Saturday, September 10, 2011

dating kat Petrosains KLCC

Daftar la Kelab Rakan Muda sekarang sebab korang akan dapat diskaun di BANYAK tempat-tempat famous yang terpilih ! :D

Aku nak promote kejap. Padahal aku pun baru nak daftar. Hihik. Nak tau lebih lanjut pasai Rakan Muda ni, search la sendiri ok. Aku pun baru ja nak paham dengan kelab ni. Yang penting, diskaun dia tu ada kat merata tempat. Macam Tropicana Life, Focus Point, Petrosains and etc etc. Diskaun dia bukan time sale ja. Tapi SETIAP MASA ye kanak-kanak. Shopping la korang bersakan-sakan. And kalau time yang korang shopping tu memang ada diskaun, so diskaun tu akan ditambah lagi 10 % ok. Dari diskaun asal 70 %, tambah dengan diskaun tetap Rakan Muda 10 %, so korang akan dapat jumlah diskaun 80 %. Paham ?! So, daftar la cepat-cepat.

Hari ni aku nak cerita pasai date aku. Kitorang date kat Petrosains plak kali ni. Sorang dewasa masuk RM15. Tapi dengan guna kad Rakan Muda ni, aku dapat diskaun 15 %. Harap maklum.



Kad ni member aku punya. Haha. Aku punya baru nak daftar minggu ni.

Masa masuk ni, masing-masing pakat riuh. Tambah-tambah kat entry tu dia dah letak alat penimbang berat. Sakan je aku nak lari time ni sebab takut aku berat lagi dari hubby. Tapi tengok-tengok, aku ringan 9 kg weyh !! Haha.



Ni la gaya budak berat nak angkat berat. Hehehe.



Dulu nak jadi arkitek. Tapi masuk UTM ambil elektrik kuasa. Ni kira nak lepas gian la kot. Sampai budak mat saleh sorang tu nak main pun, dia gigih ja buat tak tau. Hahaha.



Cak ! Duk merapu dengan anak siput dalam balang tu. Kecik gila siput-siput tu. Taik mata hubby besar lagi dari siput tu. So, korang boleh bayang tak saiz siput tu ? Keh keh keh.



Time ni aku sentap. B ambil gambar sorang-sorang oh. Siap halau aku lagi. Tu yang aku pi main jauh-jauh tu. Huhu. Lepas tu boleh plak dia nak pujuk aku, dia tarik aku pergi duduk atas kerusi gempa bumi. Grr !!



Muka budak merajuk. Hihi ..



Tengok ... Even time ni aku tengah merajuk dengan b, boleh plak aku snap gambar dia cun-cun. Huhu. Tapi, cun kah ?? 



Ni pun aku ambil sambil muka tengah merajuk - -"



Time ni tak merajuk dah. Penat oh merajuk lama-lama. Buat malu kat budak sekolah yang ada kat situ ja. Haha. Ada plak duk buat free show kat situ. Astaghfirullahhalazim !! :p


Time ni b main apa ntah. Semua benda pun dia nak try. Aku dah kembang kempis hidung dah time ni. Penat !!


Tapi yang ni aku main. Sampai aku pakai kain pun, aku gasak je jaga gol tu. Haha. Buat tak sedar diri kejap.


Last-last, dalam pukul 3 petang kitorang keluar. 4 jam lebih kitorang kat dalam tu. Hahak. Macam-macam yang jadi. Cukup la takat ni. Pasni kitorang pergi tempat lain plak .. 

2 comments:

shazmir said...

wahh..!!best nie..!! sya xpenah pegi pun lagi..even duk kl..hahah

xyz4mir.blogspot.com

FATIN NADIAH dan ANNUAR said...

pasni kena pegi la. bez ohh :p