Sunday, October 16, 2011

The Making of TV Production ( part 1 )

10/10/2011 ( Isnin )

Bayangkan malam tu aku tidur lambat sebab nak packing barang. Lepas tu pukul 5.30 pagi tu aku dah bangun bersiap siap dah. 6.30 pagi semua orang pakat terpacak dekat kereta macam musang tanah. Kereta aku, Ravi yang drive sebab dia tak muat nak duduk belakang dengan Kesevan (K7). Hahaha. Kaki diorang tu dah la panjang, badan diorang pun besar plak tu. Memang tak muat ah. So, Ravi drive sebab K7 takda lesen. And takda girl pun yang nak duduk dengan dua laki kan. Elmy dah kawin, memang sah-sah la dia tak nak. Erna plak pakwe dia sebijik copy paste macam perangai hubby. So memang best ah kawan dengan dua girlfriends ni :)

Kitorang bertolak pergi Genting Highland lalu ikut Bukit Tagar, tembus kat Bukit Beruntung. Kat Bukit Beruntung ni kitorang stop sarapan jap kat gerai depan Tesco Bukit Beruntung.




Aku ingatkan hubby sorang ja ada habit lap dulu sudu + garpu before makan. Rupanya Erna dengan Elmy pun macam tu. Sekali dengan aku pun dah terikut ni.

Aku tak ingat kitorang sampai dekat Skyway Station pukul berapa. Tapi dekat sejam jugak la kitorang habiskan masa kat tempat parking tu buat shooting. 




Masuk kat bangunan kabel ni pun ada 2 shoot lagi. Depan-depan kaunter tu kitorang berlakon. Malu seyh. Kat situ dah la orang lalu lalang, ada kedai-kedai, ada penjaga kaunter, ada 2 brothers guard ni. Adoi ... Lecturer patut bagi ja kitorang 30 marks tu sebab sanggup buang malu. Huhu. Dah la kat sini part aku bertengkar dengan Ravi. Memang riuh ah. Kalau orang tak nampak videocam, ntah ntah orang kata kami ni gaduh pasai perkauman plak - -"






Erna memang muka kering. Bhaha. Aku kawan dengan dia, aku rasa macam dah lama kenal tau. Selesa sangat. Sebab perangai dia sama macam Shahirah Mahmud, best friend sekolah rendah aku dulu.





Dah naik kabel :)




Dalam toilet pun jadi kerja weyh. Aku sayang gila kot kat diorang :)





Topup topup. Erna habis RM30 dalam 1 hari. Fon dia telan duit. Samsung touch baru weyh. Baru seminggu beli guna duit PT. Hehe. Dia masuk banyak boleh la. Aku masuk sikit. Isk isk isk :(




Erna ah ni. Hahaha. Pantang jumpa cermin, semua dia nak suruh snap. K7 plak jenis tak boleh follow kitorang. Dia rasa kitorang ni terlalu happening. Tak sesuai kot :p




Ramai je orang senyum-senyum bila nampak video tu. Konon boleh masuk TV la kot. Hahahak.

Bayar RM46 sorang, then dah boleh masuk outdoor theme park ni. K7 dengan Ravi tak nak masuk. K7 tu sebenarnya tak nak follow kitorang pun datang Genting ni. Tapi lepas Erna ugut dia, terus dia ikut ja. Hehe. Kalau tak cukup sorang, macam mana kerja nak selesai. Adoi !




Simpan beg dulu. 1 loker RM3. Sapa bayar ntah. Yang penting bukan aku. Hehe.







Minah ni pantang jumpa ikan. Laju ja dia pergi. Tambah-tambah ikan keli. Hahaha. Ikan keli hidup kat makmal tu pun, kalau boleh tiap-tiap hari dia nak pergi tengok :p

Kitorang stay kat atas tu sampai pukul 1 petang. Lepas tu kitorang turun pergi kat Skyway Station balik and singgah kat tempah makanan longgok ni.




Aku makan semua benda yang dia bagi test tu. Haha. Lapar siot. Belinya tak pun :p K7 yang baik gila tu pun sampai segenggam dia ambik. Hahaha.

Balik tu kitorang singgah Bukit Beruntung balik. Singgah makan. Then kitorang pergi rumah Erna. Tapi tak jadi masuk sebab mak dia takda. Adik dia plak buang kunci rumah tu kat mana ntah. Sampai marah-marah dah Erna ni. Lepas tu kitorang singgah ja tasik kat kawasan perumahan. Shoot kat situ sampai Maghrib. Lepas siap kat situ, kitorang pergi rumah papa Erna kat kawasan situ-situ jugak. Kitorang makan apa semua kat situ. Papa Erna ni tinggal sorang ja. Dia la masak. Parents Erna ni dah bercerai dah sebenarnya. Mak Erna kawin lain, tapi papa dia stay lonely. Pukul 10.30 malam kitorang sampai kat Unisel dah. Zzz



No comments: