Tuesday, December 27, 2011

tektik hubby nak memutihkan aku

Ni semalam la punya cerita ni. Hubby tetiba ( takda la tetiba sangat kan ) suruh aku memutihkan diri. Mula-mula dia hantar link cara-cara nak jaga keremajaan kulit muka. Ada 6 cara kat situ.

  1. Minum air kosong 8 -10 gelas sehari untuk jaga kelembapan kulit. Yang ni aku tak gaduh nak peduli dah sebab aku telan air 2800ml kot sehari. Botol air tu jadi bantai peluk aku dah bila aku duk kat meja study. Botol yang 3 liter warna pink tu. Beli kat Tesco. Hehe.
  2. Sebelum tidur, basuh muka dengan air bersih. Yang ni pun no need to worry la. Aku siap ambil wuduk lagi before tidur. Pakej lengkap. Bukan apa, duduk ramai-ramai ni kadang-kadang ada makhluk lain ikut balik. Kalau ambil wuduk, tidur nyenyak kot ..
  3. Cuci muka lepas beriadah or bersenam. Betul dia kata. Tapi jangan la cuci muka time peluh-peluh, muka panas-panas tu. Karang tak pasai pasai naik jeragat, naik panau. Lagi syok.
  4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Cuci muka, pakai toner, sapu pelembab. Ok, yang ni done :)
  5. Pakai sunblock. Aku pakai jenama Irise SPF 50 punya.
  6. Kalau ada masalah kulit, jumpa dengan doktor kulit.

Semua info ni boleh dapat dekat link 'tekan sini' :)

Lepas tu b bagi link lagi. Link pasai limau nipis. Tapi dalam bahasa indon. Hehe. Dalam link tu dia cakap limau nipis ni baik untuk kesihatan segala. Lepas tu boleh memutihkan kulit, boleh bagi ramping, bagi suara sedap la apa la. Aku malas taip banyak sebab dia panjang. Hehe.

Tak habis dekat situ, tetiba hubby post kat wall fb aku plak suruh aku minum soya. Rupanya dia duk tanya orang habis macam mana nak bagi kulit putih. Hehe. Aku buka fb hubby, buka inbox dia, aku tengok .. tudiaa ... Haha. Merata orang dia tanya :p

Tapi yang Fatim ( awek kawan kitorang ) bagi tu la dia duk suruh aku ikut. Fatim suruh aku

  • Minum air soya banyak-banyak. Tadi hubby mesej aku kata lepas ni aku boleh minum air suam dengan air soya ja. Haha. Mak, anak mak ni pandai sita air orang :D
  • Pakai sunblock. Yang ni, macam aku kata la. Aku pakai dah.
  • Guna air basuhan beras. Yang ni masa aku cuti panjang lepas get out dari UMP, tiap-tiap hari aku buat. Tapi time tu jadi suri rumah. Mampu la kan. Sekarang, masak nasi time weekend ja. Tu pun kalau time weekend aku duduk rumah. Kalau time weekend tu aku keluar date, mandi pun dak. Hahaha.
  • Pakai bedak sejuk. Haa, masa aku tengah taip benda alah ni, muka aku penuh dengan bedak sejuk. Aku beli kat koop tadi. Sebalang tu RM2.50. Berbaloi-baloi. Hahak.
  • Kisar beras dengan kunyit hidup campur air sikit, sapu kat seluruh badan. Yang ni untuk bagi kulit halus. " Tapi hubby, sayang takda blender. So kita skip yang ni. Sayang pakai losyen Johnson Baby ok :) "

Lepas hubby suruh semalam, lepas kelas pagi tadi aku terus pergi koop. Habis satu koop tu aku selongkar. Haha. Aku siap berleter lagi dekat bangla tu sebab dia tak jual sawi. *tetiba

Actually aku nak beli barang masak sama. Date Sabtu nanti. Remember :) Aku cari fun fries. Ada jual, tapi rumah takda peti ais. So memang tak boleh beli lagi la. Aku jumpa ayam tadi, aku tanya bangla tu halal ke tak. Dia kata halal. Tak tau la betul ke tak. Tapi bangla tu Islam. Aku nampak dia pergi sembahyang Jumaat sebab hari tu dia nak pergi sembahyang, aku sibuk membeli lagi. Hehe. Aku cari sawi sama, tapi tak jumpa. Ok, abaikan sawi. Aku nampak kobis. Kira ok la. Tapi nak masak tu guna kobis ? Memang tak ah. So aku beli kentang. Nanti boleh buat tu ikut resepi mama :)

******************************

Habis dah aku berleter. Sekian. Harap putih :p


Saturday, December 17, 2011

urutan zahir

Hari ni dah masuk hari kedua hubby kat Indon. Esok pagi hubby sampai sini. Kelmarin hubby berlepas pukul 3 petang. Pukul 3 petang tu aku pun ada kelas Chemistry 2. So aku pergi kelas. First class untuk semester 2 ni yang aku pergi. Lepas kelas, aku pergi makan, pergi bilik member, sampai pukul 5 lebih baru aku balik. Lepas tu aku tengok drama Jepun sampai episod 7. 1 episod 50 minit. Hahaha.

