Jusco kat Rawang ni baru ja rasmi masa new year hari tu. Parking pun tak payah bayar lagi. Kira baru sangat la. TGV cinema dengan Starbucks pun dalam proses lagi. Hari Khamis hari tu ( 5/1/2012 ), Tirah ajak pergi Bank Islam kat Rawang sebab kad atm dia kena tendang. Dia salah masukkan number pin. Dah alang-alang tu, serang Jusco terus ah.
Pantang jumpa cermin besar sikit.
Memang habis la 1 Jusco ni kitorang tawaf. Toilet dia dengan atm dia pun kitorang test habis. Aku tak ingat sangat la kedai apa ada kat sini. Sebab ramai lagi yang tak pergi kan. So harus la cerita lebih-lebih. Huhu. Tapi yang sure kedai makan dia ada Secret Recipe, Chicken Rice Shop, Old Town White Coffee, Baskin Robbin, Starbucks, Hot and Rool, Subways etc etc. Kedai baju pun banyak. Yang aku ingat, PDI dengan F.O.S ja. Watson, Guardian, Body Shop, Popular etc etc. Malas list semua. Rasanya Kuala Selangor lepas ni habis lengang ah. Hahaha.
Actually takda apa sangat pun Jusco ni. Tapi dah sebab area sini memang jauh gila dengan benda-benda moden ni, so lepak Jusco pun kira better la dari lepak One Plaza, Tesco, Giant tu :p
Ni kedai makan vietnam. Ada logo halal. Tapi sebab tak lalu, pandang pun dah kenyang kot. Yang tengah makan tu Kak Lita. Umur sama dengan abang aku. 24 tahun ni. Kak Lita ni kacuk chinese. Dulu mati-mati aku ingat dia cina.
Petang ni memang kenyang gila ah. Mula-mula tu aku dengan Tirah beli hot and roll. Lepas tu tak kenyang lagi, Erna + Elmy + Kak Lita ajak share ayam plak. Lepas tu Kak Lita belanja lagi makanan apa ntah. Kenyang kenyang ..
Ni je la kawan Melayu aku dekat kelas. Ada tertinggal lagi sorang kat Unisel. Dia tak ikut sebab dia ada kelas. Tapi Elmy tu bukan Melayu. Dia Dusun, Sabah. Dalam kereta ni macam-macam umur ada. Paling muda, yang 2 dari kanan tu. Diorang 20 tahun. Aku 21. Elmy 22. Kak Lita 24. Tapi perangai semua macam sebaya -..-
Semua dalam kereta ni dah berpunya pun. Hihi .. Hubby dengan boyfie Erna and Elmy ni sama. Awek diorang tak boleh keluar dengan laki lain. So, memang sah-sah la mana-mana pun kami pergi tak kan ada laki lain :)
Lepas balik, Kak Lita ajak singgah rumah dia kejap makan coklat. Rezeki dah depan mata, memang tak kan tolak la ..
Ok, habis dah .....
No comments:
Post a Comment