan bawa jalan jauh -___- Berpuluh traffic light kitorang kena stop. 


Kitorang sampai Pantai Merdeka pukul 8 malam. Memula kitorang yang gegirl ni dapat dorm. Diorang suruh check in dorm yang ada tempat mandi kolah tu. Lepas tu shower pun yang open punya. Bapak ahh.. Tak kan nak mandi berkemban. Duk fikir, memang tak nak mandi je. Biar busuk. Balik mandi kat rumah je.

Lepas gomol-gomol pipi semua orang, kitorang pergi berkumpul kat surau. Solat maghrib, lepas tu diorang buat tazkirah 5 minit, then solat isyak jemaah. 

Salin baju, terus pergi makan. Lapar gila kot.. Memula diorang plan nak buat bbq. So aku ingat stay tepi pantai and kipas-kipas la. Rupanya semuanya dah hidang -..- Tunggu makan je. Yang aku ingat la, malam tu ada ikan bakar, udang bakar, ayam bakar, sosej bakar, kueteaw goreng, nasi goreng, sup cendawan, jagung, agar-agar, salad, rojak buah, buah, ABC, air oren. Actually ada lagi, tapi tu je yang aku ingat.


Lepas makan tu ada sesi cabutan bertuah. Hadiah tu semua Pak Ku yang sponsor. Then sesi bergambar and bunga api. 


Aku tak faham la dengan geng ni. Jakun gila dengan monopod. Hahaha :p

Malam tu kitorang exchange bilik dengan boys. Supposed diorang stay family chalet yang 2 bilik tu. And ada 2 chalet. Mean 4 bilik la. Tapi diorang sanggup je nak tukar dengan kitorang sebab sayang sangat dengan kitorang. Haha :p

Bayangkan, chalet tu dah la ada tv, bilik sejuk gila, katil best, ada peti ais, cermin bapak besar gila and yang penting, private shower dia bapak best. Kalau compare dengan dorm yang ada kipas je, cermin separuh, shower kena kongsi and open, toilet seram gila, memang nightmare !!!

Malam tu check in chalet, rasa bahagia je hidup ni. Hahaha. Aku sebilik dengan Sya, Ihah and Eyn. Memasing main tarik selimut jela semalam. Tidur awal gila and bangun paling lambat. Haha.


1 katil, 2 orang. Muat je kalau nak sumbat lagi sorang, tapi memang tidur statik jela lepas tu. Hihi.


Pagi tu kitorang TERpaksa bangun sebab boys call suruh bangun breakfast. Kitorang pergi makan kat kedai mak cik mana ntah. Cilaka gila mulut pak cik tu. Dia panggil kitorang anak-anak yatim. Nak je kitorang bakar kedai dia tu. Nasib tua je, kalau muda, dah lama hilang masa depan ! Breakfast kali ni Linda and Mira bayarkan. Meow :D

Then patah balik pergi Resort, and bergambar.









Then dalam pukul 11 pagi lebih tu, semua pakat gomol-gomol pipi, and terus balik rumah. Kbai.


2 comments:

ain rahmat said...

Hi..assalamualaikum.. tumpang ye.. tqvm ;)
sesiapa yang nak buat bisnes jualan topup, boleh register kat saya. Direct SMS|WHATSAPP 0195120840. X rugi tau! membantu sgt. Xpayah pergi ke kedai utk topup. Mudah. Nti sy bantu.

ain rahmat said...

tumpang ye.. tq!
Hi..assalamualaikum.. sesiapa yang nak buat bisnes jualan topup, boleh register kat saya. Direct SMS|WHATSAPP 0195120840. X rugi tau! membantu sgt. Xpayah pergi ke kedai utk topup. Mudah. Nti sy bantu.