Malam tu aku sakit pinggang gila duduk kat atas kerusi study tu sambil tengok movie. Sumpah lenguh. Aku nak meniarap, dulu Cu aku pernah kata, orang perempuan tak elok meniarap. Tak elok untuk kesihatan organ perempuan. Aku pun tak tau betul ke tak sebab aku tak search pun. Tapi Cu aku ni rajin pergi kelas aerobik. Seminggu 2 kali dia pergi.

Bila dah lenguh pinggang, aku pergi berjalan jap. Pergi usha hamster aku buat pa. Yang TehTeh dah tidur. Tinggal TamTam ja kerja makan ja tau. Tiap hari aku kena isi mangkuk makanan diorang tu. Huhu. Aku angkat Tamtam tu letak atas lantai, then aku penyek dia tak bagi bergerak, lepas tu aku massage dia. Dan-dan dia diam.. Hehe.



Without moving. Bhaha.

Aku urut dia, part telinga dia paling suka. Haha. 1 lagi part yang dekat-dekat bontot tu. Kalau aku urut yang dekat bontot tu, mesti kaki belakang dia dua-dua macam tengah duk kayuh :p



Mengantuk dah. Hehe. Padahal kat kantung makanan kat pipi dia tu penuh dengan makanan. Sambil aku duk gosok telinga dia, mulut dia duk kunyah. Mak dia tak ajar eh sebelum tidur tak boleh makan dah ? :p

Anyway, ni la yang teman aku sepanjang hubby takda :)


Thursday, December 15, 2011

hubby new hair style





Hubby nak try style rambut pendek plak. Hehe. Nanti panjang balik. Kan. Kan :p

Saturday, December 3, 2011

i-city [ day 9 ]

Ini cerita laaaama punya. Tapi aku baaaaru update. Tapi guna date event, sebab aku ni senang lupa. Kau pun sama. Kita sama saja.

Aku tak tau sebab apa aku pergi I-City ni. Sebab sini hanya ada lampu. Dah berkali-kali aku nampak lampu. Tapi abah aku la nak sangat datang sini. Tambah-tambah family aku yang lain tak pernah datang lagi. Kitorang bertolak datang sini lepas maghrib naik 3 kereta. Sampai sini, orang-orang dalam 2 kereta ja turun. Yang orang-orang dalam 1 kereta lagi tu tak turun. Yang tak turun tu family ayah cu sebab diorang baru sangat-sangat sampai sini hari tu. Aku pun kalau tak teringatkan toilet, nak ja aku duduk bergosip sama dalam kereta dengan orang-orang tu. Hehe.

Masa aku sampai ni, baru la aku nampak yang I-City ni tersangat lah hampehnya. Sebab masa first time datang dulu, aku datang dengan girlfriends aku pukul 2 pagi. Masa tu I-City mandom lagi and tak ramai orang. Second time aku datang, aku datang dengan hubby. Time tu ramai orang tapi aku tak terasa sangat kehampasan I-City ni sebab senang nak keluar parking. Tapi sekarang ...





Ramai gila umat manusia kat I-City ni malam-malam.



Dari Bangi nak datang sini, stuck kat traffic jam dekat setengah jam. Kereta berbaris nak ambil tiket parking dah setengah jam. Masuk ronda-ronda dalam I-City ni pun setengah jam. Berbaris nak bayar parking kat autopay 15 minit. Nak reverse kereta sebab nak balik dah, setengah jam. Dari tempat parking nak pergi ke tempat jolok tiket, 2 jam setengah. Tak ke cilaka namanya tu. 3 jam stuck kat tempat parking ja. Siot. Nak balik dah sejam setengah. Pukul 2 pagi lebih la baru sampai rumah. Sumpah tak pergi dah time-time holiday macam ni. Serik ! Bukan apa, sistem kat tempat parking tu takda. 6 cabang nak pergi 1 exit, tak ke bodoh namanya.. Orang yang jaga parking tu ada 2 orang ja. Sengal.



Friday, December 2, 2011

first travel with hamster

10 hari nak tinggalkan diorang kat rumah ? Memang tak ahh ...





Lama gila Tamtam duduk macam ni. Beku :p



Duduk macam ni pun lama :D


Most of the time, kalau biar ja dia dalam kotak ni, mesti takkan jumpa dia sebab dia SEJUK :p


And Putih sangat selesa sebab ada lembu tolong lindung :)

kanak-kanak nikon di Cameron

Presented by the sulung girl ( 5 ), the middle girl ( 2 ), the smallest girl ( 1 )











Monday, November 28, 2011

Melaka [ day 5 ]

Day 5 dah. 'Therefore' ni kitorang pusing-pusing Bandaraya Melaka ja. Dah semalam tak sempat sangat kan. Memula, parking kereta dulu. Bawah pokok punya .. Hehe.

Lepas tu jalan kaki pergi Menara Taming Sari. Naik, satu kepala RM20. Naik harga ka ? Aku pun tak tau dulu naik berapa.



Semua pakai hitam. Bajet Melaka ni London kot. Panas gila. Huhu. Tengok gambar ni, rasa tak sabar plak nak kawin :) Nak kawin dengan hubby. Nak anak dengan hubby :D

Lepas Taming Sari, kitorang pergi yang kapal tu. Tapi aku tak masuk. Cousin cousin aku dengan anak bini diorang ja masuk. Aku pergi cari makanan. Hahaha. Cari makan, cari makan. Tapi seksa oh. Time tu anak buah aku merengek suruh dukung. Aku nak letak dia suruh jalan dia tak mau. Angkat kaki ja dia tau. Huhu. Patah tangan weyh. Ibu mithali betoi - -"

Lepas jumpa dah makanan, aku dengan yang the rest tu balik kereta cari air plak. Tekak minta air lalu. Hehe. Dapat la air mineral sebotol.


Lepas rehat bagai, yang lain-lain semua pakat nak pergi panjat kota A Famosa. Tapi aku, mama dengan Hanis malas ikut. Kitorang duduk jela kat tempat parking bawah pokok tu. Serious berangin. Best ja. Hehe. Tapi lepas tu kena jalan gak. Abah suruh tunggu diorang kat bawah bukit Kota A Famosa tu. Huhu.


Rugi tak pergi. Huhu. Ni Abang Wan yang snap. Nikon aku bagi kat dia.


At least, ada 1 gambar aku kat kaki Kota A Famosa. Haha. 

Dekat-dekat dengan Kota tu ada Istana Kesultanan Melaka.


See that budak kecik yang berdiri sorang-sorang kat depan tu ? Dia kesayangan aku. Suka sangat buat belit tangan macam tu and kuat merap :)



Lepas muzium, kitorang singgah Mahkota Parade. Singgah isi perut. Kali ni Ayah Cu plak yang keluarkan duit. Hehe.


Terima kasih daun keladi. Nanti ayah cu belanja la lagi :D

Balik-balik ni, semua pakat pengsan. Plan tu nak balik Bangi hari ni la. Tapi ayah cu tetiba kata esok dia cuti lagi and abah kata, kita extend lagi holiday. So, jadi la aku balik esok plak and bukan malam ni. Zzz



Sunday, November 27, 2011

holiday [ day 4 ]

Ni hari ketiga aku holiday. Pagi ni aku kat Cameron lagi. Tup tup, tengah hari tu aku dah sampai Bangi. Lepas tu pagi esok aku dah sampai Melaka plak.

Tempat first yang kami singgah, A Famosa Animal World Safari. Dengan tunjuk MyCard, dewasa sorang RM38, kanak-kanak RM28 on weekend / public holiday. Hari ni habis RM800 more or less. Tapi masuk sini dapat 1 makanan berat and 1 minuman free. 



Ni masa tunggu Abang Cikli belikan tiket untuk semua. Dia belanja. Tapi guna duit abah - -"

Tempat first yang kami pergi, tempat trak. Safari ni tak macam zoo sebab binatang tengok manusia. Binatang bebas, manusia yang kena kurung.



Ni aku ajar kesayangan aku buat mulut ikan. Hehe. Time ni tengah tunggu trak. Yang macam lori tu.


Ni la lori trak dia. Depan diorang ni, ada aku. Depan aku, ada pasangan kawin yang ada baby sorang. Aku dalam trak ni asyik usha couple ni jela. Jelous. Huhu.

Lepas trak, kena melintas kat animal kindom ni jap untuk pergi tengok red indian show dengan animal show.


Ni first time aku tengok red indian show. Time ni hujan. Baru ja hujan masa aku baru ja duduk. Aku ingatkan show tu tak jadi dah. Tapi dalam hujan pun diorang boleh berlakon segala. Ok ok. Tepuk.


Lepas red indian show, kitorang terus pergi kat animal show. Yang ni aku dah tengok dah masa memula datang dulu. Tapi masa tu cat show takda. Ni baru ada :)


Lepas animal show, bird show plak. Yang ni pun aku dah tengok dulu. So aku tinggal ja show ni masa dia baru mula. Aku ikut parents dengan Abang Cikli pergi monkey island. Orang lain semua tak nak ikut. Hanis sorang ja suka teman aku. Huhu.


Masa red indian show tadi, ada pasangan arab bagi keropok ubi kat anak buah aku. Tapi aku dengan Hanis yang tolong habiskan. Haha.


Time nak pergi monkey island. Naik bot ni free ja sebab termasuk harga tiket.

Monkey island dia kecik ja. 5 minit pun dah telebih cukup untuk pusing 1 pulau. Huh. Tapi boleh la takat nak ambik gambar latar belakang beruk tu.


Sambungan pantun buah cempedak ... "ambil galah tolong jolokkan" Hiyarkk ! :D

Lepas monkey island, kitorang pergi makan bungkusan makanan yang dapat tadi tu. Masa tengah makan, abah suka potong stim. Berapa kali ntah dia push suruh makan cepat-cepat. Masa buka polistrin, dia kata ada lagi 10 minit. Masa mula suap nasi, dia kata lagi 8 minit. Erk. Tersedak - -"

Kitorang kena rush sebab nak tengok final show. Gajah show ... Yang ni aku suka. Sebab part last sekali, semua pakat kena sembur dengan gajah. Bhahaha. Dah la aku duduk line depan sekali. Cantek !


Aku dengan Hanis pulun lari... Hahaa. Atok pun lari..

Lepas habis show gajah ni, kitorang pergi check in kat homestay kawan ayah cu. Malam ni ada agenda lagi. 

Bersambung ..

River Cruise Melaka [ day 4 ]

Sampai ja kat homestay, semua pakat penat. Ada yang tidur, ada yang makan. But for sure, benda first sekali yang kitorang buat lepas masuk ja kat dalam rumah, kitorang terus solat jamak ta'hir secara jemaah. Masa ni dah nak  dekat senja dah. Mama berleter kata berjalan sakan, tapi lupa sembahyang. Apa pun tak boleh - -"



Abah tidur olok-olok ja ni. Hehe. Dia suruh gambar ni upload dalam facebook aku. Tapi aku upload kat sini. Kira bolehhh la.

Malam tu, lepas maghrib ja kitorang pergi Bandaraya Melaka. Plan tu nak pusing la dulu. Tapi tak sempat punya la. So kitorang singgah river cruise Melaka ni ja. Harga tiket aku tak tau berapa sebab bukan aku yang bayar. Tapi harga air minum kat sini mahal. Sebab aku bayar - -"





Takda apa pun nak cerita. Yang aku tau, dulu aku dah pernah naik bot ni. Tapi time tu siang. Ni malam. Malam memang lagi cantik and berbaloi la. Tapi MENGANTUK and penat.


Balik-balik rumah terus tidur. Zzz





Saturday, November 26, 2011

holiday di Cameron [ day 2 ]

Day 2

Pagi ni aku mandi awal gila sebab tak suka berebut bilik air. And aku sedar diri aku lambat bersiap. Tapi aku la paling cepat siap. - -"

Pagi ni semua pakat bangun awal sebenarnya. 5.30 dah bangun. Haha. Gila. Lepas subuh jemaah, geng perempuan prepare makanan, then terus makan. Pukul 9 tu dah rasa macam nak makan tengah hari dah sebab sarapan lepas subuh. Too early ! Lepas tu semua pakat tak tau nak buat apa sebab ada tv tapi rasa macam takda. 

Dalam pukul 11 pagi macam tu kami pergi Mardi. Tiket masuk aku tak ingat berapa ringgit.



Photoholic



Yang sebelah aku tu anak buah aku. Darjah 5. Dia ni muda setahun ja dengan mak su dia. Mak su dia darjah 6. Haha. See, muda-muda dah jadi mak su. Aku mak ngah :)



Kat tangan budak ni ada handphone Kak Ann. Kak Ann ajar dia main angry bird. Ni la budak-budak zaman sekarang. Zaman aku dulu nak pegang fon rumah pun mama abah bising.


Then, kitorang pergi ladang teh.




Balik ladang teh, cousin cousin aku semua pakat nak terus balik ja. Family aku dengan family ayah cu plak terus pergi borong sayur. Sampai kat tempat borong sayur tu, aku, abang dengan adik tak turun pun. Aku tidur dalam kereta sebab mabuk. Abang plak kena jaga kereta takut polis datang sebab parking kat tempat tak boleh parking.

Malam tu, abang Izul prepare something. Ice cream strawberry. Tak payah bayar mahal-mahal. Homemade pun boleh.



Taste it. You gonna love it. Love him. Love my brother :)