Dah masuk second day dah =)
Pagi tadi aku bangun subuh pukul berapa ntah. Pukul 7 lebih kot. Serious seram gila time nak ambil air sembahyang. Beku weyh. Huhu. Nak pergi kencing pun fikir 4,5 kali. Hampeh gila. Bukannya takda air panas, tapi galak malas nak buka.
Pagi ni sarapan apa ntah.. Aku lupa. Hak hak. Lantak dia la. Tapi pagi ni layan Detective Conan dengan abang Izzul. Oh, kitorang fanatik gila weyh. Boleh buat sewa ah buku komik Detective Conan kitorang. Kekadang tu, satu bab tu sampai ada dua buah. Sebab kitorang tak plan pun sapa beli, sapa tak payah beli. Balik-balik dari cuti ja, rasa macam nak hentuk kepala dekat dinding ja. Tapi bukan kepala aku la, kepala abang. Huhu *lari....*
************************
Dalam pukul 10 lebih macam tu la kot [ semua pakai kot ], kitorang gerak pergi MARDI. Pernah dengar? Confirm pernah kan. Korang bukan duduk dalam gua pun.
Kat situ, kitorang tengok pokok-pokok. Teruja kejap. Erk !
Eceh. Abah pandai posing oh.
Budak comot dengan opah dia. 4 tahun dah pakai tudung weyh. Sendiri mahu *Tabik spring* Aku darjah satu pun pakai buang. Dalam kelas pun boleh buang. *pitam [mama cuma]*
Tak like tengok muka adik time ni. Huh !
Anak sedara aku yang sulung.. Hobi? Memancing. Fedap btol ! Huhu *lempang banyak-banyak* Bad unty !
Yang kat bawah ni, kat tempat lain. Kedai-kedai yang tepi jalan tu. Kitorang singgah jela. Untung-untung dapat ah strawberry shake. Abang minum, aku pun nak gak. Last-last, mama yang habiskan. Sob sob sob
Minah senget dengan gaya senget. Haih ! Kalau korang perasan, semua benda yang ada kat aku pun senget. Hahaha.
Motif apakah? =.="
****************************
Habis ja dekat situ, kitorang pun turun la Tanah Rata. Pergi tengok teh apa semua. Singgah kat ladang teh ni tak lama pun sebab abah tak dapat parking. Orang ramai weyh. Huhu. Nak turun pergi ladang teh pun dah tak sempat. Mengidam oh nak lari-lari kat situ macam dalam filem Love Is Cinta. Hahaha. Korang tau tak filem Love Is Cinta? Ala, yang Irwansyah dengan Acha berlakon tu. Huhu.
Agak-agak sebelum asar, kitorang balik la. Balik-balik, aku terus sembahyang, mandi, makan, then tidur. Hihii.. Lepas tu pulun kata badan dah naik - -"
***********************
Bila dah dekat-dekat nak masuk maghrib, time ni la yang hot ni. Tidur dah la nyenyak gila sebab sejuk. Lepas tu sunyi plak tu. Tiba-tiba kena sentak dengan budak comot. Memang nak kena betul. Kalau kejutkan slow slow, boleh tahan lagi. Ni tak, buka-buka pintu, terus pergi jerit dekat telinga aku. Haih ! Kejut suruh pergi makan megi plak tu. Lagi ah tak tahan.
Malam ni makan salad lagi. Tapi kali ni abang Izzul yang buat. Wewit ! =) Dalam tu ada daun salad, tomato kecil, jagung yang dah asing dari batang dia tu, buah strawberi dengan cili yang bulat besar tu. Lepas tu picit mayonis untuk salad dengan thousand island. Try ah.
Bila perut pun dah buncit, tiba-tiba je teringat nak snapping snapping gambar apartment ni.
*********************************
Apartment ni ada 2 tingkat. Tingkat bawah, ada dapur dengan ruang tamu. Lepas tu bilik air satu.
Ni ruang kosong dengan tangga. Pintu tu untuk pergi ke balkoni. Luas gila weyh balkoni dia. Lupa plak nak snapping gambar. Tapi serious luas. Boleh buat taman.
Yang ni barang masak kitorang. Abaikan eh.
Ni plak alatan masak kitorang. Banyak gila. Serious.
Ni dapur dekat apartment ni. Kecil je. Muat untuk 2 orang je. Huhu. Don't like
Ni ruang tamu. Ada tv dekat depan abah tu. Confirm la ada tv, kalau tidak abah tenung apa. Dinding? =.="
Ni area atas. Bilik ja semua. Ada 3 bilik dengan satu tandas dekat luar, satu lagi dekat master bedroom.
Ok, dah habis. Pergi main jauh-jauh. Syuh... Syuh... =)
.
No comments:
Post a Comment