Monday, October 31, 2011

semuanya tentang hubby

Meluat sangat tak baca entry aku pasai hubby ? Bukan nak menunjuk. Bukan nak show off kata aku sorang ja ada hubby, aku sorang ja ada boyfie. No. Tak tak tak. Tapi blog ni as a medium untuk meluahkan kan. Macam diari. Tapi ni more up to date. Kalau suka boleh baca. Kalau tak, boleh klik menatang pangkah tu. Feel free to do so :)

Baru-baru ni aku ada keluar dengan hubby. Tapi yang tu nanti-nanti la aku update. Tengah busy nak exam ni. Tapi still free untuk update benda ni. Sebab.. Sebab aku pun tak tau. Tiba-tiba rindu hubby macam dah setahun tak jumpa kan. Tiba-tiba rasa nak puji hubby ja melangit.

Tadi ada dengar housemate duk kecoh pasai boyfie apa semua. Feel free untuk couple clash, pasang skandal, apa semua. Ok, tu zaman remaja diorang. Semua orang pun pernah rasa. MAYBE. Sebab aku pun pernah anti-jantan satu ketika dulu. Sampai la aku jumpa hubby balik and perasaan suka tu bertukar jadi cinta :)

Bagi aku, hubby ni sangat special. Apa yang special :::

  • Dia laki pertama yang menangis sebab aku. Sebab dia rasa bersyukur sangat dapat miliki aku sebagai calon isteri dia. Tak ramai laki yang mampu buat ini. Bilamana air mata dia menitis sebab aku, air mata tu bukan menitis satu satu. Tapi bertali.. Perempuan mesti faham kan. Air mata yang keluar laju tu tanda hati dia memang tengah pendam sesuatu and dia bukan sedang berlakon drama.
  • Bila muka aku berpeluh and berminyak, hubby akan face to face dengan aku and lekap dua-dua tapak tangan dia kat pipi aku. Then ibu jari dia akan usap semua minyak tu pergi dari muka aku. Even depan orang ramai, dia tak pernah segan. Dia masih nak bersihkan muka aku.
  • Bila aku baru bangun tidur, dia akan bersihkan muka aku guna tangan dia macam selalu.  Tapi kali ni, bukan takat minyak di muka, mata aku pun dia akan bersihkan. Kali pertama dia buat macam tu, sumpah aku terkejut. Sebab takda laki yang sanggup cuci taik mata awek dia. Kat luar sana berapa ramai pakwe yang buat macam ni ? So, hubby aku paling special kan.
  • Kami kongsi keluarga bersama. Mak hubby dengan mama aku, rakan sekerja dalam 1 bilik guru yang sama. Abah aku dengan ayah hubby, rakan dari dulu sebab ada anak-anak yang sebaya. Adik hubby ( Habib ) dengan adik aku, best friend sekolah rendah dan sebaya. Adik-adik perempuan hubby, anak murid mama sekarang. Arwah tok wan hubby, cikgu mama dulu. Hubby ramai sepupu perempuan. Aku ramai sepupu lelaki. Sangat fair !
  • Bila aku nak beli kasut and minta tolong hubby, hubby tak pernah segan nak duduk mencangkung and tengok-tengokkan kasut kat kaki aku. Sangat terharu kat situ. Sedangkan masa tu, peniaga kedai kasut tu ada ja kat sebelah. And masa hubby duduk tu, aku sedang berdiri.
  • Kalau masa kitorang keluar and aku merajuk, hubby sangat pandai pujuk. You will love it kalau boyfie korang buat macam tu. Trust me :)
  • Marah dia sangat detail. Rasa macam nak marah balik ja. Tapi bila dia dah sejuk lepas marah tu, hubby akan jadi sangat loving :) Time ni la kami akan slow talk. Time gaduh, masing-masing akan diam. I know mulut hubby i macam mana. Hehe.
  • Hubby sangat 'menjaga'. Kalau dalam 1 majlis, tetiba kerusi kosong kat sebelah aku ada laki duduk, hubby akan tarik aku serapat yang boleh dengan dia. Biar jarak antara aku dengan laki sebelah tu tahap ada orang lagi boleh menyelit kat celah kami.
  • Tiap kali keluar, dia akan pastikan yang warna baju kami sama. Tapi dia tak suka kami pakai baju couple yang corak sama tu. Dia kata tak matured :p
  • Bila muka aku comot dengan bedak, dia akan bersihkan bedak yang tebal macam tepung sagu tu. Feel free to do so. Aku pun dah tak segan dengan hubby kalau muka aku mekap tebal macam opera cina sekalipun. Tapi tak pernah buat lagi la. Hehe.
  • Bila aku rasa nak kentut, aku kentut ja. Bhahaha. Ini sangat kotor sikit. Tapi, fact still a fact. Hubby pun kentut bunyi lagi kuat dari aku. Hahaha. We all sangat tak kisah benda ni. Mungkin betul la orang kata, time bercinta bau kentut pun bau perfume. Tapi hope la lepas kawin nanti, kami bau syurga plak. Amin.
  • Even depan member, kami still tak segan nak makan bersuap. Macam tak boleh makan sendiri kan. Macam masa aku still belajar dekat UMP dulu, aku pernah pergi KL jumpa hubby. Time nak balik tu, kat stesyen bas Pudu kot, kitorang singgah makan. Hubby sorang ja order makanan. Tapi sepanjang dia makan tu, rajin ja dia suapkan aku. Aku tengah tengok-tengok orang, tiba-tiba sesudu nasi pataya masuk mulut. Aku tengah tengok burung ja, tetiba nasi pataya masuk mulut. Hahaha.

Nak list lagi tak ? Macam ada lagi ni. Tapi cukup la kot. Nanti sambung lagi. Psst .. hubby, I love you >_<

5 comments:

Cik Yatt said...

pergh..suweet gile..tpi srius bile laki tu nges sbb kite..memg die btul syg kite..sbb laki takkn mnangis untk prmpuan yg die tak btul2 sygkan :)

FATIN NADIAH dan ANNUAR said...

a ah. bila dia nangis, tak payah fikir 2 kali dah. tu mmg tanda dia btol2 syg la tu :)

misznanarizal said...

weyh...dengki3...hahahahaha..kalo la bf aku se-matured bf hang..hahahaha

misznanarizal said...

ceittt...dengki gila aku kat hang..andai bf aku se-matured bf hang..hahahaha

FATIN NADIAH dan ANNUAR said...

bersyukur ja dgn apa yg ada :)