Tuesday, November 20, 2012

Terengganu (day 2) - part 1

Assalamualaikum :)


Hari ni online kat bilik. Wifi blok still mogok. So buat wifi sendiri. From the galaxy note directly to lappy and notebook. Thanks to unlimited Celcom broadband RM18 for a week and tethering Samsung. I love you :) Sebab you all, aku boleh siapkan lab report yang last minute gila hantar. Lecture dah packing nak balik Shah Alam dah baru aku hantar. Hari ni baru dapat rasa nikmatnya berlari-lari sorang diri untuk hantar lab report. Cis ! 

Ok, ni dah lari topik ..

***************************************

Back to Terengganu, aku akan try untuk ingat balik semua kejadian. Starting from the breakfast. Hanya 4 orang ja yang boleh pergi breakfast kat hotel ni ikut voucher dia bagi tu. So aku pergi dengan abang, cousin and abah. Makanan tak sedap. Thank you.

Lepas sarapan baru aku mandi pagi and gosok gigi. Haha. Sangat senonoh. Thanks to future husband for loving me. Hehe. Lepas tu terus berangkat ke Taman Tamadun Islam. Leaving 2 kids at home made me felt ... "Lantak korang lah. Janji jangan berak sepah". Haha.



Tok aku seronok sebab boleh naik kerusi roda. Haha. Nasib baik kerusi roda ni bukan yang jenis pakai motor tu. Kalau tak, habis lah tok aku bawa merempit -..-



See the price. Choose and pay. Thank you.



Tak nak jalan ? Boleh. Sini ada basikal roda 2 and roda 4. Not beca, tapi buggy car. Yeah !



Parut jerawat seketul di pipi. Amat lazat. Nyum nyum T___T



The price. Life need money. Always know.




Dekat sini ada 22 kot jenis masjid dari 21 negara. Kalau nak suruh jalan, memang kirim salam je.



Taj Mahal :)



Tempat menunggu





Tak ingat nama masjid



Dari luar and dalam masjid



Ya Allah, please take very good care of them :') 



Candid



Candid again






Antara masjid-masjid yang ada


Lepas habis naik motokar ni, masa nak keluar tu kena lalu ikut laluan jual cenderamata bagai. Tektik teknik segala.. Biasa.




Lepas tu TERpaksa singgah cafe diorang untuk redeem voucher. Dapat RM16 voucher. So kitorang habiskan dengan beli air tin. Dahaga gila !




Next, to Masjid Kristal. Kat sini seksa amat. Sebab panas bahang. Ya Allah, panasnya neraka kalau korang boleh bandingkan.




Anak cousin yang kedua. Dia demam. Thats why she looks so cute. Nyummy ! *Actually shes crying.


*******************************************

To be continued ..


Saturday, November 17, 2012

Terengganu (day 1)

Assalamualaikum and selamat maal hijrah :)


Dah balik bercuti ni, busy plak dengan lab report. Ingatkan kena siapkan 4 lab report ja. Rupanya ada 5. Mampos nak kena stay up malam ni. Huhu. Tapi still nak cerita pasai cuti kali ni sebab takut lupa. Ngee ! Nenek dah rupanya -..-

*******************************

First of all, planning nak pergi Terengganu ni memang dah lama dah. Ni hometown aku dulu. Ex-hometown. Hehe. Aku membesar dekat sini dengan abang aku. Aku ada keluarga angkat, mak angkat, ayah angkat. Semua angkat-angkat aku ada. Tapi aku dah tak ingat sapa sebab dah lama sangat tak balik sini. Kali ni aku balik jugak akhirnya sebab ada cerita seram disebaliknya. 

Kitorang berangkat 2 family dengan 2 kereta. Dua-dua kereta MPV and dua-dua full -.-"

Pukul 5 pagi kitorang tinggalkan rumah dengan keadaan cerah benderang. Yang tu tak payah risau dah sebab semua lampu luar rumah memang pakai sensor automatik on off. Pandai-pandai dia la nak hidup sendiri. Kereta aku full bukan sebab apa. Ada tambahan 2 makhluk comel lagi kat dalam tu. Berbulu belaka. Hehe. Mula-mula ingat nak tinggalkan kat kawan bagi dia jaga. Tapi abah tak bagi. Abah kata nak keluar as family, biar bawa semua sekali. Fine..



Anak kesayangan abah. Apa dia nak, semuanya layankan ja.. Huhu



Anak kesayangan mama jugak. Even dia yang cari gadoh dengan Cumi, but still Cumi yang kena marah. Cian ..


Sepanjang kitorang dalam kereta ni, semua orang alaskan paha dengan kain batik. Sebab takut lekat bulu 2 ekor ni. Huhu. And sepanjang perjalanan pergi tu, syukur la dua-dua ni tak buat perangai. Mabuk maybe. Kitorang pergi Tganu ikut Banjaran Titiwangsa. Bila dah lama tak lalu sini, rupanya dah ada hotel and resort dah pun. Gila fail Geografi. 

Sampai kat Terengganu dalam pukul 1 petang lebih. Bila sampai ja, terus pergi satu tempat hantu bertenggek. Tempat ni, tempat tumpahnya darah menantu mak ngah. Tempat ni tempat puaka and tempat ni rukun tetangga dia bomoh-bomoh belaka. Ok, kitorang datang sini dengan 1 main purpose. Nak dapatkan sample tanah untuk berubat. Mak ngah kena sihir. And menantu dia yang buat. @#$%& ! Masa nak ambil tanah ni, mama la yang paling semangat. Hehe. Dengan muka selamba ja dia turun kereta, lepas tu suruh abang keluar bawa yang penyodok baja tu.




Ni kat tepi jalan besar. Kat depan tu boleh nampak kedai makan -.-"



Done kerja mencuri tanah.


Lepas tu cari keropok lekor 30 batang. Check in hotel, makan sampai muntah -..-

Dekat hotel apartment ni, pets are not allowed. Mati hidup balik pun diorang takkan bagi bawa pets. Tambah-tambah yang berak taik besar and busuk macam ni. So, solution dia kitorang kidnap 2 ekor ni bawa masuk dalam beg, then usung sampai dekat bilik. Nasib baik la dua-dua ekor ni tak bunyi. 

Aku stay kat Sumai Suite Hotel and Apartment. Abah aku pilih yang 3 bilik punya. But still tak cukup. Ada 2 orang kena tidur luar. Ngeh ngeh ngeh :p



Bilik mama + abah + aku. Kitorang tidur sekatil. Nasib kurus -..- Haha. And bilik ni bilik Cumi + Jimmy jugak. Jimmy tidur toilet. Cumi tidur dengan aku. Mampos tiap malam kena gigit dengan Cumi sebab kurung laki dia. Huhu.



Ni bilik adik dengan atok



Bilik mak ngah + Kak Chaq + anak-anak. Katil tu diorang gabungkan. So muat 10 orang. Ok, tipu ..



From the bedrooms



Living room



Kitchen + entrance door



To the bedrooms

Actually nak promote. Tapi lupa snap gambar toilet. Before booked hotel ni, mama cari homestay. Tapi homestay sini semua sucks ! Nak booked hotel yang satu-satu bilik tu, rugi. Sebab kitorang ramai. So, hotel ni la satu-satunya yang ok kalau pergi beramai-ramai. Aku memang suggest-kan hotel apartment ni. Dekat dengan pantai :)

Malam tu semua orang pakat letih and tak nak bergerak pergi mana-mana dah. So mama abah decided nak pergi Giant, shopping. So aku ikut sama. Pergi Giant, borong bantal, vitamin Blacksmore, selimut, mop. Lepas tu pening fikir nak sumbat mana barang-barang ni semua masa balik nanti -.-"



See.. Ada orang kena tidur luar. Hehe.



Cumi plak yang hebat tidur dalam bilik -..-







Sunday, November 4, 2012

maraton wayang ;)

Assalamualaikum :)

******************************

Akhirnya dating jugak kitorang hari ni. Dah berbulan aku plan tarikh ni untuk dating sebab nak maraton wayang. Macam-macam jugak halangan yang datang sebab jeles dengan kitorang kononnya. Tetiba minggu lepas hubby mesej kata Sabtu ni dia kerja. Tetiba tu jugak la aku baran nak marah-marah. Huhu. Dah lama tak jumpa, pastu dah lama plan nak jumpa, pastu tetiba ada benda yang block. Uihh, fedap betul..

Lepas tu hari khamis lepas tetiba hubby bagi tau yang sabtu ni office dia cuti. Hihi.. Tahap seronok dia tu tak payah cerita la.. Malam tu jugak hubby keluar pergi beli tiket bas.

So kelmarin, kitorang keluar KL ja. Macam naik bosan dah dengan KL ni. Jem tak habis-habis. Hubby bertolak dari Penang pukul 8.30 pagi. Time tu aku siap boleh buat assignment lagi. Pukul 12.45 baru aku pergi ambil hubby kat Puduraya. Memula tu hubby kata dia turun Duta. Aku ni punya la gigih pergi Hentian Duta sampai sesat-sesat even pakai GPS, tetiba hubby kata bas dia stop Puduraya. So sekali lagi kena tempuh jem sampai gadoh-gadoh dengan amoi naik Merc. Kau naik Merc, ada aku kesah ?? Merc je pun. Bukan juta-juta pun. Choii ! -..-

Masa nak ambil hubby kat Pudu tu, jalan jem gila. Nak stop ambil hubby kat mana pun tatau. Hubby ada kat mana pun aku tatau. Time tu temperature aku memang naik. Tensyen aih duduk bandar ni.. Masa kereta aku gerak slow-slow, tetiba ada bunyi ketuk kat tingkap. Tengok-tengok hubby. Ajaib :p

Lepas tu kitorang macam nak pergi Wangsa Walk dah. Tetiba hujan lebat and jalan KL pun macam TUTTT. So tetiba stereng kereta memusing nak pergi Times Square. Time tu jugak la tetiba hujan lebat gila sampai aku tak nampak jalan. Lepas tu hubby offer diri nak drive. Alolo :)




Masa hubby drive tu kan, sebelah tangan hubby ke seat belakang nak ambil plastik. Hubby kata dalam tu ada barang aku punya. Dia kata hadiah :D Anyonyo.. 



Aku snap semalam


Terharu gila masa dapat hadiah ni. Memang clueless habis. Tatau hadiah tu untuk apa. Dalam otak aku just fikir birthday. Tapi birthday aku dah dapat hadiah dah. Bila aku tanya dia, dia kata saja nak bagi. Then tetiba aku jumpa kad. Kad tu tulis HAPPY ANNIVERSARY :')
Sumpah terharu. Isk isk isk T__T

Tak jadi pergi Wangsa Walk sebab hujan lebat sangat. So kitorang pergi TS ja sebab tu paling dekat.



First thing yang kitorang akan buat = beli tiket wayang :)


Nak tengok 3 movie, tapi 1 movie pun tak jadi sebab tempat full and banyak cerita tak best. Movie Zaiton ? Apakah ??

So lepas solat, kitorang berambus pergi Wangsa Walk jugak. The best place ever :p Sampai-sampai ja terus kitorang beli tiket wayang. Lepas tu teman hubby buat spek. Sebab spek lama dia patah bawah bontot dia. Ada paham ?



Gambar tak sharp lansung. Hate !



Nampak tak patah kat situ ?? Kalau tak nampak, pendek umur -..-



Benda ni donat liat. Dah lama teringin nak makan ni. Hari ni baru la terasa nak mengada cakap kat hubby kata nak ni. Hihi..


Lepas beli tiket untuk midnight ni, kitorang terus keluar cari kedai mamak. Hubby nak tengok bola. Ni second time aku teman dia lepak tengok bola. And ni jugak la second time aku tersengguk-sengguk tahan mengantuk. Last-last tidur jugak kat meja makan tu. Huhu.



MU vs Arsenal and nasi putih+telur dadar+tomyam ayam vs mi goreng mamak.


Pukul berapa ntah bola habis. Aku pun tak ingat. Aku ingat nak balik ja time tu. Mengantuk dia lain macam gila. Kitorang patah balik pergi Wangsa Walk, and lepak kat boling sambil cas fon aku. Yes, i need power bank immediately.



Main chess



Aku putih ka hubby hitam ? :p




Malam tu kitorang tengok Sinister. The best la cerita ni. Aku yang suka cerita seram ni pun boleh terasa seram. Selalunya aku good-good ja dengan cerita seram ni. Tapi kali ni siap sorok muka lagi. Haha. Kalau la aku boleh tutup sound dia, takda la seram sangat kot. KOT -.-"

Pukul 2 pagi lebih habis cerita tu. Lepas tu lepak mcD layan perasaan. Hujan again and again ......

Esok tu hubby kejut subuh. Kitorang pergi Masjid Negara. Masa sampai masjid tu aku tatau tu masjid apa. Bila balik tu la baru hubby bagi tau kata masjid tu selalu masuk tv tiap hari Jumaat. Betul la kan Masjid Negara. Shower dia best :)




Muka fresh lepas mandi air sejuk :) Psss.. hubby gosok gigi pakai berus gigi aku. Eii :p


Pagi hari ni kitorang pergi Festival City Mall. Dekat dengan Uptown Danau Kota tu. Beli tiket wayang 2. Lepas tu pergi breakfast dekat Oldtown.



Kenyang gila. Serious !



Cerita first yang kitorang tengok. Ok, menyesal bayar tiket mahal. Ni cerita black and white. And jalan cerita dia tak sama macam yang aku harapkan. Frust !



Cerita second. 


Lepas habis cerita FrankenWeenie tu, kitorang rush pergi Wangsa Walk kejap sebab nak ambil spek hubby kat kedai dalam tu. And kitorang lambat 15 minit untuk permulaan cerita Silent Hill ni sebab parking FULL. Ciss !

Habis cerita, pergi toilet, pergi surau, pergi cucuk duit.




Future husband ;)



Kitorang masuk kedai baju ni, terus pergi kat cermin and snap picture. Mesti amoi tu baran kan. Hik hik hik.




Kenapa hubby nampak tinggi ?? :p


So, this is the end of our date. Sangat fun sebab dah lama tak jumpa. So rindu tu selalu ada :)