Friday, December 31, 2010

berambus dah

Hari ni tak best. Subuh-subuh lagi dah kena mandi. Uih, tak best.. tak best..

Lepas subuh ja, Aku dengan family aku 4 orang ( tendang adik aku sorang ) bertolak pergi Pahang. Nak balik UMP weyh... Haih, ada nampak macam aku tengah seronok tak ?

Tak payah la cerita panjang. Bukan best pun. Kitorang sampai UMP dalam pukul 3.30 petang macam tu la. Sampai-sampai ja, terus kitorang pack barang aku yang selori tu masuk bontot kereta. Then aku pergi pejabat. Mula-mula tu ingat nak serah kad matrik sebab guard kata kena serahkan. Last-last, mak encik kat office tu suruh simpan ja buat kenangan. Buat penat ja. Dah la kena pergi sampai 3 compartment. Semua pakat tolak hang aku. Hampeh gila. Tempat last aku pergi, pejabat asrama. Yang ni sebab nak kena serah kunci bilik. Awang tu nak ambil kunci dari aku pun banyak soal. Nasib baik segak. Huhu..

Tu ja cerita aku berambus keluar dari UMP. Cerita selanjutnya, hanya aku dan dia yang tau. Hik hik.

Nite nite

**********************

Oh, lupa inform. Kitorang tidur dekat Mega View, Kuantan malam ni. Harga asal, RM150 satu malam. Tapi dia kurangkan jadi RM140 sebab end of year. Then ada cabutan bertuah lagi untuk customer. My mom dapat yang RM50. So, kiranya harga hotel kali ni just RM90. Wewitt.. Wifi dia laju weyh. Pergi ah =)


.

Wednesday, December 29, 2010

dapat surat 'cinta' depan pakwe

Pagi tadi bangun pukul berapa ntah. Anak dara ni memang tak siuman. Pakwe buat missed call 3 kali pun tak perasan. Dia hantar mesej marah geram-geram pun, buat tak layan. Haih. Apasal la henset ni kira nak silent ja. Meluat cek. Padahal..

Pukul 5 pagi dah dengar bunyi mesej masuk. Mood memang stabil lagi time tu. Bangun senang gila. Reply reply segala. Lepas tu Annuar kata nak tengok bola. Dia suruh aku tidur balik. Oh, macam orang lapar dapat kentucky. Nyenyak gila. Pukul 8 kot baru bangun. Dush !

Lepas tu terus mesej Annuar. Annuar kata apa tau...

" Tudia anak dara sorg ni... Mama tak kejut ke td? "

hehehe.. Aku memang suka ajuk. Harap maklum eh. Lepas sembang pot pet pot pet, aku ajak dia teman aku pergi pejabat pos. Tunang mesti ah kena keluar sekali kan. Hehe

Sampai ja dekat pejabat pos, dengan nak tak nak je, aku pun jalan pergi kaunter. Dekat depan aku ada sederet old people. Kui kui.. Pak cik bayar bil ye? Ish ish ish. Saya nak ambil surat. Surat 'cinta' love you love you. *pang !*




Lepas dapat surat cinta, terus jalan terkodek-kodek pergi dekat pakwe dalam kereta. Tayang-tayang nak bagi jelous. Lepas tu buat-buat malu tak bagi baca. Sumpah gediks. Lepas main tarik-tarik surat, geletek-geletek, baru aku buka surat tu. Aku ah rasmi dulu. Sementara nak baca tu pun kena teropong dulu. Macam apa je.

Lepas baca tu, baru la aku faham. Dia sayang aku rupanya. Pakwe aku pun jelous sebab aku kena jadi amoi lepas ni. Hehe. Tak pun, sebab terlampau sayang sangat kat aku la, dia nak hantar aku dekat sikit dengan pakwe aku. Bernas gila otak. Think positive weyh. Kalau tidak aku cekik korang dalam mimpi. Huh !

Tu la cerita dia. Hehe. Next story, ada dalam blog kedua. Annuar gunting rambut hari ni. Kat Gurun. Amoi yang guntingkan. Ciss ! Abang, tidur luar malam ni tau. Selamat malam ! *hempas pintu*


.

Friday, December 17, 2010

second day di Cameron

Dah masuk second day dah =)

Pagi tadi aku bangun subuh pukul berapa ntah. Pukul 7 lebih kot. Serious seram gila time nak ambil air sembahyang. Beku weyh. Huhu. Nak pergi kencing pun fikir 4,5 kali. Hampeh gila. Bukannya takda air panas, tapi galak malas nak buka.

Pagi ni sarapan apa ntah.. Aku lupa. Hak hak. Lantak dia la. Tapi pagi ni layan Detective Conan dengan abang Izzul. Oh, kitorang fanatik gila weyh. Boleh buat sewa ah buku komik Detective Conan kitorang. Kekadang tu, satu bab tu sampai ada dua buah. Sebab kitorang tak plan pun sapa beli, sapa tak payah beli. Balik-balik dari cuti ja, rasa macam nak hentuk kepala dekat dinding ja. Tapi bukan kepala aku la, kepala abang. Huhu *lari....*

************************

Dalam pukul 10 lebih macam tu la kot [ semua pakai kot ], kitorang gerak pergi MARDI. Pernah dengar? Confirm pernah kan. Korang bukan duduk dalam gua pun.





Kat situ, kitorang tengok pokok-pokok. Teruja kejap. Erk !






Eceh. Abah pandai posing oh.






Budak comot dengan opah dia. 4 tahun dah pakai tudung weyh. Sendiri mahu *Tabik spring* Aku darjah satu pun pakai buang. Dalam kelas pun boleh buang. *pitam [mama cuma]*






Tak like tengok muka adik time ni. Huh !




Anak sedara aku yang sulung.. Hobi? Memancing. Fedap btol ! Huhu *lempang banyak-banyak* Bad unty !





Yang kat bawah ni, kat tempat lain. Kedai-kedai yang tepi jalan tu. Kitorang singgah jela. Untung-untung dapat ah strawberry shake. Abang minum, aku pun nak gak. Last-last, mama yang habiskan. Sob sob sob



Minah senget dengan gaya senget. Haih ! Kalau korang perasan, semua benda yang ada kat aku pun senget. Hahaha.




Motif apakah? =.="


****************************

Habis ja dekat situ, kitorang pun turun la Tanah Rata. Pergi tengok teh apa semua. Singgah kat ladang teh ni tak lama pun sebab abah tak dapat parking. Orang ramai weyh. Huhu. Nak turun pergi ladang teh pun dah tak sempat. Mengidam oh nak lari-lari kat situ macam dalam filem Love Is Cinta. Hahaha. Korang tau tak filem Love Is Cinta? Ala, yang Irwansyah dengan Acha berlakon tu. Huhu.

Agak-agak sebelum asar, kitorang balik la. Balik-balik, aku terus sembahyang, mandi, makan, then tidur. Hihii.. Lepas tu pulun kata badan dah naik - -"

***********************

Bila dah dekat-dekat nak masuk maghrib, time ni la yang hot ni. Tidur dah la nyenyak gila sebab sejuk. Lepas tu sunyi plak tu. Tiba-tiba kena sentak dengan budak comot. Memang nak kena betul. Kalau kejutkan slow slow, boleh tahan lagi. Ni tak, buka-buka pintu, terus pergi jerit dekat telinga aku. Haih ! Kejut suruh pergi makan megi plak tu. Lagi ah tak tahan.




Malam ni makan salad lagi. Tapi kali ni abang Izzul yang buat. Wewit ! =) Dalam tu ada daun salad, tomato kecil, jagung yang dah asing dari batang dia tu, buah strawberi dengan cili yang bulat besar tu. Lepas tu picit mayonis untuk salad dengan thousand island. Try ah.


Bila perut pun dah buncit, tiba-tiba je teringat nak snapping snapping gambar apartment ni.

*********************************

Apartment ni ada 2 tingkat. Tingkat bawah, ada dapur dengan ruang tamu. Lepas tu bilik air satu.





Ni ruang kosong dengan tangga. Pintu tu untuk pergi ke balkoni. Luas gila weyh balkoni dia. Lupa plak nak snapping gambar. Tapi serious luas. Boleh buat taman.





Yang ni barang masak kitorang. Abaikan eh.





Ni plak alatan masak kitorang. Banyak gila. Serious.




Ni dapur dekat apartment ni. Kecil je. Muat untuk 2 orang je. Huhu. Don't like




Ni ruang tamu. Ada tv dekat depan abah tu. Confirm la ada tv, kalau tidak abah tenung apa. Dinding? =.="




Ni area atas. Bilik ja semua. Ada 3 bilik dengan satu tandas dekat luar, satu lagi dekat master bedroom.




Ok, dah habis. Pergi main jauh-jauh. Syuh... Syuh... =)


.

Wednesday, December 15, 2010

first day di Cameron

Hari Isnin lepas (13/12/2010), adik aku tak jadi nak operate tulang sebab batuk. Tu yang jadi pergi Cameron Highland tu. Terbaik ah adik =)

Kitorang bertolak dari rumah dah pukul 8 lebih dah. Kalau tak silap aku la. Huhu. Aku update entri ni pun dah 21/12/2010. Macam bangang je kan. Kitorang bertolak dengan 2 kereta. 1 Unser hitam, 1 Citra biru. Perlu ke cakap? =.="

Nah, tengok gambar dah la. Ni dekat r&r mana ntah. Aku lupa lak nak tanya abah aku. Tapi kitorang stop kat sini sebab nak sarapan la. Sarapan home made punya. Tak main ah beli-beli ni. Takda nutrien. Eceh !




Tengok number plat tu. Kalau korang jumpa yang 9059, tu family kitorang ah tu. Number plat family. Dah kawin nanti pun, abah suruh pakai number plat ni. Semua orang dia nak angkut. Hmm.

Masa tengah on the way nak pergi ni, aku mabuk weyh. Tolong ah percaya. Aku telan asam pun tak menjadi. Last last, atok bagi ubat. Telan 3 biji sekali gus. Hahaha. Lepas tu pulun cari sweet sebab ubat tu terlekat dekat celah anak tekak. PAHIT weyh ! Siot.. Then landing atas paha mama. Heaven oh. Hahaha. Anak sedara aku pun dah terlempar pergi dekat belakang. Kawan dengan abang aku plak.

Kira lama jugak ah kot aku tidur. Bangun-bangun, dah nak sampai Cameron dah. Lepas tu anak sedara aku kata apa tau.. Dia kata aku rugi sebab tak masuk lubang tikus tadi. Aku pulun la pening, lubang tikus mana. Lepas tu baru mama cakap, terowong. Hahaha. Bengong. Terowong tu dia kata lubang tikus.

Dalam pukul 2 petang macam tu, kitorang sampai la. Sampai dekat apartment apa ntah. Haha. Nanti aku bagi ingat balik.



Yang that girl tu bukan anak sedara aku. Tapi anak sedara bini sepupu aku. Time ni baru sampai. Beg pun tak angkut masuk bilik lagi. Tapi adik sampai-sampai ja terus on lappy. Yelah, dah tak payah angkat barang sebab tulang dia tak cure lagi. Macam bagus je..

Lepas landing landing, kitorang pun nak turun pergi pekan Brinchang.






Sori, takda gambar dekat Brinchang sebab semua busy body nak usha-usha orang + barang. Orang Brinchang ni cakap macam minah Sabah je aku dengar. Macam budak Thai pun ada jugak. Huhu

Malam tu tak buat apa pun. Makan pun ratah sayur ja. Then, tidur. Haha. Nak berebut tv, rasa macam tak sanggup la plak. Geng laki tengok bola.



.