Sunday, November 4, 2012

maraton wayang ;)

Assalamualaikum :)

******************************

Akhirnya dating jugak kitorang hari ni. Dah berbulan aku plan tarikh ni untuk dating sebab nak maraton wayang. Macam-macam jugak halangan yang datang sebab jeles dengan kitorang kononnya. Tetiba minggu lepas hubby mesej kata Sabtu ni dia kerja. Tetiba tu jugak la aku baran nak marah-marah. Huhu. Dah lama tak jumpa, pastu dah lama plan nak jumpa, pastu tetiba ada benda yang block. Uihh, fedap betul..

Lepas tu hari khamis lepas tetiba hubby bagi tau yang sabtu ni office dia cuti. Hihi.. Tahap seronok dia tu tak payah cerita la.. Malam tu jugak hubby keluar pergi beli tiket bas.

So kelmarin, kitorang keluar KL ja. Macam naik bosan dah dengan KL ni. Jem tak habis-habis. Hubby bertolak dari Penang pukul 8.30 pagi. Time tu aku siap boleh buat assignment lagi. Pukul 12.45 baru aku pergi ambil hubby kat Puduraya. Memula tu hubby kata dia turun Duta. Aku ni punya la gigih pergi Hentian Duta sampai sesat-sesat even pakai GPS, tetiba hubby kata bas dia stop Puduraya. So sekali lagi kena tempuh jem sampai gadoh-gadoh dengan amoi naik Merc. Kau naik Merc, ada aku kesah ?? Merc je pun. Bukan juta-juta pun. Choii ! -..-

Masa nak ambil hubby kat Pudu tu, jalan jem gila. Nak stop ambil hubby kat mana pun tatau. Hubby ada kat mana pun aku tatau. Time tu temperature aku memang naik. Tensyen aih duduk bandar ni.. Masa kereta aku gerak slow-slow, tetiba ada bunyi ketuk kat tingkap. Tengok-tengok hubby. Ajaib :p

Lepas tu kitorang macam nak pergi Wangsa Walk dah. Tetiba hujan lebat and jalan KL pun macam TUTTT. So tetiba stereng kereta memusing nak pergi Times Square. Time tu jugak la tetiba hujan lebat gila sampai aku tak nampak jalan. Lepas tu hubby offer diri nak drive. Alolo :)




Masa hubby drive tu kan, sebelah tangan hubby ke seat belakang nak ambil plastik. Hubby kata dalam tu ada barang aku punya. Dia kata hadiah :D Anyonyo.. 



Aku snap semalam


Terharu gila masa dapat hadiah ni. Memang clueless habis. Tatau hadiah tu untuk apa. Dalam otak aku just fikir birthday. Tapi birthday aku dah dapat hadiah dah. Bila aku tanya dia, dia kata saja nak bagi. Then tetiba aku jumpa kad. Kad tu tulis HAPPY ANNIVERSARY :')
Sumpah terharu. Isk isk isk T__T

Tak jadi pergi Wangsa Walk sebab hujan lebat sangat. So kitorang pergi TS ja sebab tu paling dekat.



First thing yang kitorang akan buat = beli tiket wayang :)


Nak tengok 3 movie, tapi 1 movie pun tak jadi sebab tempat full and banyak cerita tak best. Movie Zaiton ? Apakah ??

So lepas solat, kitorang berambus pergi Wangsa Walk jugak. The best place ever :p Sampai-sampai ja terus kitorang beli tiket wayang. Lepas tu teman hubby buat spek. Sebab spek lama dia patah bawah bontot dia. Ada paham ?



Gambar tak sharp lansung. Hate !



Nampak tak patah kat situ ?? Kalau tak nampak, pendek umur -..-



Benda ni donat liat. Dah lama teringin nak makan ni. Hari ni baru la terasa nak mengada cakap kat hubby kata nak ni. Hihi..


Lepas beli tiket untuk midnight ni, kitorang terus keluar cari kedai mamak. Hubby nak tengok bola. Ni second time aku teman dia lepak tengok bola. And ni jugak la second time aku tersengguk-sengguk tahan mengantuk. Last-last tidur jugak kat meja makan tu. Huhu.



MU vs Arsenal and nasi putih+telur dadar+tomyam ayam vs mi goreng mamak.


Pukul berapa ntah bola habis. Aku pun tak ingat. Aku ingat nak balik ja time tu. Mengantuk dia lain macam gila. Kitorang patah balik pergi Wangsa Walk, and lepak kat boling sambil cas fon aku. Yes, i need power bank immediately.



Main chess



Aku putih ka hubby hitam ? :p




Malam tu kitorang tengok Sinister. The best la cerita ni. Aku yang suka cerita seram ni pun boleh terasa seram. Selalunya aku good-good ja dengan cerita seram ni. Tapi kali ni siap sorok muka lagi. Haha. Kalau la aku boleh tutup sound dia, takda la seram sangat kot. KOT -.-"

Pukul 2 pagi lebih habis cerita tu. Lepas tu lepak mcD layan perasaan. Hujan again and again ......

Esok tu hubby kejut subuh. Kitorang pergi Masjid Negara. Masa sampai masjid tu aku tatau tu masjid apa. Bila balik tu la baru hubby bagi tau kata masjid tu selalu masuk tv tiap hari Jumaat. Betul la kan Masjid Negara. Shower dia best :)




Muka fresh lepas mandi air sejuk :) Psss.. hubby gosok gigi pakai berus gigi aku. Eii :p


Pagi hari ni kitorang pergi Festival City Mall. Dekat dengan Uptown Danau Kota tu. Beli tiket wayang 2. Lepas tu pergi breakfast dekat Oldtown.



Kenyang gila. Serious !



Cerita first yang kitorang tengok. Ok, menyesal bayar tiket mahal. Ni cerita black and white. And jalan cerita dia tak sama macam yang aku harapkan. Frust !



Cerita second. 


Lepas habis cerita FrankenWeenie tu, kitorang rush pergi Wangsa Walk kejap sebab nak ambil spek hubby kat kedai dalam tu. And kitorang lambat 15 minit untuk permulaan cerita Silent Hill ni sebab parking FULL. Ciss !

Habis cerita, pergi toilet, pergi surau, pergi cucuk duit.




Future husband ;)



Kitorang masuk kedai baju ni, terus pergi kat cermin and snap picture. Mesti amoi tu baran kan. Hik hik hik.




Kenapa hubby nampak tinggi ?? :p


So, this is the end of our date. Sangat fun sebab dah lama tak jumpa. So rindu tu selalu ada :) 


No comments: