Sunday, July 31, 2011

melantak Auntie Anne's di TS

Lepas Sunway, kitorang pergi makan-makan dekat Times Square. Kitorang melantak kat Auntie Anne's ni.




Auntie Anne's ni jual roti. Panas-panas lagi sebab dia baru bakar. Then kitorang lawan, sapa makan paling sopan. Kompom la aku menang kan .. :p





Ok, aku kalah T.T

Sunway Pyramid

Tempat first kitorang masuk kat Sunway Pyramid ni, restoran Mr.Teppanyaki. Sebab masa tu dah kebulur nak mampos.





Tengok rupa orang kebulur ni makan. Hahak. Nama makanan ni apa ntah. Memula dia bagi chopstik ja suruh kitorang makan. Tapi kitorang tak suka makan guna kayu ni. Kitorang nak belajar makan guna sudu plak. Tu yang dia bagi sudu tu. Yekk - -"

Lepas makan, start ah nak cari baju raya. Aku beli 2. Ingat nak tambah lagi, tapi hubby kata " baju banyak, tapi semua hantam nak pakai dengan skirt biru ni ja ". Haha. Aku ada skirt plain colour ni satu ja. BIRU. Baju pink, kain biru, matching ke ? Hahaha.




Haha. Sengaja aku snap bagi nampak muka aku sekali :p

Lepas shopping bagai, then bla bla bla, kitorang pergi la snap snap kat luar plak. Sebab dalam panas, kitorang keluar la. Sejuk sikit T.T







Then, papai. Haha. Lepas ni tambah lemak kat Times Square plak. Naik ulat takda kaki yang pakai kasut roda tu. Hahaha. Muhong je banyak - -"

Saturday, July 30, 2011

bazaar @ Subang Parade

Hari ni keluar, bawa dslr. Saja la nak bagi tau. Haha. Hari tu tu kan aku ada cakap nak pergi Subang Parade sebab ada bazaar .. 





So hari ni aku dengan hubby dah sampai dah Subang Parade lepas jem yang gila baben dekat tengah-tengah KL tu. Sejam lebih kitorang stuck. Tu yang rasa macam bertuah gila dapat membesar dekat kampung tu. Aman ! Nak drift laju-laju pun tak pa. Tapi lepas tu, orang kampung semua pakat serang rumah la kot. Kata mak bapak tak reti ajar anak - -"




Haha. Kitorang memang pantang nampak cermin. 1, sebab hubby suka ukur tinggi. Mentang-mentang dia lagi tinggi :P 2, sebab takda orang nak snap gambar kitorang dua. Huhu. Tu yang rasa macam nak bawa orang ketiga ja lepas ni. Tukang snap je. Makan, kereta apa semua support sendiri. Haha. Korang sanggup ? :p




See .. Sepanjang 1st floor ni ada booth booth bazaar ni. Tapi tak banyak pun baju-baju aku tengok. Aku rasa booth yang ada tak sebanyak yang dalam post event tu. Tak sampai 50 pun. Tapi tak kesah la. Sebab aku dah jumpa apa yang aku nak.

Tadaa 




MACAROON !




Sebiji 2 ringgit. Sebab dia besar and aku memang nak sangat makan benda alah ni, so aku beli 5. Semuanya lain-lain perasa. Ada green apple, lavender, vanila, blueberry dengan apa ntah lagi 1. RM10. Kalau nak yang dalam kotak cantik siap ada riben hitam macam kat gambar atas tu, kena bayar RM18 for 8 macaroon. 




Ni gambar masa nak balik dah. Dekat lif. And lepas ni kitorang pergi Sunway Pyramid plak.




Kitorang best buat photoshoot dekat sini :p Lepas tu shopping baju banyak-banyak. Cerita dia kat next entry okeh. Nak mandi. Papai :)


Thursday, July 28, 2011

sebab lock kereta, aku tak boleh shopping =(

Semalam dah terbang RM100 aku. Free free ja. Hari ni nak terbang lagi RM100. Huhu. Semua sebab lock kereta ni la. Macam mana ntah boleh stuck.

So petang kelmarin dalam pukul 4.30 macam tu, aku pergi kedai kereta. Memula tu ingat dia  nak buat simple simple je. Alah, korek lock pintu tu keluar, settle la kan. Orang cetek ilmu. Ceni ah.

Masalah kereta ni, lock pintu tu half open. So pintu tak boleh buka. Tapi masalahnya, lock tu nak tekan tak boleh, nak tarik pun tak boleh. Dia stuck. Tu yang bikin panjang cerita kat kedai kereta tu. Aku yang nak drive ni pun, masuk ikut pintu sebelah. Kira langkah kat atas gear ah. 

Sampai sana plak, lepas sejam lebih, baru pintu boleh buka. Tu pun hal lock tak settle lagi. Diorang bedah pintu kereta aku plak sampai nampak tulang. 



Ni gambar lepas dah balik Unisel


Kira punya kira, last last cina tu kata lock dah rosak, kena ganti baru. Then aku call abah. Abah cakap dengan cina tua yang sorang lagi. Tauke la kot. Hehe. Sebab ada 5 cina yang duduk kat kereta aku. Besar la sangat kan masalah kereta aku tu - -"


Lepas cakap-cakap, abah suruh dia tukar baru. So, kereta aku angkat balik Unisel dulu, hari ni baru aku nak pergi kedai kereta tu sekali lagi dengan adik aku.


kan dah melayang RM200 :(

Sunday, July 24, 2011

Tutti Frutti :)(:

Lepas kena maki empat puluh empat kali dalam masa 44 saat, baru la semua yang bangang tu jadi baik. Blog dah boleh update sebab gambar dah boleh upload .. Huh ! Nak kena maki dulu rupanya ... 

Mood dah ok :)(:

**********************************************

Sambungan dari sini eh ..

**********************************************

Kitorang sampai sini dalam pukul 4 petang macam tu. Memang bajet cun-cun la sebab pukul 5   
karang aku dah nak kena balik Unisel dah.

Masa mula-mula sampai kedai ni, aku memang jakun ah *buat-buat muka tak malu nak mengaku* Siap kena baca step yang dia tampal dekat dinding lagi. Ada 4 step. Eceh ! Mai nak cerita.

  1. Pilih saiz bekas. Ada 3. Small + medium + large.
  2. Picit yang macam ais krim tu.
  3. Letak topping dia. Hias la ikut suka hati hampa.
  4. Timbang dan bayar.

Nak tau banyak-banyak, buka http://www.tuttifruttimalaysia.com.my/





Yang kiri tu aku punya, yang kanan hubby punya. Aku punya flavour strawberry. Lepas tu aku tambah kiwi seketul, strawberry sikit, jelly bean sikit dengan marshmallow ^_^ Yang hubby punya plak flavour peach. Topping nata de coco sikit, buah peach seketul dengan choc. Semua sekali 24 ringgit berapa sen ntah :)(:




See ... Muka jakun rite :p




dap nya hubby mam :p





Muka tak boleh blah. Haha .. Hubby memang ceni. Tu yang asyik kena gigit je tu :pp




Lepas hantar hubby balik kolej, aku terus balik. Dalam pukul 6 petang lebih sikit tak banyak, aku dah sampai dekat rumah. 

Pappai :)(:

dating kat The Curve etc etc

Aku keluar dari rumah, bertolak pergi kat hubby, dalam pukul 8.19 pagi cetu. Dari Unisel, terus naik highway dekat Rawang. Straight ja sampai lepas 3 tol, then belok kiri, terus masuk pagar belakang kolej UTM. Hahak. Tak sampai sejam, aku dah siap cangak kat dalam kereta bawah kolej hubby :)(:

Lepas tu kitorang pergi Tasik Titiwangsa dulu. Jalan-jalan kat situ sampai breakfast aku habis digest, sampai hujan-hujan bagai. Then baru kitorang pergi The Curve etc etc

'etc etc' ni sebab kat situ kan banyak mall. Semua mall kitorang belasah. Menonong je jalan tak ingat dunia. Hihi.

Hari ni kitorang tak bawa dslr. Aku punya ada kat Kedah, hubby punya plak, dia terlupa bawa. So, kitorang snap guna henset aku. 5 megapixels. Kira boleh la kan :)(:




Cea ! Ni muka kitorang memang gelap, or kamera aku yang tak pandai focus cahaya, aku pun tak tau. Hehe.

Masa kitorang santai kat tingkat 2, tetiba aku ternampak macam orang pakai kimono. Lepas tu ada yang main counter strike la dekat bawah. Bila kitorang turun, kitorang jumpa ni ...




Cuba teka mana 1 aku. Yang pakai unifom sekolah dengan skirt tu ?

Pandai :p




Muka aku cam best. Haha.





Gambar hubby gegar. Wuwu ... Sila salahkan kamera T_T


Lepas tu kitorang pergi mamam dekat The Chicken Rice Shop. Sup dia sedap gila weyh. Tapi tak licin pun aku makan. Mula-mula kitorang cari food court, tapi tak jumpa. Tu yang melantak makan dekat sini tu. Masa ni kitorang kat Tesco.


Masa kitorang on the way nak balik ke kereta dah, aku ternampak sangkar kucing dekat bawah. Then kitorang turun lagi. Saja nak main kucing je pun. Lepas tu bagi jari kat kucing tu suruh tokak-tokak. Rasa macam masuk spa jari je. Hahak.


Masa kucing tu duk tokak, hubby cam excited. Hehe. Terus dia pun bagi jari. Haa .. Kan tak sakit. Lepas tu dia kata kucing tokak pun tak macam aku tokak. Haha.





Tempat date last kitorang, kitorang terjah tempat makan ni ..




Story update kat page selepas ni :)(:


Thursday, July 21, 2011

Harry Potter Deathly Hallows part 2



Hari ni takda kelas. Tu yang aku merayap sampai KL tu. Pergi tengok Harry Potter ni dengan hubby kat TGV Wangsa Walk kot :p

Jam berapa ? Itu kena rahsiakan. Hahak.

Tapi best kot weyh. Aku punya la segar mata tengok cerita ni sampai habis, hubby plak sedap ja tidur sampai panggung kosong. Dah la tu, bila dia sedar-sedar kata panggung dah kosong pun, bukan dia reti nak bangun jalan keluar lagi. Dia sambung tidur balik. Hehe. Tapi serious, muka hubby mengantuk gila kot. Tu pun ada hati nak dukung aku turun tembok. Haha.

Overall, final cerita ni memang best ah. 10 bintang aku kasi. Tapi tu lah. Ending dia aku tak tau kenapa, tapi aku tak suka. Haha. Ikut sedap hati aku ja tak suka cerita orang kan. Mampos kalau penulis dia tau :p Tapi ni kritikan membina .. Dia kena faham.

Membina la sangat kan - -"


Sunday, July 17, 2011

dapur cantek

Before



After




Haaaaaa ..... kan dan CANTIK ! :)

**********************************

p/s untuk housemate aku : jangan lupa bayar RM13 sorang dekat akak ni. Penat akak round pekan Bestari Jaya tu semalam.

Thursday, July 14, 2011

subjek industri bioteknologi



Ini yang aku akan belajar sepanjang 3 tahun. Excited mak ngah, nak oii.

Fakulti aku dekat ja. Boleh jalan kaki pagi-pagi makan angin. Baling pen balik rumah pun boleh sampai. Iye iye je ..


rumah kitorang berhantu ??



Bilik aku F3 1F 3. Perlu ke cakap ?? Kalau untuk takutkan korang yang ada angan-angan nak masuk sini, aku rasa PERLU :p

Mula-mula tu aku tak perasan lagi. Tapi lepas selak tirai balkoni, aku nampak ni ..




Kasi zoom sikit ..




Ok, fine. Papai :)

***********************************

AkuKata : actually memang ada kejadian aneh pun masa malam minggu orentasi kali ni. Budak blok aku, tingkat 2, kena kacau dengan benda tu. So malam lepas tu kitorang berkumpul, and kakak-kakak fesi ajar kitorang. Masuk dalam rumah ja, baca bismillah and bagi salam. Lepas tu sebelum tidur, ambil wuduk dulu. Then baca ayat kursi and 3 qul. And Kak Zaleha ada bagi number fon dia :)


apartment UNISEL BJ

Dekat Unisel Bestari Jaya ni takda hostel, takda kolej. Yang ada = apartment. Bukan milik Unisel pun even apartment tu ada dalam kawasan Unisel. Tapi milik syarikat Jana Niaga. Tapi after 20 years, apartment ni akan jadi milik Unisel.




Ok, ni kawasan dalam Unisel. Memang luas, memang besar. Aku dah rasa dah jalan kaki keliling Unisel ni time orentasi hari tu. Habis melecet kaki aku. And sekarang ni pun aku tak boleh pakai kasut lagi. Kaki sumpah sakit habaq hang.




Ni kawasan apartment. Yang putih tu ada cafe, office Jana Niaga, kedai-kedai runcit, dobi, toilet, surau semua ada. Belakang bangunan putih ni, ada court badminton and court futsal untuk laki. Court untuk perempuan, semua ada dalam kawasan apartment. Ok, starting dari bangunan putih tu, apartment yang blah kanan tu semua girls yang punya. Boys punya, yang blah kiri. 




Ni peta yang aku dapat time daftar hari tu. Setiap apartment, akan ada 4 tingkat. Setiap tingkat ada 4 rumah. Setiap rumah ada ...
  1. 3 bilik tidur
  2. 2 bilik air
  3. 1 dapur
  4. 1 ruang tamu
  5. 1 balkoni
  6. 1 bilik basuh + stor + ampaian. Semua sumbat sini
  7. 2 kerusi panjang (sofa)
  8. 1 meja makan



Aku duduk tingkat 1. So, nak panjat tangga ni kira no hal lah.



Ruang tamu ni aku sengaja gelapkan sebab semak :p




Dari balkoni boleh nampak ...




Dua bilik dekat depan tu, bilik air. Yang tepi-tepi tu semua bilik tidur.




Dapur semak kitorang. So aku gelapkan gambar ni. Hehe.




Dari dapur, kitorang bole keluar pergi ampaian + stor + bagai bagai tu.




Dekat tepi tu ada ampaian. Tapi tak muat baju untuk 1 rumah pun. Untuk sorang pun tak cukup. Tu yang ada yang sangkut kat ruang tamu la, kat balkoni la. Oh .. butterfly pink dengan baldi merah tu aku punya :D




Ni bilik air. Super duper semak bagi penginap anak dara.

*************************************

Untuk penginap apartment ni, setiap pukul 12 tengah malam, akan ada siren yang suruh korang duduk dalam kawasan apartment ni ja and tak boleh keluar-keluar dah sampai esok pagi. Tapi Unisel ni best .. Freshie 1st sem pun dah dibenarkan bawa kenderaan. Suka tak ? Suka tak ? Hehe.