Ni abang kandung aku. Izzul Syazwan Ishak, 23, ex-mahasiswa Universiti Teknologi Petronas ( UTP ), pemegang ijazah sarjana muda and single. Hehe. Ntah bila la aku nak tengok bakal kakak ipar aku kan ..
16/10/2011 hari tu abang aku konvo. Mula-mula aku memang dah planning cun-cun dah dengan mama sebab nak pergi tengok abang aku konvo. Siap plan nak ambil gambar abang lompat-lompat, baling-baling topi konvo tu lagi. Tapi semua tu boleh takat planning jela. Terkilan kot sebab abang sendiri nak konvo, adik-adik dia semua tak boleh pergi.
Abang konvo 16hb, aku ada test pagi 17hb tu. 18hb dengan 19hb aku ada presentation. 20hb ada test lagi. Damn !
Dah la masa nak konvo tu abah ada hantar mesej. Tny DSLR ada kat sapa. Confirm la ada kat aku. Shit betul. Kesian abang aku weyh. Nak nangis ='(
Lepas tu chat plak dengan best friend abang, abang Idzwan. Abang Idzwan tanya why aku tak pergi. Dia kata abang aku perlukan adik-adik dia. Lagi sedih kot dengar dia kata macam tu. Cuba kalau time aku konvo, abang aku takda kat konvo aku tu. Mau nangis jugak ah. Dulu aku suka nangis sebab abang aku ni. Aku ni kuat menangis gila. Sumpah tak tipu. Sekarang pun still kuat menangis lagi. Tapi bukan sebab abang wan dah, tapi sebab hubby :p
Dulu, kami dua beradik ni memang kuat gaduh ah. Pantang jumpa mesti nak gaduh. Tu kami jarang cakap. Kalau buka mulut pun, wajib la yang keluar tu mesti ayat-ayat pedas yang tahap boleh buat kitorang angkat kaki, angkat tangan. Lepas tu perang meletus. Hahaha. Tu yang aku masuk taekwando tu. Sebab kat rumah pun rajin duk perang. Haha. Abang aku plak masuk silat, memang buku dengan ruas ah. Tapi abang tetap abang. Laki tetap laki. Dah la dia tinggi. Mana aci !
Tapi start dia masuk UTP, start tu la kami makin baik. Maybe sebab masing-masing dah matured kot. Masa abang masuk UTP tu pun, aku dah f4 kalau tak silap. Aku masuk 1 sekolah menengah dengan abang sebab aku nak dekat dengan abang. Lebih kurang macam nak bermanja la. Tapi tak dimanjakan pun. Sedih kan. Tu yang kuat nangis bawah selimut tu. Bhahaha. Last-last, hubby yang manjakan aku. Tu yang over manja plak dah tu. Hehe.
Lepas tu, dulu pun aku pernah gak nangis bila terfikir, yang nanti bila abang aku kawin, kitorang 1 family takkan keluar melancong, jalan-jalan sekali dah. Mesti la abang aku nak keluar dengan family dia, bini, anak-anak dia. Dia dah tak join aku mama abah adik dah. Tapi tengok-tengok, aku yang laju dulu. Hahahaha. Sebab aku dah ada hubby :) Tapi family tetap utama la. Lepas kawin, hubby la plak yang top first. Tanggungjawab abah akan habis bila anak perempuan dia ni dah kawin. And tanggungjawab anak perempuan adalah 100% dekat suami bila dia dah kawin nanti. Sedih kan. Tapi aku percaya hubby mampu jaga aku macam abah jaga aku. I love you abah :)
And I love you abang wan. Sorry tak dapat pergi time konvo hari tu. Sorry ..
No comments:
Post a Comment