Wednesday, December 15, 2010

first day di Cameron

Hari Isnin lepas (13/12/2010), adik aku tak jadi nak operate tulang sebab batuk. Tu yang jadi pergi Cameron Highland tu. Terbaik ah adik =)

Kitorang bertolak dari rumah dah pukul 8 lebih dah. Kalau tak silap aku la. Huhu. Aku update entri ni pun dah 21/12/2010. Macam bangang je kan. Kitorang bertolak dengan 2 kereta. 1 Unser hitam, 1 Citra biru. Perlu ke cakap? =.="

Nah, tengok gambar dah la. Ni dekat r&r mana ntah. Aku lupa lak nak tanya abah aku. Tapi kitorang stop kat sini sebab nak sarapan la. Sarapan home made punya. Tak main ah beli-beli ni. Takda nutrien. Eceh !




Tengok number plat tu. Kalau korang jumpa yang 9059, tu family kitorang ah tu. Number plat family. Dah kawin nanti pun, abah suruh pakai number plat ni. Semua orang dia nak angkut. Hmm.

Masa tengah on the way nak pergi ni, aku mabuk weyh. Tolong ah percaya. Aku telan asam pun tak menjadi. Last last, atok bagi ubat. Telan 3 biji sekali gus. Hahaha. Lepas tu pulun cari sweet sebab ubat tu terlekat dekat celah anak tekak. PAHIT weyh ! Siot.. Then landing atas paha mama. Heaven oh. Hahaha. Anak sedara aku pun dah terlempar pergi dekat belakang. Kawan dengan abang aku plak.

Kira lama jugak ah kot aku tidur. Bangun-bangun, dah nak sampai Cameron dah. Lepas tu anak sedara aku kata apa tau.. Dia kata aku rugi sebab tak masuk lubang tikus tadi. Aku pulun la pening, lubang tikus mana. Lepas tu baru mama cakap, terowong. Hahaha. Bengong. Terowong tu dia kata lubang tikus.

Dalam pukul 2 petang macam tu, kitorang sampai la. Sampai dekat apartment apa ntah. Haha. Nanti aku bagi ingat balik.



Yang that girl tu bukan anak sedara aku. Tapi anak sedara bini sepupu aku. Time ni baru sampai. Beg pun tak angkut masuk bilik lagi. Tapi adik sampai-sampai ja terus on lappy. Yelah, dah tak payah angkat barang sebab tulang dia tak cure lagi. Macam bagus je..

Lepas landing landing, kitorang pun nak turun pergi pekan Brinchang.






Sori, takda gambar dekat Brinchang sebab semua busy body nak usha-usha orang + barang. Orang Brinchang ni cakap macam minah Sabah je aku dengar. Macam budak Thai pun ada jugak. Huhu

Malam tu tak buat apa pun. Makan pun ratah sayur ja. Then, tidur. Haha. Nak berebut tv, rasa macam tak sanggup la plak. Geng laki tengok bola.



.


No comments